semalam tuan director pusing-pusing jajahan selama, menikmati keindahan keseluruhan alam jajahan ini memang membangkitkan nostalgia. apabila ditawarkan sebagai tuan director lama dulu..produksi ini hanya mempunya set yang kecil sahaja..asyik beredar dan berpusing di sekitar itu sahaja. terlalu banyak tanah lapang untuk kambing melompat dan berkeliaran.
satu ketika kerana kurangnya bangunan, lebih banyak cerita hantu yang didendangkan oleh warga jajahan selama...mungkin kerana ketika itu set pengambaran lebih kepada latar tahun 70an sahaja dijajahan selama, tiada bangunan yang menonjol kecuali bangunan koridor kuasa. Bilik tuan director ketika itu terletak di istanabesiburuk, penuh dengan kesan dakwat cetakan. watak hantu atau cerita hantu begitu sinonim barangkali kerana jajahan selama ketika itu kurang hiburan dan berita sensasi.

ditapak istana siburungwalit dulunya tapak rumah warga jajahan, kemudiannya bertukar menjadi tempat makan warga jajahan dan kambing-kambing. seronok menikmati makanan di situ kerana suasananya terbuka. kini nostalgia itu cuma dalam memori cuma...jajahan selama terlalu sesak dengan istana pelbagai.
tuan director sebenarnya sedikit resah dengan pengurusan kandang kambing...3abdul3 dilihat kurang bermaya..tindakan lambat yang cuba dipromosikan juaknya sebagai langkah berhati-hati dan penuh hikmah mendatangkan bala bencana yang bukan sedikit kepada kehidupan kambing.

apakah begitu susah mencari pembekal makanan kambing...part ini tuan director menyokong sepenuhnya tuanpunasihatsiparangkontot...walaupun penuh masalah...tempat makan kambing tak pernah terbiar kosong ketika diuruskan oleh tuanpunahsihatsiparangkontot barang sepurnama ketika itu.


kepimpinanan 3abdul3 tampak lemah ketika ini kerana kurang bertindak dan bergantung kepada juak-juak sekeliling yang merupakan antara pang5perang yang sememang gagal sebelum ini dimana-mana kem. tambahan pula 3abdul3 yang percaya kepada beberapa kerat cendekiawan atau cendawan yang juga gagal di kem masing-masing untuk menonjol kecuali terus bergantung kepada belas ehsan jajahan selama untuk terus tinggal dikandang kambing sebagai gembalakambing...
nampaknya tiada penyelesaian yang terbaik yang dapat ditunjukkan oleh 3abdul3 di kem kandang kambing....hanya pertukaran atau 3abdul3 kembali menjadi cendikiawan sahaja nampaknya boleh menyelamatkan reputasi diri yang kini telah mula mereput
P/S : dengar cerita tuanpenasihatsiparangkontot tak jadi membuat perjalanan rohani...pelbagai alasan telah ditebarkan oleh juak-juaknya...apapun keputusan tersebut tentu kerana sesuatu hal yang berkaitan dengan kanun 605 yang baru diperturunkan oleh pak mustar beberapa hari terdahulu kepada semua ahli Murai Punya Ekor....mungkin juga tiangserisungaibayu baru tersedar implikasi besar menantinya kerana mengikut telunjuk tuanpenasihatsiparangkontot....adios
No comments:
Post a Comment