December 27, 2009

JAMBAN PILIHAN KALBU

pernah menonton filem ali baba bujang lapok lakonan p ramlee dan sarimah, tentu sahaja adegan yang kena mengena dengan tajuk filem pendek kali ini ialah bila 40 penyamun menyerbu jamban kerana helah ibrahim pendek ( sarjan ) yang memangkah rumah untuk disamun dihidu oleh sarimah si tukang gaji.

maka empunya diri sekelian penguasa jajahan selama telah dipanggil mengadap tiangserisungaibayu untuk membicarakan gerangan jamban yang manakah paling sesuai untuk dibuat tempat simulasi perang para cendikiawan dan tentera.

tiangserisungaibayu : saya memanggil datuk-datuk sekelian adalah bertujuan untuk memutuskan dimanakah tempat yang paling sesuai untuk kita menjalankan simulasi perang untuk tahun hadapan. pohon datuk-datuk sekelian memberi cadangan hendaknya.

tuanpenasihatsiparangkontot : ( tampil memulakan bicara dengan lagak panglima ) wahai tok empat yang bijaksana, hamba ingin menyatakan buah fikiran berkaitan perkara yang penting ini. hamba cadangkan agar jamban yang paling busuk kita pilih untuk diperbuat kem semulasi perang kita. cadangan hamba ini kerana dengan pengalaman tinggal ditempat yang busuk dan teruk barulah warga jajahan selama akan insof dan berterimakasih atas peluang mereka menghambakan diri di jajahan ini.

3abdul2 : ( sambil mengunyah sireh sejak tadi ) hamba menyokong cadangan tuan hamba siparangkontot untuk memilih tandas yang buruk,busuk dan meloyakan untuk melatih tentera, lagi pun para cendikiawan yang hadir nanti akan lebih bersyukur dengan kemudahan di jajahan selama berbanding jamban yang kita pilih sebagai kem.inilah yang kita perlu terapkan dalam jiwa tentera dan cendikiawan jajahan selama. apapun tuan hamba ingin mengingatkan bahawa walaupun jamban yang teruk kita pilih, kita sebagai pembesar jajahan tetap akan tinggal dijamban yang bersih kelak kerana datang sebagai tetamu.

3abdul1 : ( yang sejak tadi tersenyum melihat perbincangan lalu mencelah ) hamba rasa jamban yang kita perlu pilih hendaklah bersih dan harum, kerana dalam banyak riwayat yang hamba baca, tertulis bahawa jamban yang bersih boleh meningkatkan semangat para tentera dan cendikiawan dalam membuat simulasi perang, juga membolehkan para tentera dan cendikiawan menumpukan perhatian serta meningkat kebolehan mereka menerima ilmu baru...itulah pendapat hamba wahai tok empat.

tiangserisungaibayu : wahai siparangkontot, kenapakah jamban yang busuk dan meloyakan ini harga lebih tinggi dari jamban yang bersih dan harum, kenapakah kita memilih jamban yang busuk dan meloyakan dari jamban yang bersih dan membau harum.

tuanpenasihatsiparangkontot : hamba berpendapat jamban yang busuk dan meloyakan lebih memberi pengajaran kepada para warga jajahan, lagipun harga yang dikenakan berpatutan dengan bau yang meloyakan yang telah disediakan. berkaitan dengan harga yang lebih mahal, rasanya tiada masalah....

tuanpenasihatenjinnyior : hamba tidak berani memberi buah bicara kerana malu dengan kegagalan hamba menyiapkan istana labah-labah mengikut masa, lagi pun kini hamba menumpang mengunakan jamban panglima perang yang lain.

tuanpenasihatadamasyuk dan tuanpenasihatkhutudkhanah : ( sampil duduk bersimpuh ) kami berdua menyokong akan nasihat siparangkontot tadi


p/s : dialog tidak dapat diteruskan kerana tuan director geli geleman dengan bicara siparangkontot....heheheehe filem pendek yang akalnya panjang. tuan-tuan penonton agak-agak jamban mana tuan-tuan nak pilih bila nak....RM0.20 jamban busuk atau RM.10 jamban bersih dan harum

2 comments:

  1. Fomula 1Jajahan "Hati Busuk KITA didahulukan, semua pembodek KITA utamakan"!

    kalau kita cakap2 macam muka tak malu = muka tembok

    kalau kita cakap2 tak pikir dulu = muka jamban

    kesian la kat depa, hang kata lagu tu...

    tapi nak buat cam naaa... depa pun x mau kesian diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. Saya rasa ada kesilapan dalam kenyataan 'x mau kesian diri sendiri' sebab kalau diikutkan logik akal maka orang-orang yang kasihankan diri sendiri ni lah yang berkelakuan begitu. Golongan ini takut diri mereka sendiri yang dipinggirkan atau dicelah oleh orang lain yg lebih berkelayakan dalam mengejar nikmat duniawi.

    Kalau mereka ini kasihankan orang lain maka kita akan nampak satu masyarakat ideal yang saling sayang menyayang dengan sifar sifat hasad dengki, cemburu buta, menindas, tamak dan lain-lain. Takkan lah orang jenis ini sanggup melihat dirinya sendiri menindas saudaranya sendiri?

    Selagi kita tidak sedar bahawa Allah menjadikan manusia berbeza-beza dengan kepandaian masing-masing malah ada yang lebih bijak daripada orang mengaku dirinya bijak maka kita akan melihat golongan penindas akan sentiasa menindas golongan yang tidak sama haluan dan golongan yang mengaku buah fikiran ataupun hasil kerja orang lain sebagai hasil peribadinya sendiri.

    ReplyDelete