
kalau saya pergi pasar, sayur yang pasti saya beli ialah bayam, isteri saya sudah dapat meneka kalau tetiba saya nak ke pasar pada hari cuti, balik nanti tentu ada bayam yang dibeli. mak mertua saya pun barangkali sudah dapat meneka dengan tepat bila acapkali membeli di pasar teluk intan sudah tentu bayam menjadi plihan
apabila saya bersekolah asrama di sekolah teknik penang. arwah mak memang tak lupa membeli bayam bila saya balik. hahahahaha adik beradik saya tentu dapat meneka dengan mudah apabila mak masak bayam...azman mungkin dalam perjalanan pulang.

tiangserisungaibayu nampaknya tak serik-serik lepas kes pilih kangkung yang lepas yang menyebabkan jajahan selama disiasat. maklum la walaupun kangkung yang tak elok nie dimasak dengan udang harimau oleh siparangkontot, ramai yang tahu kualiti kangkung memang la rendah mutunya. akhirnya udang saja yang dimakan, kangkung plak dibiarkan ditepi pingan.

cuma tak sedapnya dengar kata bukan main marah tiangserisungaibayu dengan pemilihan tuanpenditataliban oleh perniaga luar. dibuatnya mesyuarat tak bersetuju dengan penilaian tinggi mutu oleh perniaga luar. sampai pang5tanggukikan ngan tuanpenasihatsiparangkontot berpakat nak sabotaj kangkung kualiti ini. yang pelik dan abjaibnya pemilihan tuanpenditaunesco tak plak dipertikaikan. mungkin pengaruh 1Malaysia kot
tuan director tak kisah la sapa yang tiangserisungaibayu nak pilih sebagai pendita, cuma nak ingatkan jangan salah guna kuasa sudah. jangan kita pilih kerana dia kawan kita. kita pilih kerana ada kualiti dan intergriti. tuanpenasihat sekeliling kena la bagi nasihat, jangan dok sokong melulu kerana nak kredit je. jajahan selama amanah, kalau pendita kangkung saja yang ada, mana masa depan jajahan selama nak diletakkan.

No comments:
Post a Comment