September 01, 2010

RESPON TENTANG ITU....

salam 2 all,

Kumpulan Perfileman Tayang Menayang telah membuat keputusan saat-saat akhir untuk mengambil semula tiangserisungaibayu untuk melakonkan watak tok empat sehingga 12 purnama akan datang. tuan director mengucapkan tahniah dan selamat kembali kepada tiangserisungaibayu yang merupakan pelakon terhebat filempendek Jajahan Selama. melayan kerenah tiangserisungaibayu dalam filempendek memang mengujakan dan mendebarkan. jom kita ikuti respon pelakon-pelakon handalan lain berkaitan dengan kembalinya tiangserisungaibayu dalam filem pendek tuan director.

3abdul1 : saya ucapkan tahniah laaa, walaupun kecewa dengan ambilan semula rakan saya tiangserisungaibayu memegang watak tok empat. namun semalam sempat juga saya merasa memegang watak tok empat untuk 7 jam sebelum mesin penghantar pesanan memusnahkan impian saya...bengang betul la

3abdul2 : macam mana boleh diambil semula...saya kecewa kerana kawan baik saya yang dah berusia 59 tak pun disambung sedangkan rekodnya melambung-lambung baik. saya pun tak tahu la jajahan selama ini apa nak jadi...apa pun saya tetap sokong tiangserisungaibayu

3abdul3 : semua ini dunia je...Allah jua yang kekal. saya tak kisah pun siapa pegang peranan tok empat dalam filempendek tuan director...hehehehe kalau saya malas berlakon saya blah je...mesy Murai Punya Ekor pun saya blah...cuma risau takut-takut perbuatan saya dilaporkan kepada produser Kumpulan Perfileman Tayang Menayang oleh tiangserisungaibayu...ini bahaya untuk saya terus memegang watak 3abdul3 dan mungkin menjejaskan harapan menjadi tok empat akan datang.....donia...donia

tuanpenasihatsiparangkontot : saya kecewa sangat....saya berharap mesin penghantar pesanan rosak je semalam. saya sokong 3abdul1, dah berbulan-bulan saya bina hubungan dengan dia, saya pun dah cadang dan sokong watak tok empat diserahkan kepada 3abdul1 melalui surat kepada Kumpulan Perfileman Tayang Menayang. dah banyak saya belanja pawang asli untuk mandrum 3abdul1....takleh jadi nie, kena la buat baik dengan tiangserisungaibayu la plak. harap-harap tiangserisungaibayu tak perasan saya tak melayan dia kebelakangan ini...hehehehehe

tuanpenasihatadamasyuk : saya redha je, sapa pun pegang watak tok empat nie selalunya akan buang tabiat, belanja sesuka hati je...nak nasihat pun bukan nak dengar sangat...maklumla watak utama, memang susah nak kawal...harap-harap dia tak la mintak lebih-lebih sangat....bajet ciput la tahun nie..

tuanpenasihatenjinnyior : tak menjawap panggilan untuk diminta respon...barangkali kenyang berbuka puasa kot...atau sibuk buat terawih...kita akan hubungi dia sebentar lagi..

bakaltuanpenasihatkhutubkhannah : saya tak berani komen banyak-banyak...risau nanti watak saya pun diberi pada orang lain...buat masa sekarang biar lah watak tuanpenasihatkhutudkhanah diberi secara tetap kepada saya dulu..bahaya sekarang nie nak komen..lagipun saya bakal anggota baru...apa-apa pun saya harap tiangserisungaibayu pentingkan kualiti dan mengikut proses kerja la...kalau tak... saya tak teragak-agak bagi NCR...huhuhuhuhuhu

P/S : dalam sibuk-sibuk membuat filempendek ini..panggilan masuk memberitahu bahawa tiangserisungaibayu kuat melobi untuk mendapat watak tok empat...khabarnya telah berjumpa dengan KakMah taukey Batu Permata untuk menyokong dirinya...Undang Luak Jajahan Selama pun turut membantu melobi...dengar khabar Kumpulan Perfileman Tayang Menayang memcuba sehingga saat akhir untuk memberi watak tok empat kepada pelakon baru...tetapi kuasa kak mah ternyata unggul menghalang hasrat tersebut...nampaknya lakonan mantop tiangserisungaibayu berjaya menandingi pelakon-pelakon lain kegilaan tuan director seperti azhari suleyman, norsham nur, jalaldin hussin dan jamal pak tongkol... adios

No comments:

Post a Comment