October 21, 2010

tazkirah jumaat- ingat 2 lupakan 2

salam 2 all,

saya menginsafi diri ketika membaca petikan ini melalui blog aspan alias, sesunggunya wahai sekelian warga jajahan, marilah kita mengamalkan apa yang tertulis melalui tinta tulisan ini dengan perbuatan dan amalan, moga2 jumaat nie tertera jiwa kita dengan ingatan atas 2 perkara yang sangat penting ini

2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat dan 2 lagi yang kita mesti lupakan sepanjang kehidupan kita.

2 perkara yang kita mesti ingat sepanjang hayat kita ialah baik orang kepada kita. Satu lagi ialah jahat kita kepada orang. Mengingati baik orang kepada kita itu merangkumi sifat berterima kasih dan sifat syukur. Mengingati jahat kita kepada orang lain sepanjang hayat kita ialah untuk membina sifat taubat dan menyesal di atas tindakan jahat kita kepada manusia lain.

2 perkara yang kita mesti lupakan sepanjang hayat kita ialah baik kita kepada orang lain dan jahat orang kepada kita. Melupakan baik kita kepada orang lain merupakan sifat ikhlas dan jujur yang dituntut oleh Tuhan kerana jika kita ikhlas dan jujur segala perbuatan kita itu tidak minta diingati mahupun minta dibalas. Ianya semata-mata kerana keredhaan kita sebagai makhluk Tuhan yang dikatakan sebagai secantik-cantik kejadian. Melupakan jahat orang kepada kita ialah untuk membina sifat pemaaf atas kesalahan manusia lain terhadap kita.

P/S : ingatan ini ditujukan kepada semua pelakon-pelakon filem pendek jajahan selama terutama ketua-ketua kem dan yang menyamar sebagai ketua di kem khutubkhanah seperti tersurat dalam al-kitab istiadat mandi minyak. sekali lagi jangan la selalu mengertak ahli jajahan lain dengan ugutan bahawa jawatan yang disandang kini oleh mereka merupakan pemberian diri tuan-tuan belaka. ingat lah...rezeki di bumi jajahan selama merupakan pemberian Allah SWT jua...sama sahaja kita semua yang diberi rezeki...semuanya akan dihisab di akhirat kelak...adios

No comments:

Post a Comment