
ada-ada je pemberi maklumat nie...nak tulis atau nak buat skrip pun jangan la pendek sangat sampai menyusahkan tuan director untuk mengolah filem pendek. terpaksa la tuan director selongkar telefon tangan saya jenama nokia ( bukan blackbery tau...tu untuk ketua-ketua kem je ) mencari beberapa maklumat lagi....
nampaknya semua pemberi maklumat tiada maklumat yang dikehendaki...unit mata tunas kem kebun durian pun takmo membantu, dengar cerita pang5peranglipo n pang5perangbhsarab pun dah kunci mulut. askar-askar unit mata tunas pun tak mahu membantu...mana nak cari maklumat untuk filem nie.

tuan director pun terkejut dengan senarai perpindahan kem...nampaknya tuanpunasihatsiparangkontot telah menyediakan aktiviti perpindahan kem tanpa rujukan dengan mana-mana pembesar2nya. pang5besarchahketing, serikandisentosa dan serikandibahtera tidak pun dilibatkan dalam perbincangan.
tuan director dapat mengesan perpindahan kem ini merupakan pancungan terakhir untuk membersihkan kem kebun durian, kem kandang kambing dan kem latih kambing daripada kumpulan penentang. didalam aktiviti ini terselit beberapa nama yang disyaki memberi maklumat kepada tuan director untuk dipindahkan.....hahahahaha takkan takut sangat sampai kena buat perpindahan besar-besaran untuk tutup kerja jahat tuanpunasihatsiparangkontot dan kuncu-kuncu kot.

kalau selalu buat salah tu....sapa pun takkan sokong kecuali pang5perangtanggukikan...yang menyokong kerana diberi pangkat secara salah dan tak sah....hahahahaha dengar cerita pang5perangtanggukikan sedang target untuk mendapat jawatan pang5perangtingkat52. tak heran la beria-ia menyokong semua langkah tuanpunasihatsiparangkontot...rupanya ingin diberi habuan..
jajahan selama ini tindakannya sangat kelakar...apabila surat layang disebarkan yang dicari ialah siapa yang menulisnya bukan menyiasat isinya. kalau surat aduan rasmi dibuat yang disibuknya bukan aduan tersebut disiasat tetapi penulisnya yang akan dikorek sejarah silamnya untuk dimalukan...pada tuan director tindakan ini umpama orang yang berak ditengah jalan...yang disiasat bukan tahi siapa..tetapi siapa yang telah menjumpai tahi tersebut...
akhir kalam...kalau perpindahan kem dibuat kerana nak sorok perbuatan salah diri sendiri dan kuncu-kuncu ahli Murai Punya Ekor, nescaya tidak akan berjaya kerana majoriti warga jajahan selama sangat suka menyampaikan skrip untuk diolah tuan director untuk dibuat filem apabila berpeluang berbuat demikian. nasihat tuan director cukup mudah...filem tuan director tak akan box-opis kalau semua orang bekerja dengan baik di jajahan selama..tuan director akan hilang kerja kalau semua ketua kem bertugas dengan amanah

No comments:
Post a Comment