salam 2 all....
tiap hari saya bangun kurang lebih pukul 5 pagi.... hahahaha jangan ditanya tidurnya pukul berapa.... menunggu azan subuh... harap sehingga mati amalan ini kekal teramal... sedikit betul kesyukuran diri berbanding nikmat Allah yang berderet diterima seawal waktu jaga...
sedari kecil saya sangat nikmat bangun awal... bangun lewat teranggap kegagalan yang tak terjawab... masa kecil tangan lembut mak akan kejut saya pukul 6... mandi dan bersiap ke sekolah... namun rutin yang saya sangat bersyukur apabila seawal usia 8 tahun saya sudah menerima amanah menghantar sebakul kuih untuk kedai-kedai makan sekitar kampung bukit bertam dan pekan mahang... pagi-pagi lagi saya melintas 2 buah negeri... perak dan kedah...
tahun 1978... mandi di sungai kerian yang airnya sejuk sunggup nikmat... sempat berenang melawan arus jam 6 pagi... tak pula jumpa buaya sepanjang masa tersebut walaupun kerap dicerita orang... apatah lagi hantu air yang dikhabarkan mempunyai rambut panjang seperti tumbuhan air... hahahaha kelebihan mandi dalam gelap ialah boleh je berbogel dan terjun sungai... siap boleh juga melepas apa yang tersisa diperut...
2016... pepagi... nikmat paling seronok menaiki motor menuju surau... ehhhh kenapa ye... dalam belahan subuh... hidung menangkap hampir semua bau yang menjadi nostalgia semasa kecil... ada bau sambal tumis yang terakam dalamnya bawang.... ada bau nasi lemak yang terasa pandannya... bau kuih yang bergelumang akan gulanya... Allah hebatnya pemberianMu seawal pagi dengan menghidupkan deria hambaMu.... nikmat mana lagi aku mampu nafikan.....
kehidupan di Jajahan Selama.... adakah akan menjadi nostalgia pada tuan director...sekiranya tuan director memilih untuk melupakannya... mungkinkah dianggap tidak mensyukuri nikmat tuhan... kerja-kerja pengarahan cerita pendek yang dibuat saban hari mungkin tidak dipandang orang... tetapi adakah penting pandangan dan jelingan manusia... hohohohoho
cukup menarik apabila 2 kelibat ini sering pula tuan director terserempak... tiangserisungaibayu dan tuanpunahsihatsiparangkontot.... kedua-duanya seolah menjadi takdir kehidupan tuang director... sering muncul memberi ilham kepada cerita pendek dalam pengarahan yang panjang...
tiangserisungaibayu akan dijumpai kalau tuan director berjalan dan makan2 di sekitar ulu selama... senyumannya manis... sesekali akan mengingatkan watak mak dalam hidup... masih bergaya dan merah lagi bibirnya... penampilan yang menidakkan usia sebenarnya... kagum sebenarnya versi mudanya dalam usia emas... namun ramai yang sudah lari meninggalnya... dalam keterserempakkan lazimnya tiangserisungaibayu akan melarikan matanya... hatta dalam beberapa kali.... berpaling dan bergerak kearah lain... marah benar rasanya tiangseri pada tuan director...
tuanpunahsihatsiparangkontot dikhabarkan mula kembali menjejaki kembali beberapa tali barutnya di jajahan selama... suka juga tuan director dengan watak ini... bodo-bodo pun ada...tapi kalau berjumpa di kedai mamak mau juga tuan director belanja makan... kalau berjumpa tuan director lain pula watak tuanpunahsihatsiparangkontot... disondol-sondol manja tuan director... kemesraan yang jarang dipamirkan... kalau lah pang5perangtanggukikan lihat mau menetes air mata.... khabarnya batalion ulat nangka sering layan tuanpunahsihatsiparangkontot... nak buat tut durian katanya... ehhhh sejak bila buka bisnes tut dan mengetut nie... mausang king ka....
p/s : khabarnya ada gerakan untuk pastikan 3abdul2 tidak disambung kontrak lakonannya... dikaitkan bahawa ramai pelakon yang terlibat dalam drama lebuhrayaku runtuh mengadu bahawa duit lakonan mereka banyak disebat oleh 3abdul2.... donia oh donia.... adios amigos
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehawauuu betui hang nie. wuulatt nengkee naik mate...haaaaaaaa
ReplyDelete