
2.
Tentu sahaja pengajaran saya terkait rapat dengan sejarah perjuangan bangsa...
Maka keluarlah cerita penjajah yang zalim dan pejuang yang terzalim... Hukuman
bagi yang tertangkap perbagai dan kadang2 sgt tidak masuk akal bila direnung
kembali...
3. Senjata pertempuran pula sangat sakti dan luar
biasa kebolehmusnahannya.. Keris.. Parang... Pistol... Senapang... Meriam...
Jet pejuang hinggakan ke bom atom hiroshima nagasaki... Semua dipergunakan
untuk menang perang...
4.
Ramai pula mengunakan kalam... Akal... Kreativiti untuk berjuang... Maka muncul
lah Raja Haji... Ishak Mohamed... Zaaba... Mereka menulis dan kemudiannya
dimusuhi kerana permikiran mereka...

Ketahuilah
bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup
yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah
di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta
berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad
waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian
tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah
diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi
golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan
besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan
akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Ayat
20 surah al Hadid
No comments:
Post a Comment