December 06, 2011

TANDA DALAM HIDUP KITA

salam 2all,

tuan director teruja untuk memperbuat filempendek ini apabila berpeluang mendengar saranan pelakon watak tiangserisungaiseputih yang mengesa filem jajahan selama menyelit sedikit unsur nasihat dalam penghasilannya. maka terfikirlah tuan director bertapa kasih sayang Sang Pencipta terhadap hambanya dengan memberi peringatan dan tanda sebelum kita mati. bagi kumpulan tongkat langit mungkin tidak pedulikan tanda ini kerana sibuk berebut jawatan di dunia. jom kita teliti adakah kita telah dan akan mendapat tanda-tanda kasih sayang Sang Pencipta ini yang tuan director kutip dari akhbar Utusan Malay sia.  

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. .

                                                                        TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Tiangserisungaiseputih juga diura-urakan akan menandakan kepimpinannya dengan perkhabaran 100 hari, tuan director tidak langsung terkejut dengan acara ini kerana telah biasa dengan tindakan sedemikian. tiangserisungaibayu juga membuat perkhabaran yang sama beberapa kali dalam 4 tahun pemerintahannya, namun banyak yang tidak ditunaikan. maka perkhabaran 100 hari tiangserisungaiseputih bukanlah sesuatu yang baru. yang akan ditagih oleh warga jajahan bukanlah retorik ucapan tetapi kerja kuat dan kesungguhan untuk melaksanakan perubahan.

maka tanda terbaek yang boleh dibuat oleh tiangserisungaiseputih untuk jajahan selama ialah membuktikan kata-kata dengan tindakan, sekiranya pendekatan buat apa dicakap dilaksanakan maka tiangserisungaiseputih akan dilihat berintegriti berbanding tiangseri-tiangseri sebelumya, inilah tanda-tanda pemimpin yang boleh diharapkan. sekiranya tidak, adalah lebih baik tiangserisungaiseputih jangan berjanji apa-apa, yang akan menjadi beban pertanggunjawaban di hadapan Sang Pencipta nanti.

 P/S : perebutan menjadi 3abdul1 semakin sengit, lobi dan fitnah berterbangan bukan sahaja di jajahan selama malahan sudah sampai ke syarikat Kumpulan Perfileman Tayang Menayang. tuan hussin pantulan berkata salah seorangnya dilaporkan tergopoh gapah mendaftar diri sebagai ahli parti cap timbang kerana khuartir dianggap penyokong parti mata lebam.... kah23 nampaknya demi pangkat ada orang sanggup takiyah pegangan politik sendiri.... adios amigos  

1 comment:

  1. perebutan menjadi 3abdul1 semakin sengit, lobi dan fitnah berterbangan bukan sahaja di jajahan selama malahan sudah sampai ke syarikat Kumpulan Perfileman Tayang Menayang. tuan hussin pantulan berkata salah seorangnya dilaporkan tergopoh gapah mendaftar diri sebagai ahli parti cap timbang kerana khuartir dianggap penyokong parti mata lebam.... kah23 nampaknya demi pangkat ada orang sanggup takiyah pegangan politik sendiri.

    Komen: Pemilihan sudah dibuat lebih sebulan, tapi kenapa takde kupasan daripada tuan direktor sehingga kini?

    ReplyDelete