salam 2 all,
semasa kecil, hari pertama sama ada seronok atau tidak bergantung kepada kemampuan mak dan pak saya membeli beberapa peralatan sekolah yang baru. pada ketika itu kesusahan ibu bapa walaupun diketahui namun jarang untuk saya fahami. keinginan berbaju, berseluar dan berbag baru mengatasi segalanya. tentu sahaja saya amat bangga kalau peralatan baru ke sekolah menjadi kenyataan.
mendapat kasut jenama Bata sahaja sudah menjadi kebanggaan. kalau disertakan dengan bekas pensil baru memang sesuatu yang menyeronokkan. saya mendapat bekas pensil yang menarik semasa darjah 2... sebuah bekas pensel yang mempunyai 2 kompenan untuk diisi peralatan. warnanya biru dan kali pertama saya mendapat bekas pensel yang mempunyai magnet sebagai kuncinya. dan gambar yang tertera ialah ultraman.... hahahahaha
apabila remaja, persiapan untuk ke sekolah lebih kepada keperluan yang wajib sahaja... memahami kekangan kewangan mak dan pak... kasut berganti kalau koyak sahaja,, seluar dan baju kalau memerlukan ianya diganti. tapi saya amat meminati kasut jenama warrior kerana dapat digunakan untuk bermain sepak takraw sebagai apit kiri... kalau untuk menjadi tekong pun amat berguna jenama ini.
tuan director terdengar juga keluhan sarjanaskar, askar pemegang tombak, bahkan pang5perang berkaitan kos untuk dikeluarkan bagi anak-anak bersekolah. zaman ini kalau seorang anak minima pun RM300. cuba bayangkan kalau ada 5 orang anak, mau RM1500 kopak dari poket. memang kenaikan kos hidup menjerut poket setiap ketua keluarga kini.
namun rasanya perasaan keterikatan dengan duit kurang susah difahami oleh ketua-ketua kem yang rakus dan tamak berbelanja. kalau ketika tiangserisungaibayu mula memegang tampuk kuasa jajahan selama, hampir setengah juta dihabiskan untuk koridor kuasa dan persemayamannya sahaja serta dicampur dengan pembelian kuda hitam baka tempatan. sering kali tuan director bertanya adakah tok empat ini layak untuk mendapat kemudahan sebegitu mewah.
perbelanjaan mengubahsuai koridor kuasa ketua kem memang menakutkan kalau datang dari poket sendiri, tetapi memandangkan duit yang dibelanjakan itu duit jajahan, maka sesuka hati sahaja justifikasi dibuat untuk berbelanja konon2nya untuk menjaga status dan harga diri jajahan. bahkan kem silatulrahim membuat 3 pengubahsuaian koridor kuasa ketika tuanpenditasilaturahim baru dilantik menjadi ketua kem... bahkan dipasang pula alat rakaman bergambar untuk memerhati askar2 bekerja. apa hasilnya... terkini tuanpenditasilaturahim disepak tok empat ke kem bahasa jiwa bangsa kerana gagal walaupun begitu banyak wang telah dibelanjakan.
kem bunga tari yang membuat persembahan opera cina dari tiongkok katanya menghabiskan lebih dari RM200 ribu duit jajahan untuk persembahan tersebut... konon2 sebagai mengikat tali perhubungan dengan tiongkok untuk membekalkan kambing import... akhirnya projek ini menelan duit jajahan beribu-ribu lemon... tetapi kambing import hilang entah kemana... terbaru kambing import cuma tinggal 3 ekor... tiongkok pula mengeluarkan jajahan selama dari senarai untuk kambing2nya berlatih kerana tidak diiktiraf kepakarannya.
terkini dengar cerita 3abdul2 sedang berkira-kira untuk berbelanja RM300k untuk menghias koridor kuasanya. kelab murai punya ekor pun dengar ceritanya bersetuju dengan acara membeli-belah ini. tuan director cuma mengingatkan bahawa duit sebanyak itu, patut dibelanjakan kepada kambing-kambing baka tempatan agar mereka dapat bersaing dan lebih teruji kemahiran mereka berbanding digunakan untuk memuaskan nafsu dan ego kepimpinan jajahan selama.
dalam keadaan jajahan selama diminta berjimat sehingga makanan untuk simulasi perang cuma diberi pagi dan petang sahaja, adakah patut berbelanja semewah itu untuk 3abdul2. izinkan tuan director membuat congakan makanan tengahari yang kononnya dijimatkan. seluruh jajahan ada lebih kurang 1500 tentera dan cendikiawan, setiap ahli diminta hadir 7 hari semulasi perang. maka kalau 1500 dikali 7 dan dikali pula harga makanan tengahari sebanyak RM8 sahaja.. maka jumlah yang dijimatkan lebih kurang RM84k sahaja.
ini lah kepandaian yang luar biasa ada pada kepimpinan jajahan selama... RM84k untuk 1500 tentera dan cendikiawan makan setahun dikatakan membazir tetapi berbelanja jutaan ringgit untuk mengubahsuai koridor kuasa yang yang memuatkan hanya seorang ketua kem dibolehkan pula, membeli kuda hitam baka tempatan dibolehkan pula, membawa ahli tari menari dari tiongkok yang bernilai ratusan ribu dianggap pelaburan.... ini nasib jajahan mempunyai kepimpinan yang hanya memikirkan perut sendiri cuma... apa nak buat... hanya depa yang diberi kebenaran berbelanja di restoran mewah dengan wang jajahan... kita rakyat marhaen isilah perut di gerai tepi jalan dengan wang sendiri.
P/s : tahniah kepada PEMALU dan kem tanggukikan kerana berjaya membawa sebuah simulasi perang yang hebat ke jajahan selama. harap-harap hasil simulasi perang dipersembahan kepada tuanpunahsihatsiparangkontot untuk dikuatkuasakan mengikut lunas-lunas yang betul. bak kata salah seorang jurulatih simulasi... janganlah kita membuat peraturan mengikut nafsu cuma tetapi ikutlah punca kuasa yang melingkari peraturan itu sendiri... dalam bahasa mudahnya tuan director mengingatkan kepimpinan jajahan selama jangan diperbuatkan jajahan ini macam mak pak kita yang punya... adios amigos
No comments:
Post a Comment