May 10, 2020

Hang Suka nak buat apa PK... Hang buat la

salam 2 all


Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (13) Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (14) Surah Al Isra.

PK memang licik... banyak tipu muslihat dia buat untuk naik pangkat... Ada orang mesej Tn Director... marah2 katanya .... awat hang sibuk kutuk PK ... hang jeles ka... hang nak banyak duit hang buat la apa hang suka... awat plak hang sibuk dok kutuk idola aku.... PK nie rajin kerja... siang malam tak tido dok pikiaq nak up majikan... Tn Director diam je la... takkan menang lawan hujah dengan kumpulan Gotu2 pasal depa memang tengah stim sangat dengan PK... ahaks



Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. (18) Surah Al Isra.

Betui juga mesej tu kata... kalau kita nak apa kita usaha la... tapi..tapi... takkan kita nak buat salah dan curi harta majikan... Tn Director pun pikiaq sekali lagi... macam mana kita tanam lalang tapi hasilnya kita dapat padi... luar biasa sungguh la... macam mana jadi lagu tu... idea buruk Tn Director berpusing... sure waktu malam musim padi... kita curi sikit hasil padi orang... bawa ketam... ketam skit2 bendang orang... dapat la padi... orang bukan tau pun... tu satu cara... satu cara lagi... bila orang jemur padi kita sapu la 2-3 cupak bukan nak luak pun.. sapa pun tak perasan...kena 20 petak mau berguni dapat hasil... itu kot maksud depa... usaha kena kuat walaupun tak betui jalannya...

Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad) dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). (20) Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. (21) Surah Al Isra.

last sekali mesej yang diberikan... hang ingat kalau PK tu kaki kokyok.. kali tipu... sembang deras ... tuhan nak bagi ka dia naik pangkat... adoi... macam betui jugak... jenuh dok pikiaq... tapi last sekali teringat Pak Man Telo.. tipu duit berjuta ... berjaya juga dia... dengar cerita satu orang nama Najib pun sapu berjuta berjaya juga... is is is ... last teringat kat Karun... berjaya juga dia kaya dengan cara tipu... berkoyan emas dia angkut...


Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (19) Surah Al Isra.

last2 sekali... ikut suka depa la depa nak curi... yang nak percaya pun kita takleh nak marah... depa pun kena tipu... depa ada mata tapi buta... depa ada telinga tapi pekak... tiba2 Tn  Director teringat pada Ulul Albab...

PS... Depa cerita Prof Madya Kangkung curi beras bantuan PKP... takkan kot... orang kaya nak curi... rupanya dia bukan curi tapi bagi bantuan pada yang tak layak... bagi bantuan kepada puak Gotu2...




sedikit kerajinan dan kreativiti


salam 2 all ( 10 November 2010 )

dua minggu lepas saya memulakan kerja landskap saya agak awal...cita-cita untuk membaik kayu tompang untuk pokok menjalar dan sedikit pangkasan pucuk untuk mendapatkan corak pokok yang diidamkan

ini alatan yang perlu tuan-tuan ada...iaitu gunting pokok, penukul, tali pengukur, gergaji dan penimbang air untuk hasil yang bermutu
hahahahaha, pastikan anda ada pembantu yang dapat menolong bila-bila masa...untuk segmen minggu nie..anak bongsu saya..ahmad izzfahim bersedia membantu...

pertama sekali buka kembali kayu yang asal...seperti di bawah...pastikan semua paku ditanggalkan dari dinding...sekiranya ada kesan-kesan paku untuk lebih menarik tampal semua lubang dan cat semula kawasan tersebut
pasangkan kayu asal dengan cara baru...guna sahaja sukatan lama..buat semula corak yang anda inginkan..cuma pastikan bahawa kawasan yang hendak dibuat tompangan pokok menjalar ada sinaran matahari...untuk kelihatan menarik pastikan kayu dipasang dengan lurus dan sama...guna penimbang air untuk aktiviti ini

memandangkan pokok sedia ada dan telah dewasa...pasang kayu bermula dari bawah atau mengikut lilitan yang diperlukan...ini kiranya kerja terbalik la.. sambil bertukang dan pangkas dahan atau tunas yang tidak diperlukan untuk sesuaikan dengan kayu tompang atau penyanggah
hahahahaha...akhirnya siap jugak pokok menjalar dengan kayu tompang bentuk baru...ini akan dicat dengan warna kayu...cat dah ada cuma belum ada kesempatan untuk mengecatnya
bahagian bawah pun dah kemas...nanti nak letak batu batu harimau untuk lebih menarik mengantikan pokok pakis yang telah dibuang
hehehehehe...thanks ahmad izzfahim atas bantuan yang dihulurkan

May 08, 2020

PK jangan menipu

salam 2 all...

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ayat 11 surah al Rad.

Prof Kangkung@ PK seronok sungguh dengan rezeki diterima... berbakul tahniah terbang dari segenap alam mengucapkan tahniah kerana kejayaannya... dia pun petik la ayat 11 surah al Rad ....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... ini PK dapat dari macam2 kursus yang dia hadir... tapi macam biasa la PK nie petik apa yang dia rasa menguntungkan dia saja... peraturan semua dia langgar... keh23.

PK lupa semua tipu muslihat untuk naik pangkat dia diketahui. Bahawa kalau dia tipu... letak sijil palsu... kajian yang takde... dana kajian yang orang lain dapat atau student PHD yang dia tak bimbing pun... ini semua akan terburai... mungkin dia yakin kawan2 subahat dia akan tolong... orang jahat memang saling tolong menolong dalam perbuatan keji... hi23

Lembaga Naik Pangkat mungkin buta... Lembaga Pengarah mungkin bisu... tapi semut atau anai2 yang pandai baca dapat melihat dokumen tipu yang dikepilkan... kalau binatang kecilpun tahu penipuan yang berlaku kenapa manusia berakal bersubahat... ini hanya kerana mereka akan saling menipu organisasi untuk naik pangkat dan mencuri harta negara. perbuatan mereka berpakat ini bukan baharu tetapi telah lama bersarang dalam kartel kuasa...

Dialah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (yang Mengatasi segala-galanya). (9) Sama sahaja kepadaNya: Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan kata-katanya dalam hati dan yang menyatakannya; juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar berjalan pada waktu siang. (10) Surah Al Rad.



PS... Prof Madya Kangkung @ PMK betulkah buat claim perjalanan sedangkan pergi dan balik program mengunakan kereta rasmi jabatan...

Adios Amigos

May 02, 2020

Cik Kiah Ratu Zumba

salam 2 all...

Imam Muda Ahmad Nayan sedang menekun bab Usul  di beranda rumah ayahnya sambil perkena kopi o pekat MakNgah Esah.... sesekali tangannya melayan wasap dan insta...zaman IT memang ustaz kena tangkas menjawab pertanyaan sambil membina personaliti diri... Branding pun kena handal pasal tu dia dikenali IMAN kalangan follower... nama yang diberi oleh peminat tegarnya Cik Kiah... alolololo...sweat gitu... 

IMAN belajar kat al Azhar 8 tahun... taktau la dia lulus atau gagal... tapi sesekali bila dia cakap arab memang makcik2 kampung bangga sangat... selalu puji... belum lagi dia  marhaban... semua pakcik2 kampung Teluk Sagu  macam nak bagi je anak dara depa buat jadi bini dia...

tiap hari IMAN mesti up hukum dalam dalam FB, Instagram dan wasap... video dia ceramah pun masuk sekali... memang baguih ustaz nie bab up meng up nie... semua orang kampung dia tapaw... makcik bawang or pakcik kedai kopi semua kena makan... orang muda pun layan... pasal IMAN main futsal sesekali turun libas takraw....

semalam Tok Ketua Kampung sibuk dok buat pelekat nak hantar orang Kuala Rumbia balik... IMAN lagi teror... dia ajak orang muda pie baca yasin rumah Pak Mat Motor... modal air liur je... baca yasin  kerana Pak Mat Motor jatuh motor kat Kg Terengganu... habis lebam2 muka dan calar kat dada... dengar cerita... Pak Mat tak sempat elak babi kat corner Pinang sebatang... Habis acara yasin... terus hantar  video kat Cik Kiah... Cik Kiah dengan berdebar teruih boh dalam FB.... rupanya Cik Kiah admin FB IMAN ... patut pantas...

Tok Ketua Kampung memang rasa terancam dengan IMAN tapi mengenang ramai pengikut IMAN... tok Ketua dok kena fikir juga macam mana nak perjatuh ustaz muda kat  Teluk Sagu... Tok ketua dah habaq kat Mejar Mail suruh perhati IMAN... celah2 tu dia perhati sekali Cik Kiah ratu zumba kampung... hahahahaha... memang Mejar tak berkedip mata kalau Cik Kiah lead Zumba kat dewan kampung....

PS.... Depa kata Prof Madya Kangkung sapu duit program... dapat tajaan dari kementerian seni... dia hantar pelarasan 20K...dalam masa sama duit universiti pun dia claim... pandai sungguh... maklumla ada PHD.... Tuan director ada ka bukti dok main tuduh nie... takdak bukti pun... pasai tu tuan director kata... depa kata bukan saya kata....

Adios Amigos

     

April 30, 2020

Cik Kiah idaman Mejar Mail

salam 2 all...

Ramadhan telah berjalan 4 hari... Tok Ketua kampung semakin resah.... ada dekat 20 orang tersadai kat kampung Teluk Sagu... wasap semakin kerap minta campurtangan ketua Kampung untuk benarkan dia orang balik ke Kuala Rumbia.... macam2 alasan diberi tapi belum ada rezeki nak balik kerana PKP....


Cik Kiah yang cerdik skit kerana ada sijil master berkira2 kalau nak hantar 20 orang balik Kuala Rumbia perlu guna bas la gamaknya... dah diberitahu pada YB Kulup... cuma YB pun takut kena tangkap kalau langgar PKP... tapi sempatla YB bagi bantuan beras seorang 10Kg awal PKP... sib baik masa tu lum lagi orang sibuk pasal jarak sosial dan  paling viral pun pasal minum air suam ja... banyak juga gambar Cik Kiah dengan YB Kulup masa bagi bantuan beras... cuma YB dah bagi syarat... jangan up kat FB takut sangat dia kat bininya yang garang .... Cik Kiah angguk ja...

Mejar Mail pun berkenan dengan Cik Kiah... walaupun Cik Kiah nie dah masuk siri 40... ada je akai Mejar Mail nak rapat dengan Cik Kiah... ada ja alasan nak Cik Kiah mai opis Ketua kampung suruh buat  kerja2 kerani... kadang2 disuruhnya datang ... yang disuruh buat wasap dan FB pada penduduk kampung pasal dia menebas jalan kampung... nak je viral cerita tiap hari...  

Semalam Cik Kiah dapat khabar gembira... Boleh dah hantar orang Kuala Rumbia balik guna Bas... melompat Cik Kiah tepon  Ramasamy suruh bersedia dengan bas 40 seat... disuruhnya cari bas yang lawa... siap pukul 9 pagi bertolak katanya... 20 orang orang kampung pun melompat sakan ... seronok dapat balik kampung sendiri...

Pagi tadi  Cik Kiah pun mai awal... pukul 8 dah sampai dengan gincu merah menyala... dok2 Mejar Mail mai dengan kain rentang... tertulis 'Terima Kasih YB Kulup... penyelamat bangsa...' 'Tok Ketua kampung pulak sampai bawa pelekat... bagi kat 20 orang... tertulis ' I Love Tok Ketua'... siap ada plak hadiah kurma sekotak dengan muka Menteri ,,,, tapi yang kelakar  kat gambar menteri ditempek gambar kurma sebiji tepi pipi .... kah23 

8.30 pagi semua dah sampai.... tunggu YB kulup dekat kul 9.30 baru muncul... pegawai khas menteri Besar sampai kul 9.40... Acara mula dengan ucapan Cik Kiah... Mejar Mail.. Tok Ketua kampung bawa cerita motivasi dekat sejam... YB Kulup cerita dia nak buat kenduri  kawen anak dan bini dia baru beli beg tangan... last sekali Pegawai Khas sembang kencang nak naik taraf kampung Teluk Sagu... Pukul 11... baru pakat naik bas... ingat dah boleh bergerak... dalam bas pakat amik gambar plak dengan kurma, pelekat dan kain rentang... dengan ingatan Pegawai Khas .... jangan UP gambar kat sosial media kecuali Pic dia dengan memegang kotak kurma.... keh23

last sekali kul 11.30 bas bergerak... pukul 12.30 bas pun sampai kampung Kuala Rumbia... bukan jauh pun... Tapi rakyat taat PKP.... 


PS... betul ke ada Prof Madya kangkung dok sebut nama tuan director... sembang nak balun tuan director atas bawah... kiri kanan... dengar cerita prof madya kangkung nie curi komputer opis bawa

balik main game kat rumah musim PKP... depa la kata... tuan director tulih ja....

Adios Amigos

April 28, 2020

Mejar Mail dan tok Ketua kampung

salam 2 all...

saya mulakan catatan ini dengan sepotong ayat Allah dalam surah al Imran ayat 200 yang bermaksud

''Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)''. 

Tok ketua kampung marah2 dengan semua perkara sejak kobid Naitin menyerang... tambahan pula bila MCO atau dalam bahasa orang putihnya PKP dilaksanakan. Marah pasai takleh nak melawat kebun sayur kunyit yang ditanamnya satu hal... paling tak tahan bila tiap hari kena plak pie pasar beli barang yang dipesan makcik timah... hahahahaha makcik timah plak punya la cemburu... tok ketua kampung kalau pie pasar disuruhnya pakai kopiah n kain pelekat saja... jangan nak bergaya dengan celana dan kemeja ... makcik timah plak satu lagi perangainyanya hanya bagi rm20 je untuk belanja harian... tok ketua kampung bila balik kena plak tunjuk semua resit termasuk resit beli belacan.

Mejar Mail @ 2M plak kawan baru ketua kampung... baru sangat pencen jadi pegawal keselamatan kilang sabun dekat pekan... 2M nie pencen soja... nampaknya macam orang muda ... rambut hitam... sesuai sangat jadi pakyed@orang suruhan ketua kampung... Tok Ketua Kampung dok pikir nak bagi jawatan ketua keselamatan kampung kat 2M... 

Tok Ketua Kampung dengan 2M gelisah sejak MCO nie paling teruk depa takleh nak pie kelab dangdut... tapi depa seronok je takyah nak berlakon solat terawih pasai musim kobid naitin nie masjid pun tutup...

malaun 2 ekor nie dah langgar MCO hari pertama ramadhan... depa diam2 pie dangdut... yang syoknya cerita dah pecah satu kampung... tapi depa pandai pusing cerita...  Tok Ketua Kampung kata dia dakap makcik timah sampai sahur... mana ada pie mana... yang 2M plak sembang kuat sembang kata dia tadarus malam tu sampai khatam.... 

PS ... awat takde cerita Prof Kangkung tuan director... dengar kata depa kasi kaw2 ingatan kat tuan director jangan dok buat citer Prof kangkung dah... betuil ka tn director tergelak dengaq ugutan nie... kasi la cerita skit tn director...

adios amigos

         

April 18, 2020

kobid tu Apa

salam 2 all...

Profesor kangkung berteriak dalam FB... aku wira covid... aku wira zaman kobid... aku wira belakang tabir... aku wira tak direndangkan ehhhhh didendang...

kesian tn director pada Profesor Kangkung... jangan la keciwa tn... lepas kovid nanti banyak lagi masa nak buat kerja akademik... lagipun sapa peduli pencapaian akademik zaman sekarang... yang penting hasil dalam FB like mau cecah K...  baru uuummmpp

satu lagi jangan lupa tag menteri... timbalan dia... sekali dengan pegawai khas jangan lupa tau... Part nak up diri kalau rasa tak cukup mai berguru dengan tn director... banyak lagi idea kreatif boleh diberi...

cuma nak tanya antara covid 19 dengan ganja Profesor Kangkung tau tak beza... ahaks kot tersilap fakta jadi lain... malu dengan YBM  nanti... adios amigos