October 11, 2010

cendikiawan VS cendawan

salam 2 all,

dah beberapa hari hujan tak turun di bumi bertuah ini....angin yang bertiup pun terasa kering...kadang-kadang kulit terasa amat sangat bahangnya. musim panas khatulistiwa menjelma lagi. kalau paginya sejuknya mencengkam tulang, kalau masih di bukit bertam, air sungai kerian ketika ini dah cangkat (cetek) jadinya. mungkin seminggu dua lagi musim menyelam ikan la pula akan melanda.

mengingati saat-saat macam nie memang seronok...panas membahang maknanya padi dah mula menguning, ciak raya dengan ciak uban mula menyerang kampung..masa-masa macam nie buah ara kat pokok pun mula menguning...musim melastik burung juga maksudnya. semakin kering mungkin akan bermakna menangkap ikan dalam kubang kerbau takkpun perigi berdekatan sawah pak ngah hab atau takung haji mat isa atau pun sungai mati belakang rumah saya.

saya mengingati setiap butir kenangan dengan keindahan yang tak terkawal..dulu semalam apabila sepupu saya singgah di rumah dia berkata...'man masa kecik2 dulu hang suka merayau seluruh kampung'...kalau ketika itu mak dan bapak saya mungkin risau keselamatan saya..namun kini semua itu menjadikan saya manusia yang cukup kental bertahan dengan segala kepayahan dalam bekerjaya.

tuan director tergelak dengan istilah terbaru lontaran kambing-kambing jajahan...depa nie pandai ke tuan..dok mengajar kami macam-macam, kalau pandai kita panggil la cendikiawan tapi kalau kurang cerdiknya baik kita panggil je cendawan... huhuhhuhuhu

lalu tuan director cuba la melihat kembali semua warga jajahan golongan cendikiawan ini. maka banyak pula yang tuan director perhatikan hanya umpama cendawan semata-mata. ambil kes pertama di sebuah kem. pembahagian kerja diberi kepada semua golongan cendikiawan...apa yang nak diajar kepada kambing-kambing. pusingan mengajar subjek dibuat kononnya untuk melatih cendikiawan muda...maka cendikiawan muda yang tak berapa faham sepak terajang nie membuat la dengan baik modul pengajaran kambing. setelah mengajar dengan baik tahun ini, tahun depan diberi pula subjek baru, subjek lama diberi kepada cendawan, modulnya diambil oleh golongan cendawan ini tanpa segan atau malu, nie permainan pertama yang harus difahami oleh cendikiawan muda.

kes kedua...cendikiawan bermati-matian mencari bahan, membuat penyelidikan awal, mencari teori pengajaran terbaik untuk kambing, selongkar seluruh maya mencari jawapan kepada kemusykilan, menyusunnya menjadi bahan, sehingga la hampir siap penulisan...maka muncul la cendawan menempek namanya dalam kajian tersebut...cendawan memang handal bab ini.

kes ketiga...kambing mengembek sana sini..lompat sana sini, menyiapkan semua yang perlu untuk mandi minyak. ramai cendikiawan yang memang terpuji membantu kambing untuk acara mandi minyak. ada yang tak tido malam membantu kambing mempersiapkan diri, golongan cendawan pula lebih suka memujuk kambing meletakkan namanya untuk terbitan berkala hasil jerit perit kambing tersebut.

kes keempat. golongan cendikiawan bertungkus lumus mengajar kambing tempatan melangkah, melompat, menanduk. golongan cendawan pulak sibuk ke hulu ke hilir berebut nak mengajar kambing import..sampai pengajaran kambing tempatan diberi kepada kawan dan taulan dengan bayaran saguhati. lebih buruk lagi golongan cendawan memusnahkan kredibiliti cendikiawan kerana nak berebutkan sesi pengajaran kambing import yang lebih lumayan.

kes kelima : golongan cendikiawan datang ke jajahan dengan semangat tinggi, mengesahkan kedatangan dengan baik. golongan cendawan lepak-lepak merata-rata, tak pun mengesahkan kedatangan ke jajahan, lebih buruk lagi ada cendawan yang seminggu cuma datang 2 hari sahaja ke jajahan selama...lain-lain masa digunakan cendawan bertaraf pendita untuk meraih untung di metropolitan dengan kerja-kerja sendiri

hahahahaaha...banyak lagi contoh cendikiawan menjadi cendawan di jajahan selama....tak mengajar, lewat masuk kelas, mintak kambing belanja makan, tulisan ceendikiwan lain mengaku diri punya, buat buku dan mintak kambing beli walaupun langsung takde kualiti, mengaku pakar dalam macam-macam bidang tapi habuk pun tarak....

p/s : dengar cerita tiangserisungaibayu lebih rela melihat orang lain berlakon menjadi dirinya dalam acara latihan mandi minyak..patut la setiap tahun asyik salah sahaja apabila acara mandi minyak sebenar berlangsung. ini lah kelakar yang tuan director pun tak mampu nak ubah. mungkin tuanpunahsihatsiparangkontot pun dah bagi nasihat kepada tiangserisungaibayu yang kadang-kadang tuan director nampak lebih sudu dari kuah. 3abdul1 memang la tak mampu nak berkata banyak kerana apa sahaja keputusan dalam hal mandi minyak akan dipangkas dengan arahan tok empat tiangserisungaibayu. nasihat kepada pang5perangtanggukikan..jangan buat salah lagi tahun ini...dulu tuanpunasihatsiparangkontot dah cover...tahun ini kasi perfect la...tapi kalau skrip mandi minyak pun tak baca mana boleh nak jadi pengarah kan.....adios

1 comment:

  1. ...maka muncul la cendawan menempek namanya dalam kajian tersebut...cendawan memang handal bab ini.

    MEMANGPUN. MEREKA INI TAK MALU. INGAT NAK NAIK PANGKAT CEPAT DENGAN CARA MENEMPEK. TAPI 3ABDUL1 GALAK CENDAWAN MAIN SETARA DAN TEMPEK-TEMPEK.

    ... golongan cendawan pula lebih suka memujuk kambing meletakkan namanya untuk terbitan berkala hasil jerit perit kambing tersebut.

    DAH MENEMPAK DGN CENDIKIAWAN, CENDAWAN PULA NAK MENEMPEK DGN KEMBING. CIS!

    ..sampai pengajaran kambing tempatan diberi kepada kawan dan taulan dengan bayaran saguhati. lebih buruk lagi golongan cendawan memusnahkan kredibiliti cendikiawan kerana nak berebutkan sesi pengajaran kambing import yang lebih lumayan.

    3ABDUL1 HARUS SIASAT PERKARA INI DAN HUKUM GOLONGAN CENDAWAN YANG LAKUKAN KESALAHAN NI.

    ...lebih buruk lagi ada cendawan yang seminggu cuma datang 2 hari sahaja ke jajahan selama...lain-lain masa digunakan cendawan bertaraf pendita untuk meraih untung di metropolitan dengan kerja-kerja sendiri

    KALAU BETUL INI BERLAKU, 3ABDUL1 KENA BUANG CENDAWAN TERSEBUT. KAN KALAU CENDAWAN BERPURA SAKIT, BOLEH DIBUANG TERUS.


    .....banyak lagi contoh cendikiawan menjadi cendawan di jajahan selama....tak mengajar, lewat masuk kelas,

    BUANGLAH CENDAWAN TU, MAK OI.

    mintak kambing belanja makan,
    TAK MALU CENDAWAN. DAH BANYAK BERISI DGN COP PELBAGAI DARI 45, 52, 54 HINGGALAH KE VITARA, NAK SURUH KAMBING YANG KELAPARAN UNTUK BELANJA. BAIK DIPANGGIL CENDAWAN PARASIT.

    tulisan ceendikiwan lain mengaku diri punya, buat buku dan mintak kambing beli walaupun langsung takde kualiti,

    KAMBING-KAMBING SUDAH MENGELUH SEBAB DIPAKSA CENDAWAN BELI BUKU LOW QUALITI. NAK SAYA SEBUTKAN SEMUA JENIS CENDAWAN YG MEMAKSA KAMI BELI? ERM...

    mengaku pakar dalam macam-macam bidang tapi habuk pun tarak....

    HEHEHEHE. MEMANG PUN. KATA PAKAR, TIDAK PERNAH TULIS SATU SURAT GLOBAL PUN DALAM BIDANG TERSEBUT.

    ReplyDelete