Salam 2 all
1. Cerita puak dan berpuak memang sebati dalam hidup berpolitik... Dalam
politik tiada individu... Nilai individu ditelan oleh nilai puak... Lazimnya
bila berpolitik inilah korban yang perlu dipersembahkan... Ceritanya memang
sama je tn2...
2. Seorang ustaz yang fasih Quran pada ingatan ... Mahir bahasa arab
pada sebutan... Cekap bersendi tafsirannya... Akhirnya melupakan nilai2 moral
agama apabila dihinggapi norma politik kepartian... Hilang kata bila parti
bersalah apatah lagi yang silap itu mullah kumpulan... Teguran hanya sampai
dikerongkong tak sempat pun mendarat di lidah...
3. Ahli bahasa... Ahli
bangsa... Bertempik mereka marah dan geram apabila bersangkutan dengan
kepentingan bahasa dan bangsa... Namun apabila terjerumus dalam politik...
Mereka diam menikus walaupun labu bangsa sedang ditebuk tikus politik... Tiba2
pena mereka kehabisan dakwat...
4. Kenapa mereka menjadi demikian... Meraka lupa bahawa merekalah yang
membentuk puak dan bukan puak yang menempa mereka... Kerana itu... Rasul Allah
mengingatkan peripentingnya keadilan walaupun melibatkan ahlul bait... Maknanya
apa... Maknanya sentiasa terbimbing dengan agama n bukan politik…
5. Akhir kalam tn2... Bila kita memimpin dan membuat keputusan...
Janganlah kerana sayang dan cinta kepada kakitangan tertentu dan dalam kumpulan
kita... Kita menjadi zalim... Kita naikkan pangkat kaum sendiri tanpa
justifikasi yang benar... Kita akan diadili oleh tuhan yang sama... Tuhan tn2
dan tuhan saya...
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42)
surah
ash Shura
Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela
diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada
sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41)
Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42)
Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar
dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu
adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (43)