April 28, 2020

Mejar Mail dan tok Ketua kampung

salam 2 all...

saya mulakan catatan ini dengan sepotong ayat Allah dalam surah al Imran ayat 200 yang bermaksud

''Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)''. 

Tok ketua kampung marah2 dengan semua perkara sejak kobid Naitin menyerang... tambahan pula bila MCO atau dalam bahasa orang putihnya PKP dilaksanakan. Marah pasai takleh nak melawat kebun sayur kunyit yang ditanamnya satu hal... paling tak tahan bila tiap hari kena plak pie pasar beli barang yang dipesan makcik timah... hahahahaha makcik timah plak punya la cemburu... tok ketua kampung kalau pie pasar disuruhnya pakai kopiah n kain pelekat saja... jangan nak bergaya dengan celana dan kemeja ... makcik timah plak satu lagi perangainyanya hanya bagi rm20 je untuk belanja harian... tok ketua kampung bila balik kena plak tunjuk semua resit termasuk resit beli belacan.

Mejar Mail @ 2M plak kawan baru ketua kampung... baru sangat pencen jadi pegawal keselamatan kilang sabun dekat pekan... 2M nie pencen soja... nampaknya macam orang muda ... rambut hitam... sesuai sangat jadi pakyed@orang suruhan ketua kampung... Tok Ketua Kampung dok pikir nak bagi jawatan ketua keselamatan kampung kat 2M... 

Tok Ketua Kampung dengan 2M gelisah sejak MCO nie paling teruk depa takleh nak pie kelab dangdut... tapi depa seronok je takyah nak berlakon solat terawih pasai musim kobid naitin nie masjid pun tutup...

malaun 2 ekor nie dah langgar MCO hari pertama ramadhan... depa diam2 pie dangdut... yang syoknya cerita dah pecah satu kampung... tapi depa pandai pusing cerita...  Tok Ketua Kampung kata dia dakap makcik timah sampai sahur... mana ada pie mana... yang 2M plak sembang kuat sembang kata dia tadarus malam tu sampai khatam.... 

PS ... awat takde cerita Prof Kangkung tuan director... dengar kata depa kasi kaw2 ingatan kat tuan director jangan dok buat citer Prof kangkung dah... betuil ka tn director tergelak dengaq ugutan nie... kasi la cerita skit tn director...

adios amigos

         

April 18, 2020

kobid tu Apa

salam 2 all...

Profesor kangkung berteriak dalam FB... aku wira covid... aku wira zaman kobid... aku wira belakang tabir... aku wira tak direndangkan ehhhhh didendang...

kesian tn director pada Profesor Kangkung... jangan la keciwa tn... lepas kovid nanti banyak lagi masa nak buat kerja akademik... lagipun sapa peduli pencapaian akademik zaman sekarang... yang penting hasil dalam FB like mau cecah K...  baru uuummmpp

satu lagi jangan lupa tag menteri... timbalan dia... sekali dengan pegawai khas jangan lupa tau... Part nak up diri kalau rasa tak cukup mai berguru dengan tn director... banyak lagi idea kreatif boleh diberi...

cuma nak tanya antara covid 19 dengan ganja Profesor Kangkung tau tak beza... ahaks kot tersilap fakta jadi lain... malu dengan YBM  nanti... adios amigos

September 11, 2019

PROFESOR KANGKUNG

Slm 2 all,

ketika berusia 10 tahun ... minat bercucuk tanam timbul hasil didikan guru-guru saya di sekolah rendah jenis kebangsaan cina Sin Teong Mahang... guru-guru telah mendedahkan kepada saya betapa pentingnya bercucuk tanam dan hasilnya boleh sekurangnya menyediakan satu hidangan sayuran kepada satu keluarga ... tanaman yang paling popular ketika itu ialah kacang bendi dan keledek... sayuran berdaun seperti sawi, bayam sukar kerana cuaca yang tidak menentu... namun kangkung sangat mudah ditanam hatta kalau dibuang pun tumbuh...

ketika berusia 11 tahun saya ikut memugar tanah orang kampung dengan 3 jenis sayuran... timun huma kerana saya suka melihat saiz dan kulitnya yang menguning, kacang bendi yang boleh dikutip hasilnya tiap hari dan cili kampung yang berbuah lebat dan sangat pedas. walaupun usaha ini kecil-kecilan namun kerana datang atas usaha sendiri saya sangat berpuashati...

di Universiti Awam... istilah kangkung merujuk kepada Profesor.. pertama kali berligar tahun 2010 apabila kenaikkan pangkat ketika itu didakwa melibatkan kecenderungan politik ahli akademik terhadap pemerintah... walaupun tiada bukti saintifik dikemukakan tetapi ramai sekali mereka yang cenderung kepada pemerintah diberi kenaikkan mudah sementara ahli akademik yang tidak berparti dikerah memenuhi pelbagai kriteria yang ketat... sementara ahli akademik yang disyaki cenderungi kepada pembangkang atau hanya tohmahan menerima layanan saringan kenaikkan yang lebih ketat.

lebih memburukan keadaan apabila parti pemerintah dibenarkan menubuhkan kelab2 parti pemerintah di UA sementara pembangkang dihalang dengan pelbagai cara. ahli akademik melihat sinario ini sebagai peluang mendaki kerjaya melalui naungan politik. maka berderulah ahli-ahli akademik muda yang ada PHD belajar melalui senior akademik untuk naik pangkat melalui kaedah ini... ketika inilah... bermulanya istilah kangkung atau profesor buah kana diperkatakan oleh mulanya masyarakat akademik dan kemudiannya orang awam...

berebutlah orang atasan di UA menubuhkan kelab2 parti politik dan menyediakan ruang dan peluang untuk diri mereka memcipta kenaikkan pangkat secara palsu atau lobi politik.. semakin hari semakin membesar sehingga kementerian juga akhirnya memasuki permainan ini apabila semua jawatan untuk ahli akademik wajib melalui tapisan kecenderungan dan keaktifan membantu politik pemerintah. sikap  ini membunuh sifat untuk meningkatkan ilmu kalangan ahli akademik sedikit demi sedikit dan akhirnya membina satu budaya baru iaitu kalau nak naik mesti ada penaung politik...

walaupun PH telah pun memerintah selama 2 tahun... budaya ini hidup subur dan masih aktif diamalkan oleh saki baki kumpulan politik ini di UA... kesempatan kerana tiadanya pengalaman menteri PH dan penasihat mereka untuk memahami gerakan dan link politik ini, menyebabkan dalam tempoh 2 tahun ini ... masih ramai yang berjaya naik pangkat mengunakan link politik... mereka sememangnya  tidak layak tetapi dibantu oleh rakan pengurusan tertinggi UA dan LPU yang masih kuat memegang solidariti politik.

           

December 27, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 4


salam 2 all

p/s  .... ramai yang terdiam... keliru... binggung... gembira .... Pang5perang bertukar jajahan baru
....kepada tiangseriRajaBadut dan ibundaMaklong.... baca la ayat dibawah...

Surah 4:135  

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 

 

December 04, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 3

salam 2 all,

semalam saya teruja kerana berjumpa insan yang tak jemu2 saya membaca beritanya bermula ketika berumur 10 tahun. Bapa saya membeli akhbar berita harian dan utusan melayu bertahun ketika saya kecil, entah apa yang merasuk arwah Pak sehingga akhbar jawi dan rumi bertandang ke rumah saban hari tanpa jemu.

Pengalaman membaca mengenai Tun M pada 1980, hahahaha kerana usia 10 tahun baru saya mula pandai membaca .... dan 1982 saya sudah lancar .... berebut setiap hari untuk membaca akhbar adalah nikmat yang saya rindukan...

Semalam wajah yang dulu tegang menjadi kendur pada tatapan saya... namun semangat Tun M tiada yang kendur tetapi saya lihat masih membara pada matanya.. senyuman manis tidak dapat melindungi tekad dan semangat kuat Tun...

banyak peringatan menarik yang disampaikan oleh Tun M pada tanggal 4 Disember 2018 waktunya 17.15 petang di Jabatan Perdana Menteri... Tun mengimbau kembali pengalaman dirinya pada waktu remaja dan mengatakan di pekan Alor Star ketika itu orang melayu hanya ada satu setengah buah kedai.... sebuah adalah kedai orang terangganu yang menjual barangan tembaga dan songket, separuh kedai pula adalah kawan Tun yang menjual kitab ....

Untuk itu Tun mengingatkan semua yang hadir, hanya sikap rajin dapat mengubah orang melayu dan meningkatkan pencapaian mereka dalam kehidupan. Tun M memberi contoh bagaimana berpuluh tahun dulu orang cina yang rajin akhirnya menguasai ekonomi negara dan terkini orang Bangla yang rajin secara pelahan-lahan sedang membuat perkara yang sama dalam negara kita

Kedua ingatan adalah amanah... Tun M mengingatkan semua bahawa sifat amanah dalam pelaksanaan tugasan dan kerja amat penting...  Jangan sesekali terlibat rasuah.... rasuah yang sedikit demi sedikit diterima akhirnya tidak akan cukup.... kita akhirnya akan memcuri untuk memenuhi keinginan nafsu...

Ketiga Tun mengingatkan bagaimana bangsa Jepun akhirnya berjaya walaupun diuji dengan bom atom... bukan sebiji tapi dua... sifatnya adalah disiplin... orang yang ingin berjaya perlu ada disiplin yang kuat.. walaupun kita berdiri di atas tanah yang mempunyai emas... tanpa kerajinan, amanah dan disiplin kita akan gagal....

akhirnya... yang menginsafkan saya...  Tun M mengatakan bahawa semangatnya terus membakar kerana malu melihat kelemahan dan kemunduran bangsa sendiri... selagi kita ada rasa malu kerana kelemahan kita akan terus berjuang untuk membaiki diri kita tanpa jemu .....

P/S .... adakah tiangseriRajaBadut dan ibundaMaklong ada rasa malu dengan apa yang diperbuat di jajahan selama... adakah mereka rajin, amanah dan disiplin dalam hal-hal lantikan pang5perang ataupun bernafsu nafsi... akhir kalam... apa khabar negeri atas angin kangaru agak2nya sekarang...

Adios Amigos 


https://azmanlk1.blogspot.com/2009/12/siapa-yang-kayasiapa-pula-yang.html

November 26, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 2

salam 2 all...

Ammar anak kedua saya sedang mengambil peperiksaan SPM... mcm2 perubahan yang saya dapat lihat apabila manusia menghadapi ujian... Ammar menjadi rajin bukan sahaja hal peperiksaan dan pelajaran sebaliknya rajin juga beribadat... manusia rupanya dalam semua keadaan ujian akan kembali semula mengadap penciptaNya untuk mengadu hal dan permintaan.

Anak ke3 saya seorang gadis kini... telahpun mendapat keputusan peperiksaan sekolah agama, walaupun keputusannya tidak mengembirakannya namun saya tetap berbangga kerana pengetahuan agamanya lebih baik daripada saya ketika sama usia dengannya

Ujian datang dan pergi bersama keputusan yang kita suka dan meraikannya atau bersedih lalu menyalahkan pelbagai pihak... namun harus diangat berkali-kali dalam keinginan mencapai impian dan keputusan yang kita suka ... anak2 saya diingatkan jangan sesekali menipu, berbohong apatah lagi mencuri... sebagai bapa saya ingatkan berkali-kali perkara yang merugikan ini.

Jajahan Selama riuh rendah dengan isu si pencuri cita... askar dan pang5perang mengadu dan membawang serata ceruk... dari lembah ke gunung dari timur ke barat ... dari pucuk tertinggi ke rantaian rumput di kaki...

Semuanya kerana IbundaMaklong dituduh memcuri cita... diberi persalinan kepada budak suruhan kesayangan walaupun budakya tentera yang tiada perwira... diangkat budak menjadi pang5perang walaupun tarian perangnya sumbang dan pincang... hampir tiada rasa malu ibundaMaklong berhujah dan mewajarkan pilihan... 

IbundaMaklong sembang kencang... gertak dan takutkan orang... hahahahaha... itu memang tn director kenal sangat... bukan sehari bersama mengarah dan berlakon... terkini ibundaMaklong kumpul semua pang5perang yang disayangi dalam kubu sendiri... untuk apa... untuk berperang atau bertahan dari serangan...

akan tiba masa... IbundaMaklong akan disailang dan dipailang oleh pang5perang sendiri... suhu panas dalam hujan berterusan masih berbahang di Jajahan Selama... mengundang benci bertali...

P/S... Apa khabar TiangseriRajabadut... dengar cerita membawa pang5perang berbulan madu... aiseyman..... Adios Amigos

https://azmanlk1.blogspot.com/2009/10/panglima-perang-siparangkontot.html

November 15, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 1

slm 2 all

sungguh menarik untuk tinggal di kuala kangsar, makanan dan manusianya sangat magnetik sekali... dialek kualenya memang sangat mekaklimahkan suasana. tambahan lagi bandar diraja dipakai pada hujung nama bandarnya menimbulkan lagi keseronokkan.

sesekali laluan menuju ke bandar hingar bingar dengan siren, bagi yang lama di bandar ini pasti tahu itu pertanda Raja sudah sampai atau Raja ingin berpergian... bulatan jam yang dihiasi bunga pun akan berubah tiap kali adanya keberangkatan Raja... bandar ini tentu saja mati tanpa Raja Bersemayam...

saya teringat semasa kecil dulu, bermain bola merupakan keseronokkan luar biasa... ketika bersekolah rendah... padang yang ada dikampung saya hanya tanah bendang kepunyaan penduduk.. kami yang kecil-kecil dan seusia 8-12 terpaksa membuat sendiri tiang gol daripada buluh minyak tepi sungai kerian, menebang dan cukup menyacak 2 batang buluh sudah menjadi tiang gol yang menarik

Tiap kali balik ke kampung bukit bertam dan melalui kawasan sawah tersebut saya akan kembali teringat bertapa indahnya suasana ketika kecil dan bendang itu terasa sangat luas... sekarang bendang ini masih wujud ... tapi penuh dengan pokok kelapa sawit
    
lama juga tuan director tidak membuat filem, banyak punca sebenarnya... suasana aman jajahan selama antara puncanya... semalam ada tentera upahan hantar maklumat... Aloha Seri Muka dah lama tak bagi maklumat... maklumla sejak naik pangkat dan berpindah divesyen... aloha Seri Muka macam dah berlagak... 

Tertiba semalam Aloha Seri Muka  tiba-tiba berahi sekali, mesejnya sangat banyak dan bertubi, macam tak cukup plak ruang wasap nak dibedalnya dengan mesej... habis semua papan kekunci hp buatan china dihembur termasuk @#$%^&*+... tuan director pun nak tergelak... gelojoh sangat nak bercerita

Dalam marah-marah dan makian Aloha Seri Muka tu... tn director cuba nak faham... awat yang jadi lagu tu... rupa-rupa bab permakaian seragam baru pang5perangmacho... kah23... ramai pang5perang angin pasai IbundaMaklong tanpa segan silu bagi seragam baru pada pang5perangmacho... lama dah cerita ni berjalan rupanya... cuma kali ni ibundaMaklong tanpa rasa segan mencurahkan rasa berahi pada anak muda pang5perangmacho tanpa malu-malu... terus bagi persalinan baru... kecewa la pang5perangmukajahanam... mana nak cari makan...

tuan director dah faham sangat bab pemakaian seragam yang dibuat sesuka hati... tapi zaman chahketing semua nampak ok... penyakit berahi pada pang5perangmacho hanya bermula zaman IbundaMaklong saja... mungkinkah ibunda sedang mancing anak ikan... hihihi..

P/S... semalam tiangserirajabadut buat persembahan... terpaksa import penyanyi dan tawar hadiah nak tarik penonton... tiangserirajabadut patut letak jawatan sahaja... lawak hang dah tak laku