salam 2 all,
kebelakangan ini memikirkan tentang kesenangan hidup lantaran gaji yang agak lumayan terasa sayang sangat dengan kenderaan lama saya. PCL 7236, merupakan sebuah model proton yang dipertingkatkan dan diberi nama iswara. saya membelinya dari adik saya saiful barangkali pada tahun 1999, umur kereta tersebut ketika itu sudahpun 6 tahun.
saya beli dan kemudian dipasang enjin terpakai magma 1.3 mitsubishi dan mengecatnya dengan warna yang saya sendiri tidakpun kenali kerana saya buta warna mengantikan warna asalnya putih. tahun 2000 saya buat pembiayaan semula kereta ini untuk membiayai pengajian master di UPM. tahun 2003 enjin kereta ini mengalami kepanasan melampau di rawang dan terbang pula 1k untuk memasang enjin proton 1.5. tahun 2006 barang kali kerana ada sedikit wang, saya warnakan kereta ini dengan warna toyota avanza, kali ini saya tak salah memilih kerana saya membawa risalah kereta toyota ke bengkel mengecat untuk pastikan kebutaan warna saya tidak mengulangi kesilapan lalu.
tahun 2011 saya serahkan kereta ini kepada abang saya untuk digunakan dengan harga cuma 7% daripada harga asalnya dulu. memakai kereta terpakai ini selama 12 tahun merupakan pengalaman yang sangat mengujakan. tahun 2002 ketika perjalanan balik ke selama untuk menziarahi arwah bapa yang sedang sakit dikampung, puasa saya dan orang rumah hampir terburai dibuatnya. cuaca panas ketika ramadhan ditambah lagi pendinginhawanya yang rosak ketika itu memang menduga betul ketahanan untuk berpuasa, nyaris2 puasa dibuka tengahari ketika melalui manong, kuala kangsar.
namun kenaikan pendapatan membenarkan saya memiliki kereta baru tahun 2006, WNA 7236 dan pada tahun 2011 saya berupaya pula membeli WVU 7236. walaupun mampu memiliki 2 buah kerata baru, cabaran dan pengalaman mengunakan PCL 7236 tetap melekat dalam kenangan.
agak keras fikiran tuan director memandangkan sudah agak lama tidak menukilkan sesuatu dalam alam maya ini. sekiranya dibilang kesibukkan berbanding luang diri yang ada mungkin tiada langsung sebab musabab untuk tidak mengarahkan filem pendek. tempoh rehat yang panjang sebenarnya digunakan sepenuhnya untuk penghasilan skrip berkualiti tinggi.
pertukaran pemain watak dalam filem pendek ini tentunya membuat tuan director terfikir dan berfikir bagaimana watak ini akan dikembangkan. percayalah bahawa watak seseorang pelakon tidak akan berkembang dalam waktu pendek, namum 6 purnama watak tingserisungaiseputih dipegang mula memberi bayang-bayang tindakannya dalam purnama mendatang.
tuanpunahsihatsiparangkontot yang begitu lama berlakon tentu dengan mudah dapat mengencingkan pelakon2 baru terutama dalam bab mendapatkan imbuhan untuk dirinya, dengar khabar kuda hitam yang dulunya milik jajahan selama telah diberi kepadanya sebagai imbuhan tutup mulut atas semua kebijatan tuanpenasihat yang lain. hahahahahaha kuda hitam umur 2 tahun dalam harga pasaran mungkin dalam 48k tetapi kalau beli dengan 20k, mana mungkin amanah telah dipikul dan terlaksana. kalau dibuat lelongan terbuka nescaya kuda hitam tersebut dengan harga 20k rasanya semua tentera jajahan akan memasuki lelongan. mana pergi agaknya otak tuan-tuan penasihat dalam memastikan jajahan selama tidak kerugian dalam urusan lelongan.
cuba tanya dengan pang5perang yang pernah kehilangan barangan jajahan selama, berapa mereka perlu bayar untuk kehilangan harta tersebut, tentunya dengan harga asal bukan. kebodohan inilah yang menyakitkan kepala tentera jajahan. apabila ditanya kenapa tuanpunahsihatsiparangkontot mendapat imbuhan dalam bentuk kuda hitam tentu tiada siapa yang dapat memberi jawapan hatta pang5besaradamasyuk yang cukup pandai mengirapun akan tahu ianya merupakan kerugian. kalau 20k saja harganya yang dapat bukan kuda tetapi kaldai sahaja...
sudahlah diberi kuda hitam dengan harga murah 20k dari harga pasaran dibekali pula dengan kuda merah yang harganya mencapai 70k. dengan keputusan bodoh dan bangang ini jajahan selama hilang 100k termasuk 10k yang digunakan untuk menukar pelana dan ladam kuda hitam sebelum diserahkan kepada tuanpunahsihatsiparangkontot, agaknya apa yang diperolehi oleh kumpulan Lu Punya Untung apabila membuat keputusan yang merugikan jajahan ini , adakah mereka diberi imbuhan berupa permainan guli dewasa atau pakej rangsangan ekonomi yang lain..... lu punya keputusan lu la jawap sama tuhan.
P/S : ramai tentera yang gajinya hanya 1k sebulan mampu membeli kuda sendiri, bagaimana pula tuanpunahsihat yang gajinya 10k mengharapkan ehsan jajahan untuk memiliki kuda... inilah akibatnya apabila memerintah kita mengunakan nafsu sebagai neraca timbangan. adios amigos
No comments:
Post a Comment