April 02, 2012

WE LOVE JS

salam 2 all,

cinta tentu mengasyikkan bagi manusia,  barangkali selepas otak yang berakal dan nafsu yang mengila.... cinta pada tuan director berdiri dalam ruangnya yang tersendiri. tuan director cuba mencari maksud cinta, maka carian dengan alat menyelam google menemui beberapa maksudnya


Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …hehehehehe nie cik kiah asal bachok punya cakap

Cinta adalah mengambil berat tentang orang lain. Iaitu sentiasa menerima seadanya seseorang itu walau apa jua keadaannya bukan kerana kelebihannya sahaja. Cinta adalah segalanya.cinta hadir tanpa diundang..keikhlasan rasa cinta membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri kita. kerana cinta itu memberi sejuta rasa, tidak keterlaluan jika aku katakan cinta itu anugerah yang tidak terhingga.... nie plak alisa mai sara dari kg kerat telunjuk punya makna.

jamal pak tongkol dan aloha seri muka telah membuat tinjauan rambang terhadap tahap cinta tuanpunahsihat dan pang5perang terhadap jajahan selama. aktiviti mengendap, skodeng, merakam dan menemubual beberapa askar yang boleh dipercayai ini menunjukkan tahap cinta mereka terhadap jajahan selama sangat la tinggi.

tuanpunahsihat pertama melafaskan rasa cintanya dengan membuat permohonan kepada jajahan selama untuk membeli kuda hitam kesayangannya dengan harga 20k sedangkan harga sebenar 48k.... sayang sungguh tuanpunahsihat nie kat jajahan selama...

tuanpunahsihat kedua menyatakan rasa cintanya kepada jajahan selama dengan datang lewat setiap hari dengan alasan sentiasa sibuk dengan temasya ghazal partinya tiap malam..... cinta bangat sama jajahan selama

tuanpunahsihat ketiga lebih hebat dalam menyatakan rasa sayangnya sama jajahan selama dengan membiarkan sahaja jajahan ulu selama dibina dengan kertas tandas sedangkan reka bentuk awal mengunakan kertas cardbord. kah23 apabila ditanya tentang jajahan ulu selama yang teruk ... terus mengatakan adalah lebih orang yang berkata itu mencurahkan minyak gas ke badannya dan dinyalakan api .... itulah tanda cintanya terhadap jajahan

tuanpunahsihat keempat lebih tinggi rasa cintanya pada jajahan selama. bukti cintanya dengan meniru satu persatu kerja berkumpulan sang pujangga dan menempekkan nama sendiri terhadap hasil karang mengarang tersebut dengan harapan nama jajahan selama harum semerbak umpama kerja-kerja alam flora.... ini lah rasa cinta tempe i.... kah23


p/s : cinta umpama sambal belacan..... tiangserisungaiseputih melafaskan cintanya terhadap jajahan selama dengan melantik kawannya yang handal dalam bidang pembiakan kulat mengetuai markas ke-3 taktik peperangan jajahan selama... kena sungguh pilihan tersebut sehingga pantun ini dikirimkan....    
buah cempedak diluar pagar... 
amik galah tolong jolokkan... 
ala takkan baru sedar... 
 ehhhh takkan nak kena ajar... adios amigos         

March 26, 2012

JAWAPAN KEPADA MALIM

salam 2 all,

terima kasih kepada pengomen bernama Malim atas komennya yang tertera di bawah

"Siparangkontot tu, walaupun jahat dan umur pun dah lepas magrib tetapi pandai bercatur politik, masih dapat bertakhta di tanah jajahan. Takdeke cara nak mencantasnya, wahai tiangserisungaiseputih?

3Abdul1 banyak cakap tapi tak serupa bikin. Khabarnya bawah 3Abdul1, kenaikan pangkat tidak teratur, tidak mengikut hukum dan peraturan. Ada yg tak cukup kriteria tapi dipertimbangkan. Perlu dibongkar dan digempar gempurkan perkara ini. Khabarnya ramai yg tak berani minta sebab tak cukup karang mengarang, selidik menyelidik, dan selia menyelia. Peliknya mereka yang berjawatan dan tak cukup kriteria tapi memohon diberi juga. Tolong siasat"

tuan director memberi kredit kepada pengomen filem pendek kali ini kerana menyedari bertapa takutnya rakyat jajahan selama terhadap penguasanya. ketakutan kerana ugutan tidak jelas dan tindakan berbayang zalim akan dikenakan kepada sesiapapun jua yang suka memberi komen. Jajahan Selama walau di bawah penguasa mana pun akan mengulangi tindakan penguasa terdahulu yang bersultan di mata beraja di hati. tindakan membuat komen dianggap perbuatan hina yang boleh dibuang daerah.... umpama tok guru takut yang mengulang frasa barang siapa yang bertanya maka nerakalah tempatnya... ketakutan yang menjadi azimat penguasa ulama dan umarak hina sejak zaman berzaman.


jawapan kepada soalan Malim terdapat pada hadis di bawah. maka biarlah tidur malam tuanpenasihat, tuanpunahsihat dan tuanpunaisihat  tiangserisungaiseputih nyenyak setelah mengambil iktibarnya. 

.Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!” Hadith Riwayat Bukhari.

p/s : semua percakapan dinilai dari perbuatan, tentu sahaja janji 3abdul1 dan tiangserisungaiseputih akan ditagih ketika hari perhimpunan yang tiada hijab antara kita. naiklah pangkat dengan jalan salah, turunlah pangkat dengan jalan salah.... kita buat kita jawab.... maka benarlah penulisan zabaa... perangai bergantung pada diri sendiri     marilah kita menjadi hambaNya.... adios amigos

March 20, 2012

JENERAL TANPA ASKAR

salam 2 all,

zaman kanak-kanak saya, antara permainan yang menarik ialah bermain perang-perang, permainan yang budak-budak perempuan tak berpeluang sertai. bermain perang olok-olok rupanya sangat membentuk peribadi kepimpinan apabila kita dewasa.

selalunya permainan bermula dengan menubuhkan pasukan yang terdiri dari tentera dan ketua. tentu sahaja cerita perang zaman tersebut iaitu combat memainkan peranan cukup besar untuk bermain. pasukan lemah selalunya pasukan tentera jerman dan pasukan kuat tentunya pasukan yang diketuai vic morrow. ketika itu tak jumpa ipod atau ipad untuk bermain fruit ninja atau angy birds yang mengujakan anak-anak saya.


permainan perang ini bermusim sesuai dengan musim-musim yang ada ketika itu, kalau musim sawah kering permainan perang sekitar bendang mengunakan selut atau lumpur sebagai peluru sudah cukup menghiburkan. kalau musim buah cepelung ( nama kat kampung saya) kami buah senjata guna buluh cina dan pelurunya buah cepelung. kalau musim hujan kami main dengan senapang kayu berpelurukan biji kopi dari kebun orang kampung. bila semakin remaja pelurunya boleh jadi biji getah atau pelepah bemban. laju peluru setanding dengan painball.

kalau musim raya puasa main perang-perang boleh menjadi sangat bahaya kerana selain berperang mengunakan meriam buluh atau tanah, semua jenis mercun berbunyi menjadi senjata. mercun terbang (roket) boleh menjadi senjata yang sangat menakutkan  dan menghiburkan. kalau kanak-kanak yang main perang-perang cukup dengan pistol api yang berbunyi letupan kecil mengunakan pita kertas dan belerang.

tuan director sempat meneliti pembentukan rejimen baru dan lama jajahan selama yang heboh diperbualkan. pada tuan director ini cuma skrip lama yang tidak menjadi, sama sahaja dengan proses tukar butang baju yang diperbuat tiangserisungaibayu dahulu. kalau pun berubah cuma kali ini rejimen disusun lebih seimbang namun dari segi fungsinya masih berterabur seolah sedang menempa kegagalan berperang.

kelakar pun ada apabila ada rejimen yang pang5perang pun tak ada, jangan ditanya tentang jeneral, kerana ada rejimen askarnya pun takde, tinggal jeneral sorang-sorang buat kerja. dah sama dengan teka teki kenapa dol said kalah perang di naning.... dek kerana apabila disuruh serang tetapi disebut sorang, maka sorang-sorang la dia berperang.... hahahaha.

7 purnama sudah berlalu, apa perubahan yang berlaku tiangserisungaiseputih oooiiiii, umpama tidur berselimut pendek, tutup dada nyamuk gigit kaki, tutup kaki pontianak gigit dada. serba tak kena dibuatnya. tuan director dah lama bagi kuliah kepimpinan kepada jajahan selama... kalau pang5perang atau lebih tepat lagi tuanpenasihat ingkar arahan baik dipancung sahaja. pang5perang yang gagal mengawal askar atau tidak berani dan ingkar harus dicantas... sila baca seni peperangan Sun Tzu    


kegagalan terbesar dari dulu hingga kini jajahan selama apabila tuanpunahsihatsiparangkontot dikekalkan, lebih malang lagi apabila tiangserisungaiseputih pun sama dengan tiangserisungaibayu berjaya dikelentong oleh tuan-tuan punasihat. Jamal Pak Tongkol pun mula berbisik bahawa 3abdul1 sudah mula jinak dengan mandrum siparangkontot.... nampak gaya sejarah berulang lagi.... mana janji 3abdul1 untuk menegak integriti seperti yang dilaung-laungkan apabila bertemu semua pang5perang sepurnama lalu... takkan karya buku Hamka bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk sudah mula hilang kesan dalam jiwa 3abdul1 apabila dimandrum dek jawatan dan semburan air liur siparangkontot... hahahaha


P/S  dengar cerita berpencak silat siparangkontot nak kekalkan pang5besartanggukikan di rejimen lama, tiangserisungaiseputih apa komen tentang keingkaran ini, takkan hanya berpeluk tubuh umpama guru silat sahaja.... tunjuk la buah tok guru, baru pang5muda semua yakin dan percaya untuk bernaung di bawah tuan hamba... apa pun kalau rejimen cuma ada jeneral pun tak berguna.... kata orang nogori buek perabih boghes je... adios amigos   

 

March 12, 2012

PCL 7236

salam 2 all,

kebelakangan ini memikirkan tentang kesenangan hidup lantaran gaji yang agak lumayan terasa sayang sangat dengan kenderaan lama saya. PCL 7236, merupakan sebuah model proton yang dipertingkatkan dan diberi nama iswara. saya membelinya dari adik saya saiful barangkali pada tahun 1999, umur kereta tersebut ketika itu sudahpun 6 tahun.

saya beli dan kemudian dipasang enjin terpakai magma 1.3 mitsubishi dan mengecatnya dengan warna yang saya sendiri tidakpun kenali kerana saya buta warna mengantikan warna asalnya putih. tahun 2000 saya buat pembiayaan semula kereta ini untuk membiayai pengajian master di UPM. tahun 2003 enjin kereta ini mengalami kepanasan melampau di rawang dan terbang pula 1k untuk memasang enjin proton 1.5. tahun 2006 barang kali kerana ada sedikit wang, saya warnakan kereta ini dengan warna toyota avanza, kali ini saya tak salah memilih kerana saya membawa risalah kereta toyota ke bengkel mengecat untuk pastikan kebutaan warna saya tidak mengulangi kesilapan lalu.

tahun 2011 saya serahkan kereta ini kepada abang saya untuk digunakan dengan harga cuma 7% daripada harga asalnya dulu. memakai kereta terpakai ini selama 12 tahun merupakan pengalaman yang sangat mengujakan. tahun 2002 ketika perjalanan balik ke selama untuk menziarahi arwah bapa yang sedang sakit dikampung, puasa saya dan orang rumah hampir terburai dibuatnya. cuaca panas ketika ramadhan ditambah lagi pendinginhawanya yang rosak ketika itu memang menduga betul ketahanan untuk berpuasa, nyaris2 puasa dibuka tengahari ketika melalui manong, kuala kangsar.

namun kenaikan pendapatan membenarkan saya memiliki kereta baru tahun 2006, WNA 7236 dan pada tahun 2011 saya berupaya pula membeli WVU 7236. walaupun mampu memiliki 2 buah kerata baru, cabaran dan pengalaman mengunakan PCL 7236 tetap melekat dalam kenangan.
  
agak keras fikiran tuan director memandangkan sudah agak lama tidak menukilkan sesuatu dalam alam maya ini. sekiranya dibilang kesibukkan berbanding luang diri yang ada mungkin tiada langsung  sebab musabab untuk tidak mengarahkan filem pendek. tempoh rehat yang panjang sebenarnya digunakan sepenuhnya untuk penghasilan skrip berkualiti tinggi.

pertukaran pemain watak dalam filem pendek ini tentunya membuat tuan director terfikir dan berfikir bagaimana watak ini akan dikembangkan. percayalah bahawa watak seseorang pelakon tidak akan berkembang dalam waktu pendek, namum 6 purnama watak tingserisungaiseputih dipegang mula memberi bayang-bayang tindakannya dalam purnama mendatang.

tuanpunahsihatsiparangkontot yang begitu lama berlakon tentu dengan mudah dapat mengencingkan pelakon2 baru terutama  dalam bab mendapatkan imbuhan untuk dirinya, dengar khabar kuda hitam yang dulunya milik jajahan selama telah diberi kepadanya sebagai imbuhan tutup mulut atas semua kebijatan tuanpenasihat yang lain. hahahahahaha kuda hitam umur 2 tahun dalam harga pasaran mungkin dalam 48k tetapi kalau beli dengan 20k, mana mungkin amanah telah dipikul dan terlaksana. kalau dibuat lelongan terbuka nescaya kuda hitam tersebut dengan harga 20k rasanya semua tentera jajahan akan memasuki lelongan. mana pergi agaknya otak tuan-tuan penasihat dalam memastikan jajahan selama tidak kerugian dalam urusan lelongan.

cuba tanya dengan pang5perang yang pernah kehilangan barangan jajahan selama, berapa mereka perlu bayar untuk kehilangan harta tersebut, tentunya dengan harga asal bukan. kebodohan inilah yang menyakitkan kepala tentera jajahan. apabila ditanya kenapa tuanpunahsihatsiparangkontot mendapat imbuhan dalam bentuk kuda hitam tentu tiada siapa yang dapat memberi jawapan hatta pang5besaradamasyuk yang cukup pandai mengirapun akan tahu ianya merupakan kerugian. kalau 20k saja harganya yang dapat bukan kuda tetapi kaldai sahaja...

sudahlah diberi kuda hitam dengan harga murah 20k dari harga pasaran dibekali pula dengan kuda merah yang harganya mencapai 70k. dengan keputusan bodoh dan bangang ini jajahan selama hilang 100k termasuk 10k yang digunakan untuk menukar pelana dan ladam kuda hitam sebelum diserahkan kepada tuanpunahsihatsiparangkontot, agaknya apa yang diperolehi oleh kumpulan Lu Punya Untung apabila membuat keputusan yang merugikan jajahan ini , adakah mereka diberi imbuhan berupa permainan guli dewasa atau pakej rangsangan ekonomi yang lain..... lu punya keputusan lu la jawap sama tuhan.

 P/S : ramai tentera yang gajinya hanya 1k sebulan mampu membeli kuda sendiri, bagaimana pula tuanpunahsihat yang gajinya 10k mengharapkan ehsan jajahan untuk memiliki kuda... inilah akibatnya apabila memerintah kita mengunakan nafsu sebagai neraca timbangan.  adios amigos     

 

December 06, 2011

TANDA DALAM HIDUP KITA

salam 2all,

tuan director teruja untuk memperbuat filempendek ini apabila berpeluang mendengar saranan pelakon watak tiangserisungaiseputih yang mengesa filem jajahan selama menyelit sedikit unsur nasihat dalam penghasilannya. maka terfikirlah tuan director bertapa kasih sayang Sang Pencipta terhadap hambanya dengan memberi peringatan dan tanda sebelum kita mati. bagi kumpulan tongkat langit mungkin tidak pedulikan tanda ini kerana sibuk berebut jawatan di dunia. jom kita teliti adakah kita telah dan akan mendapat tanda-tanda kasih sayang Sang Pencipta ini yang tuan director kutip dari akhbar Utusan Malay sia.  

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. .

                                                                        TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Tiangserisungaiseputih juga diura-urakan akan menandakan kepimpinannya dengan perkhabaran 100 hari, tuan director tidak langsung terkejut dengan acara ini kerana telah biasa dengan tindakan sedemikian. tiangserisungaibayu juga membuat perkhabaran yang sama beberapa kali dalam 4 tahun pemerintahannya, namun banyak yang tidak ditunaikan. maka perkhabaran 100 hari tiangserisungaiseputih bukanlah sesuatu yang baru. yang akan ditagih oleh warga jajahan bukanlah retorik ucapan tetapi kerja kuat dan kesungguhan untuk melaksanakan perubahan.

maka tanda terbaek yang boleh dibuat oleh tiangserisungaiseputih untuk jajahan selama ialah membuktikan kata-kata dengan tindakan, sekiranya pendekatan buat apa dicakap dilaksanakan maka tiangserisungaiseputih akan dilihat berintegriti berbanding tiangseri-tiangseri sebelumya, inilah tanda-tanda pemimpin yang boleh diharapkan. sekiranya tidak, adalah lebih baik tiangserisungaiseputih jangan berjanji apa-apa, yang akan menjadi beban pertanggunjawaban di hadapan Sang Pencipta nanti.

 P/S : perebutan menjadi 3abdul1 semakin sengit, lobi dan fitnah berterbangan bukan sahaja di jajahan selama malahan sudah sampai ke syarikat Kumpulan Perfileman Tayang Menayang. tuan hussin pantulan berkata salah seorangnya dilaporkan tergopoh gapah mendaftar diri sebagai ahli parti cap timbang kerana khuartir dianggap penyokong parti mata lebam.... kah23 nampaknya demi pangkat ada orang sanggup takiyah pegangan politik sendiri.... adios amigos  

November 20, 2011

tentang dhia & dia

salam 2 all,

petang hari isnin hingga khamis, minat utama isteri saya tentunya menonton siri tentang dhia menerusi slot akasia, adaptasi dari novel zikir buat dhia barangkali. saya kalau berkesempatan akan turut layan sebabak dua drama lakonan nora danish dan 2 pelakon lelaki yang macho, satu mamat singapork bernama ady putra dan seorang jejaka melayu atau barangkali separa mamak bernama ako mustapha. menarik untuk direnung dan dibicarakan hasil drama ini walaupun mesej islamnya tidak sesarat drama indonesia, para pencari tuhan.

sebuah kerusi kayu tepi sawah mengambil panorama tanjong karang memang membuai kenangan saya terhadap kampung bukit bertam. hahahahahaha bukan tentang gadis kampung semacam nora danish yang keningnya telah dibuat-buat atau juga seorang lelaki yang terlebih usia berlakon sebagai pelajar tingkatan 5, apa pun slot drama ini mengamit kenangan yang bukan sedikit dalam hidup saya.

tuan director juga terkenangkan tentang dia, satu mamat licik yang tak terperi muslihatnya dan tiada tandingan di jajahan selama untuk babak manipulasi dan menipu dalam kerjaya. tuan director percaya langkah mamat licik memasuki jajahan selama dengan satu hasrat, panjat tangga kerjaya dengan pantas kerana umurnya ketika itu sudah dianggap tua, kalau terus berada ditempat lama, mamat licik nie mungkin berpencen dengan level pang5perangmuda saja.

belajar dari tempat kerja lama, yang ditinggalkan dengan rekod yang tak begitu bersih,, mamat licik pandai berpura dan akan membunuh semua saingan dirinya umpama singa memulakan langkah penguasaan. pang5perangtua adalah sasaran pertama kerana dilihat akan membantutkan hasrat dirinya. maka setiap saat yang berharga digunakan dengan maksimun namun usaha ini gagal.. peluang hanya terbuka bila pang5kanan berpencen.

taktik mamat licik memang handal, kerana dia yang menjaga semua surat sambungan kontrak, surat pang5kanan dilaporkan hilang dan rekodnya penuh dengan buruk dan onar sahaja, maka kotraknya ditamatkan. penonton tentu tahu siapa yang mengantikan pang5kanan, mamat licik muka seposen yang berjaya.

sifat pendendam mamat licik tak kunjung padam, pang5perangtua ditohmah dengan pelbagai cerita karut marut, sehingga pencen taknaik pangkat.... mamat licik memang pandai, dia naikkan orang lain, semua yang naik dimaklumkan lebih bagus dari pang5perangtua, hakikatnya mamat licik hanya ingin melunaskan dendam, bukan nak majukan jajahan selama.

mamat licik baca banyak kisah maharaja cina barangkali, kerana itu semua pang5perang yang dilantik dipastikan tidak melebihi dirinya. ini strategi jangka panjang. mamat licik faham dia naik pangkat pun dah tua, kontrak dirinya akan tamat sebelum merasa semua usahanya. mamat licik sengaja naikkan pangkat pang5perang paling lemah sebagai orang kanan, mana2 pang5perang yang bagus sama ada dihukum mati atau dibuang jauh dari jajahan selama. kenapa agaknyanya...

apabila mengadap tiangseri, mamat licik akan bercerita tentang kelemahan pang5kanannya, cerita yang sama diulang bertahun untuk semua warga jajahan percaya, mamat licik pun handal dalam memastikan pang5kanan yang dilantik pangkatnya jauh dari pangkat dirinya, maka akan dicanang bahawa tiada calon layak untuk mengantikan dirinya kerana pang5kanan yang ada terlalu baru naik pangkat dan tak sesuai menjadi pang5agung. kah23 memang licik mamat nie.

mamat licik juga berpura-pura menyokong parti cap timbang kerana yakin parti nie dapat tolong dirinya, sebenarnya dalam dirinya bersarang fahaman parti cap mata lebam. satu hari mamat licik mengunakan talian hayat untuk naik pangkat dengan guna saluran politik...kah23 tak berjaya dan mamat licik diberi amaran jangan ulangi.... patut akta patriot 605 dah lama digunakan terhadap mamat licik nie, sekali lagi mamat licik terlepas.

mamat licik yang sememangnya licik tak berputus asa, tahun 2008..... jajahan selama dapat berita gembira pang5agung akan mendapat gelaran jeneral walaupun tahap Brigadier cuma. mamat lacik telah berbohong kononnya pangkat itu untuk dirinya pada tiangseri, maka promosi pangkat tak dimaklumkan, mamat licik dinaikan tanpa temuduga.... mamat licik memang handal n licik, Mahmud Syarikat Percetakan Ramah Mesra pun tau kes nie, cuma kesian nak panjangkan kes agaknya.

terkini mamat licik dah nak habis kontrak, dia meroyan seluruh jajahan kata takmo sambung kontrak dengan warga jajahan kononnya nak jaga cucu dan melancong ke cameroon higland nak belajar tanam strawberry, tapi diam-diam mamat licik jumpa merata orang berkuasa rayu kontak disambung kononnya tiada pang5kanan yang layak dan masih junior nak jadi brigedier jeneral, sebenarnya mamat licik hutang banyak dengan ahlong rakyat..... kah23 mana ada duit kalau kontrak tak sambung untuk bayar hutang.

mamat licik dah lebih awal buat skrip untuk jajahan selama, jauh awal dari kemunculan tuan director dan tiangserisungaiseputih. pada tuan director tiada siapa pun yang lebih licik dari mamat nie, naik pangkat dengan penipuan sejak hari pertama jejak kaki ke jajahan sampailah kontraknya akan disambung 2 tahun lagi... bravo mamat licik.

 
p/s : 3abdul2 sibuk bertanya bagaimana wataknya akan difilemkan dalam filempendek jajahan selama, tuan director cuma boleh berkata buat baik berpada-pada.... pada tiangserisungaiseputih yang sibuk nak buat plan strategik jajahan selama, nasihat tuan director hentikan je kerja sia-sia dan perabih duit tu. semua tiangseri sebelum nie buat plan strategik, semuanya gagal dilakanakan kerana tuanpunahsihatsiparangkontot sudahpun ada plan dirinya sejak lama dulu.... bak kata Chedet.... dah lama dah.... adios amigos    

November 15, 2011

kalau menang VS kalau salah

salam 2 all,

sekarang sudahpun menghampiri hujung tahun, minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan. iki n ama telahpun mendapat keputusan peperiksaan mereka 2 minggu lepas. pada ibu bapa sekarang mungkin keputusan peperiksaan sangat penting, bukan untuk anak tetapi maruah dan ego ibubapa barangkali, kerana itu ramai yang sibuk bertanya berapa A anak-anak jiran mereka dapat, sangat takut dan bimbang kalau2 A anak jiran jauh mendahului anak mereka barangkali.   

saya juga sesekali terbabas dalam menilai keberjayaan anak-anak dalam menguasai ilmu, kadang2 mementingkan sangat pencapaian ingatan dan hafalan mereka tanpa memperdulikan amalan. saya yakin bahawa ilmu adalah amalan dan bukan setakat jumalah A yang diperolehi. saya akan merasa puas kalau iki n ama mampu bertutur fasih bahasa melayu dan inggeris dari mereka mendapat A tetapi tak mampu berkomunikasi.

tuan director terbahak-bahak ketawa sampai nak pecah perut apabila mengenangkan perangai pang5perang jajahan selama dan orang-orang kaya jajahan. dah banyak kali tuan director menulis tentang perangai  cencaru makan petang, menangguk di air keruh atau lembu punya susu sapi dapat nama nie. baru-baru nie dengar citer satu mamat cendikiawan sudah sapu projek anak buah sendiri. tapi pelek bin ajaib sampai sekarang penguasa jajahan tak berani plak nak amik tindakan. mungkin kerana sebelum nie dah berlaku kes bapak borek anak rintik kot, jadi tiangserisungaiseputih taknak menconteng arang ke muka tiangserisungaibayu kalau tindakan diambil.

bab mengaku projek anak buah sebagai projek sendiri nie memang dosa tak terampun dalam donia cendikiawan, songlap dan sibat projek kawan atau anak buah dah jadi macam budaya plak,  masalah paling teruk bila projek tambah nama.... yang nie lagi nak termuntah tuan director dibuatnya. projek tambah nama nie selalunya berlaku bila anak buah dah hampir siapkan projek atau projek dah siap sebelum dihantar... tup2 orang besar call bagitau mintak solfcopy..... last2 bila tengok kat kertas projek nama mak pak buah yang jadi ketua... anak buah yang buat sampai tak tido malam cuma jadi ahli projek saja, lebih memualkan apabila mak pak buah ajak sekali kawan2 dia joint.... anak buah last2 jadi urusetia saja.... kah23
       
tuan director tambah nak pening dan pitam apabila projek menang, yang tiada kaitan pun meluru naik pentas nak terima hadiah, cuba kita bayang fasha sandha menang hadiah pelakon berkemban terbaik tertiba pakwejijai dia yang terhengeh-hengeh naik pentas berebut hadiah.... kan tak kena sangat tu.... bab berebut hadiah ngan anak buah nie atas pentas memang kelakar la..... nak interframe pun biar la nampak asli bukan terkejar2 macam tarzan.

cuma tak sedapnya bila anak buah buat salah la, tersalah beli kambing ke, tersalah beli kuda ka, kuda sakit perut ka, kandang kambing patah rasuk ke, gajah terpijak pelanduk ke, anak durian mati tak siram ke,  masa nie mak pak buah lari tak cukup tanah dibuatnya, larinya lebih laju dari tarzan dikejar kingkong. masa nie tak plak mak pak buah mengaku sama kesalahan, bukan setakat tu, lebih teruk tak menagaku depa mak pak buah kepada anak buah. lebih migrain kepala tuan director apabila anak buah terus ditukarkan konon-2nya takmo mengaibkan keluarga.... kah46.

 
p/s : tahniah kepada tuanpunahsihatsiparangkontot kerana dilanjutkan kontrak lakonan 2 tahun lagi dengan tipu muslihat yang telah dilaporkan selama ini oleh tuan director. takziah kepada tiangserisungaiseputih kerana akan mewarisi 2 tahun pemerintahan  yang sama gagal dengan tiangseri2 sebelum ini kerana bersetuju dan menyokong penuh sambungan kontrak lakonan tuanpunahsihat....adios amigos