
semangat berniaga atau mencari wang saku merupakan perkara yang sangat menarik untuk saya cerita. arwah bapa suka membaca akhbar utusan melayu, saya dan adik beradik yang lain lebih suka menatap akhbar berita harian, kadang-kadang jiran datang berkongsi membaca akhbar yang dibeli kerana rumah saya betul-betul di hadapan masjid bukit bertam, sebelum solat ada yang tumpang membaca akhbar.
saya mengambil inisiatif mengumpul akhbar kerana saya nak jual kepada kedai runcit sebelah rumah. selain kertas surat khabar, tentu sahaja ada benda lain yang boleh dijual. saya mengumpul botol kicap, sos dan botol perasa minuman. botol kicap lebih murah kerana kacanya berwarna, botol sos lebih mahal dan yang paling mahal ialah botol perisa oren yang ketika itu boleh mencecah 40 sen sebiji. peraih bahan kitar semula ini saya panggil banggali botol. anaknya sashikumar merupakan kawan baik saya ketika sekolah menengah.
di jajahan selama pun ada aktiviti mengumpul besi buruk. bertahun-tahun perusahaan ini cuba dibangunkan. macam-macam tuanpenasihat dilantik bersilih ganti, pelbagai pang5perang diangkat menerajui perusahaan ini. setelah sekian lama, purnama berganti purnama, semakin bertimbun besi buruk dikumpulkan, nampaknya ada perubahan perusahaan ini kini. dengar kata gudang besi buruk sedang diubahsuai untuk menjadi istana besi buruk, bukan dibesarkan cuma cuba diusahakan agar kembali berseri seperti baru rupanya.


dalam kealpaan dan keasyikan mengumpul besi buruk tiba-tiba datang titah tok empat tiangserisungaibayu untuk menunjuk-nunjukkan kepada sekalian alam koleksi besi buruk yang ada di jajahan selama. pang5perangbesiburuk dengan segenap hulubalangnya bekerja siang dan malam menyempurnakan titah perintah tok empat. pantang orang melayu, titah tok empat disembah derhaka. maka pada hari tunjuk menunjuk dijalankan, bangga lah tok empat dengan koleksi besi buruknya, ramai orangbesar memuji-muji acara tunjuk menunjuk tersebut. tok empat menganugerahkan warkah pujian-pujian kepada pang5perangbesiburuk dan para hulubalang atas jasa mereka itu.

tuan director hanya ketawa dengan tindakan tok empat, bagus menjadi tegas, cuma tak kena dengan gayanya....kalau pang5besaradamasyuk ada berani cuba la tanya tiangserisungaibayu adakah jubahpersalinan tok empat tidak melanggar hukum kira mengira jajahan selama..hahahahaaha
No comments:
Post a Comment