January 28, 2010

bila firaun kecil bersuara

salam 2 all

tahun 70an dan 80an, saya biasanya akan melayan cerita dari negeri arab dalam pukul 5 atau 6 kerana arwah tokwan dan bapa saya suka menonton siri yang dibawa dari tanah arab tersebut, sama dengan kegilaan kini kita dengan cerita-cerita khayalan dari indonesia.

cerita yang dibawa berkisarkan apa yang berlaku di bumi ambiya, penentangan terhadap Rasul Allah. watak-watak nabi tak pernah kelihatan kecuali para sahabat dan penyokong. kalau kita rajin menilai kita akan dapat melihat bertapa stereotaipnya muka pelakon berwatak jahat dan baik. yang baik mukanya manis dan yang jahat mukanya sangat la buruk dan mengerunkan.

kalau filem berkaitan Nabi Musa AS dipertontonkan kita akan berjumpa dengan pelbagai watak. namun watak paling zalim yang diperlihatkan ialah Firaun iaitu maharaja mesir yang tidak percaya akan kewujudan Allah, bongkak dan sombong dengan kekuasaan di muka bumi serta buruk akhlaknya.

kali nie jom kita lihat di jajahan selama. tuan director taknak sentuh tiangserisungaibayu dan tuanpenasihatsiparangkontot dalam post ini. cuma nak membawa penonton melihat bagaimana jajahan selama berkembang di bawah firaun-firaun kecil ( little napoleon ).

budaya ini sangat menarik kerana firaun kecil nie kadangkala bertindak melebihi suara tok empat dalam semua hal. kalau kita bertanya, firaun kecil akan melaung-laungkan bahawa ini arahan tok empat, siapa yang menentang akan dipancung kepalanya.

kerana firaun-firaun kecil inila, maka tuan director sangat yakin jajahan selama takkan berjayapun menyokong saranan agung tok empat tempohari. kreatif dan inovatif bukan ditentang oleh saya tetapi secara senyap yang akan memusnahkan usaha ini ialah firaun-firaun kecil yang berada di jajahan selama. orang yang sabotaj usaha ini ialah golongan sesumpah yang didepan telunjuknya lurus, di belakang kelingkingnya berkait.

firaun-firaun kecil inilah berusaha bermatian memusnahkan kerjaya tuan director di jajahan selama. golongan ini bercakap dengan kalimah tuhan tetapi hatinya penuh dengan amarah syaitan. lidah mereka basah kononnya dengan kebenaran hati mereka sebenarnya berpalit kepalsuan.

tuan director sebenarnya sudah berpuluh kali difitnah orang yang hanya bersifat teman dihadapan tetapi dibelakang penuh nista. kumpulan firaun kecil ini tidak segan silu melaung-laungkan agar kerjaya tuan director dipancung hanya kerana dosa kecil kononnya menegur pengurusan jajahan selama.

pengurusan jajahan selama bukan Allah SWT. mereka hanya hamba yang sentiasa melakukan maksiat, adakah salah menegur kepincangan mereka. tuan director berulang kali mengatakan bahawa kalau batang tubuh tuan director salah, panggil dan nasihatlah. pihak pengurusan adalah bapa, nasihat dan tegur adalah tanggunjawab mereka. tuan director hanyalah anak yang cuba berulang kali untuk akur dan taat.

namun kalau bapanya tidak adil, zalim dan bermegah dengan kuasa. tuan director tiada pilihan lain kecuali menegur agar akhirat nanti kita tidak menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan berlaku. teguran dibuat kerana sayangkan jajahan selama. tidak mahu melihat jajahan tersungkur kerana kecuaian pemerintahnya.

firaun-firaun kecil inilah yang sentiasa membisikkan racun dalam diri tok empat. tuan director tiada upaya menentang kumpulan ini tetapi ingatlah hari pembalasan akan sampai juga. hari di mana firaun-firaun kecil ini tiada lagi upaya melindungi kepalsuan mereka. lidah-lidah mereka akan digantung dengan api dari neraka. moga-moga hati firaun-firaun kecil ini cepat sedar, tuan director hanya dapat berdoa agar mereka diberi keampunan Allah SWT.

January 25, 2010

ProM & ProB

salam 2 all

pengerakan pelajar merupakan manefestasi dari jiwa remaja. jiwa yang suka memberontak dan jiwanya banyak yang bersifat terjah dan melulu. mungkin kerana itu dalam banyak hal pengerakan pelajar lebih suka mengambil pendekatan kontroversi dengan pemerintah. kumpulan yang saya lihat suka kepada perhatian dan populariti.

saya juga pernah terlibat dengan gerakan pelajar semasa belajar di UPM. menariknya kerana pada ketika itu, tiada apa yang menjadi bebanan untuk berjuang bagi ideologi yang dipercayai, namun ketika itu sebenarnya bukan ideologi yang diterapkan kepada kumpulan seperti saya yang hanya suka kepada budaya anti pembangunan. apa sahaja yang dibuat pemerintah sama ada universiti atau kerajaan dilihat tidak secocok dengan pandangan kami akan dibantah.

pada tahun 1990an pergerakan pelajar terbahagi jelas kepada 2 kumpulan iaitu propembangkang atau prokerajaan. lazimnya propembangkang lebih menarik minat kerana secocok dengan jiwa remaja yang suka memberontak. perkumpulan seperti ini memang menarik untuk disertai kerana pelbagai isu yang dibawa mereka berbanding prokerajaan yang dianggotai oleh mahasiswa yang dilihat taat melulu dan terlalu akademik.

setelah dua tahun berada dalam kampus dan melalui hidup dengan pemerhatian yang jelas. saya telah pun ditawar untuk menyertai kumpulan propembangkang, namun saya lebih suka kepada kebebasan yang tidak terikat. maka saya telah menyertai kumpulan yang saban tahun kalah dalam pilihanraya kampus iaitu prokerajaan. untuk apa persoalannya....

untuk melihat pengerakan mahasiswa prokerajaan menang melalui muslihat pilihanraya, saya bersedia melakukan eksperimen bersama kumpulan prokerajaan. tahun 2 di UPM, kami membuat eksperimen pertama, berkempen tanpa menghentam kumpulan pembangkang dan meletakkan kebajikan sebagai modal utama. namun kempen ini digagalkan pada malam terakhir kempen apabila seorang jurukempen telah secara keterlaluan dan tanpa kawal menghentam kerajaan pas dan nik aziz di tempat letak kereta kolej 2...hancur lah segalanya kerana isu itu kemudian dijaja propembangkang untuk menang besar kesokkan harinya

tahun 3 di universiti, memberi sekali lagi peluang bereksperasi. pemerhatian saya menunjukan bahawa pelajar penyokong propembangkang sangat taat untuk turun mengundi, mungkin 100% penyokong akan turun mengundi berbanding prokerajaan yang berkempen pun kadang-kadang lupa nak mengundi. maka tahun tersebut hadir dengan idea baru

semua pelajar baru akan dibimbing dan dikawal oleh calon piliharaya sejak awal kemasukkan mereka, dengan jumlah lebih kurang 4 ribu orang. kumpulan pelajar baru dipromosi dan dipropaganda sejak awal. calon-calon diminta mendampingi mereka sehingga pilihanraya kampus.

keputusannya sangat mengejutkan, dengan jumlah undi 4 ribu pelajar baru yang hampir 90% menyokong dan turun mengundi, prokerajaan menang besar. esoknya keputusan pilihanraya terpampang di dada akhbar nasional. rekod hampir 20 tahun propembangkang menguasai kampus terpadam, prokerajaan menang bergaya. hehehehe tahun berikutnya propembangkang menguasai semula kampus.

semalam saya berjalan-jalan dijajahan selama. keluar untuk minum pada jam 10 pagi beri kesempatan awal untuk mengesan ProM dan ProB. nampak gaya kerja kuat 3Abdul kurang berjaya. ProM saya lihat menguasai jajahan dengan slogan katakunci mahasiswa sementara ProB meletakkan bitara sebagai pengenalan diri.

perang poster nampaknya berlaku lagi. kaedah lama berkempen. hari ini saya cuba untuk menjengok beberapa laman sesawang, memcari bentuk baru kempen melalui fa cebook, friendster atau lain2. mungkin kambing-kambing semakin berdayamaju untuk menang sebagai ahli Majlis Perkongsian Perladangan.

nasihat untuk 3Abdul3 dan pang5perangnya. cara yang sama beri hasil yang sama, cara berbeza mungkin hasilnya berbeza. didiklah kambing dengan tujuan yang murni, jangan hanya memikirkan ideologi dan kesannya pada kenaikkan pangkat diri. renung-renungkan. adios

January 21, 2010

SiKaTak oh SiKaTak

salam 2 all

awal tahun macam nie bila kita kerja ngan gomen memang sibuk ngan perancangan. macam-macam nak disiapkannya, bunyi dan gerak kerja seolah-olah dunia yang kita cuba nak selamatkan. bos ajak buat perancangan la, buat KPI la, buat SWOT la, buat takwim la dan macam-macam yang lain.




selepas sibuk ngan ISO kita kena kejut ngan MQA, kemudian sibuk lah ngan KPI. lepas nie percaya atau tidak kita akan sibuk pula dengan NKRA atau bidang keberhasilan utama negara. semuanya kita percaya untuk kebaikan organisasi dan rakyat sebenarnya.





dua tiga minggu nie pulak kita sibuk ngan skt, macam-macam orang sebut dan tanya bagaimana nak buat, bagaimana nak selaras dengan KPI. tentera dan cendikiawan tiba-tiba meraba dalam terang bertanyakan KPI jabatan, KPI tuanpenasihat, semua pening kerana SKT yang nak ditulis rupanya untuk tahun 2009.


hehehehehe kelakar la ye, umpama orang yang menaiki keretapi, dah sampai baru nak beli tiket, dan marah-marah mengatakan dia nak ke tanjung tetapi sampai ke penang. dah tahu keretapi bukit bendera mana lagi nak pergi kecuali turun dan naik je la. pi mai pi mai tangtu jugak




bercakap pasal SKT nie memang la lucu, buat lawak pun orang dah tak gelak. jajahan selama isi SKT lewat bukan sehari tapi setahun la. Anugerah inovasi apa yang kita leh dapat kalau masuk bertanding Hadiah Perdana Menteri. mungkin ketegori Tanpa Perancangan Namun Tetap Berjaya kot





SKT kita mungkin ini maksudnya


sayang kat tuan
- walaupun kerja saya tak bagus tapi saya tetap sayang tuan kerana asLNPT saya tetap 80 dan keatas





siap ke tak
-walaupun kerja tak siap, bos hanya tanya siap ke tak kerja yang saya bagi tu, maklumla tiada SKT untuk rujukan




sila kata tak-walaupun apa pun arahan, pekerja hanya perlu mengaktifkan slogan sila kata tak pada semua arahan kerana SKT hanya akan ditulis tahun depan



saya kena taruk- hehehehehe walaupun keje macam nak mati tapi kalau bos tak suka memang la saya kena taruk, maklumla bos pun tak tahu lagi apa SKT saya tahun ini

SiKaTak-kerana SKT tak diisi untuk tahun tersebut, senang sangat saya ubah dengan menulis SKT yang berjaya sahaja, yang gagal tak perlu ditulis, siapa tahu...hehehehe tak ubah macam sikatak je perangai tu


p/s KPI tuanpenasihatsiparangkontot untuk tahun 2010 sepatut ditulis sebegini

100% warja jajahan selama siap mengisi SKT tahun 2009 menjelang Febuari 2010

hehehehehe sekadar ingatan dan renungan buat semua, pencapaian cemerlang ini telahpun diberi anugerah kepada tuanpenasihatsiparangkontot dalam ApaPunyaCendol 2008 kerana berjaya mengisi SKT 2008 pada bulan Jun 2009. tahniah kepada tok empat tiangserisungaibayu atas integritinya untuk ApaPunyaCendol 2008

January 19, 2010

GENDANG PERANG

salam 2 all

apabila kita melangkah tahun, ramai yang membuat atau menulis tentang azam mereka. tuan director sentiasa cuba mengamalkan membuat azam tiap hari kerana inginkan rasa istiqomah dalam diri. bak kata kebanyakkan orang, hari ini lebih baik dari semalam, esok tentu ingin lebih baik dari hari ini.

maka kerana itu KPI tuan director tahun ini ialah

100 % keadilan akan dituntut untuk diri dan seluruh jajahan selama

100% kezaliman pengurusan akan ditentang habis-habisan

100% penyelewengan akan dibongkar



untuk mencapai KPI tersebut, tuan director telah membuat pasak-pasak pengurusan berikut :

mengunakan media alternatif seperti blog atau laman sembang sepenuhnya dalam memaparkan tuntutan keadilan, perang terhadap kezaliman dan pembongkaran penyelewengan
mengutus surat kepada lembaga pengarah, biro aduan awam, suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia dan suhakam
akhirnya membuat aduan kepada timb menteri dan menteri, ketua setiausaha negera, timb perdana menteri dan perdana menteri



slogan yang akan digunakan

apa yang anda beri, anda akan mendapatnya kembali





Gendang perang sekali lagi dipalu di jajahan selama. tuan director telah pun melancarkan peperangan yang jauh lebih terbuka untuk tahun 2010. Perang 2009 hanya propaganda, perang 2010 lebih kepada tindakan terbuka. maka bersedialah semua tuanpenasihat dan tok empat...hehehehehehe.

akhir kalam, post ini hanya satu contoh pengurusan mengunakan KPI, dengar kata Unit Ulat Nangka telah ke satu tanah tinggi untuk meninjau tempat untuk simulasi perang berkaitan KPI. post ini telah pun menunjukajar bagaimana membina KPI, Tindakan Pengurusan dan Tagline untuk berjaya


selamat mencuba dan renung-renungkan

January 18, 2010

BUBUR ASYURA

salam to all

terima kasih kepada kak kinah dan pon kerana membawa ole-ole dari kampung, bubur asyura yang mengingatkan saya kepada arwah mak dan tentu sahaja pengalaman bersama penduduk membuat bubur ini secara gotong royong puluhan tahun yang lalu.

apabila mula menulis dahulu saya berjanji pada diri akan sentiasa bersikap tulus apabila menulis kisah hidup saya dan mengulas isu di jajahan selama. jom kita baca apa plak kisah kali ini yang tetiba membuatkan saya sebak ketika makan bubur asyura hari ahad lepas dan ketika menulis post kali ini. mata bergenang dan nafas juga membuak-buak, hidung pun terasa basah. barangkali teringat sangat kat arwah mak kot.

ketika kecil membuat bubur asyura satu pengalaman yang paling membahagiakan. persiapannya dibuat lama dan awal oleh orang dewasa kampung dengan semangat gotong royong yang tekal dan kejap kemas pegangannya. aktiviti pertama sudah tentu mencari kayu apa untuk tujuan memasak, pelapah kelapa pun disimpan untuk tujuan tersebut.

peralatan juga disediakan, ini termasuk kawah, talam dan sebagainya. sehari sebelum majlis bermula. bahan utama telah disediakan iaitu tepung beras. nak buat tepung pun perlukan perancangan teliti, beras perlu direndam dengan tepat masanya, jangan terlalu lembut atau keras. kemudian beras tadi ditumbuk mengunakan lesung kaki, dan diayak halus. masa nie la peluang bermain jongkang jongkit kerana lesung kaki ini memang sebegitu sifatnya. paling sibuk tentu la mak, makngah esah, makteh dan teh, toklang dan tokchik yang semuanya dah arwah pun

kelapa juga perlu dikait untuk mendapat santannya. hehehehehe dalam celah-celah tu dapat la merasa kelapa muda, puas juga memujuk paklang jabar untuk mendapat kelapa muda ini, saya dan matrazi memang la seronok masa kait kelapa, kalau kelapa jatuh dalam sungai kerian, kami la runner yang kena terjun dan kutip buah kelapa dalam sungai.

pagi majlis apabila kelapa dikukur tangan, saya dan kawan-kawan sibuk pula mencari tempurung kelapa bagi dibuat bekas untuk makan bubur asyura, bukan kerana tiada pinggan tetapi seronok buat bekas makanan nie, kreatif dan innovasi kerjanya, siap ngan sudu sekali. mula-mula kenang buat semua isi kelapa yang tertinggal kat tempurung, kemudian kikis dan kikir permukaan luar dan dalam, kalau nak cantik lagi gosok dengan daun yang seperti kertas pasir untuk permukaan halus. cuma jangan silap terpilih tempurung betina atau yang retak la..tak makan nanti.

acara memasak dibuat lepas waktu zohor, selalunya 2 kawah untuk bubur asyura manis, satu kawah lagi bubur asyura tawar ( tak sedap la tuan2 sekelian, ini untuk orang tua je ). bubur ini dimasak dengan ramuan tepung beras, santan, gula pasir, gula merah, ubi keledek, kekacang dan manisan lain seperti kismis. hehehehe paling sedap bila baru diangkat dari api dapur, masih lembik atau lembut, macam bubur lain juga. masa ini la kami tadah tempurung untuk makan, memang sedap. bubur ini kemudian diletak dalam talam dan dibiarkan sejuk. apabila sejuk bubur ini jadi macam serimuka atau bingka la.

malamnya pula bubur ini dibawa ke masjid atau majlis dibuat di rumah arwah haji matwali je, bermula dengan bacaan yasin dan kemudianya tahlil. kami bebudak main bawah rumah je tunggu jamuan walaupun dah makan petang tadi. selepas majlis keagamaan baru la penduduk bukit bertam dijamu dengan bubur asyura. kalau dimasak dengan baik, boleh dimakan atau tahan beberapa hari buburnya.

tuan director cuma berharap jajahan selama boleh la belajar pengurusan orang kampung membuat bubur asyura. penuh perancangan dan semangat. jangan jadi macam sekarang, nak buat saranan ulung setahun sekali macam tiada perancangan, sumbang seranang jadinya. idea jadi tak masak, penduduk pun hairan nak buat apa sebenarnya jajahan selama ini, linkokweng ke, hahahahahaha

ucapan pun dah jadi macam bubur asyura plak, macam-macam dimasuknya, kejap itu, kejap ini. kalau bubur tu sedap. ini dah jadi susu masam plak. kita nak buat saranan ulung ini kena la bincang dengan semua tuanpenasihat, tubuhkan kumpulan think-tank, buat rancangan yang jitu. pastikan untuk saranan yang dibuat ada aktiviti untuk menyokong keberjayaannya dan berkait terus dengan KPI. nak tanya la kalau sapa-sapa yang nampak wujud keselarian itu dalam saranan ulung tempohari oleh tiangserisungaibayu.

ucapan tok empat pada saya tak lebih hanya satu ritual yang dicipta untuk mengelabui mata-mata yang sememangnya telah rabun, tiada yang baru kecuali menciplak idea-idea luar yang sememangnya tak mampupun terlaksana di jajahan selama.

kalau tuan director sebak menulis tentang bubur asyura kerana teringat arwah mak , apabila mendengar saranan ulung oleh tiangserisungaibayu pula perasaannya sangat berlainan. kecewa dan sedih. malang sungguh jajahan selama, tiada yang baru kecuali bahan kitar semula sahaja yang disumbat ketelinga kita semua.

January 13, 2010

JOM MASUK DUIT : HangPaAda



yang nie kawan mintak tulis.....idea untuk buat duit pada UPalingSukaIHoney ialah melalui jualan langsung....menarik nie. cuma jangan macam projek cacing kat kulim la..30 juta lesap.


sekarang popular MLM HangPaAda , dalam email penuh ngan ajakan dan pujukan. dalam facebook saya pun masuk, dalam email peribadi pun masuk, dalam email jajahan pun masuk. chia-yoo la kawan-kawan. Pengerusi Persatuan Durian Jajahan Selama ( PERDUJE) pun ikut kempen jugak. Hahahahaha pang5perangbehrang harap jangan salah guna PERDUJE untuk jual produk HangPaAda.

cuma buat renungan je kalau jenama HangPaAda dijadikan barangan rasmi jajahan selama, pemborongnya UPalingSukaIHoney plak, tentu dasyat pukulan nya. dengar kata barangan nie bagus sampai naik takut tuan director nak makan produk-produk lain kat pasaran....ayam pun organik juga....mana la tak takut..asyik dok baham ayam goreng berempah abuya dan ayam goreng tepung jalal je...ayam depa organik tak.

so tuan director kalau boleh cadangkan UPalingSukaIHoney jadi la pemborong dan bergabung dengan PERDUJE. dengan kekuatan 1600 ahli di jajahan selama sure untung giler nie..jangan marah aaaa kawan HangPaAda. ini cadangan kedua dari tuan director untuk jajahan selama, juga telah dipatenkan....hahahahaha dunia kreativiti tiada hadnya tiangserisungaibayu

cuba bayangkan pula kambing-kambing yang keluar dari jajahan selama juga menjadi ahli HangPaAda. fuhhhhhhhhh beribu lemon kita untung dengan alumni jajahan selama. tak gitu 3abdul3. hehehehehe lagi untung jual kambing daripada jual durian....

January 12, 2010

JOM MASUK DUIT

kekadang tu bila dok layan sembang kawan-kawan, depa ada tanya tuan director tentang buat duit untuk jajahan selama. depa kata, hang nie kalau bab taruk orang nombor satu, cuba hang bagi idea skit nak buat duit kat jajahan. takat kutuk je ramai yang boleh




hehehehehe, so dengan semangat 1Malaysia yang berkobar-kobar. dengan khabar duit kerajaan dah banyak yang kurang sampai yuran makan bebudak asrama pun nak dicatu. tuan director mempersembahkan filem pendek yang julung-julung kali diarahkan berkaitan duit iaitu JOM MASUK DUIT. tajuk nie hampir-hampir sama ngan jom masuk u, harap-harap pang5perangabangbesar tak marah-marah ngan tajuk filem terbaru ini.

filem ini tuan director dah patenkan, kalau jajahan selama nak tiru nanti, jangan lupa bagitau ye...mengambil semangat budaya kreativiti tiangserisungaibayu. ini lah dia peniagaan yang perlu dibuat oleh syarikat UPalingSukaIHoney yang duduk di Istana Dagang.

jom masuk duit nie sangat la senang dibuat orang. cuba tanya 3Abdul3 berapa banyak kambing yang tiada kandang dan dibiarkan merayau-rayau di luar jajahan selama. yang berada didalam jajahan pulak berapa yang tinggal di kandang swasta di sempadan hilir jajahan.

perniagaan yang tuan director cadangkan ialah mengambilalih dan menguruskan kandang kambing swasta di sempadan hilir jajahan selama. jom kita kira berapa duit yang boleh masuk kalau langkah ini diambil. bayaran penginapan kandang kambing untuk seekor lebih kurang 750 setiap 6 bulan, kalau setahun jumlahnya lebih kurang 1500. jumlah kambing yang menginap di kandang swasta lebih kurang 3900 ekor. jumlah kutipan sewaan yang dikutip lebih kurang 5.85 juta la. hehehehehe tu kutipan yang jajahan selama dapat dalam setahun dari kandang swasta

pengusaha kandang swasta pula menyewa kandang swasta dari masyarakat luar jajahan dengan harga 620 seunit yang boleh memuatkan 6 ekor kambing satu masa. unit yang memuatkan 8 ekor pula disewa dengan kadar 825 sebulan. jom kita kira berapa jumlah duit sewaan yang dibayar oleh pengusaha kandang swasta kepada pemilik.
1200 kambing bahagi 6 kambing kali dengan rm620 kali 12 bulan = 1.488 juta
2700 kambing bahagi 8 kambing kali dengan rm825 kali 12 bulan = 3.341
jumlah setahun yang dibayar kepada tuan punya kandang = 4.829

hahahahaha kiraan mudahnya
pendapatan jajahan daripada yuran kandang = 5.85
sewaan kandang = 4.829
untung kasar = 1 juta

jumlah untung kasar satu juta dengan andaian bahawa jajahan selama hanya membayar harga sewa unit kandang sebagaimana pengusaha kandang swasta membayar kepada pemilik kandang. kalau sewaan yang dikenakan kepada jajahan selama dinaikan sebanyak 20% ini bermakna pendapatan kasar yang diperolehi lebih kurang 2 juta setahun

Syarikat UPalingSukaIHoney boleh mendapat untung kasar lebih kurang 2 juta setahun hanya dengan mengambilalih operasi kandang kambing swasta di sempadan hilir jajahan selama. langkah mudah yang tidak pun membebankan

hahahahaha so, tuan director telah pun memberi cara mudah untuk jajahan selama menukar yuran kandang dan wang belanja mengurus menjadi pendapatan jajahan selama. 2 juta tu banyak tau, tolak satu juta untuk menguruskan kandang swasta. jajahan leh dapat satu juta sebagai pendapatan...tu dah lebih kurang 1% daripada ABM tahunan.

tu lah filem pendek jom masuk duit arahan tuan director, nak untung lagi lantik je tuan director jaga operasi kandang kambing swasta tu, bukan setakat satu juta je, berjuta lagi boleh masuk dengan fahaman pengurusan yang betul

January 11, 2010

SAPA UNTUNG


ketua kelas 2010 telah berucap di depan guru kelasnya. berapi-api dengan persembahan yang penuh dengan kartun dan animasi. hahahahaha nak tergelak pun ada bila tengok persembahannya, memang la banyak idea, cuma atas kertas je la. tiangserisungaibayu lupa nak tunjuk betul-betul data untuk kelas 2009 dan 2008. masa dia belasah ketua kelas 2007, siap tunjuk pencapaian seolah-olah tok empat yang lepas tak buat apapun. tuan director cuma boleh kata untuk 2010 tiada yang baru, tok empat tiangserisungaibayu patut letak jawatan sahaja, itu langkah mulia sebelum disingkirkan pengetua.

jom kita kira berapa banyak pulak duit jajahan selama untuk kita habiskan setelah tahun 2009 kita perabih banyak untuk buat butang baju baru. tahun nie kita nak tukar plak nama-nama darjah kat jajahan selama. semua darjah nak ditukarnya, darjah sains teknologi jadi sain matematik la pulak. kesian la kat guru darjah tu, nak kena buat nama baru untuk kelas dia, murid-murid pulak sama je, guru pun sama. kalau karipap tu karipap la walaupun letak nama tepungkentangdidalam.

yang paling seronok dan melompat ialah tukang lobi yang cadang nama-nama kelas ditukar la. tukang cadang nie ada agenda sebenarnya. tahun lepas kalau dapat 2-3 ratus ribu kerana tukar butang baju, tahun nie berapa plak nak dapat bila nama darjah ditukar. mana ada kaitan tukar nama dengan pencapaian kelas. tu semua omongan kapitalis untuk mengilang duit sahaja. nampak sangat tok empat dah kena jerat.

kesian tok empat dah kena gula-gula, jangan percaya sangat konsep penjenamaan semula . konsep tu hanya sesuai untuk produk yang mengalami kemerosotan jualan sahaja atau ingin diperkenalkan semula. jajahan selama dah popular pun. percaya lah bahawa dengan tukar nama darjah sahaja tidak cukup. baik bawa guru darjah pergi kursus dan membuat perubahan terhadap intipati, rasa, ramuan, cara membuat, cara menyampaikan yang tentu akan membawa hasil yang jauh lebih baik untuk jajahan selama.

apapun tuanpenasihatsilatulrahim tentu sibuk lepas dengar rancangan pertukaran nama darjah, kena la naik feri untuk cari kontraktor yang dapat membuat semua kerja-kerja tanda nama darjah nanti, takkan nak biarkan sahaja. lagi satu kumpulan yang melobi tentu nak cadangkan nama-nama kontraktor pilihan hati untuk mendapat habuan projek tukar nama nanti. hehehehe berapa pulak kos kali nie. takkan puluh ribu je, tentu ratus ribu lagi terbang.

tuanpenasihatenjinnyior pun kena la buat tanda nama kelas baru, tanda jalan baru. banyak kerja tu. dan tentu banyak juga sebutharga nak dibuat. tuanpenasihatadamasyuk tentu lagi sibuk nak layan semua sebut harga nie. pang5perangtanggukikan dan tuanpenasihatsiparangkontot tentu juga sibuk dok layan permintaan kontarktor yang merengek minta projek penjenamaan semula ini.

hehehehehe. KPI tahun nie untuk semua darjah ialah
100% nama darjah ditukar menjelang Mei 2010
95% hasil setiap darjah perlulah ada elemen kartun dan animasi

January 10, 2010

NAMA SEGERA TAHUN BARU

orang tua dulu-dulu kalau ternakan tidak menjadi selalunya menamakan ternakan tersebut kepada tuan yang baru. arwah mak saya suka letak nama saya pada ayam-ayam peliharaannya kerana dia percaya saya sangat serasi dengan ternakan ayam.

kalau kita menonton filem p.ramlee pun kita akan jumpa dengan kepercayaan ini. dalam filem ahmad albab kita jumpa watak syawal( tuan pengembala kambing yang jauh hensem daripada tuanpenasihatsiparangkontot yang juga suka kambing, hehehehehe ) dan mastura iaitu anak orang kaya. mereka mendapat anak yang sentiasa menangis sehingga bila ditukar nama menjadi ahmad albab baru anak tersebut berhenti menangis. rupanya nama baru itu kemudiannya menjadikan mereka sekeluarga kaya setelah dipertemukan dengan keluarga jin.

tuan director ingat nak ubah la nama-nama kem-kem di jajahan selama untuk meningkatkan produktiviti dan mencapai NKRA negara

jabatan pendaftaran : ditukar kepada jabatan pendaftaran dan kuasa-kuasa agong

jabatan kewangan : ditukar kepada jabatan kontrak dan saudagar

jabatan audit : ditukar jabatan terjah dan aduan rakyat ( harap-harap pang5perangkeranatuhan dapat menerjah jerung dan bukan ikan bilis )

jabatan pelajaran : jabatan kuliah dan jadual waktu

jabatan harta : jabatan projek terbengkalai ( jangan marah tuananpenasihatenjinnyior )

jabatan adachanbawaklori : jabatan kartun dan animasi dalam negara dan antarabangsa


hehehehehehe, tuan director suka je dengan tukar-tukar nama nie. cuba kita bayangkan tiba-tiba kita pergi nak beli karipap, makcikwok yang jual karipap tu kata namanya dah ditukar kepada tepungkentangdidalam ataupun tepungsardindidalam. penat juga dibuatnya.....

January 07, 2010

lumba lari

bagi yang suka berlari tentu sahaja kenal dengan gambar disebelah, trek untuk acara larian, tak kira la 100, 200, 400, 800 atau 1500 meter acaranya


paling best masa sekolah rendah, berlari nie ikut suka je la, bertanding pun ikut suka juga, kalau ada acara kat sekolah pun joint, main lari-lari keliling kampung pun joint, tak menang tak apa janji seronokkan


bila masuk sekolah menengah, acara lari dah berbeza, berlari untuk menang dan mendapat hadiah serta popular. masa tingkatan 1-3, pelari sekolah yang popular ialah maliki dan beberapa nama lagi. acara wanita pula selalunya dimenangi oleh rosmah atau pun pelajar cina anak penjual pau di pekan mahang




tuan director telah masuk acara 100 meter peringkat kem baru-baru ini. hahahaha dengan latihan dan bimbingan serikandibahtera dan tak lupa juga jurulatih lama serikandisentosa, dengan mudah tuan director menang acara tu. sokongan pun ramai yang beri masa berlatih...hehehehe


kemenangan tu bukan tuan director yang putuskan tapi oleh 2 pengadil yang berkuasa dalam acara pertandingan tersebut iaitu tuanpenasihatsiparangkontot dan serikandibahtera




masa nak mengambil hadiah rupa-rupanyanya ada satu lagi mesyuarat dibuat yang diketuai oleh tuanpenasihatsiparangkontot, serikandibahtera, serikandisentosa, laksamanamisaimelintang dan pang5perangjagakuda yang memutuskan bahawa tuan director tidak dipilih menaiki podium kerana rupa-rupanya pemenang kedua sahaja akan diberi hadiah mengikut syarat pertandingan yang baru diubah oleh tuanpenasihatsiparangkontot

tuan director telah menghantar bantahan kepada tiangserisungaibayu dengan menunjuk bukti-bukti kemenangan yang telah diperolehi, dan mengatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh tuanpenasihatsiparangkontot ternyata berniat jahat dan satu keputusan yang boleh dianggap misconduct


tiangserisungaibayu walaupun ditunjuk bukti tetap tidak mahu menyebelahi tuan director, sebaliknya mengatakan bahawa bukti kemenangan tidak berguna kerana bersetuju dengan tuanpenasihatsiparangkontot bahawa hanya pemenang kedua sahaja mendapat hadiah

nampaknya sia-sia lah apa yang dikatakan oleh tok najib,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, agak-agak apa ulasan perdana menteri kalau filem pendek ini tuan director masukkan dalam facebook beliau