September 02, 2010

eksklusif bersama tiangserisungaibayu

salam 2 all,

Ikuti temubual ekslusif wartawan kami Jamal Pak Tongkol(JPT) bersama tiangserisungaibayu(TSSB) yang dipilih semula memegang watak tok empat jajahan selama oleh produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang dalam musim terbaru dan terhangat filempendek arahan tuan director.

JPT : terimakasih dan tahniah pada tok empat tiangserisungaibayu yang terus diberi kepercayaan oleh Kumpulan Perfileman Tayang Menayang untuk memegang watak tok empat dalam musim terbaru filecmpendek Jajahan Selama. Apakah perkataan pertama yang ingin disampaikan

TSSB : terima kasih la datang mewawancara saya sempena pemilihan saya sebagai pemain watak utama filempendek Jajahan Selama. pertama saya mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada kepada produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang yang terus memberi kepercayaan kepada saya untuk berlakon sebagai tok empat. keduanya kepada KakMah Saudagar Batu Permata yang terus-menerus melobi produser Jajahan Selama untuk mengambil saya berlakon. ketiganya kepada kekanda Datuk Undang yang dalam usia tua masih tetap sudi berkuda silver berjumpa yam tuan negeri untuk memohon restu menyokong saya. dan terakhir kepada semua warga jajahan yang terus mempercayai lakonan hebat saya di jajahan selama.

JPT : apakah agak-agaknya jalan cerita baru yang ingin dicadangkan TSSB dalam musim terbaru Jajahan Selama kepada tuan director...

TSSB : saya harap tuan director kemaskan lagi jalan cerita untuk filempendek musim terbaru ini, mungkin boleh membabit lagi beberapa watak baru untuk menarik minat penonton. watak-watak seperti penditatua, pang5perangcun, ketuakempengoda, askarkitol, dan tak lupa menambah cerita-cerita hebat pelakon sedia ada. mungkin cerita tentang kambing import, sapa penguasa gajah, dan puak penentang jajahan.

JPT : kami pihak media dimaklumkan bahawa ada tentangan terhadap tawaran memegang watak utama filempendek Jajahan Selama kepada TSSB...apa komen TSSB berkaitan isu ini.

TSSB : saya tahu ramai yang tak suka perangai saya semasa memegang watak tok empat..kononnya suka mengubah skrip asal, selalu lewat bila dipanggil berlakon, dan tak percaya rakan pelakon lain dalam melaksanakan kerja. tu semua gosip-gosip je...cuma saya agak terkilan tuan director pun tak sokong saya sepenuhnya untuk memegang watak utama tapi saya faham la kenapa. yang paling mengecewakan kawan-kawan saya pun buat gerakan untuk menjatuhkan saya secara senyap, macam-macam surat layang depa tulis kepada produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang, bukan saya tak tau depa yang tulis...baling batu sembunyi tangan la tu.

JPT : apakah rancangan hebat untuk jajahan selama musim ini TSSB...ada kejutan ke

TSSB : kejutan tu memang ada la, elemen penting untuk lonjak rating jajahan selama. pertama mungkin ada siasatan salah guna kuasa tuanpenasihatsiparangkontot berkaitan isu warga jajahan, saya ingat takmo sokong tuanpenasihatsiparangkontot la kali ini, biar Kumpulan Perfileman Tayang Menayang yang siasat, takut nanti saya pun terheret sama. kejutan kedua tu saya ingat nak ambil tindakan pada kumpulan penentang...ada beberapa orang musuh dalam selimut yang saya akan pangkah...depa nie bila tau ura-ura saya tak ditawarkan watak untuk musim ini telah menunjukkan wajah sebenar...heheheheeh.

JPT : ada tak lain-lain rancangan TSSB untuk memakmurkan Jajahan Selama

TSSB : nak kena kaji dulu la...ingat seperti biasa la nak umumkan beberapa strategi baru, slogan baru, lantikan baru..dan apa-apa dasar baru untuk persiapan tahun hadapan

JPT : ini soalan terakhir la TSSB. dalam banyak-banyak benda baru yang diumumkan sebelum ini apakah yang paling berjaya dilaksanakan...apakah rekod pencapaian TSSB dalam 3 musim terdahulu...adakah benar TSSB terlebih sudu dari kuah dalam melaksanakan gagasan 1Malaysia....

TSSB : U nie dari akhbar mana...kenapa tanya soalan macam nie...nak perangkap saya ke...sapa bos u...nie soalan ada agenda untuk memburukkan reputasi saya...penuh sindiran..penuh hipokrasi...u kawan tuan director ke...pang5perangkeamanan !!!!!! tolong iring wartawan nie keluar dari jajahan...jangan benarkan depa mai lagi kacau saya...

No comments:

Post a Comment