December 14, 2009

PINDAH KEM

jamal pak tongkol termenung di birai jendela, sejak sepurnama yang lalu, hatinya sering berdetik kencang, entah jembelang apa yang melintas rumah 2 tingkat setengah yang dibeli dengan duit kwspnya, tiada petanda rezekinya dari sumber haram, zakat dibayar, sedekah setiap jumaat, bacaan yassin tak lupa buat arwah berdua setiap minggu, kalau kenangan arwah hinggap di pintu hatinya al-fatihah dikirim. namun sejak dua menjak ini hatinya tak keruan, seolah petanda celaka bakal menjelma, tiap kali itu juga dia memohon keampunan tuhan yang adil.

aloha seri muka asyik tersengih je sejak jumpa tuanpenasihatsiparangkontot, askar-askarnya pula hairan dan ajaib dengan perubahan aloha seri muka, maklum la, aloha seri muka nie boleh tahan juga mulutnya, kalau nak tegur askar bawahannya, suaranya bak murai tercabut ekor. kenangan dalam perjumpaan peribadi dengan ketuanya menjalar dalam kotak fikiran, tak sangka bosnya menaruh kepercayaan untuknya menjayakan projek besar jajahan. cuma satu yang dia agak ralat.....heheheehehe teka la ye

riuh rendah jajahan selama hari nie, umpama jom heboh plak jadinya. askar-askar pembawa utusan sibuk dengan tugasan masing-masing, dengar kata ada perkhabaran penting keluar dari bilik tuanpenasihatsiparangkontot, ditangan masing-masing kejap kemas dipegang surat perintah pertukaran kem. ramai yang terlibat katanya. askarpembawautusan kini menjadi berita hangat, kerana kedatangan mereka ditunggu. pang5perang ada yang berdebar tak kurang juga buat selemba je.

berita pertukaran kem mula menular sejak pagi tadi. bayangannya dah berbulan diberikan, nampaknya tuanpenasihatsiparangkontot agak berani kali ini, tak macam tahun lepas, lepas kena sembur dengan pang5peranghatihitam dan pang5perangtanggukikan dalam satu perbincangan, pertukaran kem dibatalkan dan diam begitu saja. harap-harap kali ini pang5perangtanggukikan tak akan membawa rombongan lagi ke koridor kuasa untuk memujuk tok empat tiangserisungaibayu campurtangan.

tuanpenasihatsiparangkontot amat menjaga kuasanya dalam hal pertukaran kem. dalam banyak persidangan, itu lah yang dilaung-laungkan bahawa kuasa pertukaran kem adalah kuasa saktinya. kadang-kadang nak gelak pun ada kerana tuanpenasihatsiparangkontot ini sangat bangga dengan kuasa tersebut, tanpa memahami bahawa kuasa tersebut terikat dengan beberapa peraturan lagi. kerana itu siapa pun tak percaya dengan kuasa sakti tersebut kecuali dirinya.

esok mungkin kuasa sakti tuanpenasihatsiparangkontot akan teruji. petang ini dijangka sudah dimulakan usaha dibuat oleh tuan-tuanpenasihat lain untuk mengurangkan kuasa sakti tersebut kerana tak bersetuju dengan tindakan tuanpenasihatsiparangkontot menukar pang5perang masing-masing. koridor kuasa akan mula dihujani dengan utusan, tiangserisungaibayu akan mula sibuk melayan kerenah orangbesar jajahan yang menentang pertukaran kem..hehehee rasa-rasa kuasa sapa lebih sakti ye.

jamal pak tongkol akhirnya sedar, gelodak jiwanya berasas, surat dari askarpembawautusan telah diterima, dia ditukarkan kem. bersyukur kerana tak perlu melayan orangbesar jajahan yang hanya tahu mengarah sahaja, cuma hatinya berdetik kalau-kalau pertukaran kem umpama keluar dari mulut harimau masuk pula ke mulut buaya. aloha seri muka pula banga kerana pertukaran kem yang diinginkan berjaya dengan pertolongan kuasa sakti tuanpenasihatsiparangkontot...dalam celah-celah itu juga sarjanmejaraskar juga ditukarkan, nampaknya ada orang telah guna helah satu peluru dua musuh dalam isu pertukaran kem.

tuan director pun nak pindah, lebih baik balik jaga kambing, dah penat la dok jaga durian tapi tak dapat nak rasa hasilnya, habis dijual tuanpenasihatsiparangkontot kepada peraih....hehehehe selamat maju jaya sarjanmejaraskar ditempat baru.....

No comments:

Post a Comment