July 16, 2020

Kepimpinan dan politik


Salam 2 all

1. Cerita puak dan berpuak memang sebati dalam hidup berpolitik... Dalam politik tiada individu... Nilai individu ditelan oleh nilai puak... Lazimnya bila berpolitik inilah korban yang perlu dipersembahkan... Ceritanya memang sama je tn2...

2. Seorang ustaz yang fasih Quran pada ingatan ... Mahir bahasa arab pada sebutan... Cekap bersendi tafsirannya... Akhirnya melupakan nilai2 moral agama apabila dihinggapi norma politik kepartian... Hilang kata bila parti bersalah apatah lagi yang silap itu mullah kumpulan... Teguran hanya sampai dikerongkong tak sempat pun mendarat di lidah...

3. Ahli bahasa... Ahli bangsa... Bertempik mereka marah dan geram apabila bersangkutan dengan kepentingan bahasa dan bangsa... Namun apabila terjerumus dalam politik... Mereka diam menikus walaupun labu bangsa sedang ditebuk tikus politik... Tiba2 pena mereka kehabisan dakwat...

4. Kenapa mereka menjadi demikian... Meraka lupa bahawa merekalah yang membentuk puak dan bukan puak yang menempa mereka... Kerana itu... Rasul Allah mengingatkan peripentingnya keadilan walaupun melibatkan ahlul bait... Maknanya apa... Maknanya sentiasa terbimbing dengan agama n bukan politik…
5. Akhir kalam tn2... Bila kita memimpin dan membuat keputusan... Janganlah kerana sayang dan cinta kepada kakitangan tertentu dan dalam kumpulan kita... Kita menjadi zalim... Kita naikkan pangkat kaum sendiri tanpa justifikasi yang benar... Kita akan diadili oleh tuhan yang sama... Tuhan tn2 dan tuhan saya...




Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. (41)

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. (42) 

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (43)

surah ash Shura





Kepimpinan dan Peraturan




Salam 2 all

1. Cerita dia macam nie tn2... Ramai orang suka bila dapat jadi pemimpin... Depa bermimpi dan berimaginasi nak jadi saidina Abu Bakar yang kuat iman dan amalan... Nak jadi saidina Umar yang adil dan saksama... Nak jadi saidina Osman yang kaya atau saidina Ali yang gagah n perkasa... Nak jadi dengan menjadi sudah tentu byk beza...

2. Ketika proses nak jadi ini... Berlaku konflik antara jalan lurus atau bengkok... Ini sangat penting kerana kalau jln lurus maka kepimpinannya menjadi mulia... Kalau bengkok maka celakalah kesudahannya...

3. Kepimpinan zaman la... Ramai yang lobi pintu belakang... Yang amal salah tak kisahpun untuk berpakat dengan panel utk present jawapan menarik masa temuduga... Soalan seminggu awal... Yang baik dengan politik akan datang panggilan... Yang lebih buruk menjanji byk benda utk panel kalau berjaya...

4. Peraturan semua dilanggar tanpa kisah... Inilah jln2 kepimpinan... Maka hilanglah kemuliaan.. Maka keinginan untuk menjadi akhirnya tersungkur dengan slogan nak jadi sahaja...
5. Akhir kalam... Bila kita buat salah untuk jadi pemimpin maka mudahlah kita diugut... Ditakutkan dan dikawal... Yang berkuasa ialah kartel yang menaikkan kita bukan kita...

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (49)  surah az Zumar

July 09, 2020

Kepimpinan dan Butang

salam 2 all


 1. Saya anggap kepimpinan ini satu yang istimewa. Cerita dia mcm nie tn2... Ketika mengajar sejarah tingkatan 1 hingga 5 di sebuah sekolah... Kemahiran bercerita saya membuat pelajar2 sgt berminat dengan subjek...


2. Tentu sahaja pengajaran saya terkait rapat dengan sejarah perjuangan bangsa... Maka keluarlah cerita penjajah yang zalim dan pejuang yang terzalim... Hukuman bagi yang tertangkap perbagai dan kadang2 sgt tidak masuk akal bila direnung kembali...

3. Senjata pertempuran pula sangat sakti dan luar biasa kebolehmusnahannya.. Keris.. Parang... Pistol... Senapang... Meriam... Jet pejuang hinggakan ke bom atom hiroshima nagasaki... Semua dipergunakan untuk menang perang...

4. Ramai pula mengunakan kalam... Akal... Kreativiti untuk berjuang... Maka muncul lah Raja Haji... Ishak Mohamed... Zaaba... Mereka menulis dan kemudiannya dimusuhi kerana permikiran mereka...

5. Akhir kalam tn2... Senjata terkini hanya butang like FB... Ramai pemimpin sangat takut dengan butang sakti ciptaan Yahudi ini... Mereka memantau penggunaan butang kalangan pekerja seolah bom atom hiroshima akan gugur dan mereka akan ranap seperti nagasaki... Memg senjata semakin canggih... Kah23




Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
                                                                                                             Ayat 20 surah al Hadid

July 08, 2020

Kepimpinan dan Peti Sejuk

1. Tuan puan sahabat yang bijak dan mulia... Cerita dia mcm nie... Semua pemimpin tak suka dicabar... Walaupun mereka terpilih melalui proses mencabar pimpinan yang lepas dengan cara yang paling zalim atau demokrasi... Perang atau rundingan... Rebutan atau pilihan...

2. Pemimpin yang baik akan mengangkat seluruh jentera kepimpinan dengan akhlak mulia kesukaan Rasul Allah... Pemimpin buruk dan zalim akan membunuh seluruh keluarga hatta membakar dan melenyapkan sebuah kampung hanya kerana berkata tidak...

3. Kezaliman pemimpin tidak pun terkait dengan agama anutan mereka... Obama yang konon2 berasal dari keluarga islam membunuh berpuluh ribu orang islam seluruh dunia... Raja Salman aka khadam kota Suci Mekah n Madinah membunuh ribuan islam Yaman hingga kini...

4. Pemimpin yang pura2 baik pula akan mengunakan seluruh jentera pentadbirannya dengan ugutan... Tahanan... Siasatan atas nama keadilan.... Mereka tidak membunuh sebaliknya hanya membuli...

5. Akhir kalam... Pemimpin yang paling lemah tapi licik menyediakan penentangnya dengan keselesaan... Satu peti ais besar... Suhu nyaman... Jangan buat apa2... Gaji jalan... Dengan mulut bertasbih tapi hati penuh makian mereka hanya berani berbisik sesama sendiri mengatakan merekalah khalifah pilihan Tuhan... Kah23



Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.  Ayat 7 surah al Mujadila

June 08, 2020

Menteri AGIH Lesen 5G Kemudian U - Turn : Contoh Dasar Ekonomi Meraba Dalam Gelap Yang Memiskinkan Manusia


Beberapa hari yang sudah Menteri Talipon umumkan dia sudah putuskan PENGAGIHAN LIMA LESEN talipon 5G.






Menteri itu tidak menjelaskan bagaimana dan apa pula kriteria yang dia gunakan untuk MEMILIH LIMA pemenang besar lesen 5G itu. 

Apakah rahsia untuk putuskan pemenang AGIH-MENGAGIH lesen 5G itu. 

Apakah hidung kena mancung, gigi bukan kompang, mata tak sepet dsbnya.

Kita tidak tahu menahu. 

Aneh bin Pelik beberapa hari kemudian Menteri Talipon itu membuat satu lagi pengumuman bahawa dia telah mengambil SATU LAGI KEPUTUSAN untuk menarik balik PENGAGIHAN LIMA LESEN 5G ITU.






Maka teringatlah saya kepada pepatah orang putih, "the Lord giveth and the Lord taketh away" yang maksudnya 'Tuhan yang memberi berkat dan Tuhan yang melenyapkan berkatNya.'

Tuan-tuan juga boleh klik berita berikut (daripada The Edge) yang membawa video berkenaan isu lesen 5G ini :    this link to The Edge TV giving a brief about this matter.

Saya ingin merujuk sahaja isu PENGAGIHAN lesen 5G ini untuk menjelaskan sedikit berkenaan Dasar Ekonomi AGIH-MENGAGIH.

Dan saya ingin merujuk dasar ekonomi penjajah di seluruh dunia yang mungkin telah pelopori Dasar Ekonomi AGIH-MENGAGIH itu.

Contoh No. 1 -  Pada saat India mencapai kemerdekaan pada 15hb Ogos 1947 (Oops sorry)  ramai juga penjajah kulit putih British yang menangis tersedu tanpa henti. 

Bukan sebab mereka merasa gembira bagi penduduk India yang merdeka tetapi mereka panik dan risau akan terpaksa balik ke negeri mereka ia itu United Kingdom dan kembali hidup dengan mencuci tandas sendiri, mengangkat beg sendiri dan memasak di dapur sendiri.

Sebab sewaktu mereka menjajah India, bangsa kulit putih yang paling rendah kedudukannya pun hidup dalam keadaan super mewah di India. 

Setiap rumah kulit putih di India akan mempunyai 'houseboy' dan 'housemaid' yang asing untuk memasak, memotong rumput, membasuh kain dan jadi drebar kereta (sebelumnya kereta kuda).  

Orang India pula miskin papa kedana dan hidup  tertindas. 

Penindasan dan kezaliman seperti ini hanya boleh berlaku apabila kaum penjajah menyekat peluang hidup rakyat marhaen di India. 

Mereka perlu memiskinkan rakyat majoriti untuk menampung kehidupan super mewah kaum minority (penjajah). 

Caranya mudah sahaja  untuk menindas manusia seperti ini - cut off their economic opportunities. 

Maksudnya dasar ekonomi penjajah menyekat, meng-kuotakan, me-lesenkan peluang ekonomi bagi rakyat biasa. 

Dasar ekonomi penjajah menggunakan pendekatan AGIH harta ekonomi. 

Dalam Bahasa Inggeris AGIH maksudnya 'Wealth Distribution'.

Pengaliran harta kekayaan sesebuah negara bukan ditentukan secara bebas oleh pasaran (supply, demand, kehendak pengguna dsbnya)  atau daya usaha orang.

Sebaliknya segala sumber kekayaan dilesenkan, dipermitkan, dikawal dan dikontrol. 
Itulah caranya untuk AGIH harta sesebuah negara (Wealth Distribution).

Dan siapa pula mendapat untung besar daripada system AGIH harta ini ?  
Tentu sekali golongan elit dan kumpulan kecil yang memegang kuasa.  
Dan kroni orang kaya yang sokong-menyokong dan sandang-menyandang sesama mereka.

Contoh No.2 - Apabila Empayar British di India menghadapi serangan Jepun (sewaktu Perang Dunia 2 bila tentera Jepun menawan Burma) maka priority penjajah British di India adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka dulu. 

Mereka telah merampas hasil pertanian di daerah Bengal (bersempadan dengan Burma) untuk di AGIHKAN (DISTRIBUTED) kepada puak-puak mereka dulu.  Keperluan makanan 60 juta penduduk Bengal di abaikan begitu saja.

Akibat daripada policy AGIH yang extreme ini maka terjadilah Bengal Famine of 1943 (Peristiwa Kebuluran Besar Bengal 1943) yang telah korbankan EMPAT juta rakyat India.  




  • Bengal famine of 1943,   Total deaths -  2.1 to 3 million in Bengal alone -   The Bengal famine of 1943 was a famine in the Bengal province of British India during World War II. 
  • The Bengal Chamber of Commerce (composed mainly of British-owned firms), with the approval of the Government, devised a Foodstuffs Scheme to provide preferential distribution of goods and services to workers in high-priority roles such as armed forces, war industries, civil servants and other "priority classes".
  • These factors were compounded by restricted access to grain: domestic sources were constrained by emergency inter-provincial trade barriers, while access to international imports was largely denied by Churchill's War Cabinet."

    Dasar AGIH atau WEALTH DISTRIBUTION ini bukan saja telah membawa maut kepada berjutaan manusia di Bengal pada tahun 1943 (contohnya) tetapi ia adalah satu dasar ekonomi songsang yang merosakkan keupayaan menjana ekonomi seterusnya (wealth distribution is a destroyer of economic capacity). 

    Apabila hasil produktiviti mereka dirampas, atau mereka dihalang daripada menjana hasil produktiviti yang maksimum maka usahawan tempatan, petani dan peladang tempatan tidak boleh lagi mengeluarkan produktiviti yang maksimum mengikut kebolehan mereka. 

    Maksudnya mereka akan miskin. Daya pengeluaran mereka akan makin tipis. Secara perlahan peluang pekerjaan bagi anak mereka pun akan tipis.  

    Ini adalah kerana allocation of economic resources ataupun penggunaan sumber ekonomi (bahan mentah, tanah, hutan, laut, dsbnya) tidak ditentukan mengikut kehendak pasaran, mengikut permintaan pengguna atau mengikut kebolehan usahawan tempatan. 

    Sebaliknya ianya di AGIH oleh dasar ekonomi penjajah, Menteri, pemerintah, puak politik dsbnya.

    Contoh No. 3 - Satu lagu contoh AGIH-MENGAGIH ini adalah di Malaya pada zaman British juga. 

    Cuba bayangkan satu keadaan di mana seorang lagi Menteri atau pemerintah atau penjajah yang akan putuskan jika bandar Tanjong Malim (contohnya) boleh mempunyai showroom menjual kereta baru. Maksudnya bukan usahawan tempatan atau permintaan pasaran tempatan yang putuskan untuk memulakan perniagaan menjual kereta baru tetapi sebaliknya mereka memerlukan keputusan daripada Menteri atau pemerintah atau penjajah.

    Tetapi ini yang telah berlaku pada zaman British.  Pada zaman penjajah British usahawan tempatan (tak kira Cina, Melayu atau India) tidak dibenarkan menjual kenderaan baru teutamanya traktor dan bulldozer (heavy equipment) yang digunakan dalam sektor pembinaan (construction).  

    Hanya syarikat kepunyaan bangsa kulit putih dibenarkan mengimpot dan menjual tractor dan heavy equipment yang baru di Malaya.  Sesiapa usahawan tempatan yang berminat dan yang mempunyai kebolehan menceburi sektor ini hanya diberi lesen menjual tractor dan bulldozer 2nd hand atau Menjual Tractor Terpakai. 

    Jadi dengan cara AGIH lesen ini bangsa penjajah kulit putih dijaga keuntungannya dan statusnya.  Usahawan tempatan pula boleh duduk di tangga kelas dua dan tiga. 

    Jika penjajah membuka peluang ekonomi kepada semua orang tanpa melihat warna kulit, bangsa dan agama maka semua orang yang berminat dan berkebolehan boleh menceburi sektor tractor, bulldozer, membuka showroom kereta baru dsbnya. Sudah tentu keseluruhan negeri Malaya sudah boleh maju dengan lebih pesat lagi. 

    Tetapi bagi penjajah pula ancaman bagi mereka ialah mereka akan terpaksa menghadapi persaingan daripada lebih ramai lagi ahli perniagaan dan usahawan tempatan. 

    Jadi untuk menjaga periuk nasi mereka sendiri maka penjajah kulit putih korbankan pembangunan dan kemajuan ekonomi rakyat marhaen yang lebih pesat so that hanya bilangan kecil daripada mereka boleh kekal kaya dan bilangan majoriti akan kekal miskin. 

    Maka hanya dengan cara itu sahaja seorang pegawai penjajah kulit putih di Malaya, di India dsbnya yang bertaraf rendah pun boleh 'menggaji'  tukang masak, tukang kebun, pencuci kain,  drebar kereta dan penjaga anak daripada kalangan orang tempatan.

    Dasar ekonomi AGIH-MENGAGIH (WEALTH DISTRIBUTION) itu adalah dasar ekonomi penjajah yang memiskinkan  bilangan majoriti so that mereka boleh menampong kekayaan dan kemewahan bilangan minoriti kecil orang kaya, orang ternama, orang politik, KAUM ELIT, pemerintah dsbnya.  

    Jadi in the long run atau pada jangka panjangnya dasar ekonomi AGIH-MENGAGIH KEKAYAAN NEGARA (Wealth Distribution) hanya memiskinkan rakyat majoriti untuk menampong kekayaan kaum elit minoriti.

    Maka sebab itulah kita melihat selepas 50 tahun bahawa DEB (Dasar Ekonomi Bebal)  sudah hancurkan atau merosakkan kuasa  daya-menjana  ekonomi negara kita.  Ekonomi negara kita seolah lumpuh dan tiada sektor ekonomi baru yang muncul.  DEB itu Bebal sebab DEB tidak tertulis dalam sebarang buku teks ekonomi atau tersebut dalam sebarang teori ekonomi. DEB hanya dasar politik untuk kekalkan kuasa politik parti politik dan puak-puak yang tertentu. 

    Contohnya No. 4 - Di negara lain seperti Singapura penggunaan AI dan robot menjana industri telur ayam yang baru yang sebelum ini sudah hilang dari Singapura. Penggunaan AI dan robotik membantu menggurangkan kos pengeluaran telur ayam yang sebelum ini diimpot dari Malaysia, Indonesia dan negara lain.  Industri tahun 1960an boleh hidup balik di Singapura.

    Tetapi di Malaysia makin ramai anak muda terpaksa menganggur (terutama sekali mereka yang berijazah dan berdiploma) sebab tiada peluang ekonomi baru secara besar-besaran di Malaysia.  

    Kalau hendak jadi usahawan tomyam atau burger pun makin susah sebab lot-lot niaga di tepi longkang dan tepi parit pun sudah direbut usahawan yang datang awal pagi. Penjual burger pun makin susah.

    Kita perlu haramkan atau membasmikan sistem ekonomi AGIH-MENGAGIH atau Wealth Distribution yang menidakkan peranan keramat open market atau pasaran terbuka untuk menentukan perkembangan ekonomi negara. 

    Ini tidak bermaksud bahawa kita perlu  memberhentikan dasar membantu golongan yang masih tertinggal dan terkebelakang seperti orang Melayu, bumiputera dan orang miskin yang lain.  Jauh sekali. Usaha untuk membantu orang Melayu dan bumiputera dan juga golongan miskin tanpa mengira kaum mesti ditambahkan dan tingkatkan lagi tetapi tanpa menggangu perjalanan ekonomi bebas atau open market.

    Apabila kita cuba campur tangan dalam perjalanan pasaran bebas, atau apabila kita menghadkan peluang ekonomi sesiapa pun (tak kira bangsa, agama atau bahasa) atau kita mewujudkan Dasar Ekonomi entah apa dari kitab kuning entah mana - maka percayalah kita akan menjadi miskin. Anak-anak kita akan hilang peluang hidup.


    Inilah yangbsedang berlaku dalam negara kita Malaysia sekarang ini - setelah 50 tahun mengikuti dasar ekonomi entah apa. Dasar ekonomi AGIH-MENGAGIH. Yang akan jadi kaya hanya segelintir. Yang akan jadi tukang potong rumput, pencuci kereta, pencuci rumah, tukang masak dsbnya akan menjadi lagi ramai. Tidak beza samada penjajah British atau kaum elit jadian tempatan.

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2020/06/menteri-agih-lesen-5g-kemudian-u-turn.html?m=1

    May 10, 2020

    Hang Suka nak buat apa PK... Hang buat la

    salam 2 all


    Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (13) Lalu Kami perintahkan kepadanya): Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan). (14) Surah Al Isra.

    PK memang licik... banyak tipu muslihat dia buat untuk naik pangkat... Ada orang mesej Tn Director... marah2 katanya .... awat hang sibuk kutuk PK ... hang jeles ka... hang nak banyak duit hang buat la apa hang suka... awat plak hang sibuk dok kutuk idola aku.... PK nie rajin kerja... siang malam tak tido dok pikiaq nak up majikan... Tn Director diam je la... takkan menang lawan hujah dengan kumpulan Gotu2 pasal depa memang tengah stim sangat dengan PK... ahaks



    Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. (18) Surah Al Isra.

    Betui juga mesej tu kata... kalau kita nak apa kita usaha la... tapi..tapi... takkan kita nak buat salah dan curi harta majikan... Tn Director pun pikiaq sekali lagi... macam mana kita tanam lalang tapi hasilnya kita dapat padi... luar biasa sungguh la... macam mana jadi lagu tu... idea buruk Tn Director berpusing... sure waktu malam musim padi... kita curi sikit hasil padi orang... bawa ketam... ketam skit2 bendang orang... dapat la padi... orang bukan tau pun... tu satu cara... satu cara lagi... bila orang jemur padi kita sapu la 2-3 cupak bukan nak luak pun.. sapa pun tak perasan...kena 20 petak mau berguni dapat hasil... itu kot maksud depa... usaha kena kuat walaupun tak betui jalannya...

    Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad) dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun). (20) Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya. (21) Surah Al Isra.

    last sekali mesej yang diberikan... hang ingat kalau PK tu kaki kokyok.. kali tipu... sembang deras ... tuhan nak bagi ka dia naik pangkat... adoi... macam betui jugak... jenuh dok pikiaq... tapi last sekali teringat Pak Man Telo.. tipu duit berjuta ... berjaya juga dia... dengar cerita satu orang nama Najib pun sapu berjuta berjaya juga... is is is ... last teringat kat Karun... berjaya juga dia kaya dengan cara tipu... berkoyan emas dia angkut...


    Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya. (19) Surah Al Isra.

    last2 sekali... ikut suka depa la depa nak curi... yang nak percaya pun kita takleh nak marah... depa pun kena tipu... depa ada mata tapi buta... depa ada telinga tapi pekak... tiba2 Tn  Director teringat pada Ulul Albab...

    PS... Depa cerita Prof Madya Kangkung curi beras bantuan PKP... takkan kot... orang kaya nak curi... rupanya dia bukan curi tapi bagi bantuan pada yang tak layak... bagi bantuan kepada puak Gotu2...




    sedikit kerajinan dan kreativiti


    salam 2 all ( 10 November 2010 )

    dua minggu lepas saya memulakan kerja landskap saya agak awal...cita-cita untuk membaik kayu tompang untuk pokok menjalar dan sedikit pangkasan pucuk untuk mendapatkan corak pokok yang diidamkan

    ini alatan yang perlu tuan-tuan ada...iaitu gunting pokok, penukul, tali pengukur, gergaji dan penimbang air untuk hasil yang bermutu
    hahahahaha, pastikan anda ada pembantu yang dapat menolong bila-bila masa...untuk segmen minggu nie..anak bongsu saya..ahmad izzfahim bersedia membantu...

    pertama sekali buka kembali kayu yang asal...seperti di bawah...pastikan semua paku ditanggalkan dari dinding...sekiranya ada kesan-kesan paku untuk lebih menarik tampal semua lubang dan cat semula kawasan tersebut
    pasangkan kayu asal dengan cara baru...guna sahaja sukatan lama..buat semula corak yang anda inginkan..cuma pastikan bahawa kawasan yang hendak dibuat tompangan pokok menjalar ada sinaran matahari...untuk kelihatan menarik pastikan kayu dipasang dengan lurus dan sama...guna penimbang air untuk aktiviti ini

    memandangkan pokok sedia ada dan telah dewasa...pasang kayu bermula dari bawah atau mengikut lilitan yang diperlukan...ini kiranya kerja terbalik la.. sambil bertukang dan pangkas dahan atau tunas yang tidak diperlukan untuk sesuaikan dengan kayu tompang atau penyanggah
    hahahahaha...akhirnya siap jugak pokok menjalar dengan kayu tompang bentuk baru...ini akan dicat dengan warna kayu...cat dah ada cuma belum ada kesempatan untuk mengecatnya
    bahagian bawah pun dah kemas...nanti nak letak batu batu harimau untuk lebih menarik mengantikan pokok pakis yang telah dibuang
    hehehehehe...thanks ahmad izzfahim atas bantuan yang dihulurkan