April 20, 2016

apa punya cerita (APC) # season 2 episode 7

salam 2 all,

semalam bergerak ke kebun jam 515 petang... sampai di behrang stesen dah target untuk makan malam iaitu nasi kandaq Ali dengan hidangan kambing... sampai dalam kul 540 hujan lebat menyambut saya.. berlari-lari anak masuk restoran... cedok kambing dan makan dengan penuh nikmat kerana baru sahaja dibaiki gigi geraham oleh doktor.... sedap menguyah tertiba ribut melanda... dalam keriuhan pelanggan tertiba pemilik restoran memasang bacaan suci al Quran... saya tidak bergerak cuma tangan sibuk menaip sesuatu di telefon tangan memaklumkan akan isteri apa yang sedang berlaku...

balik rumah sekitar jam 740... sesampai saja di pintu rumah anak perempuan tunggal sedang berlatih suara membaca cerita... memang luar biasa anak ini.. 3 minggu lepas berlatih solat jenazah... balik pukul 630 setiap hari kerana yakin akan mengondol hadiah... cekal dan sangat berharap.. namun takdir Allah pasti bukan... minggu lepas bertanding balik dengan tangan kosong... kecewa dan menangis... tapi saya pujuk dengan berkata tak apa kalau kalah sekurangnya kalau ayah mati anak ayah sudah lulus untuk solatkan ayah....

Semalam uzma yakin lagi untuk bertanding.. kali ini pertandingan bercerita.. penuh laungan suaranya dalam rumah... tinggi rendah nadanya menandakan anak ini berharap lagi untuk menang... uminya sesekali cuba membantu.... takkala saya mengangkat takbir untuk solat yang sudahpun lewat... suara anak ini masih lagi dengan pantas mengetuk anak telinga saya.... hurmmmm tak kenal putus asa anakku ini

tuan director diajak ke pertandingan semalam... rasa malas membuak dalam diri... malas kerana yakin tiada keadilan pun dalam pertandingan ini... dari awal pemenangnya sudah ditentukan empunya jajahan selama...

ketua pengadilnya.... tiangserisungaiseputih yang tuan director langsung tak percaya akan integriti... sudah sudah la tiangseri.... cuba tengok apa berlaku pada tiangserisungaibayor... keliling jajahan tiada siapa peduli.... bahkan tuan director termaklum hidupnya umpama kupang tembaga diperlaku orang setelah hilang kuasa...

pertandingan semalam menarik kerana beberapa sebab.... pertama seekor kuda bisu yang telah lama tidak ditunggang orang diberitakan menang acara menjerit... seekor kaldai tua yang mengangkat straw pun tidak mampu menang acara mengusung guni baja ... seekor kambing yang yang bertanding dengan para kucing telah menang acara bau badan terwangi.... huh..... luar biasa betul

seekor monyet yang acap kali dituduh mencuri pisang jajahan pula menang kategori amanah... adoi.... sehinggakan seekor ular yang sering menyembur bisanya diangkat sebagai pemenang penawar seribu malam... belum lagi pencacai najis menang diangkat kerana berjaya menutup bau pekung pemuka jajahan dengan najis dibawanya...

termenung memikir.... bahana apa lagi akan dibawa tiangserisungaiseputih untuk santapan jajahan selama saat-saat akhir beliau sebagai tiangseri

p/s.... ada berita dibisikkan kepada tuan director.... u tau ka lebuhraya dah runtuh ... ramai mangsa jajahan mati tertimbus.... Innalillah.... moga Allah memberi mereka dan keluarga kekuatan menuntut ganti rugi .... adios amigos


March 06, 2016

Petisen Atas Talian Selamatkan Malaysia

MAKLUMAT/NOTICE
Perkara: Selamatkan Malaysia/Save Malaysia

Rakyat Malaysia yang ingin menyatakan sokongan kepada Deklarasi Rakyat, boleh berbuat demikian di pautan di bawah:



Malaysian citizens who wish to express their support for the Citizens' Declaration could do so at the link below:


http://goo.gl/forms/klwIJrXZ9m

Terima kasih/ thank you.

ps.... hanya berdoa yang terbaik untuk negara... jom warga jajahan selama... kita nyatakan sokongan

February 18, 2016

kita bina jalan ke syorga # season 2 episode 6


salam 2 all...

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48] 

setelah menjengah tahun 2016... jajahan selama semakin keliru dalam hujung jalan yang dipilih... usia tua tidak pun membuat jajahan selama matang berkeputusan malah dilihat semakin kebudakan pula... maka benarlah peringatan bahawa usia panjang hanya ada dua pilihan... bersyukur kerana mampu beribadat selamanya atau derita menolak dosa bertimpa

Tiangserisungaiseputih mempunyai banyak masa untuk memastikan jalan2 ke syorga melebar dengan jemaah jajahan selama dengan adunan perancangan yang baik... berapa ramai yang ingat dan sedar bahawa kita mempunyai manhaj agama dalam urusan donia jajahan selama...... atau kita tak pernahpun diingatkan..

sisa pemerintahan tiangserisungaiseputih yang berbaki bulan cuma... wajar digunakan untuk membina kelompok syorga dalam minoriti neraka... adakah susah... sudah tentu sukar kerana sering diingatkan bahawa ketika kejahatan sudah berlari kebaikkan hanya mula mampu berdiri...

tenggelamnya kebaikkan di donia jajahan selama bukan kerana takdir semata... pemerintahlah yang mempunyai aura tanggungjawab untuk membawa cahaya sorga untuk tenggelamkan maraknya kegelapan neraka... maka marilah kita berdayung dalam irama sama untuk membina jalan2 ke syorga...

pang5perang agama tentu boleh mula mendirikan solat jemaah di semua wakaf untuk zohor dan asar... jangan lupa bahawa hanya berapa kerat sahaja yang berjemaah... maka kelibat tiangserisungaiseputih dituntut muncul di wakafmursid untuk bersama... tak cukup hanya dengan muncul dalam ceramah agama semata atau menghantar wakil sahaja... heheheheheh adakah bila diberi syorga kita menghantar wakil kerana selesa berada dalam neraka.

titipkan dan titislah ilmu agama dalam setiap gerak langkah perbuatan jajahan selama... binalah jatidiri Salehudin al Ayubi dalam perjuangan mengangkat jajahan selama... lorongkan perbuatan Umar Abdul Aziz dalam berkeputusan dalam semua urusan pang5perang... bangunkan roh Ibnu Sina dalam kalangan kumpulan cendawan.... maka melebarlah jalan2 ke syorga meninggaltepi lorong gelap dan suram yang ke neraka.....

p/s..... adakah saya akan dijemput bersarapan pagi bersama 3abdul setelah menulis edisi ini.... barangkali jauh lebih baik sarapan pagi diganti dengan dhuha bersama...

adios amigos....    

August 25, 2015

JALAN-JALAN KE NERAKA PUN SESAK # season 2 episode 5

salam 2 all,

Saya membesar bukan dalam didikan agama yang formal seperti belajar sekolah agama... dalam proses didikan agama yang tidak formal ini saya terhidang dengan pengalaman mengaji al Quran dari rumah tok meriam... moga Allah memberi keampunan kepada guru saya ini...

dalam celup-celup ke masjid bukit bertam saya belajar tauhid dan fekah dari Ustaz Md Noq yang suka berkelakar jauh lebih awal dari kelakarnya uztaz Azhar Idrus... ustaz dan uztazah dari SJKC Sin Teong Mahang, SMK Mahang, SMT Tunku Abdul Rahman P Pinang dan SM Sultan Badlishah Kulim mengajar saya tentang takutnya hidup dalam alam selepas mati bagi yang berdosa dan indahnya hidup di syorga Allah...

Ahad yang lalu setelah 20 tahun perjalanan yang mencabar bagi saya dengan menunggang motosikal yamaha 100 sport dari lubuk cina melaka ke kampung bukit bertam selama, Perak...sejauh 440  saya mencuba menunggang motosikal dari Kota Malim Prima ke Kg Gesir Tengah... tak jauh pun 15 km je... pergi pagi dengan nyaman... balik petang 15km berhujan sehingga basah seluar dalam... hahahhaha

saya sendiri setelah 20 tahun... 1995 berbanding 2015,  fizikal saya telah banyak berubah dulu 440km dari lubuk cina melaka berhujan sehingga ke bukit bertam biasa... kini 15km sangat luar biasa kesannya... tuanya saya.... tertiba rasa...

Jajahan Selama usianya sudah tua berbanding saya... pendekarnya ramai yang dulunya masih hitam rambutnya kini banyak putih dari hitamnya... hatta ada pendekar yang dulu lebat rambutnya kini bak belukar disambar api sifatnya...

Dalam ketuaan pendekar sudah tentu dosa pahalanya banyak... minggu terdahulu dan akan datang lebih banyak lagi dosa-dosa akan tercipta... maka semakin sesaklah jalan ke neraka... ramai yang menipu tentang apa yang mereka lakukan dalam memperkasakan jajahan selama...

Pemilihan kambing tentu banyak lobang dosanya cuba dikambus dengan surat2 pemilikan yang dibuat2... pendekar adamasyuk tentu sibuk mengantikan mana-mana surat yang telah hilang atau dicurigai caranya... pengusaha kebun durian yang menanam D24 tentu sibuk mengubah inbois yang tertera untuk menipu bahawa Mausang King yang ditanam selama ini...

tertiba palitan neraka jajahan selama sedang dihias agar menyerupai syorga.... sampai bila pendekar ingin menipu hanya untuk membahagiakan demang dan punahsihat diraja... sampai bila pula pendekar boleh berharap tuaian neraka akan memberi imbalan syorga....

nampaknya tiada yang malu untuk dilihat memikul kunci syorga walaupun jalan-jalan yang dipilih menuju ke neraka akhirnya


P/S .... ada pendekar yang memang alergi dengan duit tertiba ditukarkan menjaga gedung duit jajahan selama... sudah butakah kumpulan demang dalam berkeputusan...    

July 09, 2015

bila unta berbuka posa # season 2 episode 4

as salam 2 all,
saya kutip cerita ini dalam malaysiakini... kredit kepada malaysiakini kerana saya hanya menumpang  
Menurut Malaysiakini ramai orang  tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia untuk menjadi seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini. Dengan meminta tidak membandingkan dengan sesiapa, Isteri Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Hasmah  dalam wawancara dengan  Malaysiakini  telah berkongsi resipinya': "Jangan bersaing dengan suami anda," katanya
“Sebagai isteri PM, jangan bandingkan (dengan sesiapa)... secara umumnya kamu mesti sokong suami, kamu mesti berpengetahuan, kamu mesti tahu apa yang berlaku di sekeliling dan kamu mesti pastikan bersama dengan suami apabila bertemu rakyat.

“Orang ramai hendak tahu bahawa ini isteri PM dan mereka bersama-sama, mereka mementingkan kekeluargaan.“Jadi kamu mesti sokong tetapi jangan sesekali bersaing dengan suami kamu,” begitu pesan  Tun Hasmah.(Bacalah interviu sepenuhnya di
 Malaysiakini).

Membaca interviu ini , saya pun tahu  Tun Hasmah tidak menujukan kepada sesiapa tetapi oleh kerana banyak cerita-cerita popular mengenai seorang isteri,maka Tun Hasmah tidaklah dapat menyekat kebebasan orang untuk membuat tafsiran dan pengenalan masing-masing.
Tuan director dimaklumkan bahawa unta-unta yang dibawa mandi tak berubah pun.. setelah dimandikan sebulan lalu.. bau unta tua memang memualkan.. taik penuh kat punggung tapi masih tersenggih sana sini mempamirkan giginya
yang buat tuan director angin satu badan bila unta tua hadir majlis bersama tuannya.. memang aksi lebih.. tapi yang pelik ngan pendekar jajahan selama nie bila bersama unta-unta tuan demang pun depa jadi penakut.... unta je pun bukan ada peranan dalam jajahan selama.. tuan dia bawa pasal nak guna je.. kalau tak memang selalu pun kena tinggai dalam kandang
minggu lepas sekor unta tua hadir kenuri buka posa.. kalau unta nie memang unta jugak la perangainya.. masa berposa dia hentam minum... tuan puan dapat la bayang macam mana unta minum kan... adoi tak de tertibnya ... balun air oren 4,5 kotak... hahahahaha malu la tuannya..
sekor unta nie lagi karut... siap bawa bekas ... katanya tuannya suka makanan yang dihidangkan.. habis dikautnya ikan toman masak tomyam... ishhhhhhhh tuan director kadang pikir kemaruk sangat ke unta nie takkan kat rumah takde kobis n rumput napier untuk makan... awat gelojoh sangat dok sapu toman masak tomyam... alasan tuan demang suka bukan lesen nak angkut bawa balik semua tu...
p/s... dengar citer tuan director dapat anugerah pengarah terbaik... hahahaha ingatan kepada diri... Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. Ayat 18 surah Al Hadid
  

June 30, 2015

kisah kandang kambing # season 2 episode 3

as salam 2 all

sedari kecil saya sangat asyik dengan binatang... kagum sangat dengan ciptaan Ilahi yang menerbitkan kecantikkan luar biasa ciptaanNya... kerana itu seingat saya,  kami sekeluarga ada beberapa kucing yang luar biasa manjanya di rumah.. yang paling diingati tentunya seekor pemberian bapa saudara dari kampung pasir kemunting...kemudian beberapa ekor yang datang dan pergi

dalam banyak binatang saya memang peminat tegar ayam laga...ntah kenapa hingga kini keterujaan saya masih terarah kepada ayam laga.. setiap kali terlihat liuk lentuk ayam laga hati saya akan merindui saat-saat pertama mempunyai ayam laga sendiri yang dibawa pulang dari felda Teloi Kanan... pemberian bapa sedara yang dipanggil Abah oleh saya dan semua anak saudaranya..ayam laga pertama ini membentuk minat yang mendalam terhadap spesis ini walaupun 4 bulan kemudian Jaguh saya ini lesap dari reban buat selamanya...

saya membina sendiri reban ayam sejak kecil... hahahaha... tebang buluh.. belah buluh.. raut sehingga bersih.. belajar mengenal buluh minyak, beza buluh betung dan beting... dan bulan puasa akan mengingatkan saya buluh lemang yang sangat payah untuk ditemui... buluh akar... tebang sepokok cukup untuk dibuat lemang segantang pulut... sangat banyak kenangan...

tuan director baru sedar bahawa kandang kambing jajahan selama banyak yang runtuh sejak 2,3 tahun nie.. ntah kenapa... kambing dah tak kenal lagi kandangnya di mana... berkeliaran mencari kandang bila malam menjelma...merayu sana sini untuk beraksi...

terbaru kandang kambing paling prestij dibangunkan sebagai pusat tanaman jeruk kelubi.. ehhhh apa gila orang yang tanam kelubi nie... bukan ke kelubi pokok yang tumbuh meliar... sejak bila pula jajahan selama berminat dengan kelubi... ini la masalah dengan dengan pendekar yang pandai bersilat tapi tak pandai bertani... pokok kelubi nak pula dibangunkan dengan sistem ladang...

bukan ke kandang kambing nie dah cantik... kemudahan dan lengkap... kambing pun minat nak berteduh dan beraksi... mana pergi ketuapendekarpendek... takkan asyik sibuk dengan unta muda hingga terlupa kambing yang dipelihara... kandang ini dibina dengan kemudahan bagi kambing... spekfikasi dan justikasinya kambing... bila nak tanam kelubi memang kena runtuh la sebahagian dan bina balik... pendekarkelapaparut sepatutnya tahu permasalahan ini... jangan la jadi pakturut hanya kerana dinaikkan pangkat...

tuan director tak berani nak komen lebih bab kandang kambing kerana takut ketuapendekarpendek ...dikabarkan ketuapendekarpendek ada keris sakti yang sering ditunjuk sana sini.. fuhhhh gerun tuan director...

P/S : projek kandang kambing ditranform jadi projek penamanan kelubi khabarnya memberi keuntungan lumayan kepada beberapa broker... dengar 30k dinar berubah kedudukan dalam majlis sembang dan tari... pendekarkelapaparut dapat berapa kupang....



           

June 18, 2015

tangkap itu unta kasi mandi sama dia...# season 2 episode 2

salam 2 all,

saya terkesan sangat bila ramadhan menjengah dunianya... satu kerana pengalaman perit belajar berpuasa... tak terhitung cabaran dan juga penat berpuasa... 37 tahun lalu ketika arwah mak mengajar puasa kepada saya.. pertama kerana bersekolah di SRJK... rata-rata kawan makan masa rehat... fuhhh mee dan laksanya memang menganggu keseluruh deria... semerbak... sering pula kerana tak tahan saya minum dari paip air sahaja...

Semalam Fahim... anak bongsu saya memulakan puasanya dengan semangat yang kuat... umur 6 tahun sudah kepingin untuk berpuasa kerana umpan duit raya oleh saya... tapi bila petang semasa balik kerja saya hanya mampu melihat seorang anak yang dalam kepayahan berpuasa... apabila ditanya emaknya hanya 2 justifikasi yang diberi oleh Fahim untuk kekal berpuasa.. pertama duit raya kedua kerana sangat bimbang diejek abang dan kakaknya kerana tidak berpuasa... ohhhh anak kecil ku...

Akhirnya kasih ibu... yang arwah mak saya tonjolkan 37 tahun dulu dipraktikkan oleh isteri saya... memujuk fahim berbuka awal... hahahahaha kasih ibu hingga ke syurga... fahim berbuka dengan segelas susu yang diteguk rakus... dan beberapa keping keropok... dan habuan kerana semangat tinggi berpuasa.. emaknya mentanak nasi lemak bersama sebiji telor goreng... itulah permintaan Fahim...

tuan director dimaklumkan bahawa beberapa unta terpaksa ditangkap dan dibawa untuk mandi minggu lepas gara2 selalu muncul di jajahan selama dalam keadaan kotor dan busuk... Pendekarmatasepet bersama gerombolannya ditugas mengintip dan menangkap unta-unta yang busuk...

hehehehehe yang menariknya dalam usaha menjaga maruah unta yang busuk..taktik Pendekarmatasepet harus dipuji... bersama Pendekar yang lain... mereka mengepung semua unta-unta jajahan selama ke satu sudut untuk dimandikan termasuklah unta yang berbau wangi dan berhias indah...

taktik dan dan teknik pengepungan yang dimalkan memang berbaloi.. lagipun kandang kepungan yang dipilih bukan calang2.. ekselusif sekali.. lantai marmar berpenghadang besi bertempa.. tapi paling kelakar apabila tuan unta pun dimandikan sekali kerana ada juga tuan unta yang busuk... hahahaha

tuan director kadang-kadang pelik juga dengan jajahan selama.. sanggup berhabis banyak untuk menghias unta-unta tua yang busuk... dicadangkan tuan-tuan unta cari je unta muda dan pandai berhias... tinggalkan je unta tua... dan paling kelakar ada juga sekor dua unta pengotor yang disyaki telah terlepas semasa hari pengepungan.. walaupun gang Pendekarmatasepet cuba menguna beberapa jerat dan teknik kepungan namun gagal ...

Tapi yang menariknya semasa upacara mandi sekor unta tua yang busuk cuba pula nak mengajar unta muda-muda yang wangi cara-cara mandi... sungguh lucu suasana... sungguh tak sedar diri.. begitu juga pemilik unta busuk boleh pula cuba-cuba nak terangkan kepada pemilik lain cara-cara menjaga unta... fuhhhh integriti dan justifikasinya sangat diragui

Apa pun tahniah la kepada siri mandian unta... nampaknya Pendekarmatasepet berjaya menjerat beberapa unta busuk.... cuma pemilik unta yang paling busuk belum berjaya dimandikan... tuan director harap dalam beberapa purnama lagi pemilik ini akan dimandikan... busuk betullah pemilik unta ini terutama tiap kali dia membuka mulut... fuhhh pekung baunya tuan tuan...

P/S :  tiangserisungaiseputih berani ke tukar unta tua busuk dengan unta muda berhias indah... tabik kepada Ketuapendekar2 yang berani membawa unta muda dan wangi ke upacara mandi... tak perlu tangkap pun... pandai je berjalan masuk untuk mandi... hohohohoho sekali bunyi je dan tau unta dari negeri mana... kah23