jamal pak tongkol (JPT) berkesempatan bertemubual dengan tuan director (TD) sempena setahun pembikinan filem pendek jajahan selama. temubual ini dirakam di opis tuan director yang baru sahaja menerima langsir baru pemberian tuanpenasihatenjinnyior. temubual berlangsung dalam suasana santai sambil ditemani oleh pembancuhkopi aloha seri muka (ASM).
JPT : tahniah la tuan director kerana telah setahun mengarah filem pendek. dan terima kasih kerana menerima kami untuk bertemubual dalam kesibukan mengarah filem pendek. apa kata pertama yang TD nak sampaikan...
TD : hahahahahaaha bagus la hang mai sembang ngan aku nie...pasal tak ramai nak sembang ngan aku sekarang, semua dah takut diambil tindakan oleh jajahan selama....terutama pang5perang
JPT : apakah cabaran utama dalam meneruskan pembikinan filem pendek di jajahan selama tuan director
TD : cabaran paling tinggi ialah untuk mengekalkan minat para pengemar filem pendek, saya lihat kebelakangan ini sambutan agak menurun..beberapa faktor telah dikenalpasti antaranya kekerapan mengeluarkan filempendek, kalau saya mengeluarkan setiap minggu sebuah filem momentum penonton akan kekal tinggi, masalah kini ialah mencari bahan kerana sekarang semua ketua kem mengunci mulut kebanyakkan pang5perang untuk bercerita...hahahaha. namun saya tetap meletakkan sasaran setiap minggu ada filempendek yang akan dilayarkan, maknanya setiap bulan ada dalam 4 hingga 5 filempendek akan diputarkan...ini kira macam KPI la kan..
JPT : selain cabaran tersebut ada tak wujud cabaran lain dalam meneruskan filempendek
kegemaran jajahan selama ini...
TD : hahahahahahaaha...sebenarnya cabaran paling tinggi dari diri saya sendiri...kalau kerja kurang untuk dilakukan kreativiti saya akan menurun....jadi pembikinan filempendek pun kurang kualiti...tetapi bila tekanan meningkat...saya akan lebih teruja untuk mengarahkan filempendek dengan lebih kerap dan berkualiti...terutama apabila wujud isu-isu baru jajahan selama
JPT : Pihak kami dimaklumkan bahawa tuan director juga telah dikenakan tindakan kerana meneruskan filempendek...adakah benar....
TD : hahahaha...sebenarnya tindakan untuk menjatuhkan semangat kerja saya telah dibuat berulangkali...namun kerana saya seorang yang meneliti sejarah...jadi kurang rasa kecewa atau tertekan apbila mengenang berapa ramai tokoh pejuang yang telah ditekan dalam sejarah perjuangan mereka . saya beri contoh Zaaba..ketika zaman Inggeris beliau dianggap golongan kiri..pernah dikurung dipejabat karang mengarang SITC...tetapi kini hasil tulisannya dianggap memperjuangkan nasib melayu dan beliau diangkat sebagai pejuang negara.....jadi kepada pejuang seperti saya...nasib dan pengalaman hidup Zaaba dan ramai lagi pejuang ketika era sebelum merdeka menjadi pembakar semangat...pada ramai ketua kem, punasihat2, hatta tiangserisungaibayu mungkin melihat saya sebagai pemberontak namun saya juga dipandang sebagai seorang yang lain dari sesi penyokong filempendek saya...bak kata 3abdul3....u telah dipesepsikan sebegitu sekian lama...
JPT : adakah terdapat tekanan untuk tuan director menamatkan pembikinan filempendek ini..adakah filempendek ini akan akhirnya menjadi mangsa orang besar jajahan selama
TD : hahahahaha saya melihat wujud tindakan beberapa punahsihat jajahan selama untuk cuba memujuk saya menamatkan pembikinan filempendek. cuma saya amat yakin bahawa pembikinan filempendek ini telah memberi impak besar terhadap kepimpinan jajahan selama selama setahun ini. tindakan mereka menempatkan saya di pelbagai tempat...dengan kemudahan yang sangat minima bukan penghalang...pejabat baru saya takde langsir selama 4 bulan....siang kena matahari sebelah kanan...petang kena matahari sebelah kiri ...nak mengarah filempendek terpaksa bersembunyi belakang kabinet fail kerana cahaya matahari yang kuat bukan penghalang pun...mungkin tuanpenasihatenjinnyior terlepas pandang...macam-macam la cabaran...talian internet pun takde.....mungkin tuanpenasihatlabah2 juga terlepas pandang....hahahahaha, semua ini cabaran yang kena dihadapi dengan tabah...tahan uji anda tentu berjaya
JPT : apakah nasihat atau pandangan tuan director kepada pelakon dan seluruh produksi jajahan selama
TD : nasihat saya mudah sahaja...buat kerja...buat kerja...buat kerja....biar kerja menjadi tali ukur pencapaian kita...bukan sibuk dok mengipas sana sini...kempen sana sini untuk terus memegang watak dijajahan selama...kalau kerja kita baik..ianya akan terus dingati...dan yang pastinya memberi manfaat kepada ramai manusia...pegang lah konsep resmi padi..semakin tunduk semakin berisi...jangan seperti resmi lalang...ditiup angin kiri dan kanan
JPT : sebelum sembang2 ini berakhir...apakah kata-kata kepada para peminat semua
TD : hahahahahaah...anda semua akan terus disajikan dengan filempendek yang terbaik buah tangan saya...ingat sokongan anda dengan hit sehingga 23 ribu setakat ini adalah motivasi terbaik saya...selagi ada pengemar filempendek jajahan selama...selama itu ianya akan diputarkan...adios
ahaks terlupa plak P/S : dengar citer 3abdul2 takkan disambung kontraknya... tuanpunahsihatsiparangkontot dah meriuhrendahkan bahawa 3abdul2 akan diganti dengan calon kesukaan tiangserisungaibayu....nampaknya kumpulan3serangkai akan berjaya mengenepikan 3abdul2....mungkin selepas ini nasib yang sama akan menimpa 3abdul3. siapakah agaknya ahli kumpulan3serangkai yang kini dikatakan menguasai keseluruhan jajahan selama...jumpa tuan director dalam filempendek seterusnya ....adios