October 28, 2009

BELANJA HANGUS

amat menarik kenduri kahwin dulu-dulu, penduduk kampung semua sangat sepakat untuk menjayakan majlis. 2 minggu sebelum majlis penduduk bergotong-royong membina balai untuk tetamu, untuk memasak dan juga menyediakan kayu api untuk memasak. selepas penat bekerja lazimnya tuan rumah menyediakan minum petang iaitu roti mayat ( biskut ) dan bubur kacang, itu menu yang boleh diteka, cuma pada saya ketika itu makanan ini sangat lumayan.

sehari sebelum majlis penduduk sibuk pula dengan xtvt memasak, lazimnya lembu, kerbau, ayam itik disembelih sehari awal. saya antara yang paling sibuk membantu, lapah lembu, cuci ayam merupakan xtvt yang saya sangat teruja untuk buat. watak paklanghelil, paklangchup, paklangjaba, pakngahlazim, husin janggut, pakjanglembik, tokketuaya, paklangdali antara mereka yang relevan dalam xtvt penduduk, sudah tentu ada yang sudah arwah. moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang beriman.

paling meriah bila bermula majlis kahwin, pagi dah tentu dengan marhaban, doa selamat dan tahlil. pukul 11 selalunya sudah boleh mula makan. kaum ibu lebih sibuk dalam rumah berbicara tentang hantaran dan belanja. saya ketika itu sering tertanya apa maksud serba satu, 7 atau sembilan dulang dan belanja hangus. hahahaha hanya faham bila saya berkahwin pada 29.5.1999

beberapa hari lalu timbul cakap-cakap orang tentang belanja hangus di jajahan selama. askar biasa mula berbicara tentangnya, pang5perang pula berhujah tentang kewajarannya, orangbesar pula lebih suka berbisik sesama mereka dan kemudian akan ketawa atau tersenyum sinis. rahsia umum menjalar umpama arus, sekejap cuma untuk sampai kepada tuan director....sapa pulak nak kahwin nie, saya menyoal diri.

cerita pertama tentang 60,000 yang dihabiskan oleh tuanpenasihatsilatulrahim untuk meraikan kejayaan tok empat dalam suratulkhabaran wal utusan mencuri perhatian saya. banyak sungguh duit jajahan selama untuk menjaja kejayaan tok empat, saya yakin kalau tok empat tak menang, pemenang lain hanya layak ditampal mukanya di simpang jalan saja.

cerita kedua tentang 800,000 yang lesap dari jualan kambing. ini kita kena la tanya tuanpenasihatadamasyuk macam mana boleh berlaku. dengar citer ribuan yang lesap nie dari simpanan lama, kambing-kambing pun dah lama jadi pang5perang. heran bin ajaib bila mengenangkan macam mana tiangserisungaibayu tak perasan akan kehilangan yang sangat besar nie, jangan lupa tau, duit nie duit jajahan

cerita ketiga bila 1,000,000 lebih yang lesap di istana dagang, mana pergi duit sebanyak itu, sapa tuanpenasihatuntungrugi yang perlu dihadapkan ke persidangan timbangtara, takkan kita nak diam je, duit tu banyak, berapa banyak kita guna untuk keseronokkan dan berapa pula untuk kerja-kerja yang sebenar.

cerita keempat ialah tentang kehilangan 0.05 dari mesin fotokopi. ini yang paling hangat dibincang oleh pang5perangkeranatuhan, semua pang5perangnya dan askar biasa telah dikerahkan untuk menyiasat. setakat hari ini kehilangan ini lah yang paling sensasi

walaupun jumlahnya sangat kecil, cerita keempat sangat menarik perhatian untuk disiasat. ini kerana kehilangan lain melibatkan orang besar jajahan, kehilangan keempat melibatkan golongan pemegang tombak je, pang5perangkeranatuhan nampaknya mengamalkan konsep mudah. kuman diseberang lautan kelihatan, gajah dihadapan mata....

BILA GENDANG PERANG DIPALU


waktu kecil-kecil dulu bila arwah mak tak bagi saya bermain di luar rumah waktu malam, perkara paling mudah dilakukan ialah dengan menakutkan saya. maka banyak lah watak hantu yang dijelmakan dalam fikiran saya. hantu raya, hantu stokin, hantu kum-kum, langsuir dan pelbagai nama hantu lagi.

apabila saya semakin besar dan langkah semakin jauh, banyak lagi cerita yang orang tua-tua kampung karang untuk takutkan remaja seperti saya. bermulalah cerita kepala anak muda dicari orang untuk korban jambatan. dalam sungai kerian ada orang terserempak buaya, ini berlaku bila kamu sibuk bermain sungai dan tak ingat balik rumah. itu cerita zaman kecil saya. tujuan orang dewasa sangat mulia, mengawal pengerakkan dan keselamatan remaja cergas seperti saya.

hari ini gendang perang dipalu kuat oleh jajahan selama, rasanya selama dua minggu saya bersilat takde sapa2 yang nak mainkan musik mengiringi bunga pencak silat saya. nampaknya gelanggang telah dibuka, paluan gendang pun sudah kedengaran, tok empat menurunkan ayam sabungnya yang pertama, tuanpenasihatsaranglabah. ternyata bunga silat persembahan tuanpenasihat dua alam ini bukan lah permainan menarik, pukulan tumbuk rusuk secara curi bukan adat orang melayu, takkan cubaan nak menakutkan saya dibuat sebegitu rupa, kalau hantu pun saya tak pernah takut, apatah lagi saranglabah yang tersangkut kat muka.

zaman internet, permainan silat pukul curi macam samseng kampung dusun tidak lagi diterima orang. ini zaman maklumat, mari berpencak seperti anak jantan, perturunkan semua pang5perang yang ada, biar kita bersilat, jangan ada berlagak seperti ayam jantan, berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

orangbesar jajahan selama perlu melihat secara adil kenapa Tun Mahathir merealisasikan teknologi maklumat untuk rakyat, dasar keterbukaan kritikan amat penting untuk orangbesar jajahan memahami inspirasi warga jajahan.

begitu banyak blog dibuka agar kerajaan mendapat maklumbalas tentang kemahuan rakyat, pepatah mengatakan kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. penguasa jajahan yang menjadikan perkara rasmi menjadi peribadi, perkara peribadi menjadi rasmi harus ditegur. kenang kembali bila khalifah islam pertama dilantik, apakah kata-kata Syaidina Abu Bakar.......tentang hak pemimpin dan hak rakyat.

"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.

Aku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.

October 27, 2009

KEMENYAN SIAPAKAH INI


Arwah bapa merupakan seorang yang sangat sederhana orangnya. bila saya mengambil keputusan untuk berhenti dari UTM kerana bidang yang ditawarkan bukan minat saya, bapa tanpa banyak bicara bersetuju dengan tindakan saya. beliau mengatakan bahawa saya anak yang sangat kuat jiwa dan kemahuan, dengan suara yang sedikit rendah katanya 'InsyaAllah hang akan berjaya dalam semua kerja yang hang nak buat, pak tahu hang kuat untuk hadapi semua cabaran hidup' itulah kata-kata bapa di belakang kantin sekolah menengah mahang, kira-kira 22 tahun yang lalu. tersemat di hati doa pak tu, jadi azimat sehingga kini.

Arwah pernah bercerita tentang satu cerita yang sangat menarik. di kampung saya satu ketika budaya berjumpa bomoh merupakan satu-satunya inisiatif untuk berubat. tak kira sakit apa, semua bomoh yang akan ditemui dulu, takpun jumpa imam masjid minta dijampinya air kolah masjid buat mandi pemulih semangat.

ada seorang bomoh yang sangat korporat sifatnya, dia tahu kelemahan orang kampung ketika itu, tiap malam dengan bantuan orang kanannya, hanturayanya dihantar kerumah penduduk untuk menganggu penduduk, esoknya mula la orang tersebut meracau dan demam. orang kanannya akan datang untuk bertanya khabar dan menawarkan khidmat bomoh. atas penawaran khidmat tersebut bomoh dan orang kanannya berkongsi seorang separuh upah yang diperolehi.

di jajahan selama sekarang pun heboh diperkatakan orang tentang xtvt berbomoh. macam-macam hajat diutarakan oleh warga jajahan bila berjumpa bomoh. ada yang jumpa kerana nak naik pangkat, ada yang jumpa nak tundukkan bos, ada yang jumpa nak pastikan kawan baik tak naik pangkat, yang paling kelakar ada tuanpenasihat jumpa bomoh kerana nak kahwin dengan dayangnya. nampaknya yang paling untung jadi bomoh la.

xtvt berbomoh ini sekarang sudah bersifat glokal, dengar kata ada orang besar 16 menyeberang sempadan berjumpa bomoh jawa. minta dijampi tiangserisungaibayu agar lembut hati untuk menyambung kontraknya sebagai orangbesar16. kalau jajahan selama sering melaung-laung tentang pengatarabangsaan, nampaknya 3abdul1 tak perlu risau lagi kerana ada orangbesar16nya telahpun menandatangani MOU dengan tanah jawa tentang xtvt pembomohan.

musim berbomoh datang lagi, pawang mana kita nak cari selepas ini. dengar kata jajahan selama menang anugerah paling banyak terima warkah terbang, mungkin tuanpenasihatsiparangkontot perlu mencari kemenyan sakti dari negeri atas angin untuk membantu, atau kita mandikan saja tiangserisungaibayu dengan air kolah masjid untuk memulih semangat, cuma masalahnya tiada kolah dalam jajahan kita.

October 25, 2009

BERAPA KALI HANG NADIM HARUS DIBUNUH

kenangan belajar di tingakatan enam menerjah benak fikiran. saya merupakan pelajar sekolah menengah sultan badlishah kulim. ramai kawan saya di sekolah ini merupakan anak-anak penoreh getah atau kerja kampung berasal dari pelbagai kampung sekitar kulim, ada yang datang sejauh labu besar dan baling.

saya tinggal menyewa di kampung padang kulim bersama 4 lagi rakan, zul dari kg lobak, aziz dari pekan mahang, sayuti pekerja kilang, dan seorang residen iaitu muin, yang selalu lepak bersama. sebelah rumah ialah tuan tanah yang tinggal bersama-sama anak-anaknya, salah seorang anak perempuannya merupakan bahan cerita kami kerana cantik dan berkulit mulus.

belajar di tingkatan 6 merupakan saat pembelajaran yang mendewasakan saya, guru sejarah digelar mat besi, guru geografi pulak mengentar jiwa remaja, guru sateranya awang sulung, sementara pengajian am dikendalikan oleh profesor. semua merupakan guru yang saya ingati sebagai mentor yang hebat. bila memasuki enam atas guru pengajian am diganti oleh Baskeran, sangat dedikasi terhadap tugas.

Sudah tentu bacaan wajibnya buku keluarga gerila karya Pramoedya Ananda Toer, dan untuk sastera sudah tentu hikayat Hang Tuah menjadi santapan saban waktu. kedua-dua buku ini memberi kesan langsung kepada saya mengenai perjuangan dan berjuang untuk sesuatu yang benar. watak yang terkesan di hati sudah tentu hang nadim, seorang yang sangat inovasi dalam alam melayu seperti yang tergambar dalam penceritaan sastera.

Di alam jajahan selama, watak hang nadim hadir dalam jiwa hampir semua rakyatnya. tidak kira sama ada dia cuma askarbiasa atau panglimaperang, bahkan watak ini lebih menyerlah dalam jiwa golongan cendikiawan yang saban waktu disogok persalinan sekiranya memenangi hadiah dalam temasya mereka.

apabila Tiangserisungaibayu berkuasa kira-kira 20 purnama yang lalu, tok empat mengajak rakyatnya berubah, ditayang-tayang kegagalan tok empat yang lalu tentang perubahan, tiada yang baik sedikit pun tentang tok empat yang lepas, puluhan bahkan ratusan janji untuk mengubah jajahan selama menjadi antara jajahan yang masahor dilaung-laungkan. pang5perang bersama tuangpenasihat bertempik mengatakan inilah zaman yang kita nanti-nanti, cuma tempikan menjadi semakin suram, kini bisikan halus mula menjalar, tok empat dilihat gagal, bahkan sudahpun ada bisikan nakal mengatakan bahawa tiangserisungaibayu lebih layu dari tok empat sebelumnya.

kini warga jajahan termangu dan tertanya, hukum karma apakah ini, sumpahan siapakah ini, hingga kerusi tok empat tidak pernah bersinar. tilikan cendikiawan diaju, makrifat alim dipandu, tiada yang dapat diilhamkan kecuali satu, bila pekerjaan diserahkan kepada orang yang salah, tunggulah kehancuran yang mendatang. Rupa-rupanya ramai golongan hang nadim telah diketepikan.

dalam golongan tentera, bisikan jahat peng5perang kepada tuanpenasihatsiparangkontot menyebabkan golongan pejuang diketepikan secara sistematik, idea baru dirampas, projek baru diberikan kepada penderhaka bertopeng malaikat. pejuang dihantar ke hulu sungai, diberi tanah baru yang kering kontang, dipaksa berdiam diri dengan ugutan dan tindakan kejam penguasa jajahan.

dalam golongan cendikiawan, golongan pendita dan cendikiawan kanan sentiasa membuli dan merampas hak cendikiawan muda. kajian cendikiawan muda diplagiat berterusan dengan cara jijik dan kotor, nama mereka dijulang dalam makalah,diri mereka diangkat dalam temasya hasil jerit cendikiawan muda. lebih kelakar kajian kambing-kambing juga mahu diambil secara palsu oleh golongan ini.

Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 8 yang bermaksud ' Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan'.

kepada semua tuanpenasihat dan pang5perang jajahan selama, tanyalah diri kita, berapa ramai hang nadim ingin kita bunuh, berapa kali pembunuhan hang nadim pula ingin kita ulangi, agar kita kekal dipesada kuasa.

XPDC ULU SELAMA



sejak 2 minggu lepas, ama dan iki asyik menuntut janji sahaja, bila nak pergi panjat bukit, keseronokkan jelas terbayang pada wajah mereka apabila janji ini saya buat sebelum peperiksaan sekolah mereka bermula. iki anak yang sulung sangat terkesan dengan kata-kata, kalau kisah keluarga dipaparkan dalam drama siri mudah tumpah air matanya, sangat kenestatik budaknya. ama anak kedua hatinya sangat kuat, sekeras teras pokok, kalau dipukul takkan lari, buat keje dengan laju, nafasnya pendek-pendek, jelas anak ini visual sifatnya.

satu ketika dulu saya juga asyik dengan xtvt keluar masuk hutan ini. Nama kampung saya diambil dari nama sebuah bukit iaitu bukit bertam, nasib baik tidak diambil dari kembar bukit tersebut yang dipanggil berot. mendaki bukit bertam zaman saya kecil merupakan acara tahunan, dibuat orang masa musim kemarau, pemandangan dari kedua-dua puncak bukit sangat menarik, dari atasnya dapat dilihat seluruh mayapada bukit bertam.

semalam cuti hujung minggu, selepas solat subuh, giliran iki dan ama pula dikejut dan diminta solat, bingkas bangun apabila disebut xtvt panjat bukit, lebih bersemangat dari hari biasa untuk ke sekolah. selepas bersiap saya membawa dua hero ini sarapan di Restoran KP. selepas membelasah roti canai telor dan nasi lemak, kemudiannya membeli sarapan untuk uma dan umi, kami mulakan xpdc hari minggu.

7.30 pagi memulakan perjalanan dengan lafas bismillah, dan sudah tentu dengan kaki kanan, melompat-lompat iki dan ama kegembiraan. kami masuk melalui jalan tangki air, dan menempuh kawasan berbukit ladang getah, dalam perjalanan saya berhenti untuk menunjukkan kepada anak-anak buah getah, kawasan tapak babi hutan mencari makan dan berkubang, menikmati kicauan burung awal pagi, hahahahaha dan membiarkan kulit diratah penghuni tetap kebun getah....nyamuk

8.00 pagi sampai di sempadan ulu selama, kawat duri menjadi halangan pertama, kawasan ini baru sahaja dipagar, paya yang menjadi kunjungan kaki pancing tenang sahaja airnya, tak nampak sangat ada ikan di paya ini, dalam xpdc sebelum ini terjumpa dengan beberapa kaki pancing memburu haruan di kawasan ini. iki dan ama terus mengenalpasti kawasan ini dengan berkata 'ayah, dulu kita dah mai kan kat sini, la ni ada pagaq la pulak'. iki selamba je melepas kawat berduri, ama pula seperti biasa la, berlagak hero dan tersangkut seluarnya di kawat duri.

8.30 pagi sampai di ulu selama, bunyi deruan air anak sungai dengan ikan-ikan kecil berkejaran terkejut dengan kehadiran kami amat mengujakan, iki dan ama menyesal tak membawa kelengkapan mandi, kali kedua sampai ke ulu selama, suasananya sudah berubah, pagar yang dibina membolehkan saya mengenalpasti sempadan ulu selama dengan kawasan kota kereta. anak sungai telah dibina atau diluruskan aliranya, hilang kesemulajadiannya.

meneroka kawasan ini memperlihatkan kurangnya perhatian orang besar terhadap jajahan baru ini, kawasan anak sungai telah kembali dihuni lumpur kuning, tandanya kawasan ini disodok dengan rakus oleh aliran hujan yang membawa bersama kelodak dari seluruh isi perut jajahan, tasik yang dibina juga sendat dengan lumpur, berapa pula duit rakyat akan dihabiskan untuk mengorek semula tasik buatan ini. kalau dari sekarang pang5perang diberi tugas menanam pokok di gigi anak sungai, tentu cantik kawasan ini dalam beberapa tahun akan datang. jangan la dibuat acara menanam pokok hanya untuk mendapat perhatian tiangserisungaibayu sahaja, tentu sahaja kemasukan kambing baru nanti boleh digunakan untuk menanam sejumlah pokok baru, lihat sepanjang jalan menuju ulu selama, pokok-pokok di gigi jalan ditanam oleh kambing-kambing baru kira-kira 5 tahun yang lepas, kumpulan kambing ini sudah lama pun menjadi pang5perang di jajahan baru mereka sekarang.

9.00 pagi saya bersama iki dan ama berada di kemuncak ulu selama, sebuah bukit yang digondolkan tanpa sebab, kami cuma dapat melihat dengan sayu, kenapa tiada pengawasan dibuat terhadap pembangunan ulu selama, di atas bukit yang paling tinggi ini, kawasannya penuh dengan kesan penempatan manusia, botol air, tilam, tikar, plastik, bahkan baju dibiarkan sahaja, saya rasa kami mungkin antara yang terawal menerokai kawasan puncak bukit ini selain daripada warga pati negera jiran yang mengunakannya untuk bersembunyi dari penguasa negeri.

banyak yang boleh dilakukan tanpa melibatkan kos yang tinggi di ulu selama, penanaman pokok salah satu xtvt yang dilihat berpotensi. pokok-pokok boleh diminta secara percuma daripada banyak jajahan lain, penanaman boleh dibuat mengunakan buruh percuma dari jajahan selama sendiri. amat lah malang kalau jajahan selama hanya bergantung kepada kaedah penanaman biasa yang bermotifkan adamasyuk cuma.

9.30 pagi sebelum kami sekeluarga keluar dari pagar ulu selama,saya sempat menunjukkan kepada iki dan ama pokok seduduk, buahnya boleh dimakan dan akan menyebabkan lidah berwarna biru. seronok kerana xpdc berjaya, rancangan akan datang ialah merentasi ulu selama menuju ke kota kereta. mungkin iki dan ama kena membeli kasut baru untuk xtvt akan datang

October 22, 2009

PANGLIMA PERANG SIPARANGKONTOT

tuan-tuan pernah tak bermain perang-perang ketika kecil. pada saya permainan ini sangat menyeronokkan, siri combat merupakan siri tv yang sangat ditunggu-tunggu, ketika itu menjadi tentera amerika menentang tentera jerman sangat mengujakan, sapa pun taknak jadi tentera jerman, boleh bergaduh bukan kerana perang, tapi kerana nak pegang watak hero. hahahahaah dah tentu hero akan menang. semua siri sama saja macam cerita Ultraman yang menewaskan raksasa.

tempat mainan yang paling kita orang suka ialah sungai kerian, sungai yang menghasil ikan kelisa emas, ikan air tawar paling mahal di dunia. masa tu banyak pilihan main perang-perang nie, sama ada guna selut ( tanah liat yang dibentuk seperti bola )untuk dibaling pada pasukan lawan atau guna senapang kayu yang dipasang getah lastik, pulurunya boleh pilih sama ada buah kopi dari kebun matwali, atau guna je buah terung liar. kalau kena peluru nie memang berbirat la, balik rumah mak akan marah kerana baju penuh kesan getah buah kopi atau terung.

Alkisah di jajahan selama juga berlaku peperangan, tuanpenasihatsiparangkontot dalam melatih tenteranya, dari pemegang tombak (askar biasa ) hingga pang5perang mengunakan kaedah yang sangat tradisional. tentera dipilih dari golongan yang mengamalkan sifat sesumpah ( nilai pertama berintegrasi ). nilai inilah yang terpahat dalam sejarah mereka yang akhirnya menjadi pembelot seperti Brutus dalam Kerajaan Rom atau Raja Mendeliar dalam Kerajaan Melaka.

Pang5perangtanggukikan ( dalam post terdahulu dikenali sebagai tuanpenasihattanggukikan ) merupakan pang5 yang paling dipercayai. Walaupun pernah dikaitkan dengan kehilangan harta jajahan selama beratus ribu, Pang5perangtanggukikan tetap dihati macam saluran ceria anda. kelebihan Pang5perangtanggukikan ialah melesapkan dana-dana jajahan, kerja-kerja ini diselia dengan rapi oleh Tuanpenasihatsiparangkontot. kaedah paling mudah dengan memastikan semua projek kawalan Tuanpenasihatadamasyuk diberikan kepada orang-orang mereka tanpa pengetahuan Tiangserisungaibayu.

Pang5perang kedua dikenali dengan gelaran Pang5peranghatihitam, pang5 ini sangat zalim mulutnya, sifatnya lebih kepada nilai keenam iaitu radioaktif dan asid. Pernah dilaporkan bahawa Pang5peranghatihitam pernah menyemburkan bisanya terhadap Tiangserisungaibayu dalam satu temasya hinggakan dayang Tiangserisungaibayu mendesak Pang5perangtanggukikan mengeluarkan Pang5peranghatihitam dari senarai pang5 bertugas. Pang5peranghatihitam tidak peduli kepada sesiapa pun, kadang-kadang tuanpenasihatsiparangkontot pun dihinanya.

Pang5perangkeranatuhan merupakan pang5 yang paling licik,mengamalkan semua nilai tanpa rasa bersalah. pang5 ini selalu muncul dengan imej keranatuhan, tiada percakapannya yang tidak dikaitkan dengan tuhan. semua laporan palsu dan ubahsuai telah dihasilkan oleh Pang5perangkeranatuhan ini, kerjayanya meningkat dari panglimamuda kini menjadi antara orang besar 32 jajahan. sayang sekali semula laporan kepada Tiangserisungaibayu telah dibincang dan diolah bersama Tuanpenasihatsiparang kontot.

Pang5perang paling kelakar dalam kumpulan ini ialah Pang5perangsilatulrahim, kepakarannya menimbulkan kekaguman orang terhadap dirinya. amalan utamanya ialah nilai yang keempat iaitu berorientasikan diri. Paling kelakar inang kedua pun percaya cakap-cakapnya. bila gagal membuat tugasan, yang selalu disalahkan ialah orang-orang Tuanpenasihatsisaranglabah. kemampuan Pang5perangsilatulrahim memang hebat, setakat ini semua kesalahannya yang menyebabkan kambing-kambing tidak diperiksa jatuh di atas batu jemala orang bawahnya.

Pang5perangduduksaja antara yang paling beruntung, tak pernah berbuat apa-apa, hanya senyum, tunduk dan sesekali muncul dikhalayak membolehkan dia menjadi pang5perang tanpa banyak soal.

yang terakhir ialah pemegang tombak, tentera biasa ini merupakan orang suruhan paling taat tuanpenasihatsiparangkontot, hanya sebagai tentera biasa, cuma kadang-kadang aksinya terlebih, beranggapan dirinya pang5perang, kelakar pun ada, ingat tak watak sarjan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok yang dilakonkan oleh ibrahim pendek. hahahahaha

U PALING SUKA I HONEY

Pengalaman tentu sahaja mendewasakan kita. semasa saya darjah satu, hari pertama melapor di sekolah dibuat bersama tokwan ( arwah atuk lelaki saya ). seronok jangan cakap la, baju baru, seluar baru, sarung kaki baru, kasut baru dan tentu suasana juga serba baru. lapor diri di SRJK Sin Teong amat mendebarkan kerana tak ramai pelajar melayu di situ. tokwan seperti biasa, bersama curut cap teko yang curi-curi saya hisap dan membuat diri rasa loya dan nak termuntah. kenangan bersama tokwan sangat banyak, tokwan ada sebuah basikal tua, berkilat basikal tu dijaganya. mana-mana dibawanya saya dengan basikal tua. terima kasih tokwan

Pak dan mak saya berniaga laksa kat pekan mahang, masa rehat, kami di sekolah dibenarkan keluar sekolah untuk makan, jadi hampir setiap hari saya berjalan 2 km untuk makan di kedai keluarga. dari kecil pak dan mak memang melatih saya berdikari, dan sudah tentu pasal berniaga. zaman kecil saya hingga ke universiti penuh dengan aktiviti perniagaan. untung rugi sudah mendarah daging sebegitu lama, sama dengan usia saya sendiri. berniaga kuih paling saya suka, mak buat kuih kasturi dan karipap, kemudiannya koci, pulut udang, apom,dan macam-macam lagi. Mak berniaga kuih hingga tahun 2002, tabik la saya pada arwah mak yang kental dan kuat semangat juangnya hingga ke akhir hayat.

sekarang saya di jajahan selama, tok empat dan orang besar jajahan juga cuba untuk berniaga, berniaga ini perlu pengetahuan, kemahiran dan paling penting sikap la. orang besar berlapan bersetuju menubuhkan syarikat mereka U Paling Suka I Honey selepas ini kita kenalnya dengan panggilan mesra UPaSIng.

UPaSIng telah diminta untuk menjana keuntungan dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan jajahan. Maka seperti biasa, seorang tuanpenasihat telah dilantik untuk mengetuai UPaSIng. semangat berkobar-kobar menjalar seluruh urat nadi Tuanpenasihatuntungrugi bila diumumkan sebagai ketua UPaSIng. pengetahuannya dalam ilmu kira-kira dan berniaga jangan dipersoalkan orang.

Orang kita berniaga, jangan tak tahu pula, modal 1,000 dibuatnya macam modal 10,000. Tuanpenasihatuntungrugi diminta memugar tanah baru di hujung jajahan, maka dibina sebuah istana serba lengkap untuk tujuan berdagang. alkisahnya nasihat pada tok empat imej kena dijaga, kalau nak berdagang hingga ke negeri atas angin, tempat untuk bekerja kena la cantik. dengar khabar istana dagang yang dibina memakan belanja hampir separuh modal UPaSIng.

bila istana dagang dah siap, merayau-rayau la Tuanpenasihatuntungrugi ke seluruh alam sambil bertempik, istana dagang kami sudah siap, mari lah kalian berdagang bersama kami. kelakar sungguh cara berdagang Tuanpenasihatuntungrugi, dengar khabar habis semua dagangan jajahan selama ingin dicurinya. Ramai orang besar jajahan bergosip sesama mereka, kalau dagangan orang lain ingin dicuri, apa guna buat istana dagang yang indah-indah, lebih baik ikut sahaja nasihat Ali Baba Bujang Lapok, satu untung kau, satu untung aku, hahahahaha.

Satu lagi cara berniaga Tuanpenasihatuntungrugi ialah dengan membawa sebatang kayu dan sebiji bola, lalu dipukulnya bola tersebut sambil mengejarnya. setelah dekat dengan bola tersebut dipukulnya lagi sambil mengejar. sambil-sambil memukul dan mengejar bola inilah dibuatnya sembang-sembang tentang dagangan bersama ketua dagang jajahan lain, akhirnya yang diperolehi hanya penat, memukul dan mengejar bola.

Akhirnya istana dagang ditutup dan dikunci, tuanpenasihatuntungrugi rupanya hanya tahu ilmu berdagang, cuma seperti biasa kebanyakkan golongan cendikiawan, mereka tiada kemahiran dan sikap dalam ilmu mereka. Rugi lah UPaSIng dibuatnya tuanpenasihatuntungrugi. tok empat gundah gelana, untung diidam, rugi yang menimpa. lebih memeningkan kepala tok empat untuk mencari kambing hitam. Adakah mana-mana 3Abdul sudi menjadi pak sanggup.

PS : dengar khabar ada orang memcari saya semalam, nak dibuangnya saya dari jajahan selama, paling kelakar mengaku watak yang direka saya dialah pelakonnya, hahahahaha saya tuan director, sapa lawan tuan director akan dikurung bersama unta, hehehehe

October 19, 2009

3ABDUL PENYELAMAT JAJAHAN


saya menerima beberapa email dan pesanan ringkas bertanyakan tentang watak-watak dalam tulisan saya, terima kasih kepada pengikut atau orang yang hanya ingin membasahkan gusi ketika penat bekerja. cuma keberanian belum ada untuk mereka turut berbahas, curi-curi memberi idea pun ramai, bahkan semua nak tahu penamat cerita saya. mana ada keghairahan kalau semua kita dah tahu, permainan saya ini umpama menyusun puzzle, kalau rajin mungkin kita akan tahu sesuatu.

masa kecil-kecil dulu, cerita rakyat menjadi bualan antara saya dan kawan-kawan, tentu kerana kami tak ada media lain, sesekali menonton wayang padang sungguh menyeronokkan, atau dapat bersama-sama bermain watak sang kancil dan buaya, satu dua tiga lekuk, satu dua tiga lekuk, nak tengok siapa sampai seberang sungai dan menjadi hero

di jajahan selama terdapat kalangan orang besar berlapan yang kita kenali sebagai 3abdul, setakat ini 3abdul belum menunjukkan taring masing-masing. 3abdul1 kerjanya memilih kambing, 3abdul2 tugasnya melatih kambing, hahahahaha apa pulak kerjanya 3abdul3, tentu lah membuat kajian tentang kambing.

sekarang heboh diperkata orang di jajahan selama, siapa kalangan 3abdul akan mengantikan Tiangserisungaibayu. bukan apa, hayat Tiangserisungaibayu dah hampir luput, mungkin juga Tiangserisungaibayu berpakat dengan tuanpenasihatsiparangkontot untuk masing-masing memanjangkan atau mengubah tarikh luput masing-masing. awas bahaya memakan makanan yang sudah lepas tarik luput.

3abdul1 mungkin calon terbaik, cuma jangan lupa dengan hubungan 3abdul2 dan 3abdul3 dengan orang-orang besar negara, sebelum ini Tiangserisungaibayu dah pun cuba menyingkirkan jawatan 3abdul dari mereka tetapi tidak berjaya. mungkinkah antara 3abdul akan muncul sebagai penyelamat jajahan. cuma syaratnya mudah, jangan makan apa-apa pemberian tuanpenasihatsiparangkontot, sebaiknya dilangkah dulu kalau ingin dimakan, takut-takut nanti racun berbisa gubahan pawang asli akan menghilang semangat berjuang 3abdul.

apapun, 3abdul perlu memikirkan tentang kelangsungan hidup jajahan, orang lain dah berubah. kita bila lagi. slogan berani berubah patut menjadi tagline 3abdul, jom sokong 3abdul

DUSUN DURIAN KANDANG KAMBING

sekarang ini musim durian, di sekitar jajahan selama penuh dengan penjual durian, macam-macam promosi dilakukan oleh penjual durian, selonggok durian kampung dijual dengan harga RM 10, peraih dan penjual durian bermusim berbaris sepanjang jalan menuju ke kuala lumpur, mengharapkan pemandu berhenti untuk membeli durian jualan mereka.

semasa saya kecil, musim durian sangat menyeronokkan, pemilik dusun akan membuat kenduri pulut durian di masjid, majlis bermula dengan tahlil, tapi kami yang budak-budak dah lama kenyang makan kerana budak-budak biasanya dijamu dahulu. satu lagi yang menarik ialah tidur di dusun durian, semua dusun kiranya kami la yang punya. pemiliknya pun tak kisah, malah dijamunya makan durian, walaupun durian tu ialah peringkat buang buruk iaitu durian yang gugur tu kebanyakkan ditebuk tupai dan dimakan ulat, berbudak mana dikisahkan sangat.

di jajahan selama, salah seorang tuanpenasihat Tiangserisungaibayu diberi kuasa dalam hal ehwal durian dan kambing. orang besar berlapan dengan gelaran tuanpenasihatsiparangkontot sudah lama pun berkhidmat dengan jajahan selama, dengar khabar hampir seusia dengan pembukaan jajahan ini. Tuanpenasihatsiparangkontot pun dah tua, cuma khidmatnya diberi talian hayat bila umur bersara wajib dilanjutkan.

Tuanpenasihatsiparangkontot bukan kisah sangat dengan dusun durian dan kandang kambing, semua kerja dilakukan oleh inang istana, kedua inang ini sangatlah dedikasi dalam pekerjaan, dipastikan dusun durian bersih dan tidak ditumbuhi berlukar, kandang kambing juga sentiasa dipastikan bersih dan teratur, selain daripada kambing kampung yang dipilih mengunakan kaedah psikologi, kambing import pun sudah mula diternak, dengar khabarnya sebanyak 20 ekor kambing boer telah dibawa masuk dari negeri atas angin, sayang sekali kerana petugasnya kurang pengalaman dengar khabar 8 ekor terpaksa dipindahkan ke jajahan baru, kandang dekat sana mungkin lebih baik dengan kaedah jagaan yang menarik.

Tuanpenasihatsiparangkontot juga diminta menjaga kandang kuda, seperti biasa kandang kuda ini memang bukan minat Tuanpenasihatsiparangkontot, cuma sesekali saja dia berminat apabila kuda tunggangan hilang ladam. Yang kelakarnya kuda-kuda yang ditungangnya bukan haknya, maka dicuri-curi tunggangnya kuda-kuda yang diamanahkan untuk dijaga, sering kali rakyat jajahan terserempak dengan Tuanpenasihatsiparangkontot menunggang kuda pelbagai warna, maklum la kebanyakkan kuda yang menjadi tunggangnya adalah kuda tua dan sering sakit-sakit, maka banyak lah kuda-kuda itu lelah dalam perjalanan dan terpaksa diganti lain. cuma baru-baru ini sahaja Tuanpenasihatsiparangkontot mendapat kuda sendiri, hitam berkilat baka tempatan.

Tuanpenasihatsiparangkontot sebenarnya mempunyai tugas yang sangat lah mencabar, memastikan semua urusan dibuat mengikut undang-undang jajahan, dan menasihati tok empat dalam hampir semua perkara. cuma yang kelakarnya Tuanpenasihatsiparangkontot bukan suka sangat hendak beri nasihat, dah empat orang tok empat dia berkhidmat, semua tok empat yang gagah perkasa itu akhirnya layu diracun oleh Tuanpenasihatsiparangkontot, entah racun apa digunakannya, mungkin pawang asli seberang jajahan ditagih khidmat barangkali. dengar khabar Tuanpenasihatsiparangkontot suka sangat mengunakan khidmat tok pawang. cuba la bayangkan tok empat yang mula-mula garang menjadi lemah, yang datang dengan harapan cuma kini tinggal khayalan saja.

sekarang ini dengar khabar Tuanpenasihatsiparangkontot ingin mempromosi diri sendiri, banyak tugas inang dicanang oleh dirinya sebagai tanggungjawab sendiri, tiangserisungaibayu pun percaya bulat-bulat, propaganda ini disokong sepenuh hati oleh kumpulannya yang diketuai oleh tuanpenasihattanggukikan, kumpulan yang dikatakan akan meneruskan usaha untuk menguasai jajahan selama dengan apa cara sekali pun.

Akhirnya orang masih kenal durian tu dari dusun mana, kambing tu siapa yang bela, takkan tetiba peraih yang nak dapat nama, bila durian buruk dan berulat disalahnya inang, bila kambing berpindah jajahan inang juga yang salah, hahahahaha kalau durian yang baik cepat-cepat mengaku diri yang tanam, kalau kambing beranak cepat-cepat mengaku dia yang bela. semua tipu muslihat ini takkan Tiangserisungaibayu tak nampak.

Walau apa pun dugaan, walau apa pun rintangan, bersama segunung harapan, perjalanan ini kita teruskan, bersama menggenggam keyakinan, segala impian pasti dilunaskan, setitik dijadikan laut, segumpal dijadikan gunung,Tradisi tetap kita junjung, perubahan tetap kita zahirkan. “Kendati tergantung awan di langit, Telah terlanjur kubentangkan layar. Walau badai datang menggulung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan. Hidup jajahan selama !!!!

October 18, 2009

BILA SENATOR TAK PERCAYA SENAT

masa kecil-kecil dulu, yang paling saya ingat ialah aktiviti gosok gigi. pak dan mak bukannya tak berduit, cuma sangat seronok bila bersama kawan-kawan gosok gigi guna pasir halus masa mandi sungai, atau minta rajema, makcik india sebelah rumah tunjuk cara gosok gigi guna arang.

MQA ada lagi kat jajahan selama, hiruk pikuk la warga selama bercerita tentang prosesnya. bagi yang bersedia memang la senyum je, yang tak bersedia tu kira nak marah orang-orang lain. Habis digerudinye orang tu salah la, orang nie salah la. yang bestnya Tiangserisungaibayu pun disalahnya, kononnya saja nak dapat kredit untuk sambung hayat sebagai tok empat. betul ke tok empat buat semua pasal nak sambung hayat.

salah seorang orang besar enambelas, buat lawak taraf dunia. kita namakannya tuanpenasihattaraklayak. dulu bila dia nak dilantik jadi pendita, ramai senator tak setuju, bukan apa, kajian dia dalam bidang tangkap rama-rama, tiangserisungaibayu nak anugerahkan pendita dalam bidang tangkap kupu-kupu. itu yang kelakar, ramai yang tak boleh beza kupu-kupu dengan rama-rama rupanya

para senator pun membuat bantahan, cuma bantahan mereka kerana tuanpenasihattaraklayak dikatakan sebagai orang dari negeri atas angin. rasis sungguh bantahan mereka ini. sebab yang kedua tentu kerana gelaran pendita tu sangat lah mulia, hanya untuk mereka yang banyak buat kajian, penulisan, penerbitan, kerja-kerja terbaik sahaja yang akan diberi anugerah ini. sedangkan tuanpenasihattaraklayak belumpun sampai ke tahap itu.

akhirnya dapat jugak tuanpenasihattaraklayak mendapat gelaran pendita, walaupun ramai senator membantah dengann emosi dan fakta namun tiangserisungaibayu tetap menyokong tuanpenasihattaraklayak, dengar khabar kes ini sampai ke pengetahuan dan siasatan pembesar negeri dan negara.

cuma yang kelakarnya, sejak dapat jawatan pendita, tuanpenasihattaraklayak juga menjadi orang besar enam belas, kemudiannya dilantik pula sebagai senator, diberi serba satu persalinan dan seekor kuda hitam sebagai tunggangan. taring tuanpenasihattaraklayak dah panjang, sekarang dia adalah penasihat utama tiangserisungaibayu, nasihatnya umpama kata keramat, jangan tidak dipatuhi.

sekarang ini dengar kata dia dah tak percaya kewibawaan dewan senat, dewan yang memberinya jawatan pendita, kalau macam tu buang la jawatan pendita, kita nak tengok integriti tuanpenasihattaraklayak. sanggup ke dia lepas jawatan sebagai pendita, senator dan orang besar enambelas.

di jajahan selama ini, kata dewan senat kata putus yang penting, tiangserisungaibayu pun kena akur, jangan kerana tuanpenasihattaraklayak kata dia hilang kepercayaan kepada para senator, tiangserisungaibayu pun percaya, ramai penasihat yang hanya macam tuanhusinpantulan dalam tiga abdul saja

October 15, 2009

TIPS UNTUK BERJAYA

semasa kecil, bila belajar mengaji, ustaz selalu ingatkan tentang rukun iman, rukun islam dan rukun-rukun yang lain, ingatan terhadap ustaz cukup berbekas. Haji Ahmad dan isteri ( tok meriam ) sangat dedikasi terutama tok meriam yang kalau mengajar dan marah, suaranya umpama meriam. kalau musim kemarau, tok guru minta bawa air dari rumah untuk diisi dalam tempayan, buat guna ambil wuduk anak muridnya, kalau rajin lagi bawa kayu api, untuk tok guru guna memasak.

semua nilai baik diajar oleh guru saya sama ada di masjid atau di sekolah rendah, menengah dan universiti, saya doakan mereka yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak diberi keampunan oleh Yang Maha Kuasa dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

saya banyak merantau dalam pekerjaan, dari jajahan ke jajahan saya berkhidmat, ketua saya pun pelbagai, dari penguasa negeri hingga lah sekarang di bawah Tiangserisungaibayu, Tok Empat Selama.

Bila kita dah lama bekerja tentu kita melihat ramai yang berjaya, apakah rahsia kejayan mereka, tentu kejayaan mereka kerana mempunyai nilai-nilai baik dalam pekerjaan. Namun di jajahan Selama ada ramai juga yang berjaya kerana mengamalkan enam nilai utama berikut

berintegrasi-nilai ini merujuk kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan bos tempat kita berkhidmat. pasak utama nilai ini ialah lebih kepada sifat sesumpah iaitu berlakon, berpura-pura, berbohong dan bodek. ingat kembali lagu P Ramlee dalam filem Madu Tiga yang berbunyi musti pandai pembohong, musti temberang.

Emosional : nilai ini lebih kepada perlakuan kita dalam melaksanakan kerja, kalau ada kesilapan kakitangan bawahan, pelanggan mengadu dan kesilapan diri kita laksanakan 4 pasak utama iaitu marah, jerit, ungkit kesilapan lalu, dan berleter. ingat tak watak dalam filem ibu mertuaku

semangat asabiyah : nilai ini untuk menguatkan kerja berpasukan, orang lain semua tak bagus, yang bagus diri kita dan kumpulan kita sahaja. pasak utama nilai ini ialah bangga diri, matlamat menghalalkan cara, penting kumpulan, kita saja yang betul

berorientasikan diri : semua yang kita lakukan mestilah untuk kepentingan diri, ini yang paling utama, jangan sesekali memikirkan orang lain. pasak utama ialah tamak haloba, hak orang hak kita, rampas apa saja yang boleh, dan jangan ada belas kasihan

prihatin kelangsungan diri : nilai ini agar kita terus wujud dalam pekerjaan, jangan beralah dengan apa jual halangan, Pasak utama sombong, bongkak, bercakap besar, bikin panas

Asid dan Radioaktif : nilai ini ialah amalan memusnahkan apa jual projek orang lain bila kita nampak ada kemungkinan berjaya. Pasak utama hasad dengki, khianat, sabotaj dan adu domba


sukarnya hendak menulis nilai-nilai ini apabila kita sudah sebati dengan amalan dan ajaran tok guru dan guru-guru kita yang baik , cuma untuk renungan ' bila kebenaran baru belajar berjalan, kejahatan sudah berlari seribu tahun dihadapan'

October 14, 2009

SAMBUTAN HARIRAYA VS SOLAT HAJAT














1.00 PM 14 OKT 2009
. Warga jajahan Selama tak sabar-sabar nak menikmati jamuan raya, khemah yang dipasang beberapa hari yang lalu dihias indah, terutama khemah Tiangserisungaibayu bersama orang besar berlapan, orang besar enambelas dan orang besar tigapuluhdua.

1.30 PM. lagu raya mula berkumandang, warga jajahan Selama mula memenuhi khemah dengan pelbagai tujuan, termasuk lah yang membawa mangkuk tingkat, jug air dan beg plastik yang tersimpan kemas dalam poket serta beg tangan ( hanya mereka saja yang tahu apa kegunaan peralatan tersebut )














2.00 PM. warga jajahan mula berebut nak makan, hahahahahaha mana tahan beb, satay, chakuehtiaw, lemang, rendang, cendol, laksa, perggggggg tak tahan tengok makanan nie

2.30 PM. ke garisan.... sedia.....rebuttttttttt. Tiangserisungaibayu melepaskan peserta pesta makan-makan sempena hari raya.Tiangserisungaibayu lepak je, semua tuanpenasihat pun lepak je, makanan dah tersedia kat khemah dia orang


1.00 PM 15 OKT 2009. Tiangserisungaibayu gelisah, sesekali meninjau dari koridor kuasa, mendung kemudian hujan, nampak sangat program hidup mati jajahan Selama tak dapat sambutan.

1.05 PM. tuanpenasihatserbabaik pun gelisah, sejak seminggu yang lalu telah dikhabarkan kepada seluruh alam jajahan Selama tentang solat hajat, mohon perkenan Yang Maha Esa untuk kelangsungan jajahan

1.10 PM. hujan renyai mula turun, tuanpenasihatserbabaik mula berpeluh sejuk, teringat masa dia nak angkat nikah, hehehehehehe. Program hari ini tak macam semalam.















1.15 PM. tuanpenasihatsahibulsamahah dah sampai, jemaah ada sepuluh orang, Tiangserisungaibayu tertanya-tanya mana rakyat semalam yang ramai, adakah mereka masih kenyang dengan jamuan semalam, terfikir dalam hati 'salah aku ke jamu mereka lebih sangat semalam'

1.30 PM. solat selesai. Tiangserisungaibayu tercari-cari orang besar berlapan, orang besar enam belas, orang besar tigapuluh dua...monolog tok empat ,takkan semua mereka uzur syarie.....

October 13, 2009

MARKET DAN SUPERMARKET

  1. dulu masa saya masih bersekolah rendah, market kulim ( pasar basah ) terletak di tengah-tengah pekan kulim. Arwah bapa saya selalu bawa saya singgah di market untuk beli rempah giling dan tak lupa juga apam balik. India yang jual rempah dengan pakcik yang jual apam balik cukup ceria bila nampak kelibat arwah, bukan apa rezeki dah dekat la tu ( orang sekarang popular dengan ada masyuk )
  2. Paling seronok masa tu bila bapa berjalan ke stesen teksi, maknanya bapa nak belanja makan la. makan tengahari kat restoran mamak, paling seronok dapat minum air gas dan dah tentu beriyani ayam, fuhhhhhh ayamnya tersorok dalam timbunan nasi tu.
  3. itu dulu, market tu dah berpindah tempat sekarang, dipindahnya ke tempat yang jauh tersorok, tepi lombong jalan nak pergi kg padang tembak ( nama kg ni diambil sempena lapang sasar PDRM yang berdekatan kg tu ). pembangunan dah hebat kat lombong tu, membangun juga sekarang, ada hotel seri malaysia, ada taman perumahanan dan ada sekolah, dan juga stesen teksi bersama terminal bas.
  4. kalau tuan-tuan pernah pergi market tg malim apa yang kita nampak, sampah berselerak, susunan tak teratur, air bertakung, dan paling menarik aroma yang kita kena hidu, sekarang nie aroma tu dapat dihidu bila kita pergi ke Maybank pun
  5. cuma sekarang kalau nak beli barang basah kita ada pilihan lain, supermarket dah wujud, ada TF dan Billion, kalau rajin dan terasa nak jalan-jalan boleh memandu ke Tesco dan Giant, penat sikit tapi suasananya bersih dan tentu banyak pilihan.
  6. orang-orang tua mungkin akan tetap pergi ke market kerana keperluan dan kebiasaan, cuma kini banyak pilihan, dan persaingan semakin sengit. orang muda sekarang mana mau ke market, kalau nak beli barang basah tentu anak muda akan pilih Tesco atau Giant.
  7. universiti sekarang kena la berubah, jangan berfikiran bahawa kerana kita saja penyedia latihan perguruan maka kita biarkan saja universiti kita macam market. universiti lain dah pun jadi supermarket atau hypermarket, kita dok sibuk dengan nostalgia lagi. suara orang muda perlu diterima untuk terus bersaing dalam pengurusan universiti sekarang
  8. Universiti juga perlu meneliti kualiti kakitangan yang ada, jangan biarkan budaya bagai enau dalam belukar, melepas batok di tangga dan sudah tentu umpama musang berbulu ayam melata dan membarah dalam diri kakitangan

October 12, 2009

MQA DIUMPAMAKAN TUHAN

  1. waktu saya mengambil peperiksaan penilaian darjah lima, emak dan bapa saya berkata mereka berdoa dan membaca surah Yassin agar saya berjaya, amalan itu sebenarnya adalah amalan sepanjang hidup mereka, membaca Yassin malam jumaat dan berdoakan kejayaan anak selepas sembahyang, tiada yang luar biasa yang mereka buat, hanya doa khusus dipanjatkan untuk kejayaan anak mereka
  2. bila saya mengambil peperiksaan sijil rendah pelajaran, perkara yang sama berulang, cuma kejutan kali ini sekolah membuat solat hajat, terkejut kerana solat jemaah bukan pun amalan warga sekolah saya, tiba-tiba sahaja mereka menjadikannya satu cara untuk pelajar berjaya, senang sungguh usaha mereka untuk berjaya
  3. beberapa minggu ini dengar khabar MQA nak datang untuk audit, semua orang sibuk tiba-tiba, masa ini fail meja kena cari, sasaran kerja nak ditulis, objektif kualiti dengan piagam pelanggan bergaduh, statistik juga kena sedia, projek yang dulu tak diperdulikan minta disiapkan failnya, ketua jabatan yang tak pernah buat mesyuarat jabatan tiba-tiba mengigau minta minit mesyuarat.
  4. budaya kerja macam ini mana layak untuk mendapat penarafan. sepatutnya semua yang nak diaudit tu dah jadi amalan, kualiti ialah apa yang kita pratiskan. kadang-kadang nak tergelak pun ada, kejadian macam ini bukan luar biasa, bila audit ISO MS9001:2008 nak mula pun inilah yang berlaku. ini dah jadi macam gempa bumi di sumatera, bila berlaku semua kelam kabut, lepas tu berlagak biasa balik, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
  5. tadi terbaca komen VC USM tentang penarafan, sedar dan insaf bertapa kerdilnya beberapa universiti awam di Malaysia
  6. paling menarik bila ada kenyataan bahawa audit MQA ini penentu hidup dan mati universiti, maka diberilah beberapa tip untuk semua orang bersedia untuk menjawap soalan, beberapa nama juruaudit yang dilarang daripada didekati juga disebut, seolah-olah MQA tuhan baru dalam pengurusan universiti
  7. Akhir sekali pendekatan sekolah menengah dulu juga kembali diamalkan, solat hajat dipanjatkan ke hadrat Ilahi, cuma surau kita akan kembali kosong seperti hari-hari biasa, jarang sangat orang besar berlapan menjengah untuk mengimarakkannya

October 11, 2009

bila tuk empat menang anugerah

  1. 23 Syawal 1430H, Ithnin. Tuk Empat Selama, Tiangserisungaibayu menjadi tuk empat pertama memenangi anugerah dalam pertandingan Walpakari Al-Ciptaan anjuran Pak Belalang Al-Majnun. saya tumpang bangga atas kejayaan ini kerana gambar kawan saya juga terselit dicelahan pemenang sebagaimana yang dilaporkan oleh suratulkhabaran wal utusan.
  2. bangga bukan apa, dah banyak kejayaan yang dilaporkan selama ini termasuk lah rombongan cik kiah ke negeri komanwel, negeri atas angin dan negeri kayangan. cuma kejayaan sebelum ini tak lah terpampang semuka penuh dalam suratulkhabaran wal utusan ke, wal beritatul hariah ke hatta akhbar nyamuk seperti kompasku tepatun.
  3. selalunya atau kadang-kadang adalah berita kejayaan ditulis orang di suratulkhabaran wartamiah kampusi atau dilekat orang muka-muka pemenang di simpang-simpang jalan. kalau dalam siri 'cowboy' muka-muka ini selalunya ditulisnye 'wanted'
  4. cuma kali ini tuanpenasihatsiratulrahim cepat-cepat bertindak mengucapkan syabas atas kejayaan tuk empat dalam suratulkhabaran dengan kosnya mencecah ribuan ringgit. nampak sangat saranan tuk empat untuk berjimat dalam perbelanjaan tidak dipatuhi oleh tuanpenasihatsiratulrahim, mungkin kita kena tanya siapa tuanpenasihat20persen tuan husin pantulan yang mengaut untung dengan idea ini.
  5. sidang orang besar berlapan barangkali perlu dipanggil kerana tuanpenasihatsiparangkontot, tuanpenasihatadamasyuk, dan tuanpenasihatkhutudkhanah mungkin tertinggal dalam rancangan ini. dan barangkali tiga abdul juga tidak dijemput untuk berbincang.

berita ini dipetik dari agensi berita husin lempoyang perniaga unta dari negeri antah berantah

bila butang baju disalahkan

  1. Bercerita tentang butang baju, teringat saya pada arwah mak, bila butang baju hilang, mak lah harapan saya, cuba bayangkan awal pagi, mak sibuk goreng karipap dan kuih kasturi untuk jualan, saya pula sibuk dengan rengetan butang baju sekolah yang hilang, kalau mak tak layan nanti pergi sekolah anak macam samseng pulak. Kakak selalu jadi penyelamat, mak mintak je kakak tanggalkan butang baju sekolah lama buat ganti butang yang hilang. Itu lah mak, kasih sayang dia sangat memberi kesan kepada saya.
  2. Tadi baca tentang satu blog , ceritanya menarik tentang butang baju, bukan apa yang kelakarnya butang baju disalahkan bila rasa baju tak menarik lagi, baju nie dah lama, warisan nenek moyang, pejuang bahasa, pejuang bangsa dan pejuang negara ( mungkin mereka salah wariskan baju pada anak kandung )
  3. orang dulu buat apa pun mereka fikir tentang anak cucu, jadi cadangan mereka untuk anak cucu, mereka tinggalkan baju melayu la. memang cantik baju melayu nie, warna merah mewakili semangat berjuang mereka ketika itu, sampin pun cantik kuning buah kundang ngan biru laut, siap mereka wariskan lagi dengan keris pusaka dan buku sebagai alat berjuang dan pentingnya ilmu pengetahuan. butang bajunya sesuai sangat dengan baju yang dibuat
  4. baju tua nie telah beri banyak sumbangan, pejuang tanah air pernah memakainya, Zaaba, warta melayu, kesatuan melayu.
  5. melalui banyak zaman, zaman penjajahan, hari kemerdekaan, zaman darurat, semangat bahasa melayu, dasar ekonomi baru hinggalah 1Malaysia
  6. hari ini baju melayu mendapat butang baru, bukan kerana butangnya dah hilang macam kisah saya masa kecil dahulu, tapi kerana pewarisnya merasakan bahawa butang yang digunakan sejak 4 tahun lepas dah tak cantik lagi
  7. empat tahun lepas butang baju nie telah ditukar, dibuang ciri melayunya ( tiada lagi tahun dan tulisan jawi ) keputusan tu disokong oleh mereka yang sama ( orang besar berlapan ). entah jembalang mana merasuk mereka, mereka buang butang baju lama, kononnya butang baju tu tak membawa imej baik untuk baju. mereka reka butang baru yang menyebabkan perbelanjaan puluhan ribu ringgit.
  8. tahun ini baju ini dapat lagi butang baru. orang besar berlapan dah naik pangkat sekarang, dia dah jadi penghulu. penghulu ini semua nak ditukarnya, termasuk kalau boleh baju melayu pun nak dihilangkan melayunya, nak dibuat jadi baju 1Malaysia. Langkah pertama tempah butang baju baru, letak balik ciri yang dibuang dulu, nak nampak antarabangsa tambah pula dengan 'tag line' bahasa bekas penjajah.
  9. waris baju sekarang bukan nak meningkatkan kegunaan baju, tapi lebih sibuk tukar butangnya, ingatlah kenapa baju melayu ini diwariskan, jangan kerana kita tak pandai jaga baju melayu, dan tak pandai jaga badan kita sendiri, butang pula yang disalahkan

October 08, 2009

mimpi semalam sebagai vc

semalam saya mimpi, mungkin kerana gangguan hari pertama sebagai blogger, macam tau-tau je mimpi nie saya dah dapat status baru. Mimpi nie menarik kerana saya bermimpi ditemuramah sebagai vc universiti pada hari pertama saya dilantik.

wartawan : terima kasih Tiangserisungaibayu kerana sudi menerima kedatangan kami untuk temuramah perdana nie

Tiangserisungaibayu : hahahaha, hangpa nie, tau-tau saja saya baru dilantik jadi vc, awat tak mai semalam lagi, semalam pun ramai mai rumah, yela kan dah jadi vc, kakiampu, kakibodek, kakibelit semua habih mai dekat, yang paling best kakikelentong pun ramai gak. Hangpa sapa suruh mai nie, kawan lama aku ka, hehehehehee dia pun nak ampu jugak ka

wartawan : maaf la Tiangserisungaibayu, kami mai lambat sangat nak temuramah nie, bos kat opis dah marah takut-takut pangkat prof dia kena cabut plak pasai lambat. Apa agaknya yang Tiangserisungaibayu akan buat mula-mula sekali sebagai vc nie

Tiangserisungaibayu : Pertama sekali saya ingat nak kena tukaq la kereta v6 saya tu, tadi tuanpenasihatsiparangkontok mai habaq dia dah tempah kreta baru saya, kira-kira sehari dua lagi dapat kot keta tu, plat pun saya suruh dia tempah hangpa tau, saya habaq pie la cari mana-mana kontraktor bayar no plat saya tu

wartawan : Hebat la Tiangserisungaibayu, baru betul, imej kena jaga. lepas tu nak buat apa plak Tiangserisungaibayu dengan organisasi kita nie

Tiangserisungaibayu : Tak sabaq sungguh hangpa nie, ada pa-pa ka dok tanya banyak nie, macam gang had mai semalam ja. Saya rasa nombor dua kena kemas pejabat kot. Tadi tuanpenasihatadamasyuk pun mai jugak. Saya dah suruh dia ubahsuai skit pejabat saya nie dalam RM 100,000 ka, rumah pun saya suruh dia cari, ada la dia cadang rumah lama tu, tuanpenasihatadamasyuk kata mau la jugak RM 300,000 kalau nak baiki

wartawan : nie la vc penuh wawasan, baru lantik je ada vibrant belanja dekat setengah juta dalam sehari. baru betul Tiangserisungaibayu jadi vc. soalan akhir sekali apa wawasan Tiangserisungaibayu terhadap universiti ini

Tiangserisungaibayu : aaaaaaaa aaaaaaa aaaaa uuuummm uuuummm ( terfikir dalam hati orang jadi vc aku pun nak jadi vc )

nasib baik la saya bermimpi saja

October 07, 2009

kalau saya pendaftar universiti itu

  1. pertamanya saya akan mengunakan peluang untuk melantik sesiapa yang saya suka sebagai pembantu saya, namum perlu juga saya pastikan pembantu ini kaki ampu dan tak akan berani melawan apa juga idea saya
  2. saya takkan benarkan sesiapa pun popular melebihi saya kerana saya perlu kelihatan macho dan menguasai universiti keseluruhannya. hahahahaha mungkin saya juga perlu mengertak naib canselor bahawa kontraknya bergantung pada laporan saya kepada lembaga pengarah dan juga menteri
  3. semua temuduga saya patut masuk campur, kalau boleh mesti sebagai ketua panel, bukan apa nak pilih calon-calon idaman saya. Panel lain tu sebagai 'coverline' takut-takut SPRM datang siasat, hehehehe.
  4. kalau kawan-kawan saya ada anak nak kerja atau nak masuk belajar jumpa lah saya, kalau boleh merayu lah sikit, baru la nampak saya berkuasa. Tentu semua anak-anak kawan saya tu boleh masuk universiti
  5. saya tak perlu buat apa-apa tugas pun, pembantu dan kaki bodek rela buat semua yang saya nak, kalau saya nampak projek orang lain boleh berjaya, cepat-cepat saya pindahkan dia ke jabatan lain, dan tentu letak mamat ntah apa-apa ketuai projek tu, dan nama saya sebagai ketua projek baru
  6. alamak saya bukan pendaftar universiti itu la, baru saya sedar, huhuhu