hampir seminggu juga jajahan selama berpesta, menyambut kembali kambing2 yang telah dilepaskan setahun lalu. ada kalangan kambing telah pun mula
bekerja dan ada yang masih menunggu dengan sabar untuk dipinang majikan terbesar negara.
pesta mandi minyak bermula lebih awal...seperti biasa la saban tahun, pesta ini dikendalikan sepenuhnya oleh kambing-kambing muda. pang5perang kem kandang kambing dah lama tak terlibat. mereka hanya muncul sekiranya 3abdul3 turun untuk melihat dan menunjuk muka di pesta mandi minyak. maka masa ini lah
pang5perang turun beramai-ramai untuk memperlihatkan bunga tarian perang mereka.
kalau sebelum ini tuan director cuba menyedapkan hati dengan menafikan bahawa kem kandang kambing lumpuh di bawah kendalian 3abdul3, dan semua tuduhan tersebut cuma rekaan jahat kumpulan pang5perang tertentu. namun intipan sepanjang berbulan ini membuktikan memang seluruh sistem kandang kambing kini tidak terkawal dek 3abdul3. pangkat pang5perang
tertinggi pang5perangchahketing pun tak berupaya menakutkan pang5perangmuda yang kini umpama pang5perangtidakbertuan. semua bergerak dengan sendiri tanpa kawalan.
maka pesta mandi minyak yang tujuannya untuk melatih kepimpinan dan sahsiah kambing hanya menjadi agenda melepas batok di tangga. susunan simpang seranang..dari wajah pesta dah bertukar umpama pasar malam kat merata tempat. mana didikan dan sentuhan pang5perang yang berlonggok di kem kandang kambing atau masing-masing sibuk cuma untuk mengipas 3abdul3 yang selesa tanpa mengetahui panas terik dan bahang yang melanda kepimpinan kambing dalam menguruskan pesta mandi minyak.
pesta mandi minyak ini tanggungjawab jajahan selama, bukan tanggungjawab kepimpinan kambing. tuan director beranggapan bahawa menyuruh para kepimpinan kambing mencari wang untuk menganjurkan pesta mandi minyak bukan satu tindakan bijak. sepatutnya 3abdul3 mintak sahaja tiangserisungaibayu perbelanjaan keseluruhan untuk menganjurkan pesta mandi minyak ini. jangan bebankan kambing dengan perbelanjaan...baru la betul
kepimpinan kambing sewajarnya berjuang dengan betul...tugas anda bukan mencari keuntungan
untuk para kambing atau membantu jajahan selama menampung kos penganjuran pesta mandi minyak. tugas anda yang jauh lebih besar ialah memastikan 14 ribu kambing dibekalkan dengan pengetahuan dalam bidang kepakaran diri, kemahiran sahsiah diri dan pengalaman kepimpinan yang jitu. itulah yang patut anda tuntut daripada tiangserisungaibayu...tanya daripada RM1 yang diperolehi oleh jajahan selama..berapa peratus kah yang akan dibelanjakan untuk para kambing...ini lah isu kepimpinan yang patut ditagih oleh 14ribu kambing terhadap kepimpinan kambing...
P/S : dengar cerita tiangserisungaibayu dan 3abdul3 beriringan berjalan-jalan di pesta mandi minyak....pandai betul berlakon bila berhadapan dengan khalayak, ala-ala romantis gitu. pabila di belakang, hang kata aku, aku kata hang. dek kerana leka menghabiskan masa di pesta mandi minyak...hampir-hampir kedua-duanya gagal untuk menyertai istiadat mandi minyak...adios
No comments:
Post a Comment