March 20, 2012

JENERAL TANPA ASKAR

salam 2 all,

zaman kanak-kanak saya, antara permainan yang menarik ialah bermain perang-perang, permainan yang budak-budak perempuan tak berpeluang sertai. bermain perang olok-olok rupanya sangat membentuk peribadi kepimpinan apabila kita dewasa.

selalunya permainan bermula dengan menubuhkan pasukan yang terdiri dari tentera dan ketua. tentu sahaja cerita perang zaman tersebut iaitu combat memainkan peranan cukup besar untuk bermain. pasukan lemah selalunya pasukan tentera jerman dan pasukan kuat tentunya pasukan yang diketuai vic morrow. ketika itu tak jumpa ipod atau ipad untuk bermain fruit ninja atau angy birds yang mengujakan anak-anak saya.


permainan perang ini bermusim sesuai dengan musim-musim yang ada ketika itu, kalau musim sawah kering permainan perang sekitar bendang mengunakan selut atau lumpur sebagai peluru sudah cukup menghiburkan. kalau musim buah cepelung ( nama kat kampung saya) kami buah senjata guna buluh cina dan pelurunya buah cepelung. kalau musim hujan kami main dengan senapang kayu berpelurukan biji kopi dari kebun orang kampung. bila semakin remaja pelurunya boleh jadi biji getah atau pelepah bemban. laju peluru setanding dengan painball.

kalau musim raya puasa main perang-perang boleh menjadi sangat bahaya kerana selain berperang mengunakan meriam buluh atau tanah, semua jenis mercun berbunyi menjadi senjata. mercun terbang (roket) boleh menjadi senjata yang sangat menakutkan  dan menghiburkan. kalau kanak-kanak yang main perang-perang cukup dengan pistol api yang berbunyi letupan kecil mengunakan pita kertas dan belerang.

tuan director sempat meneliti pembentukan rejimen baru dan lama jajahan selama yang heboh diperbualkan. pada tuan director ini cuma skrip lama yang tidak menjadi, sama sahaja dengan proses tukar butang baju yang diperbuat tiangserisungaibayu dahulu. kalau pun berubah cuma kali ini rejimen disusun lebih seimbang namun dari segi fungsinya masih berterabur seolah sedang menempa kegagalan berperang.

kelakar pun ada apabila ada rejimen yang pang5perang pun tak ada, jangan ditanya tentang jeneral, kerana ada rejimen askarnya pun takde, tinggal jeneral sorang-sorang buat kerja. dah sama dengan teka teki kenapa dol said kalah perang di naning.... dek kerana apabila disuruh serang tetapi disebut sorang, maka sorang-sorang la dia berperang.... hahahaha.

7 purnama sudah berlalu, apa perubahan yang berlaku tiangserisungaiseputih oooiiiii, umpama tidur berselimut pendek, tutup dada nyamuk gigit kaki, tutup kaki pontianak gigit dada. serba tak kena dibuatnya. tuan director dah lama bagi kuliah kepimpinan kepada jajahan selama... kalau pang5perang atau lebih tepat lagi tuanpenasihat ingkar arahan baik dipancung sahaja. pang5perang yang gagal mengawal askar atau tidak berani dan ingkar harus dicantas... sila baca seni peperangan Sun Tzu    


kegagalan terbesar dari dulu hingga kini jajahan selama apabila tuanpunahsihatsiparangkontot dikekalkan, lebih malang lagi apabila tiangserisungaiseputih pun sama dengan tiangserisungaibayu berjaya dikelentong oleh tuan-tuan punasihat. Jamal Pak Tongkol pun mula berbisik bahawa 3abdul1 sudah mula jinak dengan mandrum siparangkontot.... nampak gaya sejarah berulang lagi.... mana janji 3abdul1 untuk menegak integriti seperti yang dilaung-laungkan apabila bertemu semua pang5perang sepurnama lalu... takkan karya buku Hamka bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk sudah mula hilang kesan dalam jiwa 3abdul1 apabila dimandrum dek jawatan dan semburan air liur siparangkontot... hahahaha


P/S  dengar cerita berpencak silat siparangkontot nak kekalkan pang5besartanggukikan di rejimen lama, tiangserisungaiseputih apa komen tentang keingkaran ini, takkan hanya berpeluk tubuh umpama guru silat sahaja.... tunjuk la buah tok guru, baru pang5muda semua yakin dan percaya untuk bernaung di bawah tuan hamba... apa pun kalau rejimen cuma ada jeneral pun tak berguna.... kata orang nogori buek perabih boghes je... adios amigos   

 

1 comment:

  1. Siparangkontot tu, walaupun jahat dan umur pun dah lepas magrib tetapi pandai bercatur politik, masih dapat bertakhta di tanah jajahan. Takdeke cara nak mencantasnya, wahai tiangserisungaiseputih?

    3Abdul1 banyak cakap tapi tak serupa bikin. Khabarnya bawah 3Abdul1, kenaikan pangkat tidak teratur, tidak mengikut hukum dan peraturan. Ada yg tak cukup kriteria tapi dipertimbangkan. Perlu dibongkar dan digempar gempurkan perkara ini. Khabarnya ramai yg tak berani minta sebab tak cukup karang mengarang, selidik menyelidik, dan selia menyelia. Peliknya mereka yang berjawatan dan tak cukup kriteria tapi memohon diberi juga. Tolong siasat.

    ReplyDelete