salam to all
terima kasih kepada kak kinah dan pon kerana membawa ole-ole dari kampung, bubur asyura yang mengingatkan saya kepada arwah mak dan tentu sahaja pengalaman bersama penduduk membuat bubur ini secara gotong royong puluhan tahun yang lalu.
apabila mula menulis dahulu saya berjanji pada diri akan sentiasa bersikap tulus apabila menulis kisah hidup saya dan mengulas isu di jajahan selama. jom kita baca apa plak kisah kali ini yang tetiba membuatkan saya sebak ketika makan bubur asyura hari ahad lepas dan ketika menulis post kali ini. mata bergenang dan nafas juga membuak-buak, hidung pun terasa basah. barangkali teringat sangat kat arwah mak kot.
ketika kecil membuat bubur asyura satu pengalaman yang paling membahagiakan. persiapannya dibuat lama dan awal oleh orang dewasa kampung dengan semangat gotong royong yang tekal dan kejap kemas pegangannya. aktiviti pertama sudah tentu mencari kayu apa untuk tujuan memasak, pelapah kelapa pun disimpan untuk tujuan tersebut.
peralatan juga disediakan, ini termasuk kawah, talam dan sebagainya. sehari sebelum majlis bermula. bahan utama telah disediakan iaitu tepung beras. nak buat tepung pun perlukan perancangan teliti, beras perlu direndam dengan tepat masanya, jangan terlalu lembut atau keras. kemudian beras tadi ditumbuk mengunakan lesung kaki, dan diayak halus. masa nie la peluang bermain jongkang jongkit kerana lesung kaki ini memang sebegitu sifatnya. paling sibuk tentu la mak, makngah esah, makteh dan teh, toklang dan tokchik yang semuanya dah arwah pun
kelapa juga perlu dikait untuk mendapat santannya. hehehehehe dalam celah-celah tu dapat la merasa kelapa muda, puas juga memujuk paklang jabar untuk mendapat kelapa muda ini, saya dan matrazi memang la seronok masa kait kelapa, kalau kelapa jatuh dalam sungai kerian, kami la runner yang kena terjun dan kutip buah kelapa dalam sungai.
pagi majlis apabila kelapa dikukur tangan, saya dan kawan-kawan sibuk pula mencari tempurung kelapa bagi dibuat bekas untuk makan bubur asyura, bukan kerana tiada pinggan tetapi seronok buat bekas makanan nie, kreatif dan innovasi kerjanya, siap ngan sudu sekali. mula-mula kenang buat semua isi kelapa yang tertinggal kat tempurung, kemudian kikis dan kikir permukaan luar dan dalam, kalau nak cantik lagi gosok dengan daun yang seperti kertas pasir untuk permukaan halus. cuma jangan silap terpilih tempurung betina atau yang retak la..tak makan nanti.
acara memasak dibuat lepas waktu zohor, selalunya 2 kawah untuk bubur asyura manis, satu kawah lagi bubur asyura tawar ( tak sedap la tuan2 sekelian, ini untuk orang tua je ). bubur ini dimasak dengan ramuan tepung beras, santan, gula pasir, gula merah, ubi keledek, kekacang dan manisan lain seperti kismis. hehehehe paling sedap bila baru diangkat dari api dapur, masih lembik atau lembut, macam bubur lain juga. masa ini la kami tadah tempurung untuk makan, memang sedap. bubur ini kemudian diletak dalam talam dan dibiarkan sejuk. apabila sejuk bubur ini jadi macam serimuka atau bingka la.
malamnya pula bubur ini dibawa ke masjid atau majlis dibuat di rumah arwah haji matwali je, bermula dengan bacaan yasin dan kemudianya tahlil. kami bebudak main bawah rumah je tunggu jamuan walaupun dah makan petang tadi. selepas majlis keagamaan baru la penduduk bukit bertam dijamu dengan bubur asyura. kalau dimasak dengan baik, boleh dimakan atau tahan beberapa hari buburnya.
tuan director cuma berharap jajahan selama boleh la belajar pengurusan orang kampung membuat bubur asyura. penuh perancangan dan semangat. jangan jadi macam sekarang, nak buat saranan ulung setahun sekali macam tiada perancangan, sumbang seranang jadinya. idea jadi tak masak, penduduk pun hairan nak buat apa sebenarnya jajahan selama ini, linkokweng ke, hahahahahaha
ucapan pun dah jadi macam bubur asyura plak, macam-macam dimasuknya, kejap itu, kejap ini. kalau bubur tu sedap. ini dah jadi susu masam plak. kita nak buat saranan ulung ini kena la bincang dengan semua tuanpenasihat, tubuhkan kumpulan think-tank, buat rancangan yang jitu. pastikan untuk saranan yang dibuat ada aktiviti untuk menyokong keberjayaannya dan berkait terus dengan KPI. nak tanya la kalau sapa-sapa yang nampak wujud keselarian itu dalam saranan ulung tempohari oleh tiangserisungaibayu.
ucapan tok empat pada saya tak lebih hanya satu ritual yang dicipta untuk mengelabui mata-mata yang sememangnya telah rabun, tiada yang baru kecuali menciplak idea-idea luar yang sememangnya tak mampupun terlaksana di jajahan selama.
kalau tuan director sebak menulis tentang bubur asyura kerana teringat arwah mak , apabila mendengar saranan ulung oleh tiangserisungaibayu pula perasaannya sangat berlainan. kecewa dan sedih. malang sungguh jajahan selama, tiada yang baru kecuali bahan kitar semula sahaja yang disumbat ketelinga kita semua.
No comments:
Post a Comment