Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang
November 03, 2009
ISLAM U ISLAM I
mengenang kembali pembelajaran agama ketika kecil kekadang tu ketawa sendiri saya. semasa belajar muqadham, abang dan kakak saya selalu menegur perangai saya yang tidak serius belajar. di rumah juga mak akan marah kerana perangai nakal saya. di sekolah ustaz dan ustazah juga merungut perangai yang sama. itu di sekolah rendah.
bila menjejak kaki di sekolah menengah, ada pembelajaran agama di masjid bukit bertam, tenaga pengajarnya bernama ustaz madnooq, saya sangat teruja mengikuti kelas pengajarannya kerana suaranya yang nyaring dan pandai membuat lawak. masa itu isnin malam selasa menadah kitab terasa nikmat untuk kita belajar agama.
salah satu cerita yang saya tak dapat lupa ialah hukum menyembelih yang ditetapkan oleh agama terhadap haiwan yang hidup. ustaz madnooq mulakan cerita tentang kegemaran orang di bendang ( sawah ) menangkap burung ciakpadi atau ciakraya ( pipit ) yang selalu menjadikan padi hasil tanaman penduduk sebagai makanan. ustaz kata ada seorang penangkap burung memasukkan burung ke dalam guni dan kemudian memotong hujung guni ibarat leher burung dan menganggap semua burung didalam guni sudah disembelihnya lalu menghempapkan guni berisi burung ke tanah hingga semua burung didalam guni mati. langkah mudah ini diambil kerana kurang memahami atau salah faham tentang hukum menyembelih dan sikap ambil mudah terhadap agama.
seorang kawan saya menceritakan perasaannya tentang perangai orangbesar jajahan selama. beliau berkata bahawa beliau telah berjumpa dengan seorang tuanpenasihat berceritakan tentang perkhidmatan yang tidak begitu cekap dan pelanggaran peraturan kakitangan di bawah penyeliaan tuanpenasihat ini . Beliau menceritakan aduannya dengan terperinci. Oleh kerana aduan tersebut kalau diceritakan menjadi aib kepada orang , biarlah saya simpan aduannya itu.
setelah aduan dibuat dan diceritakan, akhirnya ketua jabatan memutuskan dengan berkata, "Awak sepatutnya bersyukur kerana masih dibayar gaji, jangan masuk campur urusan orang lain, di luar sana masih ramai yang inginkan pekerjaan seperti kamu. Bersyukurlah dan terimalah semua ini sebagai dugaan Allah. Usah mengadu!"
cerita ini saya nukilkan sebagai ingatan kepada kita, jangan libatkan tuhan dan biarkan konsep bersyukur dan redha yang cukup murni dan baik disalahgunakan bagi menutupi kelemahan perkhidmatan. janganlah mengunakan agama sebagai alasan untuk tidak bertindak atas penyelewengan yang berlaku
cerita ini mengingatkan saya bertapa hancurnya perasaan kakak saya Sakinah ketika menunaikan haji pada musim haji yang lepas. arwah mak memang kurang baik kesihatannya ketika menunaikan haji, meninggal di sana selepas 3 hari dimasukkan ke hospital. belasan kali kakak yang keseorangan mengunjungi pejabat pengurusan haji bertanyakan tentang emak yang sudah 3 hari lenyap tanpa berita, reaksi yang diterima ialah, "Ini semua adalah ujian Allah s.w.t. kepada semua pengunjung tanah suci Mekah." banyaklah bersabar kerana akan diberi pahala yang tinggi oleh Allah.
setiap kali saya mendengar helah bela diri ini, saya merasa sayu kerana kesukaan kita meletakkan kegagalan memberikan perkhidmatan kepada Allah s.w.t. saya sangat letih mendengar berulang kali konsep sabar, syukur dan redha dijadikan "punching bag" bagi menutupi kelemahan diri kita sendiri. jom la berubah, islam u dan islam i hanya satu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment