May 02, 2020

Cik Kiah Ratu Zumba

salam 2 all...

Imam Muda Ahmad Nayan sedang menekun bab Usul  di beranda rumah ayahnya sambil perkena kopi o pekat MakNgah Esah.... sesekali tangannya melayan wasap dan insta...zaman IT memang ustaz kena tangkas menjawab pertanyaan sambil membina personaliti diri... Branding pun kena handal pasal tu dia dikenali IMAN kalangan follower... nama yang diberi oleh peminat tegarnya Cik Kiah... alolololo...sweat gitu... 

IMAN belajar kat al Azhar 8 tahun... taktau la dia lulus atau gagal... tapi sesekali bila dia cakap arab memang makcik2 kampung bangga sangat... selalu puji... belum lagi dia  marhaban... semua pakcik2 kampung Teluk Sagu  macam nak bagi je anak dara depa buat jadi bini dia...

tiap hari IMAN mesti up hukum dalam dalam FB, Instagram dan wasap... video dia ceramah pun masuk sekali... memang baguih ustaz nie bab up meng up nie... semua orang kampung dia tapaw... makcik bawang or pakcik kedai kopi semua kena makan... orang muda pun layan... pasal IMAN main futsal sesekali turun libas takraw....

semalam Tok Ketua Kampung sibuk dok buat pelekat nak hantar orang Kuala Rumbia balik... IMAN lagi teror... dia ajak orang muda pie baca yasin rumah Pak Mat Motor... modal air liur je... baca yasin  kerana Pak Mat Motor jatuh motor kat Kg Terengganu... habis lebam2 muka dan calar kat dada... dengar cerita... Pak Mat tak sempat elak babi kat corner Pinang sebatang... Habis acara yasin... terus hantar  video kat Cik Kiah... Cik Kiah dengan berdebar teruih boh dalam FB.... rupanya Cik Kiah admin FB IMAN ... patut pantas...

Tok Ketua Kampung memang rasa terancam dengan IMAN tapi mengenang ramai pengikut IMAN... tok Ketua dok kena fikir juga macam mana nak perjatuh ustaz muda kat  Teluk Sagu... Tok ketua dah habaq kat Mejar Mail suruh perhati IMAN... celah2 tu dia perhati sekali Cik Kiah ratu zumba kampung... hahahahaha... memang Mejar tak berkedip mata kalau Cik Kiah lead Zumba kat dewan kampung....

PS.... Depa kata Prof Madya Kangkung sapu duit program... dapat tajaan dari kementerian seni... dia hantar pelarasan 20K...dalam masa sama duit universiti pun dia claim... pandai sungguh... maklumla ada PHD.... Tuan director ada ka bukti dok main tuduh nie... takdak bukti pun... pasai tu tuan director kata... depa kata bukan saya kata....

Adios Amigos

     

April 30, 2020

Cik Kiah idaman Mejar Mail

salam 2 all...

Ramadhan telah berjalan 4 hari... Tok Ketua kampung semakin resah.... ada dekat 20 orang tersadai kat kampung Teluk Sagu... wasap semakin kerap minta campurtangan ketua Kampung untuk benarkan dia orang balik ke Kuala Rumbia.... macam2 alasan diberi tapi belum ada rezeki nak balik kerana PKP....


Cik Kiah yang cerdik skit kerana ada sijil master berkira2 kalau nak hantar 20 orang balik Kuala Rumbia perlu guna bas la gamaknya... dah diberitahu pada YB Kulup... cuma YB pun takut kena tangkap kalau langgar PKP... tapi sempatla YB bagi bantuan beras seorang 10Kg awal PKP... sib baik masa tu lum lagi orang sibuk pasal jarak sosial dan  paling viral pun pasal minum air suam ja... banyak juga gambar Cik Kiah dengan YB Kulup masa bagi bantuan beras... cuma YB dah bagi syarat... jangan up kat FB takut sangat dia kat bininya yang garang .... Cik Kiah angguk ja...

Mejar Mail pun berkenan dengan Cik Kiah... walaupun Cik Kiah nie dah masuk siri 40... ada je akai Mejar Mail nak rapat dengan Cik Kiah... ada ja alasan nak Cik Kiah mai opis Ketua kampung suruh buat  kerja2 kerani... kadang2 disuruhnya datang ... yang disuruh buat wasap dan FB pada penduduk kampung pasal dia menebas jalan kampung... nak je viral cerita tiap hari...  

Semalam Cik Kiah dapat khabar gembira... Boleh dah hantar orang Kuala Rumbia balik guna Bas... melompat Cik Kiah tepon  Ramasamy suruh bersedia dengan bas 40 seat... disuruhnya cari bas yang lawa... siap pukul 9 pagi bertolak katanya... 20 orang orang kampung pun melompat sakan ... seronok dapat balik kampung sendiri...

Pagi tadi  Cik Kiah pun mai awal... pukul 8 dah sampai dengan gincu merah menyala... dok2 Mejar Mail mai dengan kain rentang... tertulis 'Terima Kasih YB Kulup... penyelamat bangsa...' 'Tok Ketua kampung pulak sampai bawa pelekat... bagi kat 20 orang... tertulis ' I Love Tok Ketua'... siap ada plak hadiah kurma sekotak dengan muka Menteri ,,,, tapi yang kelakar  kat gambar menteri ditempek gambar kurma sebiji tepi pipi .... kah23 

8.30 pagi semua dah sampai.... tunggu YB kulup dekat kul 9.30 baru muncul... pegawai khas menteri Besar sampai kul 9.40... Acara mula dengan ucapan Cik Kiah... Mejar Mail.. Tok Ketua kampung bawa cerita motivasi dekat sejam... YB Kulup cerita dia nak buat kenduri  kawen anak dan bini dia baru beli beg tangan... last sekali Pegawai Khas sembang kencang nak naik taraf kampung Teluk Sagu... Pukul 11... baru pakat naik bas... ingat dah boleh bergerak... dalam bas pakat amik gambar plak dengan kurma, pelekat dan kain rentang... dengan ingatan Pegawai Khas .... jangan UP gambar kat sosial media kecuali Pic dia dengan memegang kotak kurma.... keh23

last sekali kul 11.30 bas bergerak... pukul 12.30 bas pun sampai kampung Kuala Rumbia... bukan jauh pun... Tapi rakyat taat PKP.... 


PS... betul ke ada Prof Madya kangkung dok sebut nama tuan director... sembang nak balun tuan director atas bawah... kiri kanan... dengar cerita prof madya kangkung nie curi komputer opis bawa

balik main game kat rumah musim PKP... depa la kata... tuan director tulih ja....

Adios Amigos

April 28, 2020

Mejar Mail dan tok Ketua kampung

salam 2 all...

saya mulakan catatan ini dengan sepotong ayat Allah dalam surah al Imran ayat 200 yang bermaksud

''Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)''. 

Tok ketua kampung marah2 dengan semua perkara sejak kobid Naitin menyerang... tambahan pula bila MCO atau dalam bahasa orang putihnya PKP dilaksanakan. Marah pasai takleh nak melawat kebun sayur kunyit yang ditanamnya satu hal... paling tak tahan bila tiap hari kena plak pie pasar beli barang yang dipesan makcik timah... hahahahaha makcik timah plak punya la cemburu... tok ketua kampung kalau pie pasar disuruhnya pakai kopiah n kain pelekat saja... jangan nak bergaya dengan celana dan kemeja ... makcik timah plak satu lagi perangainyanya hanya bagi rm20 je untuk belanja harian... tok ketua kampung bila balik kena plak tunjuk semua resit termasuk resit beli belacan.

Mejar Mail @ 2M plak kawan baru ketua kampung... baru sangat pencen jadi pegawal keselamatan kilang sabun dekat pekan... 2M nie pencen soja... nampaknya macam orang muda ... rambut hitam... sesuai sangat jadi pakyed@orang suruhan ketua kampung... Tok Ketua Kampung dok pikir nak bagi jawatan ketua keselamatan kampung kat 2M... 

Tok Ketua Kampung dengan 2M gelisah sejak MCO nie paling teruk depa takleh nak pie kelab dangdut... tapi depa seronok je takyah nak berlakon solat terawih pasai musim kobid naitin nie masjid pun tutup...

malaun 2 ekor nie dah langgar MCO hari pertama ramadhan... depa diam2 pie dangdut... yang syoknya cerita dah pecah satu kampung... tapi depa pandai pusing cerita...  Tok Ketua Kampung kata dia dakap makcik timah sampai sahur... mana ada pie mana... yang 2M plak sembang kuat sembang kata dia tadarus malam tu sampai khatam.... 

PS ... awat takde cerita Prof Kangkung tuan director... dengar kata depa kasi kaw2 ingatan kat tuan director jangan dok buat citer Prof kangkung dah... betuil ka tn director tergelak dengaq ugutan nie... kasi la cerita skit tn director...

adios amigos

         

April 18, 2020

kobid tu Apa

salam 2 all...

Profesor kangkung berteriak dalam FB... aku wira covid... aku wira zaman kobid... aku wira belakang tabir... aku wira tak direndangkan ehhhhh didendang...

kesian tn director pada Profesor Kangkung... jangan la keciwa tn... lepas kovid nanti banyak lagi masa nak buat kerja akademik... lagipun sapa peduli pencapaian akademik zaman sekarang... yang penting hasil dalam FB like mau cecah K...  baru uuummmpp

satu lagi jangan lupa tag menteri... timbalan dia... sekali dengan pegawai khas jangan lupa tau... Part nak up diri kalau rasa tak cukup mai berguru dengan tn director... banyak lagi idea kreatif boleh diberi...

cuma nak tanya antara covid 19 dengan ganja Profesor Kangkung tau tak beza... ahaks kot tersilap fakta jadi lain... malu dengan YBM  nanti... adios amigos

September 11, 2019

PROFESOR KANGKUNG

Slm 2 all,

ketika berusia 10 tahun ... minat bercucuk tanam timbul hasil didikan guru-guru saya di sekolah rendah jenis kebangsaan cina Sin Teong Mahang... guru-guru telah mendedahkan kepada saya betapa pentingnya bercucuk tanam dan hasilnya boleh sekurangnya menyediakan satu hidangan sayuran kepada satu keluarga ... tanaman yang paling popular ketika itu ialah kacang bendi dan keledek... sayuran berdaun seperti sawi, bayam sukar kerana cuaca yang tidak menentu... namun kangkung sangat mudah ditanam hatta kalau dibuang pun tumbuh...

ketika berusia 11 tahun saya ikut memugar tanah orang kampung dengan 3 jenis sayuran... timun huma kerana saya suka melihat saiz dan kulitnya yang menguning, kacang bendi yang boleh dikutip hasilnya tiap hari dan cili kampung yang berbuah lebat dan sangat pedas. walaupun usaha ini kecil-kecilan namun kerana datang atas usaha sendiri saya sangat berpuashati...

di Universiti Awam... istilah kangkung merujuk kepada Profesor.. pertama kali berligar tahun 2010 apabila kenaikkan pangkat ketika itu didakwa melibatkan kecenderungan politik ahli akademik terhadap pemerintah... walaupun tiada bukti saintifik dikemukakan tetapi ramai sekali mereka yang cenderung kepada pemerintah diberi kenaikkan mudah sementara ahli akademik yang tidak berparti dikerah memenuhi pelbagai kriteria yang ketat... sementara ahli akademik yang disyaki cenderungi kepada pembangkang atau hanya tohmahan menerima layanan saringan kenaikkan yang lebih ketat.

lebih memburukan keadaan apabila parti pemerintah dibenarkan menubuhkan kelab2 parti pemerintah di UA sementara pembangkang dihalang dengan pelbagai cara. ahli akademik melihat sinario ini sebagai peluang mendaki kerjaya melalui naungan politik. maka berderulah ahli-ahli akademik muda yang ada PHD belajar melalui senior akademik untuk naik pangkat melalui kaedah ini... ketika inilah... bermulanya istilah kangkung atau profesor buah kana diperkatakan oleh mulanya masyarakat akademik dan kemudiannya orang awam...

berebutlah orang atasan di UA menubuhkan kelab2 parti politik dan menyediakan ruang dan peluang untuk diri mereka memcipta kenaikkan pangkat secara palsu atau lobi politik.. semakin hari semakin membesar sehingga kementerian juga akhirnya memasuki permainan ini apabila semua jawatan untuk ahli akademik wajib melalui tapisan kecenderungan dan keaktifan membantu politik pemerintah. sikap  ini membunuh sifat untuk meningkatkan ilmu kalangan ahli akademik sedikit demi sedikit dan akhirnya membina satu budaya baru iaitu kalau nak naik mesti ada penaung politik...

walaupun PH telah pun memerintah selama 2 tahun... budaya ini hidup subur dan masih aktif diamalkan oleh saki baki kumpulan politik ini di UA... kesempatan kerana tiadanya pengalaman menteri PH dan penasihat mereka untuk memahami gerakan dan link politik ini, menyebabkan dalam tempoh 2 tahun ini ... masih ramai yang berjaya naik pangkat mengunakan link politik... mereka sememangnya  tidak layak tetapi dibantu oleh rakan pengurusan tertinggi UA dan LPU yang masih kuat memegang solidariti politik.

           

December 27, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 4


salam 2 all

p/s  .... ramai yang terdiam... keliru... binggung... gembira .... Pang5perang bertukar jajahan baru
....kepada tiangseriRajaBadut dan ibundaMaklong.... baca la ayat dibawah...

Surah 4:135  

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. 

 

December 04, 2018

Betulkan tiang gol or ganti penjaganya # season 4 Episode 3

salam 2 all,

semalam saya teruja kerana berjumpa insan yang tak jemu2 saya membaca beritanya bermula ketika berumur 10 tahun. Bapa saya membeli akhbar berita harian dan utusan melayu bertahun ketika saya kecil, entah apa yang merasuk arwah Pak sehingga akhbar jawi dan rumi bertandang ke rumah saban hari tanpa jemu.

Pengalaman membaca mengenai Tun M pada 1980, hahahaha kerana usia 10 tahun baru saya mula pandai membaca .... dan 1982 saya sudah lancar .... berebut setiap hari untuk membaca akhbar adalah nikmat yang saya rindukan...

Semalam wajah yang dulu tegang menjadi kendur pada tatapan saya... namun semangat Tun M tiada yang kendur tetapi saya lihat masih membara pada matanya.. senyuman manis tidak dapat melindungi tekad dan semangat kuat Tun...

banyak peringatan menarik yang disampaikan oleh Tun M pada tanggal 4 Disember 2018 waktunya 17.15 petang di Jabatan Perdana Menteri... Tun mengimbau kembali pengalaman dirinya pada waktu remaja dan mengatakan di pekan Alor Star ketika itu orang melayu hanya ada satu setengah buah kedai.... sebuah adalah kedai orang terangganu yang menjual barangan tembaga dan songket, separuh kedai pula adalah kawan Tun yang menjual kitab ....

Untuk itu Tun mengingatkan semua yang hadir, hanya sikap rajin dapat mengubah orang melayu dan meningkatkan pencapaian mereka dalam kehidupan. Tun M memberi contoh bagaimana berpuluh tahun dulu orang cina yang rajin akhirnya menguasai ekonomi negara dan terkini orang Bangla yang rajin secara pelahan-lahan sedang membuat perkara yang sama dalam negara kita

Kedua ingatan adalah amanah... Tun M mengingatkan semua bahawa sifat amanah dalam pelaksanaan tugasan dan kerja amat penting...  Jangan sesekali terlibat rasuah.... rasuah yang sedikit demi sedikit diterima akhirnya tidak akan cukup.... kita akhirnya akan memcuri untuk memenuhi keinginan nafsu...

Ketiga Tun mengingatkan bagaimana bangsa Jepun akhirnya berjaya walaupun diuji dengan bom atom... bukan sebiji tapi dua... sifatnya adalah disiplin... orang yang ingin berjaya perlu ada disiplin yang kuat.. walaupun kita berdiri di atas tanah yang mempunyai emas... tanpa kerajinan, amanah dan disiplin kita akan gagal....

akhirnya... yang menginsafkan saya...  Tun M mengatakan bahawa semangatnya terus membakar kerana malu melihat kelemahan dan kemunduran bangsa sendiri... selagi kita ada rasa malu kerana kelemahan kita akan terus berjuang untuk membaiki diri kita tanpa jemu .....

P/S .... adakah tiangseriRajaBadut dan ibundaMaklong ada rasa malu dengan apa yang diperbuat di jajahan selama... adakah mereka rajin, amanah dan disiplin dalam hal-hal lantikan pang5perang ataupun bernafsu nafsi... akhir kalam... apa khabar negeri atas angin kangaru agak2nya sekarang...

Adios Amigos 


https://azmanlk1.blogspot.com/2009/12/siapa-yang-kayasiapa-pula-yang.html