salam 2 all,
Apabila saya memasuki usia remaja banyak aktiviti yang ingin dicuba. maklumla kan jiwa remaja. banyak yang ingin dibuat. cinta monyet atau cinta kilat sentiasa saja menyambar dalam jiwa remaja. hahahahaha kalau kalangan pembaca tak pernah ada percikan ini ketika remaja tentu sahaja salah satu fungsi keremajaan tuan-tuan pincang.
zaman remaja penuh dengan ikutan. ketika tingkatan satu sekitar tahun 1983-84, remaja sibuk ngan breakdance. demam tarian jalanan. ketika itu mana-mana pun remaja berkumpul sibuk nak tunjuk langkah tarian yang baru ditonton atau direka. radio pemain kaset juga diusung ke sana kemari macam disuruh-suruh orang.
lepas tu demam rock kapak plak muncul. heheheheehe seluar longgar untuk breakdance bertukar seluar sendat pula. kaki seluar mengalahkan banjir sepanjang tahun. disinting kaki seluar sampai betis kering, stokin plak warna garang dan menonjol, merah atau putih, hehehehehe. masa tu berembun dengan gitar tong dihujung kampung sangat menonjol aktivitinya.
ketika zaman ikutan mula hilang dalam diri kerana kedewasaan. alam pekerjaan memerlukan kreativiti dan keberanian. hehehehehe jajahan selama nampaknya belum mampu menguruskan kedua-dua ciri kedewasaan ini. menguruskan kanak-kanak remaja mungkin mencabar namun kematangan fikiran akan mengalahkan mereka. menguruskan orang dewasa pula menuntut kesediaan mendengar hujah mereka untuk mereka jinak dan terkawal
slogan Kami Pun Ikut pada tuan director sangat la baik untuk jajahan selama. pertamanya kalau kita tak ikut tok empat sapa lagi kita nak ikut. bak kata bidalan yang tua dihormati yang muda disayangi. semua warga jajahan kena la amalkan Kami Pun Ikut yang akhirnya akan sebati dalam diri tok empat hingga ke askarpembawautusan dan membentuk pula slogan Kita Pun Ikut. jangan nanti warga jajahan dah buat dan amal penat-penat slogan Kami Pun Ikut, tiangserisungaibayu dan tuanpenasihat buat-buat terkejut dengan slogan tu plak.
cuma nak komen la...timbul persolan, apa yang sebenarnya kami nak ikutkan. setakat pertengahan febuari benda yang nak ikut belum lagi warga jajahan dapat. slogan Kami Pun Ikut nie kena bermula dari tok empat, kemudiannya tuanpenasihat, kemudiannya kem-kem yang ada, lepas tu baru disambut pang5perang dan cendikiawan dan turun sampai askarpembawautusan. bahasa inggeris kata kaedahnya atas ke bawah.
jangan nanti bunga tari dah dicipta, lirik pun dah masuk baru tok empat nak bagitau rentak yang dia nak...susah la. tok empat digesa la bagitau cepat-cepat muzik yang dia nak guna..inang ke, zapin ke atau asli, moden ke, ketemporori ke atau underground untuk lebih kehadapan. kalau tak, penat2 pang5perang berkampung, cendikiawan bermusyuarah menyusun rentak tarian dan akhirnya tak sama dengan lagu yang didendangkan tok empat. kalau nak jelas tanya je tuanpenasihattukselampit diujung jajahan...dengar kata ilmunya tinggi dalam hal rentak dan tari. nak lebih jelas tanya je tuanpenditataraklayak yang cekap dalam hal urus mengurus.
tu pandangan tuan director la. takut nanti slogan Kami Pun Ikut jadi ajaran songsang. dah pakai seluar baru nak pakai seluar dalam...malu kat orang la.... macam mamat sebelah yang merupakan idola Faizal Tahir
Kami Pun Ikut la ape lagi..hahaha
ReplyDelete