mohon maaf kepada para pembaca yang sering mengikuti filem pendek saya kerana bercuti beberapa hari dan lewat mengemaskini filem baru. saya ke utara semenanjung beberapa hari dan semalam menemani ama dan iki ke klinik syifa untuk pembedahan kecil...hehehehe berkhatan. harap-harap ama dan iki akan lebih matang dalam hidup lepas ini.
semasa saya kecil, satu disiplin yang diterapkan oleh arwah bapa ialah berjimat cermat. bab bil air dan elektrik sangat dititikberatkan, arwah akan bertanya kenapa lampu bilik atau dapur tidak dipadamkan sedangkan tiada siapa yang berada dikawasan tersebut. paip air yang menitis airnya akan disoal kenapa tidak ditutup dengan elok. latihan ini kemudiannya menjadi budaya kepada saya untuk pastikan lampu ditutup dan penggunaan air cuba diminimakan.
arwah bapa juga sangat menitikberatkan hal-hal berkaitan makanan, walaupun suka berbelanja besar untuk makanan, dan kami 9 beradik tidak pernah kelaparan. bapa sering mengingatkan tentang perlunya menghabiskan makanan dipinggan, kalau hendak menambah atau mengambil makanan pastikan mampu menghabiskannya, jangan membazir dan suka mengikut perangai syaiton katanya.
jajahan selama juga cuba menerapkan budaya berjimat cermat. kalau bab elektrik, kakitangan selalu diingatkan tentang menutup suis lampu ketika rehat pukul 1, maka kini kita melihat banyak kem-kem bergelap ketika rehat pukul 1. orangbesar jajahan juga berusaha keras memastikan arahan tok empat dipatuhi.
macam-macam cara berjimat dicadangkan untuk mengurangkan kos pengurusan dan pentadbiran ini. sekarang ini popular pula tentang kurangkan penggunaan kertas. arahannya gunakan kertas kitar semula, semua kem digalakkan mengunakan kertas belakang dan depan untuk semua urusan. sekali lagi sibukla orangbesar jajahan berceramah tentang keperluan mengikuti arahan tok empat jajahan.
tuanpenasihatkeranatuhan juga sibuk mempromosikan slogan jimat cermat ini. dengan bangganya arahan menulis jumlah salinan robot pendua juga diamalkan. maka sibuklah orangbesar jajahan mengarah sarjan tentera masing-masing mewujudkan buku-buku penggunaan robot pendua ini.
dengan semua langkah penjimatan ini, banyak juga wang yang dapat dijimatkan oleh jajahan selama, mungkin ratusan ribu ringgit. tok empat juga berjimat dalam menguruskan jajahan selama, cuma caranya saja berbeza. contohnya dalam lawatan ke negara sonota musim salju bilik penginapan 5 bintang untuk penginapan tok empat telah dinaikkan taraf menjadi 6 bintang. lawatan 8 hari ke negara bekas tuan penjajah menjadi 10 hari dan terbaru dalam sibuk-sibuk seluruh negara sibuk dengan ekonomi yang semakin mengucup, tok empat dengan bangganya menjalankan sembang-sembang kedai kopi di istana kuda emas.
hehehehehe jangan marah ye tok empat, tuan director cuma ingatkan je, penat-penat semua askar berjimat takkan tok empat berbelanja sakan, duit jajahan ini amanah negara bukan keluarga kita punya. dengar cerita jajahan lain berjimat rasa bangga tuan director, ada tok empat jajahan lain bila menaiki burung besi hanya guna tiket ekonomi je, tok empat tiangserisungaibayu bila lagi nak tunjukkan konsep kepimpinan melalui teladan.
No comments:
Post a Comment