June 30, 2015

kisah kandang kambing # season 2 episode 3

as salam 2 all

sedari kecil saya sangat asyik dengan binatang... kagum sangat dengan ciptaan Ilahi yang menerbitkan kecantikkan luar biasa ciptaanNya... kerana itu seingat saya,  kami sekeluarga ada beberapa kucing yang luar biasa manjanya di rumah.. yang paling diingati tentunya seekor pemberian bapa saudara dari kampung pasir kemunting...kemudian beberapa ekor yang datang dan pergi

dalam banyak binatang saya memang peminat tegar ayam laga...ntah kenapa hingga kini keterujaan saya masih terarah kepada ayam laga.. setiap kali terlihat liuk lentuk ayam laga hati saya akan merindui saat-saat pertama mempunyai ayam laga sendiri yang dibawa pulang dari felda Teloi Kanan... pemberian bapa sedara yang dipanggil Abah oleh saya dan semua anak saudaranya..ayam laga pertama ini membentuk minat yang mendalam terhadap spesis ini walaupun 4 bulan kemudian Jaguh saya ini lesap dari reban buat selamanya...

saya membina sendiri reban ayam sejak kecil... hahahaha... tebang buluh.. belah buluh.. raut sehingga bersih.. belajar mengenal buluh minyak, beza buluh betung dan beting... dan bulan puasa akan mengingatkan saya buluh lemang yang sangat payah untuk ditemui... buluh akar... tebang sepokok cukup untuk dibuat lemang segantang pulut... sangat banyak kenangan...

tuan director baru sedar bahawa kandang kambing jajahan selama banyak yang runtuh sejak 2,3 tahun nie.. ntah kenapa... kambing dah tak kenal lagi kandangnya di mana... berkeliaran mencari kandang bila malam menjelma...merayu sana sini untuk beraksi...

terbaru kandang kambing paling prestij dibangunkan sebagai pusat tanaman jeruk kelubi.. ehhhh apa gila orang yang tanam kelubi nie... bukan ke kelubi pokok yang tumbuh meliar... sejak bila pula jajahan selama berminat dengan kelubi... ini la masalah dengan dengan pendekar yang pandai bersilat tapi tak pandai bertani... pokok kelubi nak pula dibangunkan dengan sistem ladang...

bukan ke kandang kambing nie dah cantik... kemudahan dan lengkap... kambing pun minat nak berteduh dan beraksi... mana pergi ketuapendekarpendek... takkan asyik sibuk dengan unta muda hingga terlupa kambing yang dipelihara... kandang ini dibina dengan kemudahan bagi kambing... spekfikasi dan justikasinya kambing... bila nak tanam kelubi memang kena runtuh la sebahagian dan bina balik... pendekarkelapaparut sepatutnya tahu permasalahan ini... jangan la jadi pakturut hanya kerana dinaikkan pangkat...

tuan director tak berani nak komen lebih bab kandang kambing kerana takut ketuapendekarpendek ...dikabarkan ketuapendekarpendek ada keris sakti yang sering ditunjuk sana sini.. fuhhhh gerun tuan director...

P/S : projek kandang kambing ditranform jadi projek penamanan kelubi khabarnya memberi keuntungan lumayan kepada beberapa broker... dengar 30k dinar berubah kedudukan dalam majlis sembang dan tari... pendekarkelapaparut dapat berapa kupang....



           

June 18, 2015

tangkap itu unta kasi mandi sama dia...# season 2 episode 2

salam 2 all,

saya terkesan sangat bila ramadhan menjengah dunianya... satu kerana pengalaman perit belajar berpuasa... tak terhitung cabaran dan juga penat berpuasa... 37 tahun lalu ketika arwah mak mengajar puasa kepada saya.. pertama kerana bersekolah di SRJK... rata-rata kawan makan masa rehat... fuhhh mee dan laksanya memang menganggu keseluruh deria... semerbak... sering pula kerana tak tahan saya minum dari paip air sahaja...

Semalam Fahim... anak bongsu saya memulakan puasanya dengan semangat yang kuat... umur 6 tahun sudah kepingin untuk berpuasa kerana umpan duit raya oleh saya... tapi bila petang semasa balik kerja saya hanya mampu melihat seorang anak yang dalam kepayahan berpuasa... apabila ditanya emaknya hanya 2 justifikasi yang diberi oleh Fahim untuk kekal berpuasa.. pertama duit raya kedua kerana sangat bimbang diejek abang dan kakaknya kerana tidak berpuasa... ohhhh anak kecil ku...

Akhirnya kasih ibu... yang arwah mak saya tonjolkan 37 tahun dulu dipraktikkan oleh isteri saya... memujuk fahim berbuka awal... hahahahaha kasih ibu hingga ke syurga... fahim berbuka dengan segelas susu yang diteguk rakus... dan beberapa keping keropok... dan habuan kerana semangat tinggi berpuasa.. emaknya mentanak nasi lemak bersama sebiji telor goreng... itulah permintaan Fahim...

tuan director dimaklumkan bahawa beberapa unta terpaksa ditangkap dan dibawa untuk mandi minggu lepas gara2 selalu muncul di jajahan selama dalam keadaan kotor dan busuk... Pendekarmatasepet bersama gerombolannya ditugas mengintip dan menangkap unta-unta yang busuk...

hehehehehe yang menariknya dalam usaha menjaga maruah unta yang busuk..taktik Pendekarmatasepet harus dipuji... bersama Pendekar yang lain... mereka mengepung semua unta-unta jajahan selama ke satu sudut untuk dimandikan termasuklah unta yang berbau wangi dan berhias indah...

taktik dan dan teknik pengepungan yang dimalkan memang berbaloi.. lagipun kandang kepungan yang dipilih bukan calang2.. ekselusif sekali.. lantai marmar berpenghadang besi bertempa.. tapi paling kelakar apabila tuan unta pun dimandikan sekali kerana ada juga tuan unta yang busuk... hahahaha

tuan director kadang-kadang pelik juga dengan jajahan selama.. sanggup berhabis banyak untuk menghias unta-unta tua yang busuk... dicadangkan tuan-tuan unta cari je unta muda dan pandai berhias... tinggalkan je unta tua... dan paling kelakar ada juga sekor dua unta pengotor yang disyaki telah terlepas semasa hari pengepungan.. walaupun gang Pendekarmatasepet cuba menguna beberapa jerat dan teknik kepungan namun gagal ...

Tapi yang menariknya semasa upacara mandi sekor unta tua yang busuk cuba pula nak mengajar unta muda-muda yang wangi cara-cara mandi... sungguh lucu suasana... sungguh tak sedar diri.. begitu juga pemilik unta busuk boleh pula cuba-cuba nak terangkan kepada pemilik lain cara-cara menjaga unta... fuhhhh integriti dan justifikasinya sangat diragui

Apa pun tahniah la kepada siri mandian unta... nampaknya Pendekarmatasepet berjaya menjerat beberapa unta busuk.... cuma pemilik unta yang paling busuk belum berjaya dimandikan... tuan director harap dalam beberapa purnama lagi pemilik ini akan dimandikan... busuk betullah pemilik unta ini terutama tiap kali dia membuka mulut... fuhhh pekung baunya tuan tuan...

P/S :  tiangserisungaiseputih berani ke tukar unta tua busuk dengan unta muda berhias indah... tabik kepada Ketuapendekar2 yang berani membawa unta muda dan wangi ke upacara mandi... tak perlu tangkap pun... pandai je berjalan masuk untuk mandi... hohohohoho sekali bunyi je dan tau unta dari negeri mana... kah23




   

June 16, 2015

Tendangan Tanpa Bayang # season 2 episode 1

Salam 2 all,

kali terakhir episod dalam wayang pacak ini dilayarkan pada 6 Jun 2014... itu pun kerana tuan director terusik dengan kematian watak tuanpunasihatsiparangkontot dalam layar mini siri jajahan selama... hampir 2 tahun sebelum itu mini siri ini diakhirkan dengan Ilham Pujangga  setelah berehat panjang... tuan director kini kembali dengan mini siri Jajahan Selama season 2 episode 1.. bermulanya perjalanan episod 1 dengan tajuk... tendangan tanpa bayang...



Pendekartanpabayang merupakan anak jati jajahan selama, lahir dari perkahwinan antara tuanpunahsihatsiparangkontot bersama tuanpunasihatadamasyuk memungkinkan segala ilmu pertarungan ibu dan ayahnya diwarisi... namun malang... zaman awal kanak-kanak Pendekartanpabayang banyak yang gagal dari jaya.

Namun kegigihan Tuanpunasihatsiparangkontot mengasuh segala tipu muslihat semakin terhasil, kini pendekartanpabayang sangat berkuasa... dari ufuk timur ke barat.. nama pendekartanpabayang berkumandang... pengikut pun ramai... ramai teruja dengan muslihat tanpa jejak yang diamalkan pendekartanpabayang.... duit kandang kuda banyak yang lesap... duit jaga kuda pun lesap...

semalam pendekartanpabayang ronda-ronda jajahan.. nampak anak gadis pendekarrongak bermain di gigi air... hahahaha nafsunya dah terlondeh melihat kaki putih sianakgadis pendekarrongak... bahaya apa akan melanda bila nafsu pendekartanpabayang mula menjalar di urat nadinya...

nampaknya nafsu mak dan bapanya bercantum dalam diri pendekartanpabayang... duit dan perempuan seolah mainan dalam hidupnya... hehehehehehe dengar citer pendekartanpabayang juga banyak lakaran perempuan dalam buku tanganbercakapnya... sering juga berkongsi dengan tiangserisungaiseputih...

p/s .... tiangserisungaiseputih dikatakan menerima/meminta 2000 dinar setiap bulan kerana diberi tugas menjaga unta... hahahahaha dahlah tetek unta dipulas setiap pagi untuk diambil susu... sekarang tuntut pula duit jagaan .... untung betul berniaga unta

Amios Amigos