Saya jauh diutara apabila sms masuk dan menyampaikan suatu yang melucukan berlaku dijajahan selama. Dalam kesibukan membuat pengambaran filem panjang bertajuk kreativiti dan innovasi dalam pengurusan. Saya cuba juga memenuhi harapan peminat filem pendek saya yang merengek meminta filem baru ditayangkan. Sejak semalam saya berusaha mendapatkan talian sesawang untuk menayangkan filem pendek saya namun kecewa setelah berkali mencuba. Malam ini sekitar jam sebelas suku, saya berjaya dan merasa terharu kerana dalam jam lewat malam ini pun ada 2 peminat yang sedang menonton.
Saya berada di utara sejak ahad lepas untuk bercuti dan mengarah filem panjang untuk penerbit luar yang berminat dengan cara saya. Perjalanan hari ahad lancar, setelah berhenti makan di hentian gunung semanggol untuk menikmati makan tengahari, saya sekeluarga memasuki pulau mutiara melalui jambatan. Walaupun iki dan ama mengundi memasuki pulau melalui feri dan disokong saya, namun isteri tersayang mengunakan vetonya memaksa saya mengunakan jambatan.
Berada dihadapan jambatan ialah USM, sebuah university apex yang saya melangkah memasukinya sebagai gedung pengurusan yang menarik untuk dipelajari. Di sini saya belajar pengurusan konvokesyen yang memberi nilai tambah yang bukan sedikit terhadap cara kerja saya, kemudiannya saya singgah berkali lagi dengan sambutan mesra kakitangan unit latihan untuk belajar dan meniru system pembangunan latihan berterusan yang dipanggil singkatannya CPD. Kunjungan ke USM bukan sedikit kesannya kepada saya kemudiannya kerana diambil tindakan akibat membuat perubahan. Khamis nanti mungkin saya akan berpusing dalam USM untuk member peluang kepada isteri mengimbau kenangan lamanya ketika bergelar pelajar di situ.
Apabila memasuki jalan Scotland, kenangan lama menerjah fikiran. Kira-kira 22 tahun lepas saya merupakan pelajar sekolah teknik tunku abd rahman putra pulau pinang, jalan ini dan jalan air itam merupakan 2 jalan utama terletaknya sekolah-sekolah lain yang berjiran seperti convernt Greenland, al-mashor lelaki, penang free school dan seri muatira. Saya biarkan kenangan menjalar dalam urat nadi untuk kembali ke zaman itu, dalam filem pendek akan datang saya akan filemkan semua pengalaman menarik ketika belajar di TI Penang.
Jom kita kembali ke jajahan selama. Rupanya tak tenang saya dikejauhan, sms masuk berganti bercerita alkisah dua peristiwa aneh dan pelik yang berlaku. Kisah pertama apabila 3abdul2 beria-ia mengatakan tak salah kita menerima hadiah hasil kemenangan dalam al-pakari walciptaan kerana itu sebagai pengalak untuk golongan cendikiawan. Cuma nak bertanya kenapa 2 orang yang tak menang apa-apa pun juga mendapat hadiah, adakah kerana mereka yang telah Berjaya memujuk syarikat durian runtuh untuk memberi hadiah juga perlu diberi hadiah. Kalau tak salah jom kita ramai-ramai adu pada SPRM agar nama orangbesar jajahan yang terpalit fitnah dalam kes 19 mesintaipkayaingatan ini boleh dibersihkan. Kalau satu mesintaip harganya 3k, dah 60k nampaknya syarikat durian runtuh melabur, kenapa mesintaipkayaingatan tiangserisungaibayu paling mahal antara semuanya. Syarikat yang sama juga khabarnya member 39k tajaan untuk acara di istana kuda emas tempohari. Dalam 2 bulan syarikat durian runtuh melabur hampir atau lebih daripada RM100K untuk xtvt jajahan selama. Saya tertanya-tanya mungkinkah ada lagi tajaan yang diluar pengetahuan kita dan apakah motifnya.
Perkara kedua blackberry kawan saya hilang, katanya kali terakhir dia letak di atas meja dalam rumahnya, kerana dia kaya dia nyata mampu menggaji 2 orang gaji untuk mengemas rumahnya. Maka 2 oranggajinya dia marah dan tuduh mencuri telefontangan jenama buah ini. Habis diumpatnya kedua-dua orang gajinya kononnya mencuri telefontangan tersebut. Orang gaji yang tak berpuashati ini kemudiannya mengatakan adalah baik untuk disiasat perkara tersebut, mana tau tuannya tersalah letak. Maka orang gaji pertama dan kedua terus mengeluarkan telefontangan masing-masing dari jenama buah-buahan juga dan membuat pengesanan mengunakan GPS dan membuat panggilan….hahaha rupa-rupanya telefontangan tuannya tertinggal didalam tandas. Malulah kawan saya tersebut kerana pertamanya menuduh salah orang yang benar dan keduanya kerana mendapati telefontangan kebanggaannya turut mampu diguna orang gaji. Dengar khabar tiangserisungaibayu pun hilang telefontangan cuma tuan director tak tahu jenama apa dan dan dah jumpa ke belum. Sapa-sapa yang jumpa pie la bagi balik ye, tak baik amik barang orang…
barang-barang mewah untuk golongan bangsawan "dibolehkan" walaupun kalau kita pikir ikut logik standart budak baru pas UPSR yang produk tersebut tidak boleh diberikan kepada "mereka".
ReplyDeletepenyakit ini memang pelik tapi benar.
ubat yang "terbaik" kepada mereka-meraka adalah balasan Allah SWT. Iaitu kalau bukan hak meraka tetapi meraka mengiakan itu hak meraka maka nantikan lah balasan yang pedih itu nanti.
Buat baik dibalas shurga, buat jahat dibalas neraka. Dunia ini pentas lakonan semata. Yang muda jadi tua, yang kuat kan lemah bila sampai masa. Semua ini hanya sementara...
Sunah Nabi saw. telah ditinggalkan dalam bentuk riwayat pendek yang diterangkan oleh salah seorang sahabat. Misalnya,
ReplyDelete"Uqbah bin Amir berkata: ''Seorang telah mempersembahkan Jubah sutera kepada Nabi saw. yang dipakainya waktu sembahyang; setelah salat selesai, beliau menanggalkan jubah tersebut dengan keras dan perasaan mual, seraya bersabda "Pakaian ini adalah tidak patut bagi orang yang bertakwa!"
dipetik di http://media.isnet.org/islam/Gibb/Sunah.html
ReplyDeleteLepas ni yang nak masuk bertanding dah sedia maklum kalah atau menang tak kisah kerana yang menang dah tentu diraikan, yang tak membawa apa-apa pengiktirafan ataupun kemenangan pun diraikan sama.
ReplyDeleteTajaan syarikat luar tu perkara biasa, nak dapat yang besar mestilah belanja besar. Itulah amalan kita sekarang ni. Lu mau kalu, sikit kasila! Sikit?
Seronok dengar dDalam radio Islam hari tu menceritakan perihal seekor burung yang ingin menolong memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim A.S. dengan air di dalam paruhnya sedangkan burung lain tak pula mahu membantu. Allah akan bertanya sumbangan burung itu apabila Nabinya dibakar. Kita nanti pun akan ditanya setiap perbuatan kita, duit yang diamanahkan bagaimana kita belanjakan, masa terluang bagaimana kita isikan dan lain-lain. Kita tak takut SPRM sebab kita fikir kita KEBAL! Ramai juga yang tak takut Allah sebab tak nampak akibat iman yang cetek. Tunggu dan lihat kerana kita semua akan merasa soalan Allah dan mana yg nakal-nakal tu siaplah pula merasa siksaannya.