January 18, 2010

BUBUR ASYURA

salam to all

terima kasih kepada kak kinah dan pon kerana membawa ole-ole dari kampung, bubur asyura yang mengingatkan saya kepada arwah mak dan tentu sahaja pengalaman bersama penduduk membuat bubur ini secara gotong royong puluhan tahun yang lalu.

apabila mula menulis dahulu saya berjanji pada diri akan sentiasa bersikap tulus apabila menulis kisah hidup saya dan mengulas isu di jajahan selama. jom kita baca apa plak kisah kali ini yang tetiba membuatkan saya sebak ketika makan bubur asyura hari ahad lepas dan ketika menulis post kali ini. mata bergenang dan nafas juga membuak-buak, hidung pun terasa basah. barangkali teringat sangat kat arwah mak kot.

ketika kecil membuat bubur asyura satu pengalaman yang paling membahagiakan. persiapannya dibuat lama dan awal oleh orang dewasa kampung dengan semangat gotong royong yang tekal dan kejap kemas pegangannya. aktiviti pertama sudah tentu mencari kayu apa untuk tujuan memasak, pelapah kelapa pun disimpan untuk tujuan tersebut.

peralatan juga disediakan, ini termasuk kawah, talam dan sebagainya. sehari sebelum majlis bermula. bahan utama telah disediakan iaitu tepung beras. nak buat tepung pun perlukan perancangan teliti, beras perlu direndam dengan tepat masanya, jangan terlalu lembut atau keras. kemudian beras tadi ditumbuk mengunakan lesung kaki, dan diayak halus. masa nie la peluang bermain jongkang jongkit kerana lesung kaki ini memang sebegitu sifatnya. paling sibuk tentu la mak, makngah esah, makteh dan teh, toklang dan tokchik yang semuanya dah arwah pun

kelapa juga perlu dikait untuk mendapat santannya. hehehehehe dalam celah-celah tu dapat la merasa kelapa muda, puas juga memujuk paklang jabar untuk mendapat kelapa muda ini, saya dan matrazi memang la seronok masa kait kelapa, kalau kelapa jatuh dalam sungai kerian, kami la runner yang kena terjun dan kutip buah kelapa dalam sungai.

pagi majlis apabila kelapa dikukur tangan, saya dan kawan-kawan sibuk pula mencari tempurung kelapa bagi dibuat bekas untuk makan bubur asyura, bukan kerana tiada pinggan tetapi seronok buat bekas makanan nie, kreatif dan innovasi kerjanya, siap ngan sudu sekali. mula-mula kenang buat semua isi kelapa yang tertinggal kat tempurung, kemudian kikis dan kikir permukaan luar dan dalam, kalau nak cantik lagi gosok dengan daun yang seperti kertas pasir untuk permukaan halus. cuma jangan silap terpilih tempurung betina atau yang retak la..tak makan nanti.

acara memasak dibuat lepas waktu zohor, selalunya 2 kawah untuk bubur asyura manis, satu kawah lagi bubur asyura tawar ( tak sedap la tuan2 sekelian, ini untuk orang tua je ). bubur ini dimasak dengan ramuan tepung beras, santan, gula pasir, gula merah, ubi keledek, kekacang dan manisan lain seperti kismis. hehehehe paling sedap bila baru diangkat dari api dapur, masih lembik atau lembut, macam bubur lain juga. masa ini la kami tadah tempurung untuk makan, memang sedap. bubur ini kemudian diletak dalam talam dan dibiarkan sejuk. apabila sejuk bubur ini jadi macam serimuka atau bingka la.

malamnya pula bubur ini dibawa ke masjid atau majlis dibuat di rumah arwah haji matwali je, bermula dengan bacaan yasin dan kemudianya tahlil. kami bebudak main bawah rumah je tunggu jamuan walaupun dah makan petang tadi. selepas majlis keagamaan baru la penduduk bukit bertam dijamu dengan bubur asyura. kalau dimasak dengan baik, boleh dimakan atau tahan beberapa hari buburnya.

tuan director cuma berharap jajahan selama boleh la belajar pengurusan orang kampung membuat bubur asyura. penuh perancangan dan semangat. jangan jadi macam sekarang, nak buat saranan ulung setahun sekali macam tiada perancangan, sumbang seranang jadinya. idea jadi tak masak, penduduk pun hairan nak buat apa sebenarnya jajahan selama ini, linkokweng ke, hahahahahaha

ucapan pun dah jadi macam bubur asyura plak, macam-macam dimasuknya, kejap itu, kejap ini. kalau bubur tu sedap. ini dah jadi susu masam plak. kita nak buat saranan ulung ini kena la bincang dengan semua tuanpenasihat, tubuhkan kumpulan think-tank, buat rancangan yang jitu. pastikan untuk saranan yang dibuat ada aktiviti untuk menyokong keberjayaannya dan berkait terus dengan KPI. nak tanya la kalau sapa-sapa yang nampak wujud keselarian itu dalam saranan ulung tempohari oleh tiangserisungaibayu.

ucapan tok empat pada saya tak lebih hanya satu ritual yang dicipta untuk mengelabui mata-mata yang sememangnya telah rabun, tiada yang baru kecuali menciplak idea-idea luar yang sememangnya tak mampupun terlaksana di jajahan selama.

kalau tuan director sebak menulis tentang bubur asyura kerana teringat arwah mak , apabila mendengar saranan ulung oleh tiangserisungaibayu pula perasaannya sangat berlainan. kecewa dan sedih. malang sungguh jajahan selama, tiada yang baru kecuali bahan kitar semula sahaja yang disumbat ketelinga kita semua.

January 13, 2010

JOM MASUK DUIT : HangPaAda



yang nie kawan mintak tulis.....idea untuk buat duit pada UPalingSukaIHoney ialah melalui jualan langsung....menarik nie. cuma jangan macam projek cacing kat kulim la..30 juta lesap.


sekarang popular MLM HangPaAda , dalam email penuh ngan ajakan dan pujukan. dalam facebook saya pun masuk, dalam email peribadi pun masuk, dalam email jajahan pun masuk. chia-yoo la kawan-kawan. Pengerusi Persatuan Durian Jajahan Selama ( PERDUJE) pun ikut kempen jugak. Hahahahaha pang5perangbehrang harap jangan salah guna PERDUJE untuk jual produk HangPaAda.

cuma buat renungan je kalau jenama HangPaAda dijadikan barangan rasmi jajahan selama, pemborongnya UPalingSukaIHoney plak, tentu dasyat pukulan nya. dengar kata barangan nie bagus sampai naik takut tuan director nak makan produk-produk lain kat pasaran....ayam pun organik juga....mana la tak takut..asyik dok baham ayam goreng berempah abuya dan ayam goreng tepung jalal je...ayam depa organik tak.

so tuan director kalau boleh cadangkan UPalingSukaIHoney jadi la pemborong dan bergabung dengan PERDUJE. dengan kekuatan 1600 ahli di jajahan selama sure untung giler nie..jangan marah aaaa kawan HangPaAda. ini cadangan kedua dari tuan director untuk jajahan selama, juga telah dipatenkan....hahahahaha dunia kreativiti tiada hadnya tiangserisungaibayu

cuba bayangkan pula kambing-kambing yang keluar dari jajahan selama juga menjadi ahli HangPaAda. fuhhhhhhhhh beribu lemon kita untung dengan alumni jajahan selama. tak gitu 3abdul3. hehehehehe lagi untung jual kambing daripada jual durian....

January 12, 2010

JOM MASUK DUIT

kekadang tu bila dok layan sembang kawan-kawan, depa ada tanya tuan director tentang buat duit untuk jajahan selama. depa kata, hang nie kalau bab taruk orang nombor satu, cuba hang bagi idea skit nak buat duit kat jajahan. takat kutuk je ramai yang boleh




hehehehehe, so dengan semangat 1Malaysia yang berkobar-kobar. dengan khabar duit kerajaan dah banyak yang kurang sampai yuran makan bebudak asrama pun nak dicatu. tuan director mempersembahkan filem pendek yang julung-julung kali diarahkan berkaitan duit iaitu JOM MASUK DUIT. tajuk nie hampir-hampir sama ngan jom masuk u, harap-harap pang5perangabangbesar tak marah-marah ngan tajuk filem terbaru ini.

filem ini tuan director dah patenkan, kalau jajahan selama nak tiru nanti, jangan lupa bagitau ye...mengambil semangat budaya kreativiti tiangserisungaibayu. ini lah dia peniagaan yang perlu dibuat oleh syarikat UPalingSukaIHoney yang duduk di Istana Dagang.

jom masuk duit nie sangat la senang dibuat orang. cuba tanya 3Abdul3 berapa banyak kambing yang tiada kandang dan dibiarkan merayau-rayau di luar jajahan selama. yang berada didalam jajahan pulak berapa yang tinggal di kandang swasta di sempadan hilir jajahan.

perniagaan yang tuan director cadangkan ialah mengambilalih dan menguruskan kandang kambing swasta di sempadan hilir jajahan selama. jom kita kira berapa duit yang boleh masuk kalau langkah ini diambil. bayaran penginapan kandang kambing untuk seekor lebih kurang 750 setiap 6 bulan, kalau setahun jumlahnya lebih kurang 1500. jumlah kambing yang menginap di kandang swasta lebih kurang 3900 ekor. jumlah kutipan sewaan yang dikutip lebih kurang 5.85 juta la. hehehehehe tu kutipan yang jajahan selama dapat dalam setahun dari kandang swasta

pengusaha kandang swasta pula menyewa kandang swasta dari masyarakat luar jajahan dengan harga 620 seunit yang boleh memuatkan 6 ekor kambing satu masa. unit yang memuatkan 8 ekor pula disewa dengan kadar 825 sebulan. jom kita kira berapa jumlah duit sewaan yang dibayar oleh pengusaha kandang swasta kepada pemilik.
1200 kambing bahagi 6 kambing kali dengan rm620 kali 12 bulan = 1.488 juta
2700 kambing bahagi 8 kambing kali dengan rm825 kali 12 bulan = 3.341
jumlah setahun yang dibayar kepada tuan punya kandang = 4.829

hahahahaha kiraan mudahnya
pendapatan jajahan daripada yuran kandang = 5.85
sewaan kandang = 4.829
untung kasar = 1 juta

jumlah untung kasar satu juta dengan andaian bahawa jajahan selama hanya membayar harga sewa unit kandang sebagaimana pengusaha kandang swasta membayar kepada pemilik kandang. kalau sewaan yang dikenakan kepada jajahan selama dinaikan sebanyak 20% ini bermakna pendapatan kasar yang diperolehi lebih kurang 2 juta setahun

Syarikat UPalingSukaIHoney boleh mendapat untung kasar lebih kurang 2 juta setahun hanya dengan mengambilalih operasi kandang kambing swasta di sempadan hilir jajahan selama. langkah mudah yang tidak pun membebankan

hahahahaha so, tuan director telah pun memberi cara mudah untuk jajahan selama menukar yuran kandang dan wang belanja mengurus menjadi pendapatan jajahan selama. 2 juta tu banyak tau, tolak satu juta untuk menguruskan kandang swasta. jajahan leh dapat satu juta sebagai pendapatan...tu dah lebih kurang 1% daripada ABM tahunan.

tu lah filem pendek jom masuk duit arahan tuan director, nak untung lagi lantik je tuan director jaga operasi kandang kambing swasta tu, bukan setakat satu juta je, berjuta lagi boleh masuk dengan fahaman pengurusan yang betul

January 11, 2010

SAPA UNTUNG


ketua kelas 2010 telah berucap di depan guru kelasnya. berapi-api dengan persembahan yang penuh dengan kartun dan animasi. hahahahaha nak tergelak pun ada bila tengok persembahannya, memang la banyak idea, cuma atas kertas je la. tiangserisungaibayu lupa nak tunjuk betul-betul data untuk kelas 2009 dan 2008. masa dia belasah ketua kelas 2007, siap tunjuk pencapaian seolah-olah tok empat yang lepas tak buat apapun. tuan director cuma boleh kata untuk 2010 tiada yang baru, tok empat tiangserisungaibayu patut letak jawatan sahaja, itu langkah mulia sebelum disingkirkan pengetua.

jom kita kira berapa banyak pulak duit jajahan selama untuk kita habiskan setelah tahun 2009 kita perabih banyak untuk buat butang baju baru. tahun nie kita nak tukar plak nama-nama darjah kat jajahan selama. semua darjah nak ditukarnya, darjah sains teknologi jadi sain matematik la pulak. kesian la kat guru darjah tu, nak kena buat nama baru untuk kelas dia, murid-murid pulak sama je, guru pun sama. kalau karipap tu karipap la walaupun letak nama tepungkentangdidalam.

yang paling seronok dan melompat ialah tukang lobi yang cadang nama-nama kelas ditukar la. tukang cadang nie ada agenda sebenarnya. tahun lepas kalau dapat 2-3 ratus ribu kerana tukar butang baju, tahun nie berapa plak nak dapat bila nama darjah ditukar. mana ada kaitan tukar nama dengan pencapaian kelas. tu semua omongan kapitalis untuk mengilang duit sahaja. nampak sangat tok empat dah kena jerat.

kesian tok empat dah kena gula-gula, jangan percaya sangat konsep penjenamaan semula . konsep tu hanya sesuai untuk produk yang mengalami kemerosotan jualan sahaja atau ingin diperkenalkan semula. jajahan selama dah popular pun. percaya lah bahawa dengan tukar nama darjah sahaja tidak cukup. baik bawa guru darjah pergi kursus dan membuat perubahan terhadap intipati, rasa, ramuan, cara membuat, cara menyampaikan yang tentu akan membawa hasil yang jauh lebih baik untuk jajahan selama.

apapun tuanpenasihatsilatulrahim tentu sibuk lepas dengar rancangan pertukaran nama darjah, kena la naik feri untuk cari kontraktor yang dapat membuat semua kerja-kerja tanda nama darjah nanti, takkan nak biarkan sahaja. lagi satu kumpulan yang melobi tentu nak cadangkan nama-nama kontraktor pilihan hati untuk mendapat habuan projek tukar nama nanti. hehehehe berapa pulak kos kali nie. takkan puluh ribu je, tentu ratus ribu lagi terbang.

tuanpenasihatenjinnyior pun kena la buat tanda nama kelas baru, tanda jalan baru. banyak kerja tu. dan tentu banyak juga sebutharga nak dibuat. tuanpenasihatadamasyuk tentu lagi sibuk nak layan semua sebut harga nie. pang5perangtanggukikan dan tuanpenasihatsiparangkontot tentu juga sibuk dok layan permintaan kontarktor yang merengek minta projek penjenamaan semula ini.

hehehehehe. KPI tahun nie untuk semua darjah ialah
100% nama darjah ditukar menjelang Mei 2010
95% hasil setiap darjah perlulah ada elemen kartun dan animasi

January 10, 2010

NAMA SEGERA TAHUN BARU

orang tua dulu-dulu kalau ternakan tidak menjadi selalunya menamakan ternakan tersebut kepada tuan yang baru. arwah mak saya suka letak nama saya pada ayam-ayam peliharaannya kerana dia percaya saya sangat serasi dengan ternakan ayam.

kalau kita menonton filem p.ramlee pun kita akan jumpa dengan kepercayaan ini. dalam filem ahmad albab kita jumpa watak syawal( tuan pengembala kambing yang jauh hensem daripada tuanpenasihatsiparangkontot yang juga suka kambing, hehehehehe ) dan mastura iaitu anak orang kaya. mereka mendapat anak yang sentiasa menangis sehingga bila ditukar nama menjadi ahmad albab baru anak tersebut berhenti menangis. rupanya nama baru itu kemudiannya menjadikan mereka sekeluarga kaya setelah dipertemukan dengan keluarga jin.

tuan director ingat nak ubah la nama-nama kem-kem di jajahan selama untuk meningkatkan produktiviti dan mencapai NKRA negara

jabatan pendaftaran : ditukar kepada jabatan pendaftaran dan kuasa-kuasa agong

jabatan kewangan : ditukar kepada jabatan kontrak dan saudagar

jabatan audit : ditukar jabatan terjah dan aduan rakyat ( harap-harap pang5perangkeranatuhan dapat menerjah jerung dan bukan ikan bilis )

jabatan pelajaran : jabatan kuliah dan jadual waktu

jabatan harta : jabatan projek terbengkalai ( jangan marah tuananpenasihatenjinnyior )

jabatan adachanbawaklori : jabatan kartun dan animasi dalam negara dan antarabangsa


hehehehehehe, tuan director suka je dengan tukar-tukar nama nie. cuba kita bayangkan tiba-tiba kita pergi nak beli karipap, makcikwok yang jual karipap tu kata namanya dah ditukar kepada tepungkentangdidalam ataupun tepungsardindidalam. penat juga dibuatnya.....

January 07, 2010

lumba lari

bagi yang suka berlari tentu sahaja kenal dengan gambar disebelah, trek untuk acara larian, tak kira la 100, 200, 400, 800 atau 1500 meter acaranya


paling best masa sekolah rendah, berlari nie ikut suka je la, bertanding pun ikut suka juga, kalau ada acara kat sekolah pun joint, main lari-lari keliling kampung pun joint, tak menang tak apa janji seronokkan


bila masuk sekolah menengah, acara lari dah berbeza, berlari untuk menang dan mendapat hadiah serta popular. masa tingkatan 1-3, pelari sekolah yang popular ialah maliki dan beberapa nama lagi. acara wanita pula selalunya dimenangi oleh rosmah atau pun pelajar cina anak penjual pau di pekan mahang




tuan director telah masuk acara 100 meter peringkat kem baru-baru ini. hahahaha dengan latihan dan bimbingan serikandibahtera dan tak lupa juga jurulatih lama serikandisentosa, dengan mudah tuan director menang acara tu. sokongan pun ramai yang beri masa berlatih...hehehehe


kemenangan tu bukan tuan director yang putuskan tapi oleh 2 pengadil yang berkuasa dalam acara pertandingan tersebut iaitu tuanpenasihatsiparangkontot dan serikandibahtera




masa nak mengambil hadiah rupa-rupanyanya ada satu lagi mesyuarat dibuat yang diketuai oleh tuanpenasihatsiparangkontot, serikandibahtera, serikandisentosa, laksamanamisaimelintang dan pang5perangjagakuda yang memutuskan bahawa tuan director tidak dipilih menaiki podium kerana rupa-rupanya pemenang kedua sahaja akan diberi hadiah mengikut syarat pertandingan yang baru diubah oleh tuanpenasihatsiparangkontot

tuan director telah menghantar bantahan kepada tiangserisungaibayu dengan menunjuk bukti-bukti kemenangan yang telah diperolehi, dan mengatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh tuanpenasihatsiparangkontot ternyata berniat jahat dan satu keputusan yang boleh dianggap misconduct


tiangserisungaibayu walaupun ditunjuk bukti tetap tidak mahu menyebelahi tuan director, sebaliknya mengatakan bahawa bukti kemenangan tidak berguna kerana bersetuju dengan tuanpenasihatsiparangkontot bahawa hanya pemenang kedua sahaja mendapat hadiah

nampaknya sia-sia lah apa yang dikatakan oleh tok najib,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, agak-agak apa ulasan perdana menteri kalau filem pendek ini tuan director masukkan dalam facebook beliau

January 03, 2010

lebih sudu dari kuah

selamat tahun baru kepada peminat filem pendek , tuan director doakan agar kita sentiasa dirahmati dan diberi iman yang sempurna oleh Allah SWT ( nama tuhan pun dah nak kena kongsi dengan penganut agama lain ). ingatlah hidup kita sentiasa diperhati Allah SWT


satu pagi jajahan selama terkejut dengan perubahan ketara pejabat, ramai askar kelihatan cuba nak ubah kedudukan mereka dalam pejabat. masing-masing nak sudut yang terbaik agar terlindung sedikit dari pandangan atas.




tempat strategik siapa pun taknak duduk. takut-takut kalau aksi mereka akan diperhati. dah kul 10 nie, kalau keluar minum bos nampak ke, masing-masing tertanya, ada sapa-sapa dok rakam ke, semua tertanya-tanya




masing-masing asyik pandang atas saja, nak dapat tempat paling tersorok kononnya. hahahahaha mamat nie dah dirakam, nak pie mana tu.. kedai karim ke atau pokok jambu...hehehehehe



ohhh, rupa-rupanya masing-masing dok pandang benda nie, apa benda macam UFO nie, is is is boss kita nampak ka kalau kita korek hidung nie...tension aku





cerita bermula bila tuanpenasihatsilatulrahim berkunjung ke pcfair (pesta komputer ), wah-wah dia jumpa satu alat ajaib umpama lampu aladdin yang dapat melihat apa yang dilakukan askar-askar ketika mereka bertugas. kena tanya penditataraklayak nie, alat pengurusan baru ini boleh ke meningkatkan prestasi kakitangan dalam aspek produktiviti


setelah berbincang dengan makcik yang jual tu, dia setuju la beli 3 biji alat ajaib tersebut. tuan director tertanya-tanya adakah orangbesar jajahan telah ditanya tentang kelulusan pembelian ini. nie dasar baru 2010 ke. kalau tak mampu kawal pengerakkan askar-askar letak jawatan je la. nampak sangat lemahnya kita memimpin



hehehehehe minggu lepas kontraktor sibuk-sibuk depan pejabat silatulrahim...patut pun..rupa-rupanya nak pasang cctv, berapa banyak lagi nak pasang. pasang je la dalam pejabat orangbesar jajahan, boleh kita tengok apa depa buat dalam pejabat. tempah sekali layar besar agar semua warga jajahan selama dapat tengok aksi orangbesar nie bekerja

nampaknya tuanpenasihatsilatulrahim telah wujudkan bilik pemantauan askar rupanya. hehehehe pang5perangkakiglomor ke yang kena kendali alat ini....cuma nak tanya la. boleh ke guna alat nie dok memantau orang, jom kita tanya CUEPACS atau pun kita tanya suhakam la