July 08, 2020

Kepimpinan dan Peti Sejuk

1. Tuan puan sahabat yang bijak dan mulia... Cerita dia mcm nie... Semua pemimpin tak suka dicabar... Walaupun mereka terpilih melalui proses mencabar pimpinan yang lepas dengan cara yang paling zalim atau demokrasi... Perang atau rundingan... Rebutan atau pilihan...

2. Pemimpin yang baik akan mengangkat seluruh jentera kepimpinan dengan akhlak mulia kesukaan Rasul Allah... Pemimpin buruk dan zalim akan membunuh seluruh keluarga hatta membakar dan melenyapkan sebuah kampung hanya kerana berkata tidak...

3. Kezaliman pemimpin tidak pun terkait dengan agama anutan mereka... Obama yang konon2 berasal dari keluarga islam membunuh berpuluh ribu orang islam seluruh dunia... Raja Salman aka khadam kota Suci Mekah n Madinah membunuh ribuan islam Yaman hingga kini...

4. Pemimpin yang pura2 baik pula akan mengunakan seluruh jentera pentadbirannya dengan ugutan... Tahanan... Siasatan atas nama keadilan.... Mereka tidak membunuh sebaliknya hanya membuli...

5. Akhir kalam... Pemimpin yang paling lemah tapi licik menyediakan penentangnya dengan keselesaan... Satu peti ais besar... Suhu nyaman... Jangan buat apa2... Gaji jalan... Dengan mulut bertasbih tapi hati penuh makian mereka hanya berani berbisik sesama sendiri mengatakan merekalah khalifah pilihan Tuhan... Kah23



Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.  Ayat 7 surah al Mujadila

No comments:

Post a Comment