salam 2 all,
sekiranya saya masih bersekolah hari ini, mungkin saya telah pun tamat membuat ujian penggal persekolahan. minggu ini merupakan minggu terakhir bersekolah sebelum bercuti selama 2 minggu. satu tempoh percutian yang sangat singkat bagi anak kampung seperti saya. cuti sekolah lazimnya penuh dengan aktiviti sama ada yang akan mendatangkan pendapatan atau parut-parut luka kerana bermain.
anak kampung macam saya tak pernah pun fikir untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, cuma yang saya dan kawan fikir ialah untuk bermain sepuashati. guru lah yang menjadi pelita dan lilin kami ketika itu. Pencapaian anak murid merupakan bonus kepada mereka saban penggal. keikhlasan mendidik anak bangsa terserlah tiap kali nasihat diberi kepada kami untuk mencapai kejayaan.
Apabila saya berjaya dengan agak baik dalam sijil rendah pelajaran, seorang guru memaklumkan kepada arwah bapa tentang keputusan tersebut. saya ketika itu berada dalam sungai bermain dengan rakan-rakan telah diminta oleh bapa untuk mengambil keputusan SRP di sekolah tanpa dimaklumkan keputusannya oleh bapa. Apabila saya sampai ke sekolah, saya dimaklumkan bahawa keputusan saya antara yang terbaik dikalangan calon SRP.
begitu ramai guru dan kawan-kawan memberi ucapan tahniah, ada kalangan guru telah pun bertanya tentang peluang saya melanjutkan pelajaran ke sekolah sains, MRSM, atau mana sekolah yang lebih baik. mereka ternyata tidak pun memikirkan kepentingan diri atau sekolah dengan menyekat saya belajar di sekolah lain. mereka bahkan beria-ia meminta saya belajar di sekolah yang menawarkan mata pelajaran sains tulen atau teknikal. itu lah sifat guru.
Bulan jun juga sepatutnya menjadi peringatan kepada jajahan selama terutama dikalangan pemimpinnya. bulan jun sepatutnya menjadi kayu pengukur terhadap pencapaian KPI masing-masing. tuan director perhatikan tiada siapa pun yang kelam kabut bila Jun menjelma, kerana percaya atau tidak, pemimpin jajahan selama tiada pun merancang untuk melihat kembali, meneliti atau memantau KPI yang telah dibuat.
Jun merupakan bulan yang dikatakan akan berlaku perubahan, kalau Mei kita ditipu oleh Tiangserisungaibayu, tuan director dapat mengagak bahawa Jun juga sekali lagi kita akan ditipu oleh tok empat. cerita perubahan kepimpinan hanya akan menjadi retorik yang sudah dijangka dan berulang.
kenapa semua ini berlaku, jawapan cukup mudah, kita tidak pun dinilai dengan objektif akan pencapaian masing-masing. kita lazimnya akan dinilai oleh emosi pemimpin. sekiranya pemimpin suka akan kita maka semua yang kita lakukan akan mendapat sanjungan. tiada siapa pun yang nak ambil tahu apa sebenar tugas dan peranan kita atau KPI dicapai atau tidak. jarang benar kita dinilai berdasarkan merit sebenar pekerjaan kita.
tuan director ingin berkongsi cerita. seorang tuanpendita telah gagal memimpin kemnya, maka dia diberi kem baru. gagal juga, diberi tugasan baru. gagal lagi diberi sebuah kem yang lain pula. kerana apa, tok empat memberi jawapan yang mudah sahaja, kesian kat dia, kalau kita tak beri jawatan kepada dia, malu la dia, hilang la elaun bulanan yang dia nikmati.
Bulan Mei lepas kita ditipu tentang perubahan. apakah yang berlaku disebalik kelambu jajahan selama sebenarnya. ceritanya mudah. seorang tuanpendita telah mendapat tahu bahawa dia telah digugurkan dari menjadi ketua kem, begitu juga seorang pendita yang lain. sehari sebelum berlakunya hebahan agung dimana kita semua telah dijemput ke Gerai Kak Nah. dua orang tuanpendita telah menyelinap masuk ke koridor kuasa mengadu dan memohon agar khidmat sebagai ketua kem disambung lagi. dengan emosinya tiangserisungaibayu bersetuju dengan permintaan tersebut, maka sekali lagi kita ditipu.
itu belum masuk cerita askar-askar yang bertukar. cerita bertukar ini dah jadi episod drama swasta. kerana itu tuan director kata jajahan ini sukar untuk mencapai gemilang. semasa perubahan diumumkan maka berjumpa ketua-ketua kem dengan kem pokok durian, maka dihebahkan bahawa kem-kem akan mendapat pang5perang berdasarkan jumlah kambing yang dipelihara kerana kalau jumlah kambingnya banyak maka pang5perang yang akan menjaga kem perlulah lebih tinggi kepang5annya.
hahahahaha mau gelak pun ada, kerana masa perjumpaan dan perbincangan punya la hangat, ada ketua kem bangga kerana jumlah kambing yang banyak akan membolehkan kemnya mendapat pang5perang bertaraf tinggi. tup-tup dikhabarkan tak menjadi pun. semua ini kerana tuanpenasihatsiparangkontot sangat beremosi untuk melepaskan pang5perangtanggukikan kesayangannya.
tuanpenasihatsiparangkontot kata demi kepentingan perkhidmatan. banyak lawak la. dalam perbincangan LuPunyaUntung, telah ditegur betapa pang5perangtanggukikan telah gagal menjalankan tugasnya. tuan director langsung tak percaya akan dahyah tuanpenasihatsiparangkontot. semuanya kerana emosi sahaja
lebih hebat lagi apabila tuanpenasihatsiparangkontot mengaitkan pula dengan pang5perang yang lain dalam percaturan ini. 3abdul1 dikatakan enggan melepaskan pang5perangkhasnya begitu juga tiangserisungaibayu. serikandisentosa juga terpalit apabila dikatakan mengamuk dan enggan melepaskan pang5perangabgbesar. 3abdul3 juga dikatakan merajuk apabila pang5kanannya ingin ditukar.
cuma tuan director nak tanya la kepada kepimpinan jajahan selama, kenapa la susah sangat nak tukar pemimpin kem atau pang5perang nie. kalau memang dia orang nie bagus biar la mereka menabur bakti ditempat lain pula. yang tuan director nampak kenapa pertukaran tidak berlaku kerana ada agenda peribadi tertentu di kem-kem tertentu terutama tuanpenasihatsiparangkontot yang sangat risau pertukaran yang melibatkan kem pokok durian dan kem ambilan kambing.
P/S : Tuan director akan kembali bersiaran diproduksi lama selepas ini. cuma yang kelakarnya alasan ditempatkan di produksi yang menjadi tempat bermain sebelum ini ialah untuk mendapat pengalaman baru.....hahahahaah lu buat lawak la tuanpenasihatsiparangkontot. ingatan tuan director kepada kepimpinan jajahan selama ialah....lu pikirrrr la sendiri..adios.
Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang
May 31, 2010
May 26, 2010
AGENDA INNOVASI VS AGENDA PERIBADI
salam 2 all,
setelah lepak2 selama 2 minggu yang lepas dengan aktiviti simulasi perang dan berhadapan dengan kekangan masa, tuan director kembali dengan topik baru dan lama yang tak juga selesai. tuan director telah bercakap dengan nada yang sama bahawa innovasi takkan berjaya di jajahan selama selagi ada beberapa tuanpunasihat disamping tok empat.
tuanpunasihat ini lah yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut sekian lama dijajahan selama. sekiranya tok empat ingin membuat perubahan satu saja nasihat yang ingin diberikan oleh tuan director...cara yang sama beri hasil yang sama, cara yang berbeza melonjok hasil yang nyata berbeza.
tuan director kasihan melihat tok empat yang tak juga sedar diri bahawa begitu ramai penyokong tegar yang berada disekelilingnya umpama lalat yang hanya ingin mencari keberuntungan sahaja. semuanya sedang mengunakan talian hayat untuk kerjaya mereka disambung atau dipanjangkan lagi.
mereka tak pernah pun memikirkan kemajuan jajahan selama selain kemajuan diri semata-mata. kalau tok empat buka mata sedikit dia akan melihat yang mana intan yang mana permata, tetapi sayang tok empat hanya dikelilingi oleh batu dan pasir sungai semata. golongan tuanpunasihat ini hanya memikirkan kerjaya diri sahaja.
tuan director ingin membawa ingatan peminat filem pendek dalam epik sejarah berkaitan dengan tokoh pembaharuan Zaman Keemasan Melaka iaitu Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang. berkhidmat dengan 4 orang sultan, dan memainkan peranan yang sangat kuat dalam hal-hal pelantikkan raja dan meluaskan jajahan melaka.
sejarah tidak pernah menipu kita, cuma kita selalu memalsukan sejarah. tuan director mengaitkan alkisah lama ini agar menjadi pengajaran kepada tok empat yang merajai seluruh alam jajahan selama dalam hayat 3 tahun ini. tok empat gagal untuk melihat begitu ramai askar dan cendikiawan yang mempunyai sifat tun perak dalam diri mereka tetapi sayang tok empat lebih senang dikelilingi oleh golongan yang bersifat seperti raja mendeliar dan si kitul.
kita memang suka menghukum sejarah, tetapi sering lupa bahawa mengulangi sejarah pahit ialah membenarkan diri dihukum sejarah berkali-kali. cuba lihat jajahan selama ini, tuan director sering mengatakan demang tuanpenasihatsiparangkontot lah yang menyebabkan jajahan selama lingkup di bawah pemerintahan 3 orang tok empat. sayangnya semua tok empat seolah lupa sejarah dengan terus-terusan mendengar nasihat daripada orang yang gagal.
P/S : hahahahahahaha takpe lah tok empat, dengar kata kontrak takkan disambung lagi. berbaik-baik lah dengan demang tuanpenasihatsiparangkontot, mungkin boleh disambung sebagai cendikiawan dimana-mana kem atau pun kalau tak malu boleh juga dilantik di mana-mana kem sebagai tuanpenasihat.....mengulangi sejarah tuanpenditarajalaut. Adios....

May 18, 2010
RIBUT DALAM CAWAN
salam 2 all,
kahkahkah....., tuan director tergelak besar bila mendapat satu cerita tentang jajahan selama. mana tak pecah perut bila memikir lawak tahap gaban yang dibuat oleh tok empat n the gang. selama 3 tahun berpencak silat menyatakan akan ada gerakan baru di jajahan selama...balik-balik bunga yang sama yang dipersembahkan.
cerita bahawa tok empat ke IV iaitu tiangserisungaibayu akan membuat perubahan terhadap jajahan selama mungkin sudah basi tetapi tok empat memang pakar membuat promosi dengan bantuan pakar yang diimport khas iaitu tuanpenditasilatulrahim. selang beberapa purnama kita akan disajikan atau dijanjikan akan perubahan. cerdik sungguh strategi tok empat untuk mengekalkan momentum kepercayaan warga jajahan selama bahawa jajahan selama akan berubah wajah.
tok empat memang pandai dalam psikologi, maklumla itu bidang kepakarannya. tok empat sedar bahawa warga jajahan dahagakan perubahan, mereka nak tengok perubahan. rasa benci dan meluat warga jajahan tentang keadaan di jajahan selama yang tiada perubahan diexploitasi sepenuhnya oleh tok empat n the gang. janji perubahan sahaja kepada mereka...maka mereka akan hanyut dengan impian dan mereka akan lupa dengan realiti untuk berbulan akan datang.
itu lah yang berlaku sejak 3 tahun dahulu, cerita tentang perubahan telah dikompang, dimarhaban, dibungamanggar, dikhasidah dengan penuh keriangan dan harapan. siapa boleh lupa ucapan perubahan tok empat beberapa bulan setelah dilantik. ucapannya membantai mantan tok empat sebelumnya dan menjanjikan perubahan dalam tahun-tahun pemerintahannya masih segar dengan halatuju yang tak pernah pun terlaksana.
tahun kedua warga jajahan sekali lagi dijanjikan perubahan melalui pelancaran slogan baru dan tahun ketiga halatuju yang sama masih sempat dikompang dengan menjual datuk undang jajahan dengan janji perubahan.
3 tahun kita dijanjikan perubahan, jumlah kem akan dikurangkan, tuanpenasihat akan diganti, kem baru akan dibentuk, tentera akan diberi peluang dalam pemerintahan, cendikiawan akan dilibatkan dalam pembangunan. semuanya hanya janji...
dikala tok empat dikhabarkan berada di negeri atas angin. perubahan besar-besaran ditunggu-tunggu pun datang jua akhir. penstrukturan jajahan selama telah dimulakan. cuma tindakan tuanpenasihatsiparangkontot amat la kelakar. tuan director rasa kalau nak buat perubahan sekecil tu tak payah la tok empat terjerit sana sini mengatakan akan perubahan.
hahahahahaha....tuanpenasihatsiparangkontot hanya mampu menukarkan dua pang5perang sahaja..itu pun melibatkan kemnya sendiri. mana janji perubahan yang dikhabarkan diketuai oleh 3abdul1, takkan perubahan sebegitu besar hanya melibatkan 2 pang5perang... tuanpenasihatsiparangkontot memang pandai buat lawak, lawak yang sama sejak lapan tahun lepas...hahahahahaaha. pertukaran 2 pang5perang muda takkan memberi kesan apa-apa pada jajahan selama.
Nampak gaya tuanpenasihatsiparangkontot masih berjaya dengan strategi untuk mengekalkan pang5perang yang menyokongnya di posisi strategik. pang5tanggukikan terus dikekalkan, cuma dengar khabar kalau rancangannya tergugat, pang5perangchahketing akan mengantikan pang5tanggukikan di posisi sekarang. hahahahaha apa macam tok empat dan 3abdul...adakah persetujuan dicapai dengan tuanpenasihatsiparangkontot melibatkan juga pengekalan pang5perangkhas masing-masing...
P/S : nasihat pada tok empat atau 3abdul1,2 n 3 cukup mudah..humban sahaja tuanpenasihatsiparangkontot ke kandang unta, nyah sahaja dia dari jajahan selama. orang yang menyebabkan jajahan selama mundur dan tercorot adalah tuanpenasihatsiparangkontot. tukarlah berapa pun tok empat dan 3abdul, buatlah berapa KPI, tulis la puluhan halatuju...jajahan selama takkan kemana selagi ada individu yang bernama tuanpenasihatsiparangkontot....adios!

May 12, 2010
Mimpi Datuk K
salam 2 all,
datuk k seorang usahawan yang berjaya, sering kelihatan bergaya dalam majlis rasmi negara isketambolaraga. kemahiran utama datuk k ialah menukar pasir menjadi permata dan memperelok besi menjadi emas. atas kebijaksanaannya, datuk k kini antara rakyat raja yang paling kaya.
datuk k sangat suka menghadiri majlis-majlis koktail yang dipenuhi orang muda, gaya datuk k boleh membuatkan hadirin memandang 2 kali bila terserempak dengannya. pakaian berjenama, kasut kulit buaya, jam tangan rolex bersalut emas 24k, semuanya berada ditubuh berusia tapi muda datuk k.
kelebihan datuk k memperaga kekayaan dan dirinya yang bergaya merupakan aset untuk mendekati golongan populis negara. ramai artis mengimpikan untuk hidup bersama datuk k, datuk k sering dilihat bersama dengan golongan artis dikelabulmalami hampir setiap malam.
pada satu malam yang damai setelah puas memukul golf pada sebelah siangnya,datuk k terlelap di kerusi ruang tamu rumah agamnya. lalu bermimpi sedang berada dalam satu acara bersama pembesar negara. maka memanda bendahara isketambolaraga pun bertanya kepada datuk k akan aktiviti perdagangannya. datuk k mengatakan dia sudah jemu berada di dunia glamour dan berhasrat untuk menabur bakti dalam akviti masyarakat, memanda bendahara mengangguk-angguk tanda setuju.
memanda bendahara telah memanggil datuk halehwalilmu bertanyakan kiranya terdapat tempat untuk datuk k menabur bakti. setelah memikir dan mengeluh panjang, datuk halehwalilmu mengatakan terdapat sebuah jajahan yang sesuai, kerana jajahan itu sering dilanda badai kepimpinan, sehinggakan hampir setiap purnama datuk halehwalilmu menerima suratterbangberacun mengadu masalah jajahan selama. lagipun demangnya yang bernama tuanpenasihatsiparngkontot baru sahaja meletak jawatan kerana isu pesta muda mudi.
memanda bendahara lalu meminta datuk halehwalilmu mengeluarkan warkah lantikan kepada datuk k secara segera sebagai demang jajahan selama. setelah mempersiapkan diri selama 2 hari, bertolak lah datuk k ke jajahan selama dengan menaiki kuda hitam baka import dari negara atas angin.
datuk k memulakan hari pertama sebagai demang dengan tenang, sambil menghisap cerut cuba yang berharga RM40 sebatang, datuk k memanggil dayangnya lalu bertanya apa tugasannya di jajahan selama. dayang lalu memberitahu bahawa tugas pertama datuk k ialah memadam cerut kerana jajahan selama ialah zon larangan merokok...hahahaha
dayang kemudian memanggil pang5pergtanggukikan sebagai ketua staf untuk menerangkan tugas dan peranan datuk k sebagai demang. datuk k dikhabarkan bahawa jajahan selama mempunyai 29 kem, dan pelbagai jawatan dan pangkat bermula dari tok empat tiangserisungaibayu hinggalah kepada askarpembawawarkah. binatang tunggangan dari gajah hingga lah ke kuda. bangunan plak dari yang paling tua iaitu istanabesiburuk hinggalah kepada istanalabah2 yang masih terbengkalai hingga kini.
datuk k hanyut dengan kekaguman, besar sungguh jajahan selama ini. bertambah terkejut lagi bila dikhabarkan bahawa jajahan ulu selama masih dalam pembinaan dan akan siap awal tahun 2011. besar sungguh jajahan selama ini, maknanya banyak la kerja yang perlu dibuat sambil membandingkan hidupnya sebagai ahli perniagaan sebelum ini.
pang5perangtanggukikan kemudian ditanya oleh datuk k akan fail meja sebagai demang, maka dijawap bahawa failmeja demang tak pernah siap sejak 10 tahun lepas, maka semakin kagum datuk k terhadap jajahan selama kerana tanpa failmeja selama 10 tahun jajahan selama masih berdiri megah. hebat dan sibuk betul jawatan demang, kerana tak berpeluang pun nak menyiapkan failmeja setelah 10 tahun berkhidmat.
datuk k bertanya lagi kepada pang5perangtanggukikan apakah gerangan yang perlu dibuat untuk mengawal dan memerintah 29 kem jajahan selama ini, maka dijawap bahawa demang tak perlupun berbuat apa-apa. 29 ini telah pun berdikari selama ini tanpa bimbingan demang. semakin kagum datuk k terhadap jajahan selama.
datuk k bertanya pula kepada kepada dayangnya..sekiranya 29 kem ini boleh berdikari tanpa bimbingan, apa pula gerangan yang dibuat oleh demang sebenarnya. maka dayang sambil membelek2 buku catatannya mengatakan bahawa sebagai demang jajahan selama, datuk k hanya perlu hadir mesy tanpa perlu mengambil tindakan kerana aiman tak kisah...selepas lepak2 kat bilik dan merasa jemu bolehlah datuk k meronda2 ke kebun durian untuk bergurau senda dengan askarpembawatombak, inang sari atau menuju ke unitulatnangka untuk menghibur hati.
dayang juga mengatakan bahawa kalau datuk k ingin makan selain daripada kedai mamak yang menjadi persinggahan tetap bekas demang tuanpenasihatsiparangkontot bersama tuanpenasihatadamasyuk sebelum ini, datuk k juga digalakkan mengajak warga jajahan selama menjamu selera di siputgarden. cuma dayang ingatkan datuk k berhati2 takut2 terserempak dengan tuan director plak nanti...nanti tak pasal-pasal jadi cerita pendek dalam bicara azman.
tiba-tiba datuk k sesak nafas, memikirkan bahawa adalah sia-sia berada di jajahan selama, walaupun kagum dengan keluasan dan sejarah panjang jajahan, namun penerangan oleh dayang dan pang5perangtanggukikan tentang peranan demang sebelum ini menyebabkan datuk k hilang motivasi untuk berkerja, nampak sangat tiada peranan yang boleh dimainkan.
datuk k semakin sesak nafas, dadanya seakan ditekan, mukanya pedih rasa ditampar...tiba-tiba datuk k terjaga..rupa-rupanya bermimpi tadi..didepannya kini, isteri tersayang yang merupakan penyanyi tersohor negara sedang cemas dengan sebaldi air...katanya dah berpuluh kali dia menampar manja muka datuk k yang sedari tadi menjerit2 menyebut jajahan selama, jajahan selama, jajahan selama....adios

May 06, 2010
malam muda mudi
salam 2 all,
berita hangat....tuan director cuba bayangkan macam mana la agaknya kalau tiangserisungaibayu digandingkan dengan tuanpenasihatsiparangkontot dalam acara tari menari...mungkin macam mahmud june dalam ini
atau macam ini kot
cerita hangat ini berpunca dari pepatah kalau tiada angin takkan pokok bergoyang
P/S : takkan 3Abdul tengok saja kot, bila lagi nak praktis menari, setakat menyanyi je dah kurang auranya....adios

May 05, 2010
3 HARI YANG DAMAI
salam 2 all,
3 Mei, 8.31 am
suasana sangat nyaman pagi ini di jajahan selama, semalaman dan hampir ke subuh bumi bertuah jajahan selama disimbah air hujan, rahmat daripada Yang Esa. dingin pagi ini rupanya isyarat jelas untuk suasana yang akan bertukar sesak kemudian.
tiba-tiba semuanya riuh rendah dengan jeritan bebas! bebas! dan bebas!. kelakar juga baru satu minit tadi 2 ekor gajah bergerak meninggalkan jajahan, kini bebas pula dilaungkan warga jajahan. apa pertanda jeritan tadi, semuanya tergambar dalam 3 hari berikutnya.
pagi tersebut tersembur daripada ym seorang kawan tuan director dengan taglinenya jajahan selama damai untuk 3 hari. wahwahwah tertekan betul kawan tuan director dengan ketuanya yang turut juga berada dalam salah seekor gajah dan kuda hitam.
8.32 am pihak askarpemegangtombak mula sibuk dengan aliran trafik kuda-kuda pelbagai baka dan warna yang berasak untuk meninggalkan jajahan. kemana agaknya tujuan tuan-tuan kuda gerangannye ingin tuju. selalunya tak begini. lain benar jajahan selama pagi nie.
9.00 am 3 mei hingga 12 pm 5 mei
seluruh bandar tanjung sesak dengan warga jajahan. sebut je kat mana, ada je warga jajahan bersidai. kedai karim, pokok jambu, pokok manggis, kedai handphone, KFC, Pizza Hut, Secrect Resipe, ezzycafe, pasaraya Billion dan TF, maybank, publicbank, bank islam, bank rakyat, hatta pejabat pos penuh dengan warga jajahan seolah-olah semuanya sedang berpesta.
ahmeng, ahmad, mutusamy lambang semangat 1malysia sangat teruja, mana taknya rezeki mereka tiba-tiba melimpah ruah, tak menang tangan melayan warga jajahan yang dirasuk kebebasan. jajahan selama seolah-olah dilanda demam kebebesan, tuan director hanya berkata kudeta, kudeta dan kudeta....
Tuan director tersenyum, ramai yang tak pernah pun keluar untuk minum, terikut-ikut dengan rentak kebebasan, ada yang bila ditanya hanya berkata ...bila lagi nak lepak-lepak kat luar, dah ahli senator, tuan penasihat dan semua pembesar takde, ini lah masanya untuk huha.
nampak sangat kawalan longgar di jajahan, dengar kata tiada siapa pun diberi arahan untuk mengawal jajahan sempena acara simulasi perang pembesar berlangsung. jajahan bukan lagi organisasi, jajahan dah jadi macam...buat la macam rumah sendiri.
P/S : warga jajahan kecewa kerana dalam sibuk-sibuk mereka keluar membeli belah rupanya gerai kaknah pun tutup, dengar khabar 3 hari juga tutupnya...mana kaknah menghilang selama 3 hari nie..ada orang kata dia nampak tuanpenasihatsiparangkontot bersama seseorang dengan dokumen penting di kedai mamak malam kelmarin...bukan masa tu sepatutnya tuanpenasihatsiparangkontot jugak perlu berada di acara simulasi perang ke...cakap malam pandang-pandang la tuan..takut nanti jadi macam Blok L dan M yang hilang kepada Brunei....adios

May 03, 2010
ROMBONGAN ITU & INI
salam 2 all,
Saya cuba untuk mengingatkan kali pertama saya mengikut rombongan, sukar kerana saya amat tidak mengemari aktiviti ini ketika sekolah. anak kampung yang dilepas biar bebas seperti saya mungkin terlalu susah untuk mengikuti rombongan sekolah yang dikawal ketat guru yang sangat berdedikasi. cuma seingat saya semasa sekolah rendah saya pernah mengikuti rombongan pasukan bola keranjang ke bandar kulim, itu pun kerana saya salah seorang pemain sekolah.
Apabila memasuki sekolah menengah kerana aktif bermain hoki, bola sepak, dan rugbi. saya terlibat untuk mengikuti rombongan pemain-pemain sekolah berkunjung ke sekolah lain untuk tujuan bermain sahaja. tidak pernah pun berpeluang untuk mengikuti rombongan untuk lawatan sambil belajar.
saya memang suka berbuat sesuatu sendirian, pada tahun 1980, hari raya puasa yang ketiga, saya berebut menaiki bas di pekan mahang. zaman itu hari raya adalah peluang untuk berkunjung ke bandar kulim setelah penat mengutip duit raya pada hari raya pertama dan kedua. seksaan untuk mendapat tempat di dalam bas awam dapat digambar dengan mudah oleh saya iaitu dengan menaiki bas melalui tingkap, kalau tidak terpaksalah berdiri dalam perjalanan sejauh 45 km tersebut.
tahun 1980, ketika berusia 10 tahun, saya sudah pun sampai ke pulau pinang yang jauhnya dari rumah sekitar 150 km. menaiki bas ke kulim kemudiannya ke bukit mertajam, sehingga ke pengkalan feri raja uda, menaiki feri ke pulau pinang dan sampai di penang road untuk menikmati nasi kandar. Kembali ke rumah sekitar jam 6 petang, mak meletiri saya kerana pergi sejauh itu tanpa ditemani oleh sesiapa. pak hanya pandang dan senyum sahaja.
Pukul 7 pagi sms menjolok masuk dalam telefon tangan tuan director. mesejnya jelas untuk mengajak melihat sekumpulan orang-orang dewasa jajahan selama menaiki bas menuju ke destinasi simulasi perang. ketika itu tuan director terbayangkan suasana yang hampir sama barangkali dengan menghantar sekumpulan jemaah haji ke mekah, majoritinya tua dan tidak bermaya, mungkin ada seorang dua terselit yang muda-muda. kata saksi kerana tuan director tak sanggup tumpahkan air mata untuk melihat peristiwa tersebut, semua ahli rombongan memakai pakaian yang sama, lambang perpaduan katanya.
cuma barangkali perpaduan itu hanya pada nama sahaja, beberapa hari sebelum simulasi perang dijangka berlangsung semua ketua kem, senator, dan tuanpenasihat serta segelintir pang5perangbesar telah diingatkan beberapa perkara iaitu perjalanan harus menaiki gajah dan semua ahli rombongan perlu memakai seragam.
Pukul 8 pagi seorang demi seorang ahli rombongan sampai dengan pelbagai coloteh dan ragam. ada yang pergi kerana panggilan tugas, ada yang hadir kerana mengharapkan kontrak jawatan disambung dan ada yang tampil menyertai rombongan atas kepercayaan ini lah wadah perjuangan dan titik perubahan jajahan selama.
8.30 pagi ketika dua ekor gajah mengalas kerja mengangkut hampir 50 ahli rombongan menuju simulasi perang. sumpah seranah berbuku di hati, rasa tak puas hati berbaur marah. gosip liar dan tuduhan serta pelbagai rasa tumpah dihati hanya kerana satu perkara. dalam diam-diam ahli rombongan menyedari bahawa ada ahli yang gagal mentaati kata-kata sendiri.
hahahahaaha rupa-rupanya tok empat tiangserisungaibayu , tuanpenasihatsiparangkontot dan tuanpenasihatadamasyuk telah mengingkari janji seia sekata. mereka pergi dengan menaiki kuda hitam. hampa dan kecewa semua tuanpenasihat, pendita, senator dan pang5perang. acara simulasi perang gagal pada langkah pertama pertempuran.
P/S : tuan director cuma berharap bahawa tok empat dapat yakinkan semua ahli rombongan tentang kejujurannya membangunkan jajahan selama. banyak sangat janji tok empat dimungkiri diri sendiri. janji untuk mengumumkan nama ketua kem yang baru gagal ditunaikan, janji perubahan kem bermula 1 Mei juga tersasar hingga ke jun, janji tadbir urus terbaik juga telah gagal dengan campurtangan berterusan eksekutif. Apa lagi agaknya janji yang akan dibawa pulang 5 mei nanti untuk hidangan rakyat jajahan selama agaknya...adios

Subscribe to:
Posts (Atom)