salam 2 all,
saya terkesan sangat bila ramadhan menjengah dunianya... satu kerana pengalaman perit belajar berpuasa... tak terhitung cabaran dan juga penat berpuasa... 37 tahun lalu ketika arwah mak mengajar puasa kepada saya.. pertama kerana bersekolah di SRJK... rata-rata kawan makan masa rehat... fuhhh mee dan laksanya memang menganggu keseluruh deria... semerbak... sering pula kerana tak tahan saya minum dari paip air sahaja...
Semalam Fahim... anak bongsu saya memulakan puasanya dengan semangat yang kuat... umur 6 tahun sudah kepingin untuk berpuasa kerana umpan duit raya oleh saya... tapi bila petang semasa balik kerja saya hanya mampu melihat seorang anak yang dalam kepayahan berpuasa... apabila ditanya emaknya hanya 2 justifikasi yang diberi oleh Fahim untuk kekal berpuasa.. pertama duit raya kedua kerana sangat bimbang diejek abang dan kakaknya kerana tidak berpuasa... ohhhh anak kecil ku...
Akhirnya kasih ibu... yang arwah mak saya tonjolkan 37 tahun dulu dipraktikkan oleh isteri saya... memujuk fahim berbuka awal... hahahahaha kasih ibu hingga ke syurga... fahim berbuka dengan segelas susu yang diteguk rakus... dan beberapa keping keropok... dan habuan kerana semangat tinggi berpuasa.. emaknya mentanak nasi lemak bersama sebiji telor goreng... itulah permintaan Fahim...
tuan director dimaklumkan bahawa beberapa unta terpaksa ditangkap dan dibawa untuk mandi minggu lepas gara2 selalu muncul di jajahan selama dalam keadaan kotor dan busuk... Pendekarmatasepet bersama gerombolannya ditugas mengintip dan menangkap unta-unta yang busuk...
hehehehehe yang menariknya dalam usaha menjaga maruah unta yang busuk..taktik Pendekarmatasepet harus dipuji... bersama Pendekar yang lain... mereka mengepung semua unta-unta jajahan selama ke satu sudut untuk dimandikan termasuklah unta yang berbau wangi dan berhias indah...
taktik dan dan teknik pengepungan yang dimalkan memang berbaloi.. lagipun kandang kepungan yang dipilih bukan calang2.. ekselusif sekali.. lantai marmar berpenghadang besi bertempa.. tapi paling kelakar apabila tuan unta pun dimandikan sekali kerana ada juga tuan unta yang busuk... hahahaha
tuan director kadang-kadang pelik juga dengan jajahan selama.. sanggup berhabis banyak untuk menghias unta-unta tua yang busuk... dicadangkan tuan-tuan unta cari je unta muda dan pandai berhias... tinggalkan je unta tua... dan paling kelakar ada juga sekor dua unta pengotor yang disyaki telah terlepas semasa hari pengepungan.. walaupun gang Pendekarmatasepet cuba menguna beberapa jerat dan teknik kepungan namun gagal ...
Tapi yang menariknya semasa upacara mandi sekor unta tua yang busuk cuba pula nak mengajar unta muda-muda yang wangi cara-cara mandi... sungguh lucu suasana... sungguh tak sedar diri.. begitu juga pemilik unta busuk boleh pula cuba-cuba nak terangkan kepada pemilik lain cara-cara menjaga unta... fuhhhh integriti dan justifikasinya sangat diragui
Apa pun tahniah la kepada siri mandian unta... nampaknya Pendekarmatasepet berjaya menjerat beberapa unta busuk.... cuma pemilik unta yang paling busuk belum berjaya dimandikan... tuan director harap dalam beberapa purnama lagi pemilik ini akan dimandikan... busuk betullah pemilik unta ini terutama tiap kali dia membuka mulut... fuhhh pekung baunya tuan tuan...
P/S : tiangserisungaiseputih berani ke tukar unta tua busuk dengan unta muda berhias indah... tabik kepada Ketuapendekar2 yang berani membawa unta muda dan wangi ke upacara mandi... tak perlu tangkap pun... pandai je berjalan masuk untuk mandi... hohohohoho sekali bunyi je dan tau unta dari negeri mana... kah23
No comments:
Post a Comment