November 01, 2009

HARI PENYAMPAIAN HADIAH














terkenang masa dulu-dulu bila belajar, hari paling seronok ialah hari penyampaian hadiah sekolah, pelajar pandai seperti golongan cendikiawan di jajahan selama seronok kerana mendapat hadiah, golongan suam-suam kuku seperti golongan tentera termasuk saya lebih teruja untuk berkeliaran sekitar sekolah membuat xtvt sendiri. guru lazimnya tidak masuk kelas, pengawas sekolah pula akhirnya sama je dengan yang lain akan memeriahkan suasana.

ketika di sekolah rendah jenis kebangsaan sin tiong, saya antara yang cemerlang dalam pelajaran, sama juga bila belajar di sekolah menengah, pandai cuma malasnya yang lebih, akhirnya saya sambung belajar di sekolah teknik tunku abdul rahman putra di pulau pinang. saya kemudian sambung belajar tingkatan enam di kulim. semasa belajar disini, saya rasa paling bertuah bila dipilih pelajar terbaik pengajian am, bangga bila nama tersenarai sebagai penerima hadiah dari Sultanah Kedah. cuma kerana saya kurang selesa untuk menerima hadiah tersebut maka saya cukur kepala sehari sebelum majlis, maka guru saya menggugurkan nama saya dari senarai penerima...hahahaha

ketika saya berada di lautan yang pernah menyaksikan sultan abdullah menandatangani perjanjian dengan inggeris, telefon bimbit saya tak putus menerima pesanan ringkas dari kawan-kawan bertanyakan tentang filem arahan saya yang seterusnya. saya hanya berkata bersabar kerana jajahan selama sekarang musim panas, ramai pembesar yang terpaksa menukar persalinan dan merendahkan suhu bilik masing-masing. pedas betul cili hasilan tuan director.

hari kedua dan ketiga, saya menghasilkan skrip pendek untuk mengubat rindu pembaca, yang kemudiannya menjadi panjang kerana teruja dengan sambutan. berdasarkan kiraan oleh akauntan bertauliah Husin Lempoyang & Partners, filem arahan saya yang percuma ini disinggahi oleh ramai peminat sehingga kehabisan ruang untuk peminat, cuma sedikit gangguan oleh produser pada hari ketiga menyebabkan saya menukar filem ini kesaluran lain.

dalam sibuk-sibuk membuat simulasi perang untuk pang5perangmuda, satu sms tertera ' jajahan selama gempak dengan cerita baru'. saya berjanji untuk menghantar beberapa tentera upahan menyiasat bila tamat latihan peperangan. beberapa sms lagi masuk dan keluar untuk pengesahan berita tadi.

Rupanya ada acara makan-makan dan penyampaian persalinan untuk pemenang Walpakari Al-Ciptaan anjuran Pak Belalang Al-Majnun. saya terkejut kerana ingatkan hanya makan-makan sahaja yang diberi oleh Durian Runtuh Sdn Bhd, rupanya persalinan baru juga diberi, dengar cerita sejenis mesin taip kaya ingatan diberinya, untung sungguh golongan cendikiawan, bila menang saja diberi persalinan baru.

tuan director pun ada menang beberapa arward juga sebelum ini, cuma kena la tanya kenapa Durian Runtuh Sdn Bhd beria-ia nak bagi persalinan kepada pemenang, jajahan ulu selama belum siap dibangunkan lagi, takut-takut ada udang disebalik batu. jangan nanti kalau pembangunan ulu selama lewat, tok empat serba salah nak mengambil tindakan. orang tua-tua selalu berpesan jangan termakan budi...., ingatan turut dipertanggunjawabkan kepada 3abdul yang turut menerima persalinan....bukan apa bila jadi tok empat nanti susahlah 3abdul nak buat kerja.

No comments:

Post a Comment