August 25, 2011

SEloka HARI LEMBARAN

salam 2 all,

 anak itik terkedik-kedik
mandi kolam basah lencun
pesan tuan director pada adik
raya nanti jangan main mercun

main mercun terkejut beruk
meriam buluh cukup bahaya
kalau perangai hari2 teruk
mintak la maaf masa raya

tiangseri umpama ibu
sikontot pula bagai bapa
biar salah jumlah beribu
bila raya maaf dipinta

3abdul lepak minum kopi
adamasyuk dok sibuk mengira
adat salah sakit hati
di dunia selesai, akhirat pun sama
 
sitangguk suka solat terawih
bila solat berpeluh-peluh
ramadhan dah nak habih
mintak maaf jangan nak tangguh

tuan pendita pasang pelita
pelita malap sumbu tersumbat
bahagia disambut pabila raya
fitrah dibayar janganlah liat

tuan director suka menyindir
tulisan tajam umpama belati
para penonton yang sudi hadir
maaf dipinta dari la hati

lemang besi lemang buluh
ketupat palas santan kelapa
tuan director susun jari sepuluh
apa-apa pun selamat hari raya la


p/s : pantun sempena raya yang akan dibukukan oleh tiangserisungaibayu tahun nie. jom ramai-ramai sumbang pantun raya untuk terbitan jajahan selama. adios amigos

August 24, 2011

10 dalil tiangserisungaibayu perlu kekal

salam 2 all,

tiga sahabat sehabis sahaja tarawih duduk bersembang berkaitan musim baru filem pendek jajahan selama. masing-masing teruja dengan beberapa peristiwa yang sedang dan bakal berlaku di jajahan. yang paling menarik perhatian 3 sahabat ini tentu sahaja watak tok empat yang dipegang tiangserisungaibayu. ini berkaitan rapat dengan kontrak lakonannya yang akan habis pabila syawal menjelang.Jom kita ikuti sembang2 pascatarawih depa.

Pang5perangikanbakar : aku rasa tiangserisungaibayu akan disambung kontrak la. banyak lakonan dia kebelakangan ini dapat pujian ramai. sepurnama lepas dia buat acara menepungtawar istanabesiburuk.punya la ramai mai. Penerbit Kumpulan Perfileman Tayang Menayang pun mai berbuka posa, tu pun kredit kat dia juga. dengaq cerita kakmah taukey batu permata pun nak mai nanti. aku rasa kontrak dia sambung la.

Pang5perangtomyam : kalau hangpa nak tau, aku baru dengaq info baru. Tiangserisungaibayu tak sambung, depa dok screentest calon lain, dengaq2 nak amik yang muda skit, Penerbit Kumpulan Perfileman Tayang Menayang kata tiangserisungaibayu dah tua sangat, tak sesuai berlakon, berdiri lama kaki dah lenguh. peminat pun jemu dengan lakonan dia yang sama je. satu lagi kes istanabesiburuk pun SPRM dah tinjau-tanjau. hehehehe yang nie bukan moktar SPRM yang perkena tuanpunahsihatsiparangkontot minggu lepas dengan panggilan hangit yang bagitau, nie serius nie... dengaq2 dekat RM9 juta terbarai, paling mengejutkan dalam istanabesiburuk pun tiangserisungaibayu buat promo diri dengan tajuk gerai kaknah antara realiti dan innovasi, hehehehehe kelakar la tiangseri kita nie.


 Pang5perangkerangrebus : cehhhhh hangpa nie langsung tak sokong tiangseri. aku sokong la tiangseri sambung kontrak, aku ada dalil nak sokong tiangseri nie. pertama, kalau tiangseri dah tak berlakon sure tuan director tak minat arah filempendek jajahan selama dah, sumber inspirasi tuan director tu. kedua sian la kat tiangseri kalau tak jadi tok empat, dia akan hilang kuda hitam, dia mana ada kuda lain. hangpa pernah tengok ka dia ada kuda sendiri, askarpemegangtombak pun mampu beli kuda import yop. ketiga sapa nak bayar istana hulu selama yang dia baru beli..... dekat 600 ribu yop bukan rupiah tau.. keempat kena sambung jugak2 kontrak tiangseri nie, bukan apa kontrak tuanpunahsihatsiparangkontot pun dah nak habis hujung tahun nie, kalau tiangseri takde sapa nak sokong kontrak sambungan tuanpunahsihat nanti. tapi sebab paling penting kenapa kontrak tiangseri kena sambung ialah..... bersambung di episod akan datang      

p/s : anyam ketupat daun palas, lemang buluh daun pisang, mohon maaf harap berbalas, salah silap tidak berulang... selamat hari raya kepada semua peminat filempendek jajahan selama.... hati-hati memandu   

August 15, 2011

panggilan hangit

salam 2 all,

tuan director telah menyamar sebagai Moktar (ala-ala pasword la plak) iaitu Pegawai SPRM dan  membuat panggilan kepada tuanpunahsihatsiparangkontot ( TPSPK) berkaitan dengan beberapa isu yang sedang mengila di jajahan selama. jom kita ikuti transkrip perbualan yang berjaya dirakam

Moktar SPRM : assalammualaikum tuanpenasihat Jajahan Selama ( hehehehehee dalam hati tuanpunahsihat )

TPSPK : Wslm tn, siapa bercakap tu...

Moktar SPRM : saya tn moktar dari SPRM, nak tanya beberapa perkara berkaitan kenaikkan pangkat pang5perang Jajahan Selama, nie rutin biasa la tn, cuma nak confirm je, takut nanti ada masalah pula
.
TPSPK : haaaaaa...... SPRM.... kenapa call saya nie.... ada isu ke saya lantik dayang saya jadi pang5perang, tuan moktar kena faham la, semua peraturan kita patuh.... kita buat temuduga dengan integriti tinggi tau, saya ketua panel tu tau. kita tak panggil calon luar kerana depa semua tak layak. tentang pang5perangbesarchahketing pula saya juga panelnya, kita setuju pilih dia kerana dia orang lama, sama-sama saya pugar tanah di jajahan untuk dimajukan dulu.mengenangkan jasa dia saya setuju la dia dilantik. terbaru jajahan selama setuju naikkan pangkat pang5perangtanggukikan. yang nie pun saya ketua panel, kita pilih pasal dia nie jauh bagus daripada calon-calon lain. bukan keputusan saya sorang tau.saya disokong sepenuhnya oleh tuanpenasihatenjinnyior, tuanpenasihatkhutudkhanah dan tuanpenasihatadamasyuk.
tn moktar jangan percaya khabar angin mengatakan saya dalang melantik anak buah sendiri naik pangkat, memang depa yang naik nie kerja bawah saya, tapi saya amanah tau. pasal nak tunjuk kata saya amanah, dayang saya tetap dikekalkan jadi dayang walaupun sekarang dia dah naik pangkat pang5perang. ada apa maklumat lagi yang tn moktar perlukan

Tn Moktar : terima kasih la atas penerangan yang panjang lebar ye tuanpenasihat. sebenarnya saya nie nak dapat pengesahan nama penuh yang naik pangkat je, pasal saya tengah nak siapkan kad nama pang5perang terbaru jajahan selama. saya moktar dari Syarikat Percetakkan Ramah Mesra la tuan.

TPSPK : ooooooooooo ye ke, silap saya la tadi, Ingat SPRM tuuuu....  ( sambil berkira-kira dalam hati... nasib baik aku tak terjun bangunan tadi... cilaka punya Moktar kasi suspen je) 


July 27, 2011

SURAT BUAT SEMUA

Salam 2 all,

Saya rasakan filem pendek ini akan melukakan hati ramai warga jajahan selama serta ramai pula akan merenung diri dek kerana isinya yang saya ambil dari nukilan saudara Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Moga Sang Pencipta mengampunkan kita semua dan memberi pahala kepada saudara kita yang saya cedok hasil karyanya ini. 

Saudaraku Tuan Penasihat Sekalian


dalam banyak filem pendek yang diterbitkan terdahulu , tuan director mengajak semua warga mencegah akan kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di jajahan selama. Ingatlah, Tuanpenasihat sekalian dibayar dengan wang rakyat untuk memperbuat kebaikan dan menegakkan keadilan bagi sekelian warga jajahan

Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Ingatlah bahawa kegagalan menyahut seruan Sang Pencipta dan menteladani Rasul Allah boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, boleh menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah warga jajahan, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku para penasihat yang sepatutnya disayangi dan dihormati menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku Tiangserisungaibayu,

Tuan director ingin memberi ingatan yang diharapkan dapat memberi manfaat khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita menipu bukti dan mewujudkan kesaksian palsu, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada ditangan. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian kuasa yang dimiliki. Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang menulis bukti palsu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan oleh simangsanya. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Saudaraku Tuanpenasihatsiparangkontot,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.


 
Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Ingatlah tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada pang5perangkeranatuhan yang boleh diperguna dan tiada kuasa tiangserisungaibayu yang boleh melindungi diri tuan atas kezaliman yang diperbuat.

Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).  Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Saudaraku Pang5perangkeadilan,

Tuan director sedar akan rasa serba salah menerima arahan tuanpenasihat, untuk melaksanakan tugasan , saudaraku mungkin berkata 'kami hanya menjalankan tugas'. Maka renunglah hadis ini. Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Sudilah saudaraku mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.
 Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku Pang5perang dan para cendekiawansekelian ,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi pang5perang namun keadilan dan intergriti perlu selalu dijunjung. Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”.  Adios Amigos

July 26, 2011

pacak sana pacak sini

salam 2 all,

saya sangat merindui musim menuai padi, aroma padi sentiasa dekat pada saya, hidung saya sangat akrab dengan bau-bau yang biasa dengan padi, bau padi ditumbuk lesung kaki atau emping digoreng. bercakap tentang musim menuai juga teringat akan orang-orang yang di letakkan di sekitar sawah untuk menghalau burung ciak atau tempua yang cukup berahi dengan padi menguning.

hidup bertani padi bukan senang, tulang empat kerat cukup teruji apabila mengerjakannya. musim membajak bermula apabila hujan mula turun. rata-rata orang kampung saya mempunyai 2 pekerjaan, tak dapat menoreh mereka bersawah pula. selesai membajak mengunakan kerbau, selalunya diuruskan pula batas sawah untuk mengelak sawah kering kerana air mengalir keluar dari petak sawah.

musim menanam kaum hawa paling sibuk menempatkan diri di sawah, sehabis menanam tentu saja merumput dan meracun menjadi rutin tetap kaum bapa, belum lagi membaja. paling teruja bila bunga padi mula meneran dari batang padi. apabila padi makin tunduk kerana buntingnya.. datang pula tempua minta disuapkan. ketika ini saya suka berada di sawah melihat pelbagai orang-orang yang di pacak sana sini. yang paling menghiburkan apabila orang-orang disambung mengunakan tali plastik dan dipasang loceng tin susu untuk menghalau tempua. bunyi orang bertempik dan segala suasana di sawah cukup meriah pabila padi menguning.

tuan director terkadang cukup terhibur dengan telatah 3abdul3 yang sentiasa bercakap dan berucap ini, teringat tuk dalang wayang gedek (kulit) yang asyik bercerita tentang etong dan ekau. hahahahahahahaa tiap kali bermulanya mesyuwarah, 3abdul sorang nie tak betah duduk diam, ada saja komen dan ceritanya. terkadang melihat muka tiangserisungaibayu yang seakan boring sangat dengan gelagat 3abdul3.... terfikir tuan director akan nasib tiangserisungaibayu yang sentiasa silap percaturan membawa regu untuk jajahan selama.

gelagat 3abdul3 memang dapat dijangka, sentiasa ingin popular menyebabkan banyak arahan dibuat kepada pang5perang dan tuanpendita agar namanya jangan lupa diangkat dan dijulang dalam semua acara kaji mengkaji. kalau ditanya karam singh tentunya perumpamaan yang dapat diucap sambil mengangkat tangan ialah bertelur sebiji riuh sekampung, berkokok nyaring ekor bergelumang tahi.

Belajar lah dari 3abdul3 terdahulu berapa banyak acara kaji-mengkaji yang diperbuat, tidak pun riak dan takbur yang terucap dari mulutnya. umpama menanam padi tentu sahaja bukan sehari menanam langsung esoknya berbuat lebat dan berat. sekiranya 3abdul3 tak tahu malu mencanangkan hasil kerja 3abdul3 sebagai hasil kerjanya maka belajarlah dari resmi padi semakin tunduk semakin berisi, bukan umpama tong kosong yang dipalu pengodam.

ingatan tuan director cukup mudah, berhentilah dari mendesak dibina tugu dan batu peringatan untuk mengambarkan kejayaan diri hail kerja orang lain. jangan umpama jadinya serupa pesawah membuat orang-orang untuk menakutkan pemangsa. bukan apa takut nanti semua tugu-tugu bukan menambah kagum akan orang tetapi menjadi bahan benci dan meluat warga jajahan.
  
 p/s : Pusingan mengangkat pang5perangtanggukikan sebagai pang5besar telah bermula. khabar jamal pak tongkol mengatakan bahawa 2 hakim yang akan mengadili perlawanan antara sitangguk dan siabangbesar ialah tuanpenasihatkhutubkhanah dan tuanpenasihatadamasyuk.... hehehehehe keduanya telahpun memakan sireh beracun yang mengahalang mereka bercakap benar apabila berkaitan dengan kehendak tuanpunahsihatsiparangkontot.... maka sebelum acara beradu bermula warga jajahan selama yang mau bertaruh bolehlah bertaruh pemenangnya sitangguk..... yang nie juga akan serupa apabila chahketing diangkat dulu.... adios amigos       

June 14, 2011

selamat datang... selamat jalan

salam 2 all,
 
arwah bapa saya sangat suka berjalan-jalan atau istilah sekarang melancong. semasa kecil destinasi yang menarik minat saya sudah tentu pulau pinang dan keduanya pantai timur. kedua-dua tempat ini mungkin menimbulkan minat kerana sebab yang tersendiri atau kerana kekerapan mengunjungi keduanya. pulau pinang barangkali kerana keasyikkan menaiki feri yang menimbulkan nostalgia yang bukan sedikit dan kemudian saya habiskan 2 tahun bersekolah di sekolah teknik pulau pinang selepas itu.

pantai timur pula lain ceritanya.kalau berpergian ke pulau pinang menaiki bas loncat(lompat), ke pantai timur lazimnya kereta sewa atau teksi pakmid menjadi nadi utama kami sekeluarga. lazimnya cuti sekolah masa yang paling sesuai untuk melancong, kenangan indah melalui lebuhraya timur barat adalah ubat mabuk kenderaan yang paling mujarab. bau teksi diesel pakmid memang meloyakan, boleh menyebabkan seluruh isi perut saya dikeluarkan. lazimnya apabila sampai ke baling semua isi perut sudahpun habis dimuntahkan dalam beg plastik. selepas itu tiada lagi yang dapat keluar sehingga ke kota bharu.

saya paling ingat mengira perbatuan perjalanan dan setiap tempat yang dilalui ada ucapan selamat datang dan diakhirnya pengucapan yang popular ialah selamat jalan, hati-hati memandu atau jumpa lagi.perjalanan ke pantai timur akhirnya akan sampai ke penghujungnya apabila kami sekeluarga sampai ke kuala besut... tempat yang pernah arwah pak dan mak merantau mencari rezeki... dan kg suragate (betulkan saya kalau salah) sentiasa menjadi sebutan. perjalanan sebegini mengajar saya erti sebuah perjalanan yang ada mula dan akhirnya.

tiangserisungaibayu terkejut dengan perkhabaran terbaru... jajahan selama bakal menerima 3abdul baru lagi... terkejut atau buat-buat terkejut tidaklah dapat dipastikan sangat kerana riak diri tiangserisungaibayu sukar untuk diramal kebenarannya. umpama seluruh hidupnya adalah lakonan opera kehidupan cuma. namun kejutan ini mungkin ada benarnya setelah meneliti latarbelakang bakal 3abdul ini.

tuan director lama melihat percaturan kepimpinan dijajahan selama, bukan sehari dua tapi bertahun dan masak sangat dengan semua yang berlaku. risikan jamalpaktongkol sering menemukan nama beberapa tuan penasihat dalam kitaran parti mata lebam, kumpulan simpati mata lebam juga ramai. kenaikan pangkat pang5perang juga dikaitkan dengan mata lebam dan bulan mengambang. tiangserisungaibayu yang dilihat rapat dengan kepimpanan parti timbang namun harus diingat pandangan politiknya lebih mirip dan hampir kepada liberal tentu selesa dengan parti mata lebam.

hahahahahahaha apa kaitanya dengan 3abdul yang baru.... kalau 3abdul2 kini lebih senyap dan menentang dengan cara berdiam dan mengasing diri. tuan director meramalkan pertembungan terbuka akan berlaku dengan kemasukkan 3abdul yang baru. harus juga diingat 3abdul3 yang diimport oleh tiangserisungaibayu untuk dijadikan regunya juga kini dilihat menimbulkan banyak keributan. barangkali tiangserisungaibayu tidakpun sedar jaringan politik 3abdul3 bersama parti timbang juga bukan calang-calang.

beberapa bulan mendatang akan mencorakkan kepimpanan jajahan selama yang lebih baru dan segar. kemasukkan 3abdul2 yang bukan orang tiangserisungaibayu akan menimbulkan konflik dalam diam. tiangserisungaibayu yang dilihat cuba mengunakan golongan cendikiawan menentang keputusan Kumpulan Perfileman Tayang Menayang  dalam hal tawaran berlakon 3abdul2 mungkin akan mendapat tempiasnya. 3abdul3 yang kini mengintai jawatan tok empat juga mungkin akan memberi tekanan terhadap tiangserisungaibayu. hahahahahahahaha tuan director meramalkan 3abdul2 yang baru dan 3abdul3 akan bergabung menyerang tiangserisungaibayu. persoalannya bagaimana nasib 3abdul1 beberapa bulan mendatang.


p/s : tuanpunahsihatsiparangkontot telah berjaya menaikkan pang5perangbesarchahketing sebagai pang5perangagung. langkah seterusnya ialah menaikkan pang5perangtanggukikan sebagai pang5perangbesar jajahan selama. hahahahahahaha pada tuan director kalau benar pang5perang ingin diuji kenapa tidak berani disabung diluar gelanggan jajahan.... adakah tuanpunahsihatsiparangkontot takut ayam sabungnya kalah beradu..... adios amigos 

May 26, 2011

BERBEKAM or PERBEKAM

salam 2 all..

ketika kecil pengalaman yang mengerikan tentu sahaja melihat kesan berbekam pada kepala orang dewasa. dengan rambut dicukur licin pada belakang kepala, ditambah dengan kesan torehan pisau yang masih baru dan berdarah, pengalaman melihat orang berbekam lebih menakutkan lagi apabila tanduk kerbau yang digunakan untuk menyedut darah pada kepala individu ditanggal dari kepala pesakit... maka darah sedikit kehitaman akan jelas kelihatan pada kepala.... namun bukan lah membuak-buak darah tersebut... hanya sedikit sahaja.

lazimnya hari jumaat dipilih untuk berbekam kerana kepercayaan keberkatan penghulu hari, dan sudah tentu ada kaitan pula dengan amalan Rasul Allah. maka jumaat ketika kecil saya, dalam mengantuk mendengar khutbah Haji Hashim.... sesekali mata akan terpandang kesan berbekam pada kepala penduduk bukit bertam.... hahahahaha sudah tentu mengantuk saya diganti dengan ngeri.

salah seorang watak yang saya amat ingat suka berbekam ialah Pakleh penjaga tiket panggung wayang pekan mahang.... sepanjang tahun ada saja kesan berbekam pada kepalanya... sama ada baru atau lama dengan rambut yang tak sama panjang. saya mengingati individu ini kerana orangnya amat suka melepak di kedai laksa arwah bapa saya... dan sudah tentu lebih dingati lebih lagi kerana melepaskan saya masuk ke panggung wayang tanpa tiket hampir setiap hari... hahahahaha.

tuan director teruja dengan Persatuan Bekas Kambing (PERBEKAM) jajahan selama.... sejak 8 tahun lepas selepas ketuanya disingkir oleh kuncu-kuncu tuanpunahsihatsiparangkontot... PERBEKAM seolah mati. pada yang lupa izinkan tuan director ingatkan bahawa satu ketika PERBEKAM sangat kuat kerana ketuanya adalah ahli dalam LuPunyaUntung... memandangkan demikian, dek kerana takut atau barang niat yang lain... ketua PERBEKAM ketika itu disingkirkan dan diganti dengan tuanjurulatihkambing. bukan setakat itu sahaja ketua PERBEKAM juga tersingkir dari kelab LuPunyaUntung.

cerita cantas dan bunuh serta buang ini kemudian menjadi sumpahan terhadap jajahan selama... PERBEKAM tak pulih selepas itu... menjadi igauan kepada semua tok empat... tiangserisungaibayu mengambil macam-macam tindakan untuk kembali memulihkan PERBEKAM. mandi limau sudah, sintuk dengan air masjid sudah, perasap kemian dari gunung daik pun sudah... PERBEKAM tak pernah kebah dari demam dirasuk jembalang tuanpunahsihat.

PERBEKAM seolah tiada ubat lagi untuk sembuh.. terbaru dek kerana angin satu badan dengan 3Abdul3 yang sering mengelak diri, tiangserisungaibayu melantik seorang pawangbaru untuk cuba memulih PERBEKAM.... ini yang paling lawak dengan jajahan selama... pawangbaru pun tanpa mengambil masa lama, mengasap keris luk tujuhnya disintuk limau kasturi sambil mulut terkumat kamit membaca mentera....dan bertempik....

aku sudah bertemu dengan jembalang... lalu diminta sireh dan pinang, ditilik urat dan pertanda... jawapan cukup mudah.... kalau ingin berubah akan jajahan selama, korban yang besar diperlukan.... maka tiangserisungaibayu terpana... terpaku. pawangbaru telahpun membuat telahan... pawangbaru hanya menyebut 2 nama korbannya.... tiangserisungaibayu dan tuanpunahsihatsiparangkontot.... kah23.





p/s : dengar citer usaha untuk menyambung kontrak lakonan tuanpenasihatsiparangkontot untuk musim akan datang telah diperhebatkan lagi. hehehehehehe aloha seri muka telah menyemak jadual bermain guli besar tuanpenasihatenjinnyior dan mendapati bertembung dengan datuk undang majlis LuPunyaUntung.... wahhhhhhhhhh takkan kempen nak kekalkan tuanpenasihatsiparangkontot dah bermula awal di padang permainan. dengar citer siparangkontot malu-malu kucing untuk meminta disambung kontrak.... sapa nak jadi ejen atau telangkai untuk menyampai hasrat tersebut.... hahahahaha kalau nak sambung jumpa je tuan director. adios amigos......