October 07, 2010

kisah kandang kambing

salam 2 all,

semalam tuan director pusing-pusing jajahan selama, menikmati keindahan keseluruhan alam jajahan ini memang membangkitkan nostalgia. apabila ditawarkan sebagai tuan director lama dulu..produksi ini hanya mempunya set yang kecil sahaja..asyik beredar dan berpusing di sekitar itu sahaja. terlalu banyak tanah lapang untuk kambing melompat dan berkeliaran.

satu ketika kerana kurangnya bangunan, lebih banyak cerita hantu yang didendangkan oleh warga jajahan selama...mungkin kerana ketika itu set pengambaran lebih kepada latar tahun 70an sahaja dijajahan selama, tiada bangunan yang menonjol kecuali bangunan koridor kuasa. Bilik tuan director ketika itu terletak di istanabesiburuk, penuh dengan kesan dakwat cetakan. watak hantu atau cerita hantu begitu sinonim barangkali kerana jajahan selama ketika itu kurang hiburan dan berita sensasi.

kini segalanya berubah..kem enjinnyior dah mula menduduki istana siburungwalit. kalau dulu tuan director ingin namakan bangunan terbaru ini sebagai istanalabah...namum nampaknya kurang tepat barangkali...lebih baik dinamakan istana siburungwalit. tuanpenasihatenjinnyior dah pun berada dipuncak istana tersebut beberapa purnama kini.

ditapak istana siburungwalit dulunya tapak rumah warga jajahan, kemudiannya bertukar menjadi tempat makan warga jajahan dan kambing-kambing. seronok menikmati makanan di situ kerana suasananya terbuka. kini nostalgia itu cuma dalam memori cuma...jajahan selama terlalu sesak dengan istana pelbagai.

tuan director sebenarnya sedikit resah dengan pengurusan kandang kambing...3abdul3 dilihat kurang bermaya..tindakan lambat yang cuba dipromosikan juaknya sebagai langkah berhati-hati dan penuh hikmah mendatangkan bala bencana yang bukan sedikit kepada kehidupan kambing.

ambil contoh tempat makan kambing-kambing yang telah lama terbiar kosong...apabila diajukan kepada kem adamasyuk maka dikhabarkan 3abdul3 yang lewat membuat keputusan. hampir 3 purnama terbiar tempat makan tersebut...berbuih mulut kambing-kambing mengembek...mana motto kem kandang kambing yang kononnye mesra kambing, adakah moto tersebut juga rebah dengan hilangnya tanda kem kambing yang dipukul ribut setahun lalu di istanakandangkambing.

apakah begitu susah mencari pembekal makanan kambing...part ini tuan director menyokong sepenuhnya tuanpunasihatsiparangkontot...walaupun penuh masalah...tempat makan kambing tak pernah terbiar kosong ketika diuruskan oleh tuanpunahsihatsiparangkontot barang sepurnama ketika itu.

contoh kedua tentang keperluan kambing ketika baru dipilih masuk 3 purnama dulu...takkan semua orang buat-buat lupa bagaimana anak-anak kambing yang baru masuk kandang tidak pun menerima barangan yang dijanjikan. barangan tersebut sepatutnya dibekalkan kem kandang kambing pada hari terimamasuk...namun kerana juak-juak 3abdul3 yang pemalas dan cuai telah menyebabkan anak kambing hanya menerima barangan mereka 2 purnama kemudian...tuan director hanya boleh geleng kepala..kesalahan begitu besar dibiarkan sahaja tanpa dikenakan kanun 605.

cerita gajah pun sama sahaja...tiada perubahan...takkan la 3abdul3 takde cara nak uruskan hal gajah...sekarang nie kambing nak berjalan jauh pun susah kerana gajah jajahan dok buat kerja gajah luar. tuan director rasa penyelesaian yang digunakan sekarang tak pun berbaloi. dengar cerita tuanpenasihatadamasyuk pun mengeluh kerana kos jagaan gajah jajahan yang meningkat kerana keterlaluan digunakan untuk mengangkut kambing sekitar jajahan atas arahan tiangserisungaibayu.

kepimpinanan 3abdul3 tampak lemah ketika ini kerana kurang bertindak dan bergantung kepada juak-juak sekeliling yang merupakan antara pang5perang yang sememang gagal sebelum ini dimana-mana kem. tambahan pula 3abdul3 yang percaya kepada beberapa kerat cendekiawan atau cendawan yang juga gagal di kem masing-masing untuk menonjol kecuali terus bergantung kepada belas ehsan jajahan selama untuk terus tinggal dikandang kambing sebagai gembalakambing...

nampaknya tiada penyelesaian yang terbaik yang dapat ditunjukkan oleh 3abdul3 di kem kandang kambing....hanya pertukaran atau 3abdul3 kembali menjadi cendikiawan sahaja nampaknya boleh menyelamatkan reputasi diri yang kini telah mula mereput

P/S : dengar cerita tuanpenasihatsiparangkontot tak jadi membuat perjalanan rohani...pelbagai alasan telah ditebarkan oleh juak-juaknya...apapun keputusan tersebut tentu kerana sesuatu hal yang berkaitan dengan kanun 605 yang baru diperturunkan oleh pak mustar beberapa hari terdahulu kepada semua ahli Murai Punya Ekor....mungkin juga tiangserisungaibayu baru tersedar implikasi besar menantinya kerana mengikut telunjuk tuanpenasihatsiparangkontot....adios

September 29, 2010

NIE HOW MA

salam 2 all,

semalam tuan director pergi simulasi perang...maka adapun tuan pendekar pak mustar telah mengajar banyak ilmu perang yang baru...bagaimana nak membuang dan menghukum tentera-tentera yang ingkar dan tak tahu malu....huhuhuhuhuhu

ombak-ombak cerita semalam al kononnya hari nie tiangserisungaibayu pun akan datang untuk menuntut ilmu daripada pak mustar. harap-harap membawa diri dengan ikhlas untuk menuntut ilmu...dengar cerita tuanpunasihat pun akan hadir...3abdul pun akan hadir termasuk la jugak ketua-ketua kem...bagus la kalau macam tu

memang bagus kita menuntut ilmu nie, tiada cacat dan celanya..cuma kena la ikhlas. orang melaka zaman dulu pun menuntut ilmu dan berkawan dengan negara china tetapi mereka tidak la sampai belajar bahasa cina untuk menunjukkan tanda persahabatan dengan negara china sebaliknya mengetahui kesukaan sultan melaka terhadap perempuan maka diberinya Puteri Hang Li Po sebagai gundik sultan oleh maharaja cina. maka keturunan cina inilah menjadi baba n nyonya yang fasih berbahasa melayu di melaka. bahasa jiwa bangsa la u...

tapi jajahan selama ini amat la pelek dan ajaib tindakannya...apabila kakmah taukey kedai batu permata mempamirkan anaknya mampu berbahasa tiongkok mula la kelam kabut tiangserisungaibayu. mengenangkan bahawa kesukaan kakmah dan untuk mengambil hati kakmah maka tiangserisungaibayu pun melancarkan kelas bahasa tiongkok untuk ahli Murai Punya Ekor.

tuan director pun suka juga belajar bahasa tiongkok...sekurangnya apabila membeli barang dapat la dibuat tawar menawar. tetapi apabila tiangserisungaibayu mengarahkan kelas tiongkok diadakan tentu la terkejut sawan tuan director..apa guna mereka ini nak belajar..rata-rata sudah tua. tentu sukar untuk memahirkan diri. tuan director terkenang cerita p ramlee bertajuk pendekar bujang lapok yang mana orang tua-tua belajar dalam kelas dewasa

apabila tiangserisungaibayu dah disambung kontrak...macam mana dengan kelas bahasa tiongkok...dengar cerita tiangserisungaibayu la yang paling malas hadir ke kelas. ketua kelas pun sama malas juga al maklumla tiangserisungaibayu pun tak hadir...

maka betul la jangkaan tuan director...kelas bahasa tiongkok tu bukan untuk belajar tetapi tak lebih sebagai topeng untuk mengelabukan mata kakmah taukey kedai permata sahaja..apabila kontrak sudah disambung maka kelas bahasa tiongkok tiada berguna lagi.

ini lah amalan songsang dijajahan selama....program, dasar, pembaharuan, innovasi, tranformasi, perubahan, lonjakan dan pelbagai slogan dibuat untuk menambahkan senarai kerja yang konon-konon dilakukan. kalau betul dilaksanakan semua rancangan tiangserisungaibayu, tuan director beranggapan akan berjaya la jajahan selama. namun seperti tuduhan sebelum ini..tiangserisungaibayu hanya mampu berkokok semata-mata...tiada tindakan susulan dibuat untuk semua perancangan.

P/S : dengar cerita tuanpunahsihatsiparangkontot sedang mengatur langkah mengatur pemilihan panel pemilih untuk jawatan demang jajahan, langkah awalnya dikhabarkan buat-buat sibuk dengan jawatan tuanpenasihatkhutudkhanah. hahahahaha tuan director dapat mencium muslihat tuanpunahsihatsiparangkontot. tujuannya hanya satu...sekiranya panel pemilih adalah orang-orangnya maka jawatan demang akan terus diberikan kepadanya dalam bentuk kontrak apabila sampai masanya kelak. perangai jahatnya yang berjaya membuang demang sebelumnya dengan menghilangkan surat permohonan penyambungan kontrak demang pertama cukup membuktikan belang sebenar diri tuanpenusihatsiparangkontot.

P/S2 : tuan director mau tanya pang5perangulatnangka...sapa mau tandatangan surat amaran kepada tiangserisungaibayu n gang yang tak hadir kelas bahasa tiongkok...selalunya tuanpunasihatsiparangkontot beria-ia nak tandatangan semua surat unit ulatnangka...tapi dia pun ponteng jugak dikhabarkan....memandangkan takde sapa yang nak tandatangan...tuan director je la yang bagi peringatan...hai semua ahli murai punya ekor n the gang...dengan ini tuan director mengingatkan bahawa anda semua telah menyebabkan kerugian, tidak bertanggungjawab, dan cuai dalam melakonkan watak masing-masing semasa kelas bahasa tiongkok...mengikut kanun 605 anda semua dihukum cium bontot unta 44 hari tanpa edah...huhuhuhuhu..adios

September 27, 2010

calon-calonnya

salam 2 all

semasa saya bersekolah dulu, perkara paling menarik ialah pemilihan ketua kelas. lazimnya dibuat pada minggu pertama persekolahan. menarik kerana ada yang beria-ia nak menjadi ketua kelas, ada yang malu-malu kucing dan ada yang langsung tak malu mendabik dada minta dipilih. guru kelas pun ada juga calon pilihan kalbu.

sepanjang belajar saya tak pernah dilantik ketua kelas, mungkin kerana selalu membuli rakan-rakan lain sehingga tidak popular atau selalunya tidak teragak-agak mengeluarkan komen-komen yang kurang disenangi rakan-rakan. dan mungkin juga bukan pilihan guru untuk memikul jawatan tersebut. saya lebih senang bersama rakan-rakan meriuhrendahkan kelas daripada melihat kelas dalam keadaan tenteram.

banyak lagi acara di sekolah yang kita mungin menjadi calon atau dicalonkan. pengawas sekolah, pemain bolasepak, hoki atau rugbi. saya terlibat dalam semua itu, saya juga menjadi presiden kelab untuk seni perusahaan, kelab sejarah dan pelbagai lagi. selalunya saya hanya berminat untuk membuat atau menyertai apa yang diminati daripada apa yang disuruh.

tuan director telah mendengar perkhabaran baru di jajahan selama. rupa-rupanya tuanpunahsihatsiparangkontot aka tok demang nak bercuti panjang. dengar-dengar nak pergi membersihkan diri. cuma tuan director kurang jelas ke mana arah tujuannya. bagus la kalau nak membersihkan diri...cuma alangkah baiknya kalau terus je bercuti tanpa perlu kembali ke jajahan selama...hehehehehe

cuma timbul musykil di benak diri tuan director...boleh ke bercuti sebegitu panjang...sapa yang tak cerdik telah meluluskan cuti panjang sebegitu...mungkin ini dah menjadi trend atau budaya baru di jajahan selama. sebelum ini pun tuan director dibisikkan bahawa ada pang5perangmuda bercuti ke negara atas angin konon2 nak mendapat semangat untuk bekerja....kalau semua orang berperangai macam nie lingkup la jajahan dengan budaya baru ini.

tuan director fikir punya fikir sapa yang nak pangku jawatan tok demang sepanjang tuanpunahsihatsiparangkontot bercuti nie. mungkin kalau nak yang seiras dengan siparangkontot..jajahan selama mungkin akan memilih pang5perangbesarchahketing. tapi kalau nak bagi kakmah taukey kedai batu permata rasa teruja mungkin tiangserisungaibayu akan memilih antara serikandisentosa atau serikandibahtera la....women right maaaa...

cuma jangan lupa seorang lagi calon yang serba-serbi sama ngan tuanpunasihatsiparangkontot iaitu pang5perangtanggukikan , ini kira klonnya la. cara bercakap dan bertindak kiranya sama la. perangai pun sama juga...bab lari dari tanggungjawap pun sama...tak ambil apa2 tindakan pun lebih kurang la..bab bagi jajahan rugi pun sama je. cuma yang berbeza calon nie kurang merayau nak ganggu bebrbudak di kem kebun durian....heheheheheeh satu lagi kurang ulat dan bulunya berbanding tuanpunahsihatsiparangkontot...kurang banyak sangat pada tuan director..

mungkin gosip berminggu akan datang akan berkisar tentang siapa akan memangku jawatan demang jajahan. dan jangan lupa siapa pula calon-calon yang akan bertukar sebelum tuanpunahsihatsiparangkontot bercuti...mungkin pertukaran dibuat disaat-saat sebelum bercuti untuk mengelak diri diserbu dan disoal....hahahahaha demang memang suka melarikan diri...

p/s : terkejut melihat tetiba tiangserisungaibayu menunggang kuda silver kebelakangan ini..siasat punya siasat rupanya kuda hitam tercabut ladam. tuan director hairan bin ajaib, bukan kah dulu tujuan dibeli kuda hitam kerana tiangserisungaibayu alergi dengan pelana kuda silver konon-konon takut dijangkiti penyakit kulit. dengar cerita pelana baru kuda silver pun memakan belanja RM40k...boros betul tiangserisungaibayu...maknanya tiangserisungaibayu sekarang dah memelihara 2 ekor kuda la ye...pang5perangkeranatuhan taknak siasat ke...ke dah dijanjikan pangkat52 sehingga buta mata dan hati....adios

September 20, 2010

PINDAH KEM LAGI

salam 2 all,

tuan director telah dikejut tengah-tengah malam dengan sms berikut....salam tuan, ada maklumat terkini...sikontot akan membuat huru hara baru dengan aktiviti pindah kem selepas raya...harap maklum 012-384XXXX.

ada-ada je pemberi maklumat nie...nak tulis atau nak buat skrip pun jangan la pendek sangat sampai menyusahkan tuan director untuk mengolah filem pendek. terpaksa la tuan director selongkar telefon tangan saya jenama nokia ( bukan blackbery tau...tu untuk ketua-ketua kem je ) mencari beberapa maklumat lagi....

nampaknya semua pemberi maklumat tiada maklumat yang dikehendaki...unit mata tunas kem kebun durian pun takmo membantu, dengar cerita pang5peranglipo n pang5perangbhsarab pun dah kunci mulut. askar-askar unit mata tunas pun tak mahu membantu...mana nak cari maklumat untuk filem nie.

hahahahahaha akhirnya tuan director hantar tropper masuk menyiasat....pakar sorang nie memang pandai ayat mengayat....mulut tempayan mana tau tutup kan...maklumat dari unit mata tunas akhirnya mengesahkan perpindahan besar-besaran akan berlaku selepas hari raya...jajahan selama akan dikejutkan dengan aktiviti ini sama dengan pembongkaran aktiviti curi pasir di selangor...huhuhuhuh

tuan director pun terkejut dengan senarai perpindahan kem...nampaknya tuanpunasihatsiparangkontot telah menyediakan aktiviti perpindahan kem tanpa rujukan dengan mana-mana pembesar2nya. pang5besarchahketing, serikandisentosa dan serikandibahtera tidak pun dilibatkan dalam perbincangan.

tuan director dapat mengesan perpindahan kem ini merupakan pancungan terakhir untuk membersihkan kem kebun durian, kem kandang kambing dan kem latih kambing daripada kumpulan penentang. didalam aktiviti ini terselit beberapa nama yang disyaki memberi maklumat kepada tuan director untuk dipindahkan.....hahahahaha takkan takut sangat sampai kena buat perpindahan besar-besaran untuk tutup kerja jahat tuanpunasihatsiparangkontot dan kuncu-kuncu kot.

nasihat kepada tuanpunasihatsiparangkontot...kalau takut berita sampai kepada tuan director untuk dijadikan filempendek bukan dengan menukar askar-askar dan pang5perang. langkah terbaik ialah berhenti sahaja daripada jajahan selama. kalau takut malu nak bersara awal buat je alasan kesihatan seperti siti nurhaliza yang takmo menyanyi ,,,,hahahahaha....

kalau selalu buat salah tu....sapa pun takkan sokong kecuali pang5perangtanggukikan...yang menyokong kerana diberi pangkat secara salah dan tak sah....hahahahaha dengar cerita pang5perangtanggukikan sedang target untuk mendapat jawatan pang5perangtingkat52. tak heran la beria-ia menyokong semua langkah tuanpunasihatsiparangkontot...rupanya ingin diberi habuan..

jajahan selama ini tindakannya sangat kelakar...apabila surat layang disebarkan yang dicari ialah siapa yang menulisnya bukan menyiasat isinya. kalau surat aduan rasmi dibuat yang disibuknya bukan aduan tersebut disiasat tetapi penulisnya yang akan dikorek sejarah silamnya untuk dimalukan...pada tuan director tindakan ini umpama orang yang berak ditengah jalan...yang disiasat bukan tahi siapa..tetapi siapa yang telah menjumpai tahi tersebut...

akhir kalam...kalau perpindahan kem dibuat kerana nak sorok perbuatan salah diri sendiri dan kuncu-kuncu ahli Murai Punya Ekor, nescaya tidak akan berjaya kerana majoriti warga jajahan selama sangat suka menyampaikan skrip untuk diolah tuan director untuk dibuat filem apabila berpeluang berbuat demikian. nasihat tuan director cukup mudah...filem tuan director tak akan box-opis kalau semua orang bekerja dengan baik di jajahan selama..tuan director akan hilang kerja kalau semua ketua kem bertugas dengan amanah

p/s : dengar cerita tiangserisungaibayu telah mengunakan apek pemandu yang dulu bekerja di pulau mutiara untuk membantunya terus kekal menjadi tok empat. apek pemandu begitu menyokong tiangserisungaibayu mengekalkan jawatan kerana tiangserisungaibayu dilihat begitu liberal dalam memperjuangkan agenda melayu di jajahan selama...pada tuan director watak ini sama sahaja dengan sikitol dalam membenarkan orang portugis memasuki pelabuhan melaka dahulu...peringatan mudah kepada melayu di jajahan selama..apabila kita disokong dengan begitu tekun oleh kaum lain....mereka juga inginkan balasan pada masa depan...fikir-fikirkan..adios

September 02, 2010

eksklusif bersama tiangserisungaibayu

salam 2 all,

Ikuti temubual ekslusif wartawan kami Jamal Pak Tongkol(JPT) bersama tiangserisungaibayu(TSSB) yang dipilih semula memegang watak tok empat jajahan selama oleh produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang dalam musim terbaru dan terhangat filempendek arahan tuan director.

JPT : terimakasih dan tahniah pada tok empat tiangserisungaibayu yang terus diberi kepercayaan oleh Kumpulan Perfileman Tayang Menayang untuk memegang watak tok empat dalam musim terbaru filecmpendek Jajahan Selama. Apakah perkataan pertama yang ingin disampaikan

TSSB : terima kasih la datang mewawancara saya sempena pemilihan saya sebagai pemain watak utama filempendek Jajahan Selama. pertama saya mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada kepada produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk berlakon sebagai tok empat. keduanya kepada KakMah Saudagar Batu Permata yang terus-menerus melobi produser Jajahan Selama untuk mengambil saya berlakon. ketiganya kepada kekanda Datuk Undang yang dalam usia tua masih tetap sudi berkuda silver berjumpa yam tuan negeri untuk memohon restu menyokong saya. dan terakhir kepada semua warga jajahan yang terus mempercayai lakonan hebat saya di jajahan selama.

JPT : apakah agak-agaknya jalan cerita baru yang ingin dicadangkan TSSB dalam musim terbaru Jajahan Selama kepada tuan director...

TSSB : saya harap tuan director kemaskan lagi jalan cerita untuk filempendek musim terbaru ini, mungkin boleh membabit lagi beberapa watak baru untuk menarik minat penonton. watak-watak seperti penditatua, pang5perangcun, ketuakempengoda, askarkitol, dan tak lupa menambah cerita-cerita hebat pelakon sedia ada. mungkin cerita tentang kambing import, sapa penguasa gajah, dan puak penentang jajahan.

JPT : kami pihak media dimaklumkan bahawa ada tentangan terhadap tawaran memegang watak utama filempendek Jajahan Selama kepada TSSB...apa komen TSSB berkaitan isu ini.

TSSB : saya tahu ramai yang tak suka perangai saya semasa memegang watak tok empat..kononnya suka mengubah skrip asal, selalu lewat bila dipanggil berlakon, dan tak percaya rakan pelakon lain dalam melaksanakan kerja. tu semua gosip-gosip je...cuma saya agak terkilan tuan director pun tak sokong saya sepenuhnya untuk memegang watak utama tapi saya faham la kenapa. yang paling mengecewakan kawan-kawan saya pun buat gerakan untuk menjatuhkan saya secara senyap, macam-macam surat layang depa tulis kepada produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang, bukan saya tak tau depa yang tulis...baling batu sembunyi tangan la tu.

JPT : apakah rancangan hebat untuk jajahan selama musim ini TSSB...ada kejutan ke

TSSB : kejutan tu memang ada la, elemen penting untuk lonjak rating jajahan selama. pertama mungkin ada siasatan salah guna kuasa tuanpenasihatsiparangkontot berkaitan isu warga jajahan, saya ingat takmo sokong tuanpenasihatsiparangkontot la kali ini, biar Kumpulan Perfileman Tayang Menayang yang siasat, takut nanti saya pun terheret sama. kejutan kedua tu saya ingat nak ambil tindakan pada kumpulan penentang...ada beberapa orang musuh dalam selimut yang saya akan pangkah...depa nie bila tau ura-ura saya tak ditawarkan watak untuk musim ini telah menunjukkan wajah sebenar...heheheheeh.

JPT : ada tak lain-lain rancangan TSSB untuk memakmurkan Jajahan Selama

TSSB : nak kena kaji dulu la...ingat seperti biasa la nak umumkan beberapa strategi baru, slogan baru, lantikan baru..dan apa-apa dasar baru untuk persiapan tahun hadapan

JPT : ini soalan terakhir la TSSB. dalam banyak-banyak benda baru yang diumumkan sebelum ini apakah yang paling berjaya dilaksanakan...apakah rekod pencapaian TSSB dalam 3 musim terdahulu...adakah benar TSSB terlebih sudu dari kuah dalam melaksanakan gagasan 1Malaysia....

TSSB : U nie dari akhbar mana...kenapa tanya soalan macam nie...nak perangkap saya ke...sapa bos u...nie soalan ada agenda untuk memburukkan reputasi saya...penuh sindiran..penuh hipokrasi...u kawan tuan director ke...pang5perangkeamanan !!!!!! tolong iring wartawan nie keluar dari jajahan...jangan benarkan depa mai lagi kacau saya...

September 01, 2010

RESPON TENTANG ITU....

salam 2 all,

Kumpulan Perfileman Tayang Menayang telah membuat keputusan saat-saat akhir untuk mengambil semula tiangserisungaibayu untuk melakonkan watak tok empat sehingga 12 purnama akan datang. tuan director mengucapkan tahniah dan selamat kembali kepada tiangserisungaibayu yang merupakan pelakon terhebat filempendek Jajahan Selama. melayan kerenah tiangserisungaibayu dalam filempendek memang mengujakan dan mendebarkan. jom kita ikuti respon pelakon-pelakon handalan lain berkaitan dengan kembalinya tiangserisungaibayu dalam filem pendek tuan director.

3abdul1 : saya ucapkan tahniah laaa, walaupun kecewa dengan ambilan semula rakan saya tiangserisungaibayu memegang watak tok empat. namun semalam sempat juga saya merasa memegang watak tok empat untuk 7 jam sebelum mesin penghantar pesanan memusnahkan impian saya...bengang betul la

3abdul2 : macam mana boleh diambil semula...saya kecewa kerana kawan baik saya yang dah berusia 59 tak pun disambung sedangkan rekodnya melambung-lambung baik. saya pun tak tahu la jajahan selama ini apa nak jadi...apa pun saya tetap sokong tiangserisungaibayu

3abdul3 : semua ini dunia je...Allah jua yang kekal. saya tak kisah pun siapa pegang peranan tok empat dalam filempendek tuan director...hehehehe kalau saya malas berlakon saya blah je...mesy Murai Punya Ekor pun saya blah...cuma risau takut-takut perbuatan saya dilaporkan kepada produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang oleh tiangserisungaibayu...ini bahaya untuk saya terus memegang watak 3abdul3 dan mungkin menjejaskan harapan menjadi tok empat akan datang.....donia...donia

tuanpenasihatsiparangkontot : saya kecewa sangat....saya berharap mesin penghantar pesanan rosak je semalam. saya sokong 3abdul1, dah berbulan-bulan saya bina hubungan dengan dia, saya pun dah cadang dan sokong watak tok empat diserahkan kepada 3abdul1 melalui surat kepada Kumpulan Perfileman Tayang Menayang. dah banyak saya belanja pawang asli untuk mandrum 3abdul1....takleh jadi nie, kena la buat baik dengan tiangserisungaibayu la plak. harap-harap tiangserisungaibayu tak perasan saya tak melayan dia kebelakangan ini...hehehehehe

tuanpenasihatadamasyuk : saya redha je, sapa pun pegang watak tok empat nie selalunya akan buang tabiat, belanja sesuka hati je...nak nasihat pun bukan nak dengar sangat...maklumla watak utama, memang susah nak kawal...harap-harap dia tak la mintak lebih-lebih sangat....bajet ciput la tahun nie..

tuanpenasihatenjinnyior : tak menjawap panggilan untuk diminta respon...barangkali kenyang berbuka puasa kot...atau sibuk buat terawih...kita akan hubungi dia sebentar lagi..

bakaltuanpenasihatkhutubkhannah : saya tak berani komen banyak-banyak...risau nanti watak saya pun diberi pada orang lain...buat masa sekarang biar lah watak tuanpenasihatkhutudkhanah diberi secara tetap kepada saya dulu..bahaya sekarang nie nak komen..lagipun saya bakal anggota baru...apa-apa pun saya harap tiangserisungaibayu pentingkan kualiti dan mengikut proses kerja la...kalau tak... saya tak teragak-agak bagi NCR...huhuhuhuhuhu

P/S : dalam sibuk-sibuk membuat filempendek ini..panggilan masuk memberitahu bahawa tiangserisungaibayu kuat melobi untuk mendapat watak tok empat...khabarnya telah berjumpa dengan KakMah taukey Batu Permata untuk menyokong dirinya...Undang Luak Jajahan Selama pun turut membantu melobi...dengar khabar Kumpulan Perfileman Tayang Menayang memcuba sehingga saat akhir untuk memberi watak tok empat kepada pelakon baru...tetapi kuasa kak mah ternyata unggul menghalang hasrat tersebut...nampaknya lakonan mantop tiangserisungaibayu berjaya menandingi pelakon-pelakon lain kegilaan tuan director seperti azhari suleyman, norsham nur, jalaldin hussin dan jamal pak tongkol... adios

August 31, 2010

teka teki jajahan

4.15 pm-tiangserisungaibayu dipanggil semula untuk berlakon sebagai tok empat dalam filempendek tuan director sehingga ogos 2011. tahniah dan selamat kembali setelah dipecat 24 jam yang lalu...adios

2.12 pm-tiangserisungaibayu digesa mengosongkan koridor kuasa, menyerah kuda hitam baka tempatan, memulangkan mesintaipkaya ingatan, hahahaha telefontangan, dan larangan mengunakan semua tentera jajahan untuk apa-apa urusan. hahahahaha ini berlaku kerana tiangserisungaibayu bukan warga jajahan kecuali surat rasmi untuk mengunakan kemudahan jajahan dalam tempoh peralihan diberikan...kalau tak percaya pie la tanya pang5perangkeranatuhan yang diragui intergriti itu...hehehehehe

2.00 pm-setelah diskusi panjang sebelum solat zuhur tadi. timbul beberapa persoalan yang seharusnya dijawap oleh tuanpenasihatsiparangkontot. siapa yang melantik 3abdul1 sebagai menjalankan tugas tok empat kerana surat berbuat demikian tiada pun dikeluarkan. siapa tuanpenasihatsiparangkontot yang telah meminta(mengarahkan) 3abdul1 mempengerusikan mesy Murai Punya Ekor. semua keputusan dalam mesy tersebut terbatal dan tidak berguna kerana kuasa eksekutif dalam membuat keputusan selama ini dalam mesy Murai Punya Ekor adalah penurunan kuasa daripada kuasa jawatan tok empat. tuan director merasakan bahawa jajahan selama baru sahaja mengalami kudeta secara diam....

10.40 am- semua kemudahan tiangserisungaibayu akan ditarik balik, tuanpenasihatsaranglabah telah berkira-kira untuk menuntup akaun email, tuanpenasihatenjinnyior telah mula memikir untuk menukar kunci koridor kuasa, tuanpenasihatsiparangkontot pula meminta pang5perangkeamanan untuk bersedia mengiringi tiangserisungaibayu keluar daripada koridor kuasa tanpa membawa apa-apa dokumen

10.25 am-tuanpenasihatsiparangkontot arahkan semua mesin penghantar pesanan diawasi, semua inang kem-kem dijajahan dikerah menjaga mesin tersebut...mana tau kalau kontrak tak dapat dihantar ke pejabat koridor kuasa..mungkin akan dihantar ke mana-mana kem. dikhabarkan bahawa hadiah menanti untuk mana-mana inang yang berjaya menerima surat kontrak tiangserisungaibayu.

10.20 am- mesy Murai Punya Ekor dah tamat....hahahahaha cerita disebarkan bahawa tiangserisungaibayu tak masuk pun..3abdul1 yang pengerusikan. belajar nak jadi tok empat ke 3abdul1...huhuhuhuhuh

10.15 am - kem kebun durian mula berpeluh...macam mana nak bayar gaji pelakon utama nie, tuan director pun tak berani nak bagi babak untuk lakonan tiangserisungaibayu, coz nanti tak pasal-pasal lak kena saman amik tiangserisungaibayu berlakon tapi kontrak tak dibuat. semua sibuk dok tanya hang aku kat kebun durian tu...

9.30 am-tiada tanda-tanda tiangserisungaibayu akan meninggalkan kita...huhuhuhuhu

8.30 am-tiangserisungaibayu mempengerusikan Murai Punya Ekor, hahahahaha bagaimana mempengerusikan mesy tanpa mendapat surat lantikan baru....sah ke nie...kena la tanya saksi kalau ikut tok kadi...tu untuk berkahwin la

7.55 am-tiangserisungaibayu rupanya bukan nak amik surat tetapi masuk opis seperti biasa, dan dikhabarkan memulakan tugas seperti selalu

7.15 am- tiangserisungaibayu muncul dengan tenang di koridor kuasa, hahahahaha nak amik surat-surat yang tertinggal ke

sepanjang pagi, soalan demi soalan dikemukakan untuk perhatian tuan director tentang hayat tiangserisungaibayu di jajahan selama. tuan director pun sebenarnya sangat teruja untuk mengetahui berita terkini. sepatutnya tuanpenditasilatulrahim telah pun membuat pengumuman berkaitan...namun tiada isyarat dari kem kebun durian untuk dipaparkan