July 16, 2020

Kepimpinan dan politik


Salam 2 all

1. Cerita puak dan berpuak memang sebati dalam hidup berpolitik... Dalam politik tiada individu... Nilai individu ditelan oleh nilai puak... Lazimnya bila berpolitik inilah korban yang perlu dipersembahkan... Ceritanya memang sama je tn2...

2. Seorang ustaz yang fasih Quran pada ingatan ... Mahir bahasa arab pada sebutan... Cekap bersendi tafsirannya... Akhirnya melupakan nilai2 moral agama apabila dihinggapi norma politik kepartian... Hilang kata bila parti bersalah apatah lagi yang silap itu mullah kumpulan... Teguran hanya sampai dikerongkong tak sempat pun mendarat di lidah...

3. Ahli bahasa... Ahli bangsa... Bertempik mereka marah dan geram apabila bersangkutan dengan kepentingan bahasa dan bangsa... Namun apabila terjerumus dalam politik... Mereka diam menikus walaupun labu bangsa sedang ditebuk tikus politik... Tiba2 pena mereka kehabisan dakwat...

4. Kenapa mereka menjadi demikian... Meraka lupa bahawa merekalah yang membentuk puak dan bukan puak yang menempa mereka... Kerana itu... Rasul Allah mengingatkan peripentingnya keadilan walaupun melibatkan ahlul bait... Maknanya apa... Maknanya sentiasa terbimbing dengan agama n bukan politik…
5. Akhir kalam tn2... Bila kita memimpin dan membuat keputusan... Janganlah kerana sayang dan cinta kepada kakitangan tertentu dan dalam kumpulan kita... Kita menjadi zalim... Kita naikkan pangkat kaum sendiri tanpa justifikasi yang benar... Kita akan diadili oleh tuhan yang sama... Tuhan tn2 dan tuhan saya...




Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41)

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42) 

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (43)

surah ash Shura





1 comment:

  1. Single ke? Ciannn.... contact i okay.
    017-4502767
    https://ibb.co/b70xpV3
    https://my.linkedin.com/in/mohamad-zuhairi-c-a-m-4a5744107

    ReplyDelete