September 27, 2010

calon-calonnya

salam 2 all

semasa saya bersekolah dulu, perkara paling menarik ialah pemilihan ketua kelas. lazimnya dibuat pada minggu pertama persekolahan. menarik kerana ada yang beria-ia nak menjadi ketua kelas, ada yang malu-malu kucing dan ada yang langsung tak malu mendabik dada minta dipilih. guru kelas pun ada juga calon pilihan kalbu.

sepanjang belajar saya tak pernah dilantik ketua kelas, mungkin kerana selalu membuli rakan-rakan lain sehingga tidak popular atau selalunya tidak teragak-agak mengeluarkan komen-komen yang kurang disenangi rakan-rakan. dan mungkin juga bukan pilihan guru untuk memikul jawatan tersebut. saya lebih senang bersama rakan-rakan meriuhrendahkan kelas daripada melihat kelas dalam keadaan tenteram.

banyak lagi acara di sekolah yang kita mungin menjadi calon atau dicalonkan. pengawas sekolah, pemain bolasepak, hoki atau rugbi. saya terlibat dalam semua itu, saya juga menjadi presiden kelab untuk seni perusahaan, kelab sejarah dan pelbagai lagi. selalunya saya hanya berminat untuk membuat atau menyertai apa yang diminati daripada apa yang disuruh.

tuan director telah mendengar perkhabaran baru di jajahan selama. rupa-rupanya tuanpunahsihatsiparangkontot aka tok demang nak bercuti panjang. dengar-dengar nak pergi membersihkan diri. cuma tuan director kurang jelas ke mana arah tujuannya. bagus la kalau nak membersihkan diri...cuma alangkah baiknya kalau terus je bercuti tanpa perlu kembali ke jajahan selama...hehehehehe

cuma timbul musykil di benak diri tuan director...boleh ke bercuti sebegitu panjang...sapa yang tak cerdik telah meluluskan cuti panjang sebegitu...mungkin ini dah menjadi trend atau budaya baru di jajahan selama. sebelum ini pun tuan director dibisikkan bahawa ada pang5perangmuda bercuti ke negara atas angin konon2 nak mendapat semangat untuk bekerja....kalau semua orang berperangai macam nie lingkup la jajahan dengan budaya baru ini.

tuan director fikir punya fikir sapa yang nak pangku jawatan tok demang sepanjang tuanpunahsihatsiparangkontot bercuti nie. mungkin kalau nak yang seiras dengan siparangkontot..jajahan selama mungkin akan memilih pang5perangbesarchahketing. tapi kalau nak bagi kakmah taukey kedai batu permata rasa teruja mungkin tiangserisungaibayu akan memilih antara serikandisentosa atau serikandibahtera la....women right maaaa...

cuma jangan lupa seorang lagi calon yang serba-serbi sama ngan tuanpunasihatsiparangkontot iaitu pang5perangtanggukikan , ini kira klonnya la. cara bercakap dan bertindak kiranya sama la. perangai pun sama juga...bab lari dari tanggungjawap pun sama...tak ambil apa2 tindakan pun lebih kurang la..bab bagi jajahan rugi pun sama je. cuma yang berbeza calon nie kurang merayau nak ganggu bebrbudak di kem kebun durian....heheheheheeh satu lagi kurang ulat dan bulunya berbanding tuanpunahsihatsiparangkontot...kurang banyak sangat pada tuan director..

mungkin gosip berminggu akan datang akan berkisar tentang siapa akan memangku jawatan demang jajahan. dan jangan lupa siapa pula calon-calon yang akan bertukar sebelum tuanpunahsihatsiparangkontot bercuti...mungkin pertukaran dibuat disaat-saat sebelum bercuti untuk mengelak diri diserbu dan disoal....hahahahaha demang memang suka melarikan diri...

p/s : terkejut melihat tetiba tiangserisungaibayu menunggang kuda silver kebelakangan ini..siasat punya siasat rupanya kuda hitam tercabut ladam. tuan director hairan bin ajaib, bukan kah dulu tujuan dibeli kuda hitam kerana tiangserisungaibayu alergi dengan pelana kuda silver konon-konon takut dijangkiti penyakit kulit. dengar cerita pelana baru kuda silver pun memakan belanja RM40k...boros betul tiangserisungaibayu...maknanya tiangserisungaibayu sekarang dah memelihara 2 ekor kuda la ye...pang5perangkeranatuhan taknak siasat ke...ke dah dijanjikan pangkat52 sehingga buta mata dan hati....adios

No comments:

Post a Comment