sekarang ini musim durian, di sekitar jajahan selama penuh dengan penjual durian, macam-macam promosi dilakukan oleh penjual durian, selonggok durian kampung dijual dengan harga RM 10, peraih dan penjual durian bermusim berbaris sepanjang jalan menuju ke kuala lumpur, mengharapkan pemandu berhenti untuk membeli durian jualan mereka.
semasa saya kecil, musim durian sangat menyeronokkan, pemilik dusun akan membuat kenduri pulut durian di masjid, majlis bermula dengan tahlil, tapi kami yang budak-budak dah lama kenyang makan kerana budak-budak biasanya dijamu dahulu. satu lagi yang menarik ialah tidur di dusun durian, semua dusun kiranya kami la yang punya. pemiliknya pun tak kisah, malah dijamunya makan durian, walaupun durian tu ialah peringkat buang buruk iaitu durian yang gugur tu kebanyakkan ditebuk tupai dan dimakan ulat, berbudak mana dikisahkan sangat.
di jajahan selama, salah seorang tuanpenasihat Tiangserisungaibayu diberi kuasa dalam hal ehwal durian dan kambing. orang besar berlapan dengan gelaran tuanpenasihatsiparangkontot sudah lama pun berkhidmat dengan jajahan selama, dengar khabar hampir seusia dengan pembukaan jajahan ini. Tuanpenasihatsiparangkontot pun dah tua, cuma khidmatnya diberi talian hayat bila umur bersara wajib dilanjutkan.
Tuanpenasihatsiparangkontot bukan kisah sangat dengan dusun durian dan kandang kambing, semua kerja dilakukan oleh inang istana, kedua inang ini sangatlah dedikasi dalam pekerjaan, dipastikan dusun durian bersih dan tidak ditumbuhi berlukar, kandang kambing juga sentiasa dipastikan bersih dan teratur, selain daripada kambing kampung yang dipilih mengunakan kaedah psikologi, kambing import pun sudah mula diternak, dengar khabarnya sebanyak 20 ekor kambing boer telah dibawa masuk dari negeri atas angin, sayang sekali kerana petugasnya kurang pengalaman dengar khabar 8 ekor terpaksa dipindahkan ke jajahan baru, kandang dekat sana mungkin lebih baik dengan kaedah jagaan yang menarik.
Tuanpenasihatsiparangkontot juga diminta menjaga kandang kuda, seperti biasa kandang kuda ini memang bukan minat Tuanpenasihatsiparangkontot, cuma sesekali saja dia berminat apabila kuda tunggangan hilang ladam. Yang kelakarnya kuda-kuda yang ditungangnya bukan haknya, maka dicuri-curi tunggangnya kuda-kuda yang diamanahkan untuk dijaga, sering kali rakyat jajahan terserempak dengan Tuanpenasihatsiparangkontot menunggang kuda pelbagai warna, maklum la kebanyakkan kuda yang menjadi tunggangnya adalah kuda tua dan sering sakit-sakit, maka banyak lah kuda-kuda itu lelah dalam perjalanan dan terpaksa diganti lain. cuma baru-baru ini sahaja Tuanpenasihatsiparangkontot mendapat kuda sendiri, hitam berkilat baka tempatan.
Tuanpenasihatsiparangkontot sebenarnya mempunyai tugas yang sangat lah mencabar, memastikan semua urusan dibuat mengikut undang-undang jajahan, dan menasihati tok empat dalam hampir semua perkara. cuma yang kelakarnya Tuanpenasihatsiparangkontot bukan suka sangat hendak beri nasihat, dah empat orang tok empat dia berkhidmat, semua tok empat yang gagah perkasa itu akhirnya layu diracun oleh Tuanpenasihatsiparangkontot, entah racun apa digunakannya, mungkin pawang asli seberang jajahan ditagih khidmat barangkali. dengar khabar Tuanpenasihatsiparangkontot suka sangat mengunakan khidmat tok pawang. cuba la bayangkan tok empat yang mula-mula garang menjadi lemah, yang datang dengan harapan cuma kini tinggal khayalan saja.
sekarang ini dengar khabar Tuanpenasihatsiparangkontot ingin mempromosi diri sendiri, banyak tugas inang dicanang oleh dirinya sebagai tanggungjawab sendiri, tiangserisungaibayu pun percaya bulat-bulat, propaganda ini disokong sepenuh hati oleh kumpulannya yang diketuai oleh tuanpenasihattanggukikan, kumpulan yang dikatakan akan meneruskan usaha untuk menguasai jajahan selama dengan apa cara sekali pun.
Akhirnya orang masih kenal durian tu dari dusun mana, kambing tu siapa yang bela, takkan tetiba peraih yang nak dapat nama, bila durian buruk dan berulat disalahnya inang, bila kambing berpindah jajahan inang juga yang salah, hahahahaha kalau durian yang baik cepat-cepat mengaku diri yang tanam, kalau kambing beranak cepat-cepat mengaku dia yang bela. semua tipu muslihat ini takkan Tiangserisungaibayu tak nampak.
Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung,Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan. “Kendati tergantung awan di langit, Telah terlanjur kubentangkan layar. Walau badai datang menggulung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan. Hidup jajahan selama !!!!
No comments:
Post a Comment