salam 2 all,
semalam bergerak ke kebun jam 515 petang... sampai di behrang stesen dah target untuk makan malam iaitu nasi kandaq Ali dengan hidangan kambing... sampai dalam kul 540 hujan lebat menyambut saya.. berlari-lari anak masuk restoran... cedok kambing dan makan dengan penuh nikmat kerana baru sahaja dibaiki gigi geraham oleh doktor.... sedap menguyah tertiba ribut melanda... dalam keriuhan pelanggan tertiba pemilik restoran memasang bacaan suci al Quran... saya tidak bergerak cuma tangan sibuk menaip sesuatu di telefon tangan memaklumkan akan isteri apa yang sedang berlaku...
balik rumah sekitar jam 740... sesampai saja di pintu rumah anak perempuan tunggal sedang berlatih suara membaca cerita... memang luar biasa anak ini.. 3 minggu lepas berlatih solat jenazah... balik pukul 630 setiap hari kerana yakin akan mengondol hadiah... cekal dan sangat berharap.. namun takdir Allah pasti bukan... minggu lepas bertanding balik dengan tangan kosong... kecewa dan menangis... tapi saya pujuk dengan berkata tak apa kalau kalah sekurangnya kalau ayah mati anak ayah sudah lulus untuk solatkan ayah....
Semalam uzma yakin lagi untuk bertanding.. kali ini pertandingan bercerita.. penuh laungan suaranya dalam rumah... tinggi rendah nadanya menandakan anak ini berharap lagi untuk menang... uminya sesekali cuba membantu.... takkala saya mengangkat takbir untuk solat yang sudahpun lewat... suara anak ini masih lagi dengan pantas mengetuk anak telinga saya.... hurmmmm tak kenal putus asa anakku ini
tuan director diajak ke pertandingan semalam... rasa malas membuak dalam diri... malas kerana yakin tiada keadilan pun dalam pertandingan ini... dari awal pemenangnya sudah ditentukan empunya jajahan selama...
ketua pengadilnya.... tiangserisungaiseputih yang tuan director langsung tak percaya akan integriti... sudah sudah la tiangseri.... cuba tengok apa berlaku pada tiangserisungaibayor... keliling jajahan tiada siapa peduli.... bahkan tuan director termaklum hidupnya umpama kupang tembaga diperlaku orang setelah hilang kuasa...
pertandingan semalam menarik kerana beberapa sebab.... pertama seekor kuda bisu yang telah lama tidak ditunggang orang diberitakan menang acara menjerit... seekor kaldai tua yang mengangkat straw pun tidak mampu menang acara mengusung guni baja ... seekor kambing yang yang bertanding dengan para kucing telah menang acara bau badan terwangi.... huh..... luar biasa betul
seekor monyet yang acap kali dituduh mencuri pisang jajahan pula menang kategori amanah... adoi.... sehinggakan seekor ular yang sering menyembur bisanya diangkat sebagai pemenang penawar seribu malam... belum lagi pencacai najis menang diangkat kerana berjaya menutup bau pekung pemuka jajahan dengan najis dibawanya...
termenung memikir.... bahana apa lagi akan dibawa tiangserisungaiseputih untuk santapan jajahan selama saat-saat akhir beliau sebagai tiangseri
p/s.... ada berita dibisikkan kepada tuan director.... u tau ka lebuhraya dah runtuh ... ramai mangsa jajahan mati tertimbus.... Innalillah.... moga Allah memberi mereka dan keluarga kekuatan menuntut ganti rugi .... adios amigos
huhu sedap ayam kampung.. psss kandang kucing sy dah terlebih buat masa ni heheheh
ReplyDeleteKisah yang sadis, tetapi telah diolah dengan baik srkkali. KipiDAP!
ReplyDeleteTolong buat satu episod khas pasal highway. Minat pulak teman nak mentelaahnyer.
ReplyDelete