January 07, 2010

lumba lari

bagi yang suka berlari tentu sahaja kenal dengan gambar disebelah, trek untuk acara larian, tak kira la 100, 200, 400, 800 atau 1500 meter acaranya


paling best masa sekolah rendah, berlari nie ikut suka je la, bertanding pun ikut suka juga, kalau ada acara kat sekolah pun joint, main lari-lari keliling kampung pun joint, tak menang tak apa janji seronokkan


bila masuk sekolah menengah, acara lari dah berbeza, berlari untuk menang dan mendapat hadiah serta popular. masa tingkatan 1-3, pelari sekolah yang popular ialah maliki dan beberapa nama lagi. acara wanita pula selalunya dimenangi oleh rosmah atau pun pelajar cina anak penjual pau di pekan mahang




tuan director telah masuk acara 100 meter peringkat kem baru-baru ini. hahahaha dengan latihan dan bimbingan serikandibahtera dan tak lupa juga jurulatih lama serikandisentosa, dengan mudah tuan director menang acara tu. sokongan pun ramai yang beri masa berlatih...hehehehe


kemenangan tu bukan tuan director yang putuskan tapi oleh 2 pengadil yang berkuasa dalam acara pertandingan tersebut iaitu tuanpenasihatsiparangkontot dan serikandibahtera




masa nak mengambil hadiah rupa-rupanyanya ada satu lagi mesyuarat dibuat yang diketuai oleh tuanpenasihatsiparangkontot, serikandibahtera, serikandisentosa, laksamanamisaimelintang dan pang5perangjagakuda yang memutuskan bahawa tuan director tidak dipilih menaiki podium kerana rupa-rupanya pemenang kedua sahaja akan diberi hadiah mengikut syarat pertandingan yang baru diubah oleh tuanpenasihatsiparangkontot

tuan director telah menghantar bantahan kepada tiangserisungaibayu dengan menunjuk bukti-bukti kemenangan yang telah diperolehi, dan mengatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh tuanpenasihatsiparangkontot ternyata berniat jahat dan satu keputusan yang boleh dianggap misconduct


tiangserisungaibayu walaupun ditunjuk bukti tetap tidak mahu menyebelahi tuan director, sebaliknya mengatakan bahawa bukti kemenangan tidak berguna kerana bersetuju dengan tuanpenasihatsiparangkontot bahawa hanya pemenang kedua sahaja mendapat hadiah

nampaknya sia-sia lah apa yang dikatakan oleh tok najib,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, agak-agak apa ulasan perdana menteri kalau filem pendek ini tuan director masukkan dalam facebook beliau

January 03, 2010

lebih sudu dari kuah

selamat tahun baru kepada peminat filem pendek , tuan director doakan agar kita sentiasa dirahmati dan diberi iman yang sempurna oleh Allah SWT ( nama tuhan pun dah nak kena kongsi dengan penganut agama lain ). ingatlah hidup kita sentiasa diperhati Allah SWT


satu pagi jajahan selama terkejut dengan perubahan ketara pejabat, ramai askar kelihatan cuba nak ubah kedudukan mereka dalam pejabat. masing-masing nak sudut yang terbaik agar terlindung sedikit dari pandangan atas.




tempat strategik siapa pun taknak duduk. takut-takut kalau aksi mereka akan diperhati. dah kul 10 nie, kalau keluar minum bos nampak ke, masing-masing tertanya, ada sapa-sapa dok rakam ke, semua tertanya-tanya




masing-masing asyik pandang atas saja, nak dapat tempat paling tersorok kononnya. hahahahaha mamat nie dah dirakam, nak pie mana tu.. kedai karim ke atau pokok jambu...hehehehehe



ohhh, rupa-rupanya masing-masing dok pandang benda nie, apa benda macam UFO nie, is is is boss kita nampak ka kalau kita korek hidung nie...tension aku





cerita bermula bila tuanpenasihatsilatulrahim berkunjung ke pcfair (pesta komputer ), wah-wah dia jumpa satu alat ajaib umpama lampu aladdin yang dapat melihat apa yang dilakukan askar-askar ketika mereka bertugas. kena tanya penditataraklayak nie, alat pengurusan baru ini boleh ke meningkatkan prestasi kakitangan dalam aspek produktiviti


setelah berbincang dengan makcik yang jual tu, dia setuju la beli 3 biji alat ajaib tersebut. tuan director tertanya-tanya adakah orangbesar jajahan telah ditanya tentang kelulusan pembelian ini. nie dasar baru 2010 ke. kalau tak mampu kawal pengerakkan askar-askar letak jawatan je la. nampak sangat lemahnya kita memimpin



hehehehehe minggu lepas kontraktor sibuk-sibuk depan pejabat silatulrahim...patut pun..rupa-rupanya nak pasang cctv, berapa banyak lagi nak pasang. pasang je la dalam pejabat orangbesar jajahan, boleh kita tengok apa depa buat dalam pejabat. tempah sekali layar besar agar semua warga jajahan selama dapat tengok aksi orangbesar nie bekerja

nampaknya tuanpenasihatsilatulrahim telah wujudkan bilik pemantauan askar rupanya. hehehehe pang5perangkakiglomor ke yang kena kendali alat ini....cuma nak tanya la. boleh ke guna alat nie dok memantau orang, jom kita tanya CUEPACS atau pun kita tanya suhakam la

December 28, 2009

MANA PEJABAT BAPA

saya membesar dalam sebuah rumah yang asalnya tapak sebuah dewan dan kemudiannya berubah menjadi kedai dan akhirnya dibeli bapa saya pada tahun 70an untuk dijadikan rumah. sangat kecil rumah tersebut seingat saya, hanya ada ruang tamu, sebuah bilik dan dapur.

menariknya rumah itu, kerana dalam bertahun kemudianya, bapa dan mak berjaya menjadinya kediaman yang selesa untuk kami 9 beradik. permulaannya seingat saya bapa menyiapkan dapur baru untuk tujuan penyediaan jualan gerai laksa, kemudiannya pakngah saya yang dipanggil abah dari felda teloi kanan dan paksu dari padang tembak kulim menyiapkan pula ruangtamu dan ruang depan yang dipanggil beranda.

apabila kehidupan kami semakin baik bapa menyiapkan pula tambahan 3 bilik bersebelahan ruang tamu. pengubahsuaian tidak tamat disitu apabila sebuah bilik lagi dibuat bersebelahan dapur, dan mak mendapat tambahan keluasan dapur, siap dengan kabinet dapur yang dibuat abang sulung saya.

apabila saya memasuki universiti, rumah keluarga saya menjadi 6 bilik tido, 2 bilik air, 2 ruang tamu dan sebuah dapur yang selesa, bapa tambah lagi loteng untuk tujuan simpanan barang, dan menghadapi banjir. hehehehehe tu la arwah bapa, cuba memenuhi kehendak dan keperluan anak-anak.

bab perancangan kena la betul, kalau tak jadi macam jajahan selama la, tak pernah sempurna. kejap buat kejap runtuh. ambil contoh pejabat tuanpenasihatsilatulrahim, sejak dia jadi pengarah dia buat lubang merpati kat depan pejabat, hahahahaha tak guna langsung, sentiasa tutup, macam pajak gadai punya kaunter, lepas tu ubahsuai lak bilik, konon nak jadi tempat tetamu bertandang, hehehehhehe nampak macam tempat sembang-sembang je. yang kelakar baru tahun 2008 pejabat ini diubahsuai, tahun 2009 pun ubah lagi. mana dasar yang tuanpenasihatenjinnyior guna, ke tiangserisungaibayu guna pengaruh dia tekan tuanpenasihatenjinnyior. maklumla tuanpenasihatsilaturahim nie penditaimport. nampaknya barang import lebih dipercayai orang akan kualitinya. setakat hari nie berapa banyak dah duit jajahan selama habis untuk pejabat tuanpenasihatsilatulrahim, pejabat yang 4 ekor gajah boleh duduk hanya diisi dengan 2 tapir saja, bukankah membazir namanya tu.

selalu jugak tuan director berulang alik depan pejabat silatulrahim, memang la ramai yang datang, tengok lagak macam kontraktor saja, bukan pun pelanggan-pelanggan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada jajahan selama, sebaliknya muka-muka yang nak perabih duit saja. satu lagi pemandangan yang biasa depan pejabat ini ialah pekerja kontrak yang sibuk dok buat ubahsuai sepanjang tahun. hehehehehe mau tanya la tuanpenasihatsilatulrahim, u punya KPI buat ubahsuai pejabat ke...ke itu KPI tuanpenasihatenjinnyior...dah konpius nie.

semalam sembang-sembang dengan askarpembawautusan, mau gelak pun ada, masing-masing sibuk gelakkan satu askar. kononnya kerjanya dah bertambah kerana pejabat kena pecah. satu kat rumah kedai, yang lain-lain bertaburan dalam jajahan. pejabat kena pecah dengan kontraktor rupanya. hahahahaha pejabat lama mereka nak dibuat istana besiburuk. sian kat tuanpenasihatenjinnyior, dalam dok sibuk-sibuk buat pejabat orang lain, pejabat sendiri terlupa nak buat. lagi kesian kat askarpembawautusan, susah betul nak hantar utusan kerana pejabat dah bertaburan seluruh jajahan.

hehehehe mau tanya tiangserisungaibayu, berapa mau kasi markah penilaian sama tuanpenasihatenjinnyior tahun ini. tuan director cadang bagi je 79.9, tu pun kira tinggi la kerana banyak sangat projek tergendala. satu lagi markah tuanpenasihatsiparangkontot jangan lebih 78 markah, hehehehe ingatan tuan director semasa nak bagi markah tu kena la adil.


p/s . tuan director jalan-jalan di pulau pinang, masuk menyusuri lorong kulit ( roadwalk ) nampak sekumpulan manusia mengerumuni seorang penjual, makin dekat makin nak tahu apa yang dijualnya. hahahaha rupanya jual cincin batu sakti ,ada kayu, ada batu buat tangkal kuatkan diri. cuma nak ingatkan percaya tangkal ini syirik la tuan-tuan semua...kalau ada sapa-sapa pakai cincin sakti baik buang je la atau bagi pada tuan director untuk dibuat batu pancing...hehehehehe

December 27, 2009

JAMBAN PILIHAN KALBU

pernah menonton filem ali baba bujang lapok lakonan p ramlee dan sarimah, tentu sahaja adegan yang kena mengena dengan tajuk filem pendek kali ini ialah bila 40 penyamun menyerbu jamban kerana helah ibrahim pendek ( sarjan ) yang memangkah rumah untuk disamun dihidu oleh sarimah si tukang gaji.

maka empunya diri sekelian penguasa jajahan selama telah dipanggil mengadap tiangserisungaibayu untuk membicarakan gerangan jamban yang manakah paling sesuai untuk dibuat tempat simulasi perang para cendikiawan dan tentera.

tiangserisungaibayu : saya memanggil datuk-datuk sekelian adalah bertujuan untuk memutuskan dimanakah tempat yang paling sesuai untuk kita menjalankan simulasi perang untuk tahun hadapan. pohon datuk-datuk sekelian memberi cadangan hendaknya.

tuanpenasihatsiparangkontot : ( tampil memulakan bicara dengan lagak panglima ) wahai tok empat yang bijaksana, hamba ingin menyatakan buah fikiran berkaitan perkara yang penting ini. hamba cadangkan agar jamban yang paling busuk kita pilih untuk diperbuat kem semulasi perang kita. cadangan hamba ini kerana dengan pengalaman tinggal ditempat yang busuk dan teruk barulah warga jajahan selama akan insof dan berterimakasih atas peluang mereka menghambakan diri di jajahan ini.

3abdul2 : ( sambil mengunyah sireh sejak tadi ) hamba menyokong cadangan tuan hamba siparangkontot untuk memilih tandas yang buruk,busuk dan meloyakan untuk melatih tentera, lagi pun para cendikiawan yang hadir nanti akan lebih bersyukur dengan kemudahan di jajahan selama berbanding jamban yang kita pilih sebagai kem.inilah yang kita perlu terapkan dalam jiwa tentera dan cendikiawan jajahan selama. apapun tuan hamba ingin mengingatkan bahawa walaupun jamban yang teruk kita pilih, kita sebagai pembesar jajahan tetap akan tinggal dijamban yang bersih kelak kerana datang sebagai tetamu.

3abdul1 : ( yang sejak tadi tersenyum melihat perbincangan lalu mencelah ) hamba rasa jamban yang kita perlu pilih hendaklah bersih dan harum, kerana dalam banyak riwayat yang hamba baca, tertulis bahawa jamban yang bersih boleh meningkatkan semangat para tentera dan cendikiawan dalam membuat simulasi perang, juga membolehkan para tentera dan cendikiawan menumpukan perhatian serta meningkat kebolehan mereka menerima ilmu baru...itulah pendapat hamba wahai tok empat.

tiangserisungaibayu : wahai siparangkontot, kenapakah jamban yang busuk dan meloyakan ini harga lebih tinggi dari jamban yang bersih dan harum, kenapakah kita memilih jamban yang busuk dan meloyakan dari jamban yang bersih dan membau harum.

tuanpenasihatsiparangkontot : hamba berpendapat jamban yang busuk dan meloyakan lebih memberi pengajaran kepada para warga jajahan, lagipun harga yang dikenakan berpatutan dengan bau yang meloyakan yang telah disediakan. berkaitan dengan harga yang lebih mahal, rasanya tiada masalah....

tuanpenasihatenjinnyior : hamba tidak berani memberi buah bicara kerana malu dengan kegagalan hamba menyiapkan istana labah-labah mengikut masa, lagi pun kini hamba menumpang mengunakan jamban panglima perang yang lain.

tuanpenasihatadamasyuk dan tuanpenasihatkhutudkhanah : ( sampil duduk bersimpuh ) kami berdua menyokong akan nasihat siparangkontot tadi


p/s : dialog tidak dapat diteruskan kerana tuan director geli geleman dengan bicara siparangkontot....heheheehe filem pendek yang akalnya panjang. tuan-tuan penonton agak-agak jamban mana tuan-tuan nak pilih bila nak....RM0.20 jamban busuk atau RM.10 jamban bersih dan harum

December 21, 2009

HANG PA TAU DAK

Saya jauh diutara apabila sms masuk dan menyampaikan suatu yang melucukan berlaku dijajahan selama. Dalam kesibukan membuat pengambaran filem panjang bertajuk kreativiti dan innovasi dalam pengurusan. Saya cuba juga memenuhi harapan peminat filem pendek saya yang merengek meminta filem baru ditayangkan. Sejak semalam saya berusaha mendapatkan talian sesawang untuk menayangkan filem pendek saya namun kecewa setelah berkali mencuba. Malam ini sekitar jam sebelas suku, saya berjaya dan merasa terharu kerana dalam jam lewat malam ini pun ada 2 peminat yang sedang menonton.

Saya berada di utara sejak ahad lepas untuk bercuti dan mengarah filem panjang untuk penerbit luar yang berminat dengan cara saya. Perjalanan hari ahad lancar, setelah berhenti makan di hentian gunung semanggol untuk menikmati makan tengahari, saya sekeluarga memasuki pulau mutiara melalui jambatan. Walaupun iki dan ama mengundi memasuki pulau melalui feri dan disokong saya, namun isteri tersayang mengunakan vetonya memaksa saya mengunakan jambatan.

Berada dihadapan jambatan ialah USM, sebuah university apex yang saya melangkah memasukinya sebagai gedung pengurusan yang menarik untuk dipelajari. Di sini saya belajar pengurusan konvokesyen yang memberi nilai tambah yang bukan sedikit terhadap cara kerja saya, kemudiannya saya singgah berkali lagi dengan sambutan mesra kakitangan unit latihan untuk belajar dan meniru system pembangunan latihan berterusan yang dipanggil singkatannya CPD. Kunjungan ke USM bukan sedikit kesannya kepada saya kemudiannya kerana diambil tindakan akibat membuat perubahan. Khamis nanti mungkin saya akan berpusing dalam USM untuk member peluang kepada isteri mengimbau kenangan lamanya ketika bergelar pelajar di situ.

Apabila memasuki jalan Scotland, kenangan lama menerjah fikiran. Kira-kira 22 tahun lepas saya merupakan pelajar sekolah teknik tunku abd rahman putra pulau pinang, jalan ini dan jalan air itam merupakan 2 jalan utama terletaknya sekolah-sekolah lain yang berjiran seperti convernt Greenland, al-mashor lelaki, penang free school dan seri muatira. Saya biarkan kenangan menjalar dalam urat nadi untuk kembali ke zaman itu, dalam filem pendek akan datang saya akan filemkan semua pengalaman menarik ketika belajar di TI Penang.

Jom kita kembali ke jajahan selama. Rupanya tak tenang saya dikejauhan, sms masuk berganti bercerita alkisah dua peristiwa aneh dan pelik yang berlaku. Kisah pertama apabila 3abdul2 beria-ia mengatakan tak salah kita menerima hadiah hasil kemenangan dalam al-pakari walciptaan kerana itu sebagai pengalak untuk golongan cendikiawan. Cuma nak bertanya kenapa 2 orang yang tak menang apa-apa pun juga mendapat hadiah, adakah kerana mereka yang telah Berjaya memujuk syarikat durian runtuh untuk memberi hadiah juga perlu diberi hadiah. Kalau tak salah jom kita ramai-ramai adu pada SPRM agar nama orangbesar jajahan yang terpalit fitnah dalam kes 19 mesintaipkayaingatan ini boleh dibersihkan. Kalau satu mesintaip harganya 3k, dah 60k nampaknya syarikat durian runtuh melabur, kenapa mesintaipkayaingatan tiangserisungaibayu paling mahal antara semuanya. Syarikat yang sama juga khabarnya member 39k tajaan untuk acara di istana kuda emas tempohari. Dalam 2 bulan syarikat durian runtuh melabur hampir atau lebih daripada RM100K untuk xtvt jajahan selama. Saya tertanya-tanya mungkinkah ada lagi tajaan yang diluar pengetahuan kita dan apakah motifnya.

Perkara kedua blackberry kawan saya hilang, katanya kali terakhir dia letak di atas meja dalam rumahnya, kerana dia kaya dia nyata mampu menggaji 2 orang gaji untuk mengemas rumahnya. Maka 2 oranggajinya dia marah dan tuduh mencuri telefontangan jenama buah ini. Habis diumpatnya kedua-dua orang gajinya kononnya mencuri telefontangan tersebut. Orang gaji yang tak berpuashati ini kemudiannya mengatakan adalah baik untuk disiasat perkara tersebut, mana tau tuannya tersalah letak. Maka orang gaji pertama dan kedua terus mengeluarkan telefontangan masing-masing dari jenama buah-buahan juga dan membuat pengesanan mengunakan GPS dan membuat panggilan….hahaha rupa-rupanya telefontangan tuannya tertinggal didalam tandas. Malulah kawan saya tersebut kerana pertamanya menuduh salah orang yang benar dan keduanya kerana mendapati telefontangan kebanggaannya turut mampu diguna orang gaji. Dengar khabar tiangserisungaibayu pun hilang telefontangan cuma tuan director tak tahu jenama apa dan dan dah jumpa ke belum. Sapa-sapa yang jumpa pie la bagi balik ye, tak baik amik barang orang…

December 16, 2009

PINDAH KEM 2

jamal pak tongkol lega, dari tinjauan rambang yang dibuat bersama rakan-rakan seperjuangan ternyata kem baru yang akan dihuni tiada masalah. orangbesarjajahan yang memerintah ternyata profesional dalam kerja. meniti hari untuk ke kem baru, jamal pak tongkol menyiapkan dikri penyerahan kuasa-kuasanya, semua panji-panji kem lama telah dikemaskini, pang5perang baru akan berarak masuk kurang 3 minggu akan datang, jamal pak tongkol berharap penyerahan kuasa akan berlangsung sempurna. kuasa yang berlingkar di atas bahunya akan diturunkan kepada pang5perang baru, sementelah itu pula jamal pak tongkol akan diberi kuasa baru di kem barunya.

jamal pak tongkol mengaru-garu kepalanya yang tak gatal memikir pula kenapa dirinya dan beberapa rakan lain bertukar kem. dari koridor kuasa jamal pak tongkol mendapat khabar pertukaran ini untuk mereka yang naik pangkat, syukur kerana sekarang dia naik menjadi pang5perangkanan selepas lama menjadi pang5perangmuda di kemnya. cuma hairan juga dirinya kenapa hanya sedikit pang5 yang ditukarkan sedangkan ramai yang naik pangkat, pang5perang lain ada yang naik pangkat tak juga pernah bertukar, ada juga pang5perangmuda yang bertukar berkali-kali, ada juga pang5perangkanan yang sudah berkali juga ditukar. ada pang5perang yang bertukar 5 hinga 6 kali dalam tempoh 5 tahun. tuanpenasihatsiparangkontot mungkin ingin memecah rekod barangkali..... hehehehe.

bercerita tentang peranan tuanpenasihatsiparangkontot dalam hal-hal berkaitan bertukar kem ini macam hikayat seribu satu malam. sangat berkuasa seperti ahli sihir yang menasihati raja pada zaman dahulukala. kuasa tuanpenasihatsiparangkontot dalam hal pertukaran ini sering dibesar-besarkan. pernah dalam satu persidangan yang tuan director hadir, pang5perangtanggukikan mengatakan bahawa hal-hal pertukaran kem adalah kuasa siparangkontot, bila dibelakang siparangkontot dia lah yang mengetuai kumpulan wawasan berjumpa tiangserisungaibayu mengadu siparangkontot menyalahgunakuasa dalam hal-hal pertukaran kem. berjaya kiranya pang5perangtanggukikan memainkan peranan sebagai sesumpah dalam jajahan selama.

tuan director tak pernah percaya dengan kuasa-kuasa ini. yang kita pegang bukan kuasa tetapi tanggungjawab, di dunia kita tanggung di akhirat kita jawab. kerana itu bila kita diberi amanah mengetuai atau memimpin kita kena dipandu oleh peraturan-peraturan. mereka yang beria-ia mengatakan bahawa pertukaran kem tidak memerlukan peraturan hanyalah orang-orang yang lemah dan seringkali cenderung ingin mengunakan kekurangan tersebut sebagai cara menyalahgunakuasa. mereka takut bahawa dengan adanya peraturan kuasa mereka (kononnya ) akan terhad. sebenarnya mereka ini ada kelemahan mengikuti peraturan. dalam pengurusan ini disebut sebagai birokrasi. bukan untuk menyusahkan tetapi sebagai benteng integriti pengurusan membuat keputusan.

semalam bila mengarahkan filem pendek PERTUKARAN KEM tiada banyak maklumat yang diperolehi, banyak hanya rumus dan dengar cakap sahaja, lama juga sebelum tuan director mula mendapat maklumbalas hangat penonton. rupanya ada cerita sensasi disebalik semua ini, dari pang5perangkanan diperolehi cerita bahawa sebelum pertukaran kem berlaku telah berlaku persidangan meja bulat antara tuanpenasihatsiparangkontot dengan pang5besarchahketing, serikandibahtera dan serikandisentosa. mereka sepakat untuk membuat pertukaran kem dengan adil dan saksama....heheheheehe buang siapa yang mereka tak suka dan amik siapa yang mereka sayang. setelah hangat berdebat keputusan telah dibuat tanpa saksi lain kecuali diri sendiri.

keputusan yang dibuat telah dibawa ke pengetahuan tiangserisungaibayu untuk pengesahan, dengar cerita apa yang dipersetujui dalam persidangan meja bulat tak pun dibawa untuk pengetahuan tiangserisungaibayu, sebaliknya siparangkontot membawa keputusan sendiri ( biasa la kan siparangkontot selalunya terlupa apa yang dibincangkan, lazimnya lain dicakap lain dibuat, tambahan kalau takde minit yang dicatat). tiangserisungaibayu ternyata kurang selesa dengan beberapa perkara berkaitan dengan perubahan kem pang5perang. tiangserisungaibayu telah mengarahkan siparangkontot mengubahsuai sedikit perpindahan kem pang5perang. siparangkontot bersetuju dihadapan tiangserisungaibayu untuk membuat perubahan yang dicadangkan.....cuba teka apa yang berlaku kemudiannya. tuanpenasihatsiparangkontot tidak pun peduli dengan cadangan tiangserisungaibayu, sebaliknya telah membuat perpindahan kem berdasarkan citarasa sendiri....padan muka tiangserisungaibayu

kalau dilihat perubahan kem ini, langsung tak ada integriti. pang5perangkhas untuk tiangserisungaibayu dan 3abdul1 bertaraf kanan, kalau ikut peraturan mereka hanya layak dijaga oleh pang5perangmuda sahaja. di kem tertentu pulak dari kerja-kerja pang5perang kini hasil perpindahan kem akan hanya dijaga oleh pembantupang5perang. dengar cerita kerja yang dibuat selama ini oleh sarjanmejaraskar akan dibuat pula oleh pembantupang5perang. semua kekalutan ini berlaku kerana jajahan selama percaya dengan kuasa sakti tuanpenasihatsiparangkontot. kalau mengikut peraturan dan waran, semua ini takkan berlaku. perpindahan kem patutnya berlaku tiap 3 hingga 5 tahun. semua orang kena faham, orangbesarjajahan perlu tunjuk teladan, bersedia menerima pertukaran pang5perang masing-masing bila sampai waktu dan tak kira apa pun alasannya.

tuan director nak gelak pun ada bila orangbesar jajahan termasuk tiangserisungaibayu mengatakan jangan tukar pang5perang tertentu kerana kepakaran mereka diperlukan di kem lama. kalau dah pakar sangat pang5perang buat kerja buat apa kita perlukan lagi orangbesar jahahan mengetuai kem, baik bagi je jawatan tu kat pang5perang, tak rugi elaun yang kita dok bayar kat tuanpenasihat dan orang besar jajahan setiap bulan. alasan bahawa perpindahan kem untuk jawatan tertentu tak boleh dibuat juga menunjukkan bahawa konon-konon pang5perang tersebut telah dilahirkan untuk jawatan tersebut.....hehehehe dah mirip2 nabi la rasional ini. adakah sebelum jawatan diwujudkan kita telah memilih penjawatnya...fikir la tuan-tuan.

tuan director ingin mengingatkan diri sendiri dan penonton semua, dalam menguruskan sebuah jajahan yang paling penting peraturan, kalau peraturan tidak ada kita sama la seperti mengendalikan sebuah kapal yang tiada peta perjalanan dan teropong...kita buat apa yang kita suka dan tinggalkan apa yang kita benci....langsung tak akan berjaya. itu lah nasib buruk jajahan selama sedekad berada dibawah pemerintahan siparangkontot yang tiada misi dan visi

December 14, 2009

PINDAH KEM

jamal pak tongkol termenung di birai jendela, sejak sepurnama yang lalu, hatinya sering berdetik kencang, entah jembelang apa yang melintas rumah 2 tingkat setengah yang dibeli dengan duit kwspnya, tiada petanda rezekinya dari sumber haram, zakat dibayar, sedekah setiap jumaat, bacaan yassin tak lupa buat arwah berdua setiap minggu, kalau kenangan arwah hinggap di pintu hatinya al-fatihah dikirim. namun sejak dua menjak ini hatinya tak keruan, seolah petanda celaka bakal menjelma, tiap kali itu juga dia memohon keampunan tuhan yang adil.

aloha seri muka asyik tersengih je sejak jumpa tuanpenasihatsiparangkontot, askar-askarnya pula hairan dan ajaib dengan perubahan aloha seri muka, maklum la, aloha seri muka nie boleh tahan juga mulutnya, kalau nak tegur askar bawahannya, suaranya bak murai tercabut ekor. kenangan dalam perjumpaan peribadi dengan ketuanya menjalar dalam kotak fikiran, tak sangka bosnya menaruh kepercayaan untuknya menjayakan projek besar jajahan. cuma satu yang dia agak ralat.....heheheehehe teka la ye

riuh rendah jajahan selama hari nie, umpama jom heboh plak jadinya. askar-askar pembawa utusan sibuk dengan tugasan masing-masing, dengar kata ada perkhabaran penting keluar dari bilik tuanpenasihatsiparangkontot, ditangan masing-masing kejap kemas dipegang surat perintah pertukaran kem. ramai yang terlibat katanya. askarpembawautusan kini menjadi berita hangat, kerana kedatangan mereka ditunggu. pang5perang ada yang berdebar tak kurang juga buat selemba je.

berita pertukaran kem mula menular sejak pagi tadi. bayangannya dah berbulan diberikan, nampaknya tuanpenasihatsiparangkontot agak berani kali ini, tak macam tahun lepas, lepas kena sembur dengan pang5peranghatihitam dan pang5perangtanggukikan dalam satu perbincangan, pertukaran kem dibatalkan dan diam begitu saja. harap-harap kali ini pang5perangtanggukikan tak akan membawa rombongan lagi ke koridor kuasa untuk memujuk tok empat tiangserisungaibayu campurtangan.

tuanpenasihatsiparangkontot amat menjaga kuasanya dalam hal pertukaran kem. dalam banyak persidangan, itu lah yang dilaung-laungkan bahawa kuasa pertukaran kem adalah kuasa saktinya. kadang-kadang nak gelak pun ada kerana tuanpenasihatsiparangkontot ini sangat bangga dengan kuasa tersebut, tanpa memahami bahawa kuasa tersebut terikat dengan beberapa peraturan lagi. kerana itu siapa pun tak percaya dengan kuasa sakti tersebut kecuali dirinya.

esok mungkin kuasa sakti tuanpenasihatsiparangkontot akan teruji. petang ini dijangka sudah dimulakan usaha dibuat oleh tuan-tuanpenasihat lain untuk mengurangkan kuasa sakti tersebut kerana tak bersetuju dengan tindakan tuanpenasihatsiparangkontot menukar pang5perang masing-masing. koridor kuasa akan mula dihujani dengan utusan, tiangserisungaibayu akan mula sibuk melayan kerenah orangbesar jajahan yang menentang pertukaran kem..hehehee rasa-rasa kuasa sapa lebih sakti ye.

jamal pak tongkol akhirnya sedar, gelodak jiwanya berasas, surat dari askarpembawautusan telah diterima, dia ditukarkan kem. bersyukur kerana tak perlu melayan orangbesar jajahan yang hanya tahu mengarah sahaja, cuma hatinya berdetik kalau-kalau pertukaran kem umpama keluar dari mulut harimau masuk pula ke mulut buaya. aloha seri muka pula banga kerana pertukaran kem yang diinginkan berjaya dengan pertolongan kuasa sakti tuanpenasihatsiparangkontot...dalam celah-celah itu juga sarjanmejaraskar juga ditukarkan, nampaknya ada orang telah guna helah satu peluru dua musuh dalam isu pertukaran kem.

tuan director pun nak pindah, lebih baik balik jaga kambing, dah penat la dok jaga durian tapi tak dapat nak rasa hasilnya, habis dijual tuanpenasihatsiparangkontot kepada peraih....hehehehe selamat maju jaya sarjanmejaraskar ditempat baru.....