July 09, 2015

bila unta berbuka posa # season 2 episode 4

as salam 2 all,
saya kutip cerita ini dalam malaysiakini... kredit kepada malaysiakini kerana saya hanya menumpang  
Menurut Malaysiakini ramai orang  tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia untuk menjadi seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini. Dengan meminta tidak membandingkan dengan sesiapa, Isteri Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Hasmah  dalam wawancara dengan  Malaysiakini  telah berkongsi resipinya': "Jangan bersaing dengan suami anda," katanya
“Sebagai isteri PM, jangan bandingkan (dengan sesiapa)... secara umumnya kamu mesti sokong suami, kamu mesti berpengetahuan, kamu mesti tahu apa yang berlaku di sekeliling dan kamu mesti pastikan bersama dengan suami apabila bertemu rakyat.

“Orang ramai hendak tahu bahawa ini isteri PM dan mereka bersama-sama, mereka mementingkan kekeluargaan.“Jadi kamu mesti sokong tetapi jangan sesekali bersaing dengan suami kamu,” begitu pesan  Tun Hasmah.(Bacalah interviu sepenuhnya di
 Malaysiakini).

Membaca interviu ini , saya pun tahu  Tun Hasmah tidak menujukan kepada sesiapa tetapi oleh kerana banyak cerita-cerita popular mengenai seorang isteri,maka Tun Hasmah tidaklah dapat menyekat kebebasan orang untuk membuat tafsiran dan pengenalan masing-masing.
Tuan director dimaklumkan bahawa unta-unta yang dibawa mandi tak berubah pun.. setelah dimandikan sebulan lalu.. bau unta tua memang memualkan.. taik penuh kat punggung tapi masih tersenggih sana sini mempamirkan giginya
yang buat tuan director angin satu badan bila unta tua hadir majlis bersama tuannya.. memang aksi lebih.. tapi yang pelik ngan pendekar jajahan selama nie bila bersama unta-unta tuan demang pun depa jadi penakut.... unta je pun bukan ada peranan dalam jajahan selama.. tuan dia bawa pasal nak guna je.. kalau tak memang selalu pun kena tinggai dalam kandang
minggu lepas sekor unta tua hadir kenuri buka posa.. kalau unta nie memang unta jugak la perangainya.. masa berposa dia hentam minum... tuan puan dapat la bayang macam mana unta minum kan... adoi tak de tertibnya ... balun air oren 4,5 kotak... hahahahaha malu la tuannya..
sekor unta nie lagi karut... siap bawa bekas ... katanya tuannya suka makanan yang dihidangkan.. habis dikautnya ikan toman masak tomyam... ishhhhhhhh tuan director kadang pikir kemaruk sangat ke unta nie takkan kat rumah takde kobis n rumput napier untuk makan... awat gelojoh sangat dok sapu toman masak tomyam... alasan tuan demang suka bukan lesen nak angkut bawa balik semua tu...
p/s... dengar citer tuan director dapat anugerah pengarah terbaik... hahahaha ingatan kepada diri... Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. Ayat 18 surah Al Hadid
  

No comments:

Post a Comment