January 05, 2011

cendawan pun cendikiawan jugak ka

salam 2 all,

penat tuan director dengar pokpek pokpek aloha seri muka pagi semalam.... macam2 gosip la dia cerita... antaranya pang5perangsianu muntah-muntah kerana isterinya mengandung anak sulung, n seorang ketua kem sedekah pisang kerana anaknya bunting pelamin. namun berita paling menarik ialah 3abdul1 n 2 baru sahaja mendapat lebih kurang 600 ekor kambing tempatan untuk musim terbaru di jajahan selama.

aloha seri muka memang muka tak malu kalau bab nak bergosip ngan tuan director.... macam-macam cerita dia nak gosip sampai dalam kain orang pun dia sapu cerita. tapi tuan director layan je cerita dia, bukan apa, kadang2 gosip dia nie ada betul jugak. apabila tuan director crosscheck dengan pemberita ulung tuan director iaitu jamal pak tongkol, memang ada kebenarannya. cuma tiap kali bergosip dia akan akhiri cerita... 'tuan director jangan buat cerita pendek tau apa yang i gosip2 nie' kah23.

sambil tuang2 kopi kat meja tuan director, mulut aloha seri muka tak berhenti-henti mengomel... jembalang apa la yang hasut minah nie pagi-pagi buta nie. tak pandai sungguh nak berhenti membebel. cuma akhir-akhir cerita asyik ulang je frasa ' orang jadi tok empat dia pun nak jadi tok empat jugak' itu la yang dia dok ulang-ulang. sambil tangan dok kemas2 meja tuan director.

dah tahan sangat dengan pokpet2 alohaserimuka, tuan director pun suruh dia duduk dan cerita. terus alohaserimuka berhenti membebel,, sambil kemas-kemas dudukannya, alohaserimuka pandang kiri kanan dan berkata... tuan director jangan citer kat sapa2 tau... syyyyyyyssss. mau terkencing tuan director kalau ikut syyyysss dia tu. kah23

alohaserimuka memulakan cerita.... kawan dia kerja kat makmal biotek kambing katanya. ada seorang penolongpendita dah sumpah seranah tiangserisungaibayu.... takleh pakai punya tok empat... integriti lah, innovasi la, macam2 dia janji ngan jajahan selama.. tapi hasil kerja aku dia pediah ngan kawan-kawan dia.... fuhhhhhhhhhhhh berdebar betul tuan director.

alohaserimuka sambung lagi cerita.... kawan dia kata kerja biotek kambing nie hasil kerja penolongpenditahitammanis bersama kawan-kawan dia. ramai tu depa pakat buat... ceritanya hampir 10 cendikiawan terlibat. lama dah depa dok berkurung dalam makmal menyiapkan biotek kambing nie. denggar2 dah setahun lebih.

tup-tup tiangserisungaibayu dan tuanpenditaunesco bersama seorang lagi cendikiawan kangkung dah keluarkan projek biotek kambing nie dalam makalah dunia. yang kelakarnya mengaku skrip tu hasil kajian depa. kah23 pandai sungguh depa 3 orang ini mencuri hasil kerja orang lain untuk diri sendiri... dah umpama lembu punya susu, sapi dapat nama la plak.

dek kerana tak puas hati... penolongpenditahitammanis telah membuat aduan kepada tuanpunasihatsiparangkontot.... part nie la paling lucu kerana umpama melaporkan kecurian kepada ketua perompak la. penolongpenditahitammanis tak tau ke hubungan intim tuanpunahsihatsiparangkontot dengan tiangserisungaibayu... umpama pepatah inggeris la... hang garu belakang aku..aku garu belakang hang. hahahahahahahaha

jamal pak tongkol akhirnya mengesahkan cerita terbaru... tiangserisungaibayu nak rasuah penolongpenditahtammanis agar tutup mulut. fuhhhhhhhhhh sebagai balasan nak dinaikkan pangkat penolongpendita menjadi pendita. tuan director nak bertanya la tiangserisungaibayu.. kalau macam tu bagaimana plak nasib 10 rakan penolongpenditahitammanis... depa plak nak bagi apa... mungkin bagi jadi penolongpendita.... hahahahahaha kami warga jajahan yang dah tau melalui filem pendek nie nak bagi apa plak.... naik gaji ka

bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru.... hahahahahaha hatta dengan pelepah kelapa sawit pun. kalau tau diri dah salah, tolong la menjadi pemimpin bermaruah... letak sahaja jawatan sebelum majlis Lu Punya Untung atau Kumpulan Perfileman Tayang Menayang mengarahkan peletakkan jawatan nanti. sebelum malu merangkai diri.. baiklah mengundur diri secara terhormat.

P/S : dengar citer dayang tuanpunahsihatsiparangkontot dah bercahayamata lagi. paling kelakar yang diberi peranan untuk membuat tugas-tugas dayang ialah askarpemegangtombak yang setia.... wahhhhhhh inikah habuan setelah menjadi duri dalam daging semasa berada di unit ulat nangka dahulu. bolehkah askar menjadi dayang... setarafkah jawatan mereka.... hahahahaha kalau ikut hukum tuanpunahsihatsiparangkontot... semua boleh kerana jajahan selama ini pak aku yang punya... adios.. amigos

6 comments:

  1. penolongpenditahitammanis tu bukannya orang yg baik. khabarnya, dia mempunyai musuh yg ramai. kenaikan pangkat dia dulu pun, ramai yg mempersoal, tapi takde yg memprotes. khabarnya, dia mendapat kenaikan pangkat bersyarat kerana sgt kurang penulisan.

    balik kepada citer skrip tu, hamba ada membaca skrip tu, ia bukanlah satu kajian. hanya berita tentang projek-projek tanah jajahan sambil memberi tumpuan kpd satu projek yg diimpot dari tanah jajahan yg penuh batang pinang. pd pendapat hamba, tiangserisungaibayu sbg ketua tanah jajahan ini, berhak melapor. dia dpt bantuan dlm penulisan. kalau baca penulisan, nescaya penolongpenditahitammanis tak dapat ikut gaya penulisan tersebut yg tersusun indah. khabarnya juga, projek yg diberi tumpuan itu dicari oleh tingserisungaibayu hasil daripada hubungan persahabatannya dgn tanah jajahan pinang. itulah yg hamba selidiki.

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha...bagus la hang nordin...pie siasat lagi skit... mungkin juga boleh menyiasat bagaimana tuanpenditasilatulrahim yang gagal di kem silatulrahim kini duduk bertapa di kem bahasa jiwa bangsa... dia pun dulu mai dari jajahan pinang nan sebatang juga... dia dapat jadi pendita pun timbul isu juga...dengar2 kambing peliharanya takde yang berjaya... penulisan tentang kambing tempatan dan import pun terkurang

    bab skrip plagiat tu kita biar depa buat siasatan la kan... tuan director selalu bagi kredit kepada aloha seri muka dan jamal pak tongkol dengan membuat rujukan nama mereka kalau cerita tu depa yang dapat. pie tengok balik skrip tu... ada tak penghargaan dibuat atau dimaklumkan bahawa 3 cendawan tu hanya membuat laporan tentang projek cendikiawan lain..adios amigos

    ReplyDelete
  3. hahahaha....

    apa la bro nordin.

    errr, kalu bro nordin ada buat apa apa kajian ato penulisan, nanti kasi la kat saya.

    bukan per, masa nak publish nanti, buleh saya bubuh nama saya.
    atas sebab saya ketua kem, bakal ketua kem,saya juga dapat bantuan semasa penulisan dan penerbitan dan lain-lain lagi...

    padahal saya tak kaji, tulis dan buat apa-apa.

    hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. shimano, kalau ketua kem, kerahlah ahli awak yg tulis. saya bukan kem awak.

    kalau-lah saya ketua kem satu hari nanti, Insyaalah, kalau tak kaji ataupun tulis, akan saya baca sekali. taklah macam awak, "tak buat apa-apa". Mat Salleh kata, too much.

    ReplyDelete
  5. "tentang diri"..... tiada penghargaan memang berlaku kat jajahan ni. ramai yg terbit skrip kat situ kat sana. depa lupa depa belajar dgn pembiayaan wang ehsan jajahan dgn tiada penghargaan kat jajahan dlm skrip. ada yg lupa penyelia jugak ..... hanya "tentang diri" shj. saya dgr luahan ini dpd penyelia2 kepada bbrp org penulis skrip. jadi, sama-sama ambik ikhtibar dpd kes ini, jangan kita pula lakukan kesilapan ini bila kita tulis skrip nanti.

    ReplyDelete
  6. wah2 nordin nie memang kualiti la orangnya... kalau suatu hari dilantik menjadi ketua kem mungkin banyak kebaikan yang akan dilakukan... apa pun kuasa kat jajahan selama terlalu hebat auranya.. hati2 dengan kuasa... takut nanti memakan diri... sudah ramai ketua kem jajahan selama menjadi songsang pemikiran kerana ujian kuasa ini

    ReplyDelete