July 26, 2011

pacak sana pacak sini

salam 2 all,

saya sangat merindui musim menuai padi, aroma padi sentiasa dekat pada saya, hidung saya sangat akrab dengan bau-bau yang biasa dengan padi, bau padi ditumbuk lesung kaki atau emping digoreng. bercakap tentang musim menuai juga teringat akan orang-orang yang di letakkan di sekitar sawah untuk menghalau burung ciak atau tempua yang cukup berahi dengan padi menguning.

hidup bertani padi bukan senang, tulang empat kerat cukup teruji apabila mengerjakannya. musim membajak bermula apabila hujan mula turun. rata-rata orang kampung saya mempunyai 2 pekerjaan, tak dapat menoreh mereka bersawah pula. selesai membajak mengunakan kerbau, selalunya diuruskan pula batas sawah untuk mengelak sawah kering kerana air mengalir keluar dari petak sawah.

musim menanam kaum hawa paling sibuk menempatkan diri di sawah, sehabis menanam tentu saja merumput dan meracun menjadi rutin tetap kaum bapa, belum lagi membaja. paling teruja bila bunga padi mula meneran dari batang padi. apabila padi makin tunduk kerana buntingnya.. datang pula tempua minta disuapkan. ketika ini saya suka berada di sawah melihat pelbagai orang-orang yang di pacak sana sini. yang paling menghiburkan apabila orang-orang disambung mengunakan tali plastik dan dipasang loceng tin susu untuk menghalau tempua. bunyi orang bertempik dan segala suasana di sawah cukup meriah pabila padi menguning.

tuan director terkadang cukup terhibur dengan telatah 3abdul3 yang sentiasa bercakap dan berucap ini, teringat tuk dalang wayang gedek (kulit) yang asyik bercerita tentang etong dan ekau. hahahahahahahaa tiap kali bermulanya mesyuwarah, 3abdul sorang nie tak betah duduk diam, ada saja komen dan ceritanya. terkadang melihat muka tiangserisungaibayu yang seakan boring sangat dengan gelagat 3abdul3.... terfikir tuan director akan nasib tiangserisungaibayu yang sentiasa silap percaturan membawa regu untuk jajahan selama.

gelagat 3abdul3 memang dapat dijangka, sentiasa ingin popular menyebabkan banyak arahan dibuat kepada pang5perang dan tuanpendita agar namanya jangan lupa diangkat dan dijulang dalam semua acara kaji mengkaji. kalau ditanya karam singh tentunya perumpamaan yang dapat diucap sambil mengangkat tangan ialah bertelur sebiji riuh sekampung, berkokok nyaring ekor bergelumang tahi.

Belajar lah dari 3abdul3 terdahulu berapa banyak acara kaji-mengkaji yang diperbuat, tidak pun riak dan takbur yang terucap dari mulutnya. umpama menanam padi tentu sahaja bukan sehari menanam langsung esoknya berbuat lebat dan berat. sekiranya 3abdul3 tak tahu malu mencanangkan hasil kerja 3abdul3 sebagai hasil kerjanya maka belajarlah dari resmi padi semakin tunduk semakin berisi, bukan umpama tong kosong yang dipalu pengodam.

ingatan tuan director cukup mudah, berhentilah dari mendesak dibina tugu dan batu peringatan untuk mengambarkan kejayaan diri hail kerja orang lain. jangan umpama jadinya serupa pesawah membuat orang-orang untuk menakutkan pemangsa. bukan apa takut nanti semua tugu-tugu bukan menambah kagum akan orang tetapi menjadi bahan benci dan meluat warga jajahan.
  
 p/s : Pusingan mengangkat pang5perangtanggukikan sebagai pang5besar telah bermula. khabar jamal pak tongkol mengatakan bahawa 2 hakim yang akan mengadili perlawanan antara sitangguk dan siabangbesar ialah tuanpenasihatkhutubkhanah dan tuanpenasihatadamasyuk.... hehehehehe keduanya telahpun memakan sireh beracun yang mengahalang mereka bercakap benar apabila berkaitan dengan kehendak tuanpunahsihatsiparangkontot.... maka sebelum acara beradu bermula warga jajahan selama yang mau bertaruh bolehlah bertaruh pemenangnya sitangguk..... yang nie juga akan serupa apabila chahketing diangkat dulu.... adios amigos       

June 14, 2011

selamat datang... selamat jalan

salam 2 all,
 
arwah bapa saya sangat suka berjalan-jalan atau istilah sekarang melancong. semasa kecil destinasi yang menarik minat saya sudah tentu pulau pinang dan keduanya pantai timur. kedua-dua tempat ini mungkin menimbulkan minat kerana sebab yang tersendiri atau kerana kekerapan mengunjungi keduanya. pulau pinang barangkali kerana keasyikkan menaiki feri yang menimbulkan nostalgia yang bukan sedikit dan kemudian saya habiskan 2 tahun bersekolah di sekolah teknik pulau pinang selepas itu.

pantai timur pula lain ceritanya.kalau berpergian ke pulau pinang menaiki bas loncat(lompat), ke pantai timur lazimnya kereta sewa atau teksi pakmid menjadi nadi utama kami sekeluarga. lazimnya cuti sekolah masa yang paling sesuai untuk melancong, kenangan indah melalui lebuhraya timur barat adalah ubat mabuk kenderaan yang paling mujarab. bau teksi diesel pakmid memang meloyakan, boleh menyebabkan seluruh isi perut saya dikeluarkan. lazimnya apabila sampai ke baling semua isi perut sudahpun habis dimuntahkan dalam beg plastik. selepas itu tiada lagi yang dapat keluar sehingga ke kota bharu.

saya paling ingat mengira perbatuan perjalanan dan setiap tempat yang dilalui ada ucapan selamat datang dan diakhirnya pengucapan yang popular ialah selamat jalan, hati-hati memandu atau jumpa lagi.perjalanan ke pantai timur akhirnya akan sampai ke penghujungnya apabila kami sekeluarga sampai ke kuala besut... tempat yang pernah arwah pak dan mak merantau mencari rezeki... dan kg suragate (betulkan saya kalau salah) sentiasa menjadi sebutan. perjalanan sebegini mengajar saya erti sebuah perjalanan yang ada mula dan akhirnya.

tiangserisungaibayu terkejut dengan perkhabaran terbaru... jajahan selama bakal menerima 3abdul baru lagi... terkejut atau buat-buat terkejut tidaklah dapat dipastikan sangat kerana riak diri tiangserisungaibayu sukar untuk diramal kebenarannya. umpama seluruh hidupnya adalah lakonan opera kehidupan cuma. namun kejutan ini mungkin ada benarnya setelah meneliti latarbelakang bakal 3abdul ini.

tuan director lama melihat percaturan kepimpinan dijajahan selama, bukan sehari dua tapi bertahun dan masak sangat dengan semua yang berlaku. risikan jamalpaktongkol sering menemukan nama beberapa tuan penasihat dalam kitaran parti mata lebam, kumpulan simpati mata lebam juga ramai. kenaikan pangkat pang5perang juga dikaitkan dengan mata lebam dan bulan mengambang. tiangserisungaibayu yang dilihat rapat dengan kepimpanan parti timbang namun harus diingat pandangan politiknya lebih mirip dan hampir kepada liberal tentu selesa dengan parti mata lebam.

hahahahahahaha apa kaitanya dengan 3abdul yang baru.... kalau 3abdul2 kini lebih senyap dan menentang dengan cara berdiam dan mengasing diri. tuan director meramalkan pertembungan terbuka akan berlaku dengan kemasukkan 3abdul yang baru. harus juga diingat 3abdul3 yang diimport oleh tiangserisungaibayu untuk dijadikan regunya juga kini dilihat menimbulkan banyak keributan. barangkali tiangserisungaibayu tidakpun sedar jaringan politik 3abdul3 bersama parti timbang juga bukan calang-calang.

beberapa bulan mendatang akan mencorakkan kepimpanan jajahan selama yang lebih baru dan segar. kemasukkan 3abdul2 yang bukan orang tiangserisungaibayu akan menimbulkan konflik dalam diam. tiangserisungaibayu yang dilihat cuba mengunakan golongan cendikiawan menentang keputusan Kumpulan Perfileman Tayang Menayang  dalam hal tawaran berlakon 3abdul2 mungkin akan mendapat tempiasnya. 3abdul3 yang kini mengintai jawatan tok empat juga mungkin akan memberi tekanan terhadap tiangserisungaibayu. hahahahahahahaha tuan director meramalkan 3abdul2 yang baru dan 3abdul3 akan bergabung menyerang tiangserisungaibayu. persoalannya bagaimana nasib 3abdul1 beberapa bulan mendatang.


p/s : tuanpunahsihatsiparangkontot telah berjaya menaikkan pang5perangbesarchahketing sebagai pang5perangagung. langkah seterusnya ialah menaikkan pang5perangtanggukikan sebagai pang5perangbesar jajahan selama. hahahahahahaha pada tuan director kalau benar pang5perang ingin diuji kenapa tidak berani disabung diluar gelanggan jajahan.... adakah tuanpunahsihatsiparangkontot takut ayam sabungnya kalah beradu..... adios amigos 

May 26, 2011

BERBEKAM or PERBEKAM

salam 2 all..

ketika kecil pengalaman yang mengerikan tentu sahaja melihat kesan berbekam pada kepala orang dewasa. dengan rambut dicukur licin pada belakang kepala, ditambah dengan kesan torehan pisau yang masih baru dan berdarah, pengalaman melihat orang berbekam lebih menakutkan lagi apabila tanduk kerbau yang digunakan untuk menyedut darah pada kepala individu ditanggal dari kepala pesakit... maka darah sedikit kehitaman akan jelas kelihatan pada kepala.... namun bukan lah membuak-buak darah tersebut... hanya sedikit sahaja.

lazimnya hari jumaat dipilih untuk berbekam kerana kepercayaan keberkatan penghulu hari, dan sudah tentu ada kaitan pula dengan amalan Rasul Allah. maka jumaat ketika kecil saya, dalam mengantuk mendengar khutbah Haji Hashim.... sesekali mata akan terpandang kesan berbekam pada kepala penduduk bukit bertam.... hahahahaha sudah tentu mengantuk saya diganti dengan ngeri.

salah seorang watak yang saya amat ingat suka berbekam ialah Pakleh penjaga tiket panggung wayang pekan mahang.... sepanjang tahun ada saja kesan berbekam pada kepalanya... sama ada baru atau lama dengan rambut yang tak sama panjang. saya mengingati individu ini kerana orangnya amat suka melepak di kedai laksa arwah bapa saya... dan sudah tentu lebih dingati lebih lagi kerana melepaskan saya masuk ke panggung wayang tanpa tiket hampir setiap hari... hahahahaha.

tuan director teruja dengan Persatuan Bekas Kambing (PERBEKAM) jajahan selama.... sejak 8 tahun lepas selepas ketuanya disingkir oleh kuncu-kuncu tuanpunahsihatsiparangkontot... PERBEKAM seolah mati. pada yang lupa izinkan tuan director ingatkan bahawa satu ketika PERBEKAM sangat kuat kerana ketuanya adalah ahli dalam LuPunyaUntung... memandangkan demikian, dek kerana takut atau barang niat yang lain... ketua PERBEKAM ketika itu disingkirkan dan diganti dengan tuanjurulatihkambing. bukan setakat itu sahaja ketua PERBEKAM juga tersingkir dari kelab LuPunyaUntung.

cerita cantas dan bunuh serta buang ini kemudian menjadi sumpahan terhadap jajahan selama... PERBEKAM tak pulih selepas itu... menjadi igauan kepada semua tok empat... tiangserisungaibayu mengambil macam-macam tindakan untuk kembali memulihkan PERBEKAM. mandi limau sudah, sintuk dengan air masjid sudah, perasap kemian dari gunung daik pun sudah... PERBEKAM tak pernah kebah dari demam dirasuk jembalang tuanpunahsihat.

PERBEKAM seolah tiada ubat lagi untuk sembuh.. terbaru dek kerana angin satu badan dengan 3Abdul3 yang sering mengelak diri, tiangserisungaibayu melantik seorang pawangbaru untuk cuba memulih PERBEKAM.... ini yang paling lawak dengan jajahan selama... pawangbaru pun tanpa mengambil masa lama, mengasap keris luk tujuhnya disintuk limau kasturi sambil mulut terkumat kamit membaca mentera....dan bertempik....

aku sudah bertemu dengan jembalang... lalu diminta sireh dan pinang, ditilik urat dan pertanda... jawapan cukup mudah.... kalau ingin berubah akan jajahan selama, korban yang besar diperlukan.... maka tiangserisungaibayu terpana... terpaku. pawangbaru telahpun membuat telahan... pawangbaru hanya menyebut 2 nama korbannya.... tiangserisungaibayu dan tuanpunahsihatsiparangkontot.... kah23.





p/s : dengar citer usaha untuk menyambung kontrak lakonan tuanpenasihatsiparangkontot untuk musim akan datang telah diperhebatkan lagi. hehehehehehe aloha seri muka telah menyemak jadual bermain guli besar tuanpenasihatenjinnyior dan mendapati bertembung dengan datuk undang majlis LuPunyaUntung.... wahhhhhhhhhh takkan kempen nak kekalkan tuanpenasihatsiparangkontot dah bermula awal di padang permainan. dengar citer siparangkontot malu-malu kucing untuk meminta disambung kontrak.... sapa nak jadi ejen atau telangkai untuk menyampai hasrat tersebut.... hahahahaha kalau nak sambung jumpa je tuan director. adios amigos......        

May 06, 2011

BISKUT PAT SEGI

salam 2 all,


semasa kecil saya suka sekali kalau dapat menikmati roti (panggilan orang utara pada biskut). semuanya memberi kenikmatan yang rasanya sama dengan KFC atau McD ketika ini pada anak-anak saya. biskut ini bermusim sifat popularnya. satu ketika mungkin biskut merry (mary) atau sewaktu dengannya, apabila ada majlis kenduri atau kematian tentu ada biskut mayat... hahahahahaha nama untuk biskut empat segi tawar macam cream cracker. atau kalau mak atau kakak sulung saya bersalin maka penuh la rumah dengan roti lutut.

abang saya rasanya paling suka dengan biskut pat segi gula ( kreker empat segi dengan taburan gula atasnya) atau pat segi tawaq saja. yang paling penting air sebagai medium untuk diredam atau dicicah biskut tadi. kalau dapat air teh susu sudah cukup lumayan, biasanya kami pekena bersama teh atau kopi o saja. sedapnya sampai berebut-rebut biskut tadi.

tempat paling banyak untuk dinikmati biskut tentu sahaja rumah kenduri sekitar kampung bukit bertam, kalau pergi awal ketika orang kampung sibuk menyiapkan hidangan atau seminggu sebelum kenduri yang mana semua sibuk membuat balai untuk masak, hidang dan makan. sudah tentu biskut pat segi menjadi hidangan wajib. kalau ada kematian dalam sibuk-sibuk mengerjakan fardu kifayah... keluarga si mati tentu menyediakan biskut mayat untuk penziarah.

tuan director nak tergelak pun ada dengan perkhabaran jamal pak tongkol (JPT) tentang perangai kebudakan tiangserisungaibayu melibatkan latihan khas kambing-kambing jajahan selama. dengar cerita kerana arahan Kumpulan Perfileman Tayang Menayang yang menyusun semula jadual latihan kambing maka tahun ini kambing tempatan mendapat cuti panjang untuk diseuaikan dengan jadual kambing seluruh dunia.

 maka tiangserisungaibayu dengan fikiran kebudakbudakan mengarahkan jajahan selama memperbuatkan latihan khas untuk para kambing bagi memenuhkan masa lapang mereka. 3abdul1 tanpa banyak bicara mengarahkan pula serikandinya menyiapkan jadual latihan tersebut. maka riuh rendah la para cendikiawan yang malas mempersoalkan latihan khas, sementara para kambing pula terkedu dan terkeliru dengan latihan khas. persoalannya adakah mereka akan dimandiminyak awal kalau mengikuti akan latihan khas.

persoalan dan masalah bertubi bermula apabila para senator meluluskan latihan khas dengan diketuai oleh tiangserisungaibayu. tanpa ribut dan bencana... entah jembalang mana menghasut akan dirinya, tertiba tiangserisungaibayu yang bermesyuarat dengan ahli Murai Punya Ekor membuat keputusan membatalkan pula latihan khas.... hahahahaahaha maka bermula la episop sekejap ada sekejap tiada ala-ala biskut chipsmore

para kambing yang sibuk bersedia untuk memulakan latihan khas terkejut...kecewa... marah.... dengan perangai kebudakan tiangserisungaibayu... maka dilaungkan amaran... rasa terkejut..marah.. dan kecewa akan dibawa ke jalanan atau hingga ke pembesar negara....

sepantas kilat... tiangserisungaibayu membuat silap mata lagi... menyalahkan pang5perang latihan kambing... yang tersilap tafsir akan butir bicaranya.... kah23 tak sampai 24jam keputusan dibuat semula untuk mengadakan semula latihan khas kambing sebagaimana rancangan awal..... sungguh kelakar dan murah sekali keputusan yang dibuat... tiangserisungaibayu

 P/S : kemana pergi siparangkontot kebelakangan ini.... tak nampak pun kelibat menyokong tiangserisungaibayu dalam hal latihan khas kambing atau mungkinkah sikontotlah tangan ghaib dibelakang keputusan chipsmore tersebut. hahahahahaha tuan director sudah dikhabar oleh aloha seri muka tentang roadshow tuanpunahsihatsiparangkontot menemui pang5perangkanan meraih sokongan untuk disambung kontrak.... nasihat mudah tuan director campak saja rasa simpati anda wahai pang5perang ke dalam longkang... kita perlukan tuanpenasihatbaru untuk mengantikan sikontot... adios amigos 
       

 

April 13, 2011

bertuhankah kita

salam 2 all,

pertama sekali, mohon maaf kepada semua peminat fanatik filem pendek kerana tuan director lama sekali tidak berkarya.... keduanya,  tok guru tuan director baru saja turun dari langit mendapat jemputan dari tok empat untuk menabur idea di jajahan selama.... tuan director sudah berkunjung ke teratak tok guru sang sapurba mengucap salam dan memperlihat tarian perang menyambut guru yang banyak mempengaruhi karya tuan director.

musim SiKaTak bermula lagi... tiada serik dan sesal dipamir tok empat tiangserisungaibayu tentang kegagalan tahun lepas... tahun nie musim SiKaTak lewat hampir setahun berulang lagi... nampak sangat tuanpenasihatsiparangkontot alpa lagi...SiKaTak yang patut dibuat awal tahun untuk dinilai hujung tahun menjadi sebaliknya. tok empat patutnya sedar akan kelemahan dan kegagalan tuanpenasihatsiparangkontot untuk melunaskan tanggungjawab berkaitan.

musim SiKaTak membawa duka nestapa yang bukan sedikit... tuanpenasihatsiparangkotot mengunakan musim ini untuk menghukum semua penentangnya... sudah tentu ramai pang5perang yang terluka dan cedera diperlakukan oleh parangkontot kepunyaan tuanpenasihat. buta mata dan pekak telinga tok empat tiangserisungaibayu akan rintihan dan tuntutan keadilan oleh warga jajahan selama digunakan sepenuhnya oleh tuanpenasihatsiparangkontot untuk mengamuk.

maka bertanya dalam hati pang5perang sekelian...bertuhankah lagi jajahan selama ... atau tuhan sudah mati dalam hati tok empat yang saban malam beryassin dan bermunajat... namun alpa menghisab akan diri dek kerana penangan kuasa yang disandang.

Allah Swt berfirman: “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Maidah: 8  )

tuan director juga mengesa PERDUJE yang menaungi kesemua pang5perang jajahan selama memainkan peranan... tak cukup memikirkan wang dan harta sahaja... kebajikan kena diperjuangkan. Takkan nak biar tuanpenasihatsiparangkontot mempengunakan PERDUJE sebagai kelab penyokong akan semua tindakannya . setakat buat lawatan ke ulu selama sahaja tak cukup tuan...kena lebih lagi tu.



 
p/s : amukan parangkontot umpama tindakan zionis di palestine yang dibiarkan kuasa besar uncle sam.... namun kalau melibatkan kepentingan diri... tok empat tanpa malu berpencak silat untuk mempertahankan sikontot tanpa malu dan segan umpama tindakan uncle sam di libya... renung-renungkan... adios amigos

March 15, 2011

putih hitam kehidupan

salam 2 all,

semasa tingkatan 6, subjek bahasa melayu dan sastera disatukan. mahu tidak mahu saya yang tidak berminat untuk belajar diploma kejuruteraan awam di utm walaupun ditawarkan, kembali ke sekolah menengah sultan badlishah untuk mengambil STPM aliran sastera.

ketika ini lah saya berjumpa kembali rakan-rakan lama dari sekolah menengah mahang. fadzli, hasni, rohani, dan suhaida. beberapa rakan baru membentuk team rumah sewa di kg padang kulim... aziz, zul, sayuti n muin. hahahahahahaha masih tak jumpa kini walaupun dalam facebook.

belajar sastera memberi perasaan yang cukup mendalam tentang nilai baik dan buruk manusia, watak hitam dan putih dipaparkan dengan jelas seumpama dalam filem-filem tahun 50an. ketika itu watak diangkat dengan mudah sama ada baik atau jahat, pengajaran yang diperolehi amat jelas buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas hukuman. tontonla Penarik Beca dan lihatlah bagaimana watak p ramlee menewaskan watak saleh kami atau tonton juga Bara bagaimana watak rosham nor ditewaskan watak awie.

saya berpeluang untuk membaca hikayat hang tuah, sejarah melayu, keluarga gerila, sedikit luar biasa mungkin dengan novel Faridah Hanum karya Syed Syeikh al-Hadi, semuanya watak baik berjaya diakhiran cerita. jarang sekali watak kelabu wujud, kalau pun ada akhirnya dia seolah dilahir semula dan menjadi baik. permahaman saya mudah, semua penulis melayu islam bersetuju bahawa watak baik akan menang kalau pun bukan di dunia tetapi tetap mendapat pulangan baik di akhirat, itu kesimpulan saya kerana sastera juga meningkatkan pemahaman islam dalam diri saya juga. terima kasih kepada guru sastera saya ....cikgu ahmad sulong yang amat la garang orangnya....

tuan director berpeluang dalam pembikinan filempendek berjumpa dengan bekas pang5perang. dari dulu tuan director amat hairan kenapa pang5perangtua ini tidak naik pangkat, cuma pencen dengan gred terendah pang5perang. akhirnya setelah berjumpa beberapa pang5 lama, baru lah ceritanya menjadi jelas... rupa2nya satu ketika dulu hanya terdapat 2 pang5perang yang berebut jajahan selama, seorang digelar pang5perangsikontot dan seorang lagi pang5perangtua... gerak geri pencak silat keduanya untuk mendapat tempat di jajahan selama.

pertempuran kedua2 pang5 nie memang penuh dengan muslihat, kalau pang5perangtua berjaya mendekatkan diri dengan tok empat jajahan selama yang pertama, pang5perangkontot pula berjaya dengan tok empat kedua. pertempuran keduanya khabarnya berjaya dimenangi oleh sikontot apabila sikontot dengan tanpa belas ehsan menyembelih demang pertama, setelah tersingkirnya demang pertama, pang5perangsikontot yang baik dengan tok empat kedua kini dinaikkan
pangkat pang5nya dengan gelaran tuanpenasihatsiparangkontot, dendamnya terhadap pertentangan dahulu dimutakhirkan dengan menghukum pang5perangtua dengan dibuang ke hujung jajahan, hidup bersendiri dengan bertapa diri sehingga bersara.

kejayaan menghukum pang5perangtua membuat tuanpenasihatsiparangkontot semakin begis dan kejam, kekejamannya diselindung konon2nya dengan sifat baik hati dan mesranya....terutama dengan anak-anak gadis....hehehehehehe sifat demang memang macam tu kalau tak percaya tonton saja filem melayu dolu-dolu. kini tuanpenasihatsiparangkontot menguasai seluruh jajahan selama, tok empat hanya boneka... umpama pupet yang diarah itu dan ini.

kuasa ditangan demang umpaman kuku ditangan harimau, habis dicalarnya semua musuh-musuh dirinya. mana-mana pang5perang yang menunjukkan belangnya akan diterkam dan dikekahnya.... tiada belas kasihanpun.... pang5perang yang boleh duduk dan tunduk sahaja akan dibelanya... dibiarkan pang5perang yang taat dan tunduk sahaja berada disekitarnya. kalau ada yang berani melawan semuanya akan dihukum.... dalam banyak kes hanya tumbuk rusuk dan tikam belakang yang berani dibuat oleh tuanpunahsihatsiparangkontot terhadap saingannya.

terbaru pang5perangdagangpakmalau telah dihalau keluar dari kem kandang kambing, hahahahaha nampaknya tuanpunasihatsiparangkontot cuba menekan 3abdul2... pelahan-lahan semua pang5perang 3abdul2 yang berkebolehan disepak keluar dan dijauhdiri dari 3abdul2. taktik ini memang terbiasa diperbuat oleh tuanpunahsihatsiparangkontot. pantang dirinya melihat mana-mana tuanpenasihat lain mempunyai ayam tambatan....mungkin takut ayam daging dirinya iaitu
pang5perangtanggukikan dilibas barangkali dalam mana-mana pertempuran.

P/S : suka tuan director mengira bagi pihak tuanpunahsihatsiparangkontot akan dosanya kerana tidak menaikkan pangkat mana-mana pang5perang yang layak dari sudut wang. contohnya pang5perangtua. akibat kelicikan tuanpunahsihat RM1000 tidak dapat dinikmat oleh pang5perangtua selama 10 tahun. jumlahnya 1000x12x10 iaitu rm120,000. setelah berpencen kerana tiada kenaikan pangkat walaupun layak pang5perangtua hilang pula rm500.... amik kira pencen yg dinikmati untuk 20 tahun.. jumlahnya rm120,000. jumlah seluruhnya 240k. bagaimana 240k ini kalau ditukar kebentuk dosa......huhuhuhuhuhuhu 240 ribu dosa beb... kalau lantik orang tak layak pula bagaimana.... hehehehehehe u tanggungla semua..... hitam putih kehidupan.... heheheheheheheeh lalalalalalalalalalala adios amigos

March 02, 2011

pabila tok empat asyik setuju

salam 2 all,

mamak bendahara mengangguk-angguk akan kepalanya, cerita kambing sebentar tadi menghantui fikirannya. adakah benar begitu teruk jajahan selama dikerjakan tok empat yang suka akan pasembur udang ini. mamak bendahara mencari akal bagaimana untuk menghukum tok empat yang sangat vogue penampilannya ini.

sebentar tadi mamak bendahara negeri berpeluang berjumpa dengan wakil-wakil kambing tanpa dibenarkan seorang pun wakil tok empat atau jajahan selama hadir.... kah23 pertemuan ini memberi peluang wakil kambing membuka pekung didada dan menyelak kain sehingga terserlah panau dan kurap jajahan selama. mamak bendahara memang naik angin dengan berita yang diterima... maka bergugurlah lagi rambut dikepala yang sedia kurang itu.

kisah kambing kelaparan kerana pie tie pie tie yem lambat bagi duit, kisah kandang kambing yang serba kurang dan tak mencukupi, kisah gajah2 yang selalu lewat dan tua-tua belaka.... pelbagai kisah yang diadukan kambing menyebabkan darah mamak bendahara membuak-buak... kini amarah itu ditujukan kepada tok empat....ingatannya mudah... selesaikan masalah kambing atau mamak bendahara akan susahkan tok empat pada purnama ke lapan nanti untuk disambung kontrak.

agaknya kerana gertakan sang mamak bendahara negeri, tok empat tiangserisungaibayu menjadi tidak keruan lagaknya, habis seluruh jajahan cuba dicari punca kambing-kambing membuat sembah derhaka kepada mamak bendahara negeri. maka ketika pemilihan terbaru ahli mesyuarah peladang penternak.. dibenarkan segala perkumpulan kambing bertanding sehingga akhirnya parti bulan purnama mendapat laba yang bukan sedikit....kahkahkahkah... dengar citer mamak bendahara negeri amat murka apabila kambing-kambing parti penimbang tidak berjaya diangkat tok empat menduduki seluruh kerusi mesyuarah peladang penternak yang terbaru.... jerat membidas muka sendiri layaknya.

terbaru tok empat yang sangat popular dengan janji manismu membuat tawaran baru kepada kambing-kambing yang masih terkesan dengan kemenangan kumpulan suara kambing parti bulan purnama dan mata lebam. dalam perjumpaan tersebut...kambing yang percaya kepada konsep kambing power membuat pelbagai tindakan dan permintaan yang tak terfikir dek akal dan tok empat pulak bersetuju tanpa banyak soal.

pertama tok empat bersetuju untuk menetapkan tarikh penerimaan bantuan pie tie pie tie yem kepada semua kambing-kambing yang layak. kahkahkahkah tok empat ingat dia pengerusi pie tie pie tie yem ke sampai boleh janji bila bantuan akan masuk.... mana akal dia dapat masa berjanji nie.... dan kelakarnya kambing pun percaya tok empat ada kuasa tu... kena tipu la hangpa semua.

sepatutnya kambing-kambing menyiasat duduk perkara sebenar... bantuan tu tak dapat pada masanya kerana tok empat kurang teliti ketika membuat keputusan. tarikh akhir pie tie pie tie yem tetapkan agar dihantar maklumat latihan kambing tak berjaya dipatuhi oleh jajahan selama, sapa yang buat keputusan...tentulah tok empat yang terlebih layan kumpulan cendikiawan sehingga akhirnya kambing terima bahana... mengalih pandangan kepada kem kandang kambing, kem latihan kambing atau kem adamasyuk hanya taici tok empat nak lepaskan diri...kahkahkah memang kaki belit la tok empat nie.

permintaan kedua plak agar selepas balik dari semulasiperang, semua kambing-kambing disediakan kandang untuk berteduh.... tok empat letakkan beban kepada tersebut kepada pang5besarchahketing... para pemimpin kambing patut bertanya dah empat tahun tok empat berkuasa berapa reban kambing yang tok empat dah siapkan dan berapa pulak kapasiti yang kambing boleh duduk. para kambing patut sedar reban yang ada untuk kambing tahun 1 je...dan sedikit sgt untuk tahun 2,3 dan 4 kecuali aktif menyumbang kepada jajahan selama. tok empat memang pandai taici , kambing pula cuma menang sorak sahaja...persetujuan tok empat tak bermakna kerana kapasiti reban memang tak cukup pun...patutnya tuanpenasihatenjin dibebankan untuk menyediakan kandang.... hahahahaha 3abdul3 patut ingatkan tok empat bahawa kem kandang kambing cuma uruskan kandang dan bukan buat kandang....

macam-macam kambing minta dan semua permintaan kambing tok empat setuju... tuan director nampak tok empat dah macam ahli politik je ..... mungkin tempias merlimau dan kerdau dah menimpa tok empat kot... atau tok empat sedang membelai hati kambing agar jangan lagi menyembah berita negatif jajahan selama kepada mamak bendahara negeri... atau tok empat mengharapkan sokongan kambing-kambing untuk menyambung kontrak dirinya... hanya tok empat yang tahu justifikasi tindakannya yang umpama cacing kepanasan.

P/S : dengar citer semua ketua kem bertandang ke bandaraya bersejarah untuk mengasah keris kuasa... dalam sibuk-sibuk nak mengasah keris baru lah ketua kem terperasan akan keris masing-masing, ada yang berkarat dan ada yang hulunya tercabut...lebih terkejut lagi ada yang terpandang bertapa pendeknya keris kuasa masing-masing.... cuma tuanpunahsihat yang seorang ini tak terkejut apa-apa pun kerana dia tiada keris sebalik dia mempunyai sebilah parang.... cuma malang parangnya kontot....kah23... adios amigos