Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang
November 05, 2009
INI REPORTCARD SIAPA PUNYA
november datang lagi, ketika kecil-kecil dulu arwah tokwan akan bawa saya berjalan-jalan melawat rumah sedara-mara pada bulan ini kerana cuti sekolah telah bermula. pakngah saya yang kami adik beradik memanggilnya dengan panggilan abah pula akan menunggang motosikal vespanya dari felda teloi kanan, akan mengajak saya mengikutinya tinggal di felda musim cuti sekolah begini.
saya takkan membiarkan saja peluang berjalan bersama tokwan pada cuti sekolah, cuma kelemahan saya ialah muntah teruk bila menaiki kenderaan awam, teksi siapapun saya tak akan tahan dengan baunya, biar sebersih mana pun, bau minyak diesel teksi raju, amat, atau botak takkan berjaya menahan isi perut saya daripada dipaksa keluar.
kalau saya menaiki bas pun saya akan termuntah juga, cuma tokwan memang istimewa pada ingatan saya, sambil menghisap curut cap tekonya, dia akan mengeluarkan plastik untuk semua isi perut yang meronta-ronta nak melihat dunia.
bulan november juga istimewa kerana pencapaian saya sebagai pelajar akan jelas terpampang di reportcard, sebenarnya arwah pak ngan mak tak pernah marah pun dengan pencapaian saya, cuma seringkali nasihat diberi agar lebih rajin belajar. cuma bila saya menjadi ayah, pencapaian iki dan ama akan saya teliti, kadang-kadang gembira, kadang-kadang kecewa....hahahahaha.
petang ini tuan director sibuk menulis reportcard untuk watak utama kelas 2009.
tiangserisungaibayu : kejayaan anda sebagai pelajar hanya suam-suam kuku sahaja, sebagai ketua kelas anda perlu belajar macam mana hendak mengawal kelas dengan lebih baaik. rekemen untuk anda ialah menghadiri kursus mengawal kelas.
3abdul1 : prestasi sangat cemerlang. cuma tuan director risau dengan kesihatan diri anda. rekemen untuk anda ialah lebih aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, mungkin boleh jadi ketua kelas tahun 2010
3abdul2 : prestasi baik. nasihat tuan director jangan suka merayau-rayau dalam kelas dan menganggu rakan lain membuat kerja. rekemen agar ditukar suka sama suka kedudukan dalam kelas dengan 3abdul3
3abdul3 : prestasi baik, pencapaian matapelajaran agama meningkat. nasihat agar lebih banyak berkata-kata dalam kelas. rekemen agar jangan suka-suka ponteng kelas
tuanpenasihatsiparangkontot : pencapaian sederhana. nasihat jangan suka buli kelas bawahan. dilarang merayau-rayau tanpa tujuan ke kelas lain terutama kelas tadika. rekemen tukar sekolah. ingatan jangan suka tiru kerja sekolah rakan sekolah lain.
tuanpenasihatadamasyuk : pencapaian baik. nasihat jangan suka nangis dalam kelas, jangan tiru perangai tak baik kawan-kawan kelas. rekemen mengambil kelas tambahan menangani pujuk rayu kawan-kawan
tuanpenasihatkhutudkhanah : pencapaian biasa. nasihat jangan asyik nak makan dalam kelas sahaja, tumpu perhatian bila belajar. jangan suka bersembang bila dalam kelas. rekemen turun kelas atau tahan kelas.
tuanpenasihatenjinnyior : sangat cemerlang dalam teknikal, kena belajar kemanusiaan sikit lagi, boleh naik kelas kalau kerja sekolah siap ikut jadual. rekemen dihantar untuk kelas urus projek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment