nombor sangat penting dalam hidup, orang india dikatakan antara masyarakat paling awal mengunakan sistem nombor dalam kehidupan harian mereka, sistem nombor sekarang mencapai kemuncak ketepatan semasa ilmuan islam menguasai bidang matematik ratusan tahun yang lepas.
semasa saya bekerja bersama pak di restoran sentosa, saya sudahpun diminta menyiapkan akaun kedai sesekali, saya juga diminta berunding bersama pemborong untuk pembelian barang basah. latihan ini memberi makna kepada saya kerana pengalaman bersama angka ini kemudianya menjadikan saya antara pelajar yang cemerlang dalam matematik. tambahan pula bersekolah cina yang menekankan kebolehan menguasai angka secara maksimum.
nombor juga memberi kenangan berharga pada saya tentang pencapaian dan pengharapan hidup masyarakat kampung yang rata-rata bekerja sendiri. saya berjumpa dengan watak matpiah seorang yang sangat leka dengan nombor ini, cuma kelekaannya pada empat nombor sahaja. cerita yang akan berkumandang hampir saban hari di kedai kopi arwah pak berkisar siapa yang kena nombor pada minggu tersebut. sebelah kedai arwah memang popular sebagai tempat pemungut nombor ekor haram.
orang kampung yang majoritinya beragama islam tanpa segan silu dan kadang-kadang masih bersongkok atau berkopiah akan mengunjungi kedai barangan harian untuk membeli nombor ekor, nombor ini akan tertulis pada kertas rokok yang menjadi pengenalan kepada pengusaha bila ada tuntutan hadiah nanti, dan pembelinya pula berharap nombor yang mereka beli akan naik kesokkan harinya.
matpiah pernah kena nombor ekor, dengar khabar sampai 30 ribu lebih, cuma sedikit malang nombor ekor yang dia beli dari sebuah kedai lain telah salah ditulis nombornya, kalau betul ditulis sebagai kedai pertama, tentu matpiah kayaraya, pada tahun 80an, 60,000 bukan kecil jumlahnya, mungkin sama dengan 3,4 kali ganda wang sekarang.
jajahan selama memang mementingkan angka, semua orangbesar jajahan akan melihat angka sebagai penandaaras kejayaan, jom kita lihat angka bicara azman seminggu ini
mungkin selepas ini saya juga akan diberi anugerah kerana berjaya memperkenalkan jajahan selama dengan cemerlang. slogan 1Malaysia 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' jangan setakat menjadi retorik pada akhiran surat sahaja.
No comments:
Post a Comment